KEMBARA KE BANDUNG (RE-VISIT) SELEPAS 13 TAHUN?

Family trip pertama bersama baby Nayla, pada umurnya genap masuk 2 bulan. Kali terakhir kami mengembara bersama sebelum ni dalam bulan January 2019 ke Danau Toba. Nayla pada masa tu masih tenang bergolek-golek dalam rahim ibunya.

Kali ni, sekali lagi kami sekeluarga ke Indonesia, tapi bukan di Sumatra sebagaimana sebelumnya. Kali ni kami ke bahagian jawa, iaitu Bandung. Tempat yg amat terkenal di kalangan pelancong Malaysia yang berminat untuk shopping barang-barang pakaian terutamanya. Ia, harga di sini nyata jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Pilihan nya juga pelbagai. Boleh rambang mata di buatnya. Hehe.

Tapi kami ke sini bukan bertujuan untuk shopping. Kunjungan kali ini lebih kepada melawat tempat-tempat menarik sekitar Bandung, terutamanya kawasan yang berkonsepkan alam semulajadi. Setelah hampir 13 tahun tidak ke sini, nyata perubahan Bandung amat ketara sekali.

Tempat-tempat wisata alam nya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Masing-masing mempunyai daya tarikan nya yang tersendiri. Kebanyakkan nya bertemakan alam semulajadi. Sesuai buat mereka yang ingin mencari ketenangan dan menjauhkan diri dari hiruk pikuk kesibukan kota yg menjadi rutin harian jika di tanah air.

Kali ini trip agak santai, sehari hanya pergi ke satu atau dua tempat sahaja. Tujuan untuk tidak terkejar ke sana sini. Lagipun anak-anak perlu lebih berehat, lagi2 baby Nayla yg baru pertama kali travel jauh sebegini.

Alhamdulillah, masa 7 hari 6 malam di Bandung terasa tidak terlalu lama & ianya menjadi trip keluarga yang sangat2 best!

Baiklah, saya kongsikan juga di sini itinerary perjalanan sepanjang kami berada di sana. Juga gambar-gambar yang sempat di rakam sepanjang mengembara Bandung 🙂

ITINERARY (Edisi santai-santai jer)

DAY 1:

  • Check-in Hotel @ Cihampelas area
  • Jalan-jalan & lunch di Cihampelas Walk.
  • Ambil GRAB ke Paris Van Java Mall : Jalan2, amik gambar kat taman atas mall, taman Sunflower, bawa anak2 main Ice Skating, Dinner & balik ke Hotel.
@Cihampelas Walk
Cihampelas Walk
@Paris Van Java Mall
@Paris Van Java Mall
@Paris Van Java Mall
@Paris Van Java Mall
@Paris Van Java Mall
@Paris Van Java Mall

 

DAY 2:

  • Check-Out Hotel di Cihampelas & Menuju ke Lembang.
  • Check-in di The Green Forest Resort Lembang. Rehat.
  • Melawat Floating Market Lembang.
  • Dinner di Kampung Daun Restoran.
  • Kembali ke Hotel. Rest.
@Green Forest Resort
@Green Forest Resort
@Green Forest Resort
@Green Forest Resort
@Green Forest Resort
Minum Petang @Green Forest Resort
@Floating Market
@Floating Market
@Floating Market
@Floating Market
@Floating Market
@Floating Market
@Floating Market
@Kampung Daun Restoran
@Kampung Daun Restoran

 

DAY 3:

  • Check-out dari The Green Forest Resort, dan Check-in di Hotel Bird Lembang. (Nak extend di green forest tapi penuh. So terpaksa tukar hotel). Dekat jer Bird Hotel ni, 10 minit jer dari hotel sebelumnya.
  • Melawat Dusun Bambu Theme Park. Menarik tempat ni, macam2 permainan ada, sangat2 sesuai untuk family & anak kecil. Deco dan konsep nya pun amat menarik dan cantik.
  • Kembali ke Hotel, & Dinner di cafe hotel sahaja.
@Bird Hotel
@Dusun Bambu Lembang
@Dusun Bambu Lembang
@Dusun Bambu Lembang
@Dusun Bambu Lembang
@Dusun Bambu Lembang
@Dusun Bambu Lembang
@Dusun Bambu Lembang
@Dusun Bambu Lembang
@Dusun Bambu Lembang
@Dusun Bambu Lembang
@Dusun Bambu Lembang
@Dusun Bambu Lembang
@Dusun Bambu Lembang

DAY 4:

  • Check-out dari Bird Hotel, dan Check-in di Stevie G Hotel, hanya 5 minit jaraknya. Free transfer sahaja. Best juga hotel ni, cafe nya ada anjung yang boleh nampak view panorama Lembang.
  • Melawat Farm-House Susu Lembang. Kawasan tarikan ramai bila ke Bandung. Dulu2 seingat saya hanya ada kedai jualan susu sahaja. Sekarang dah upgrade mcm taman mini berkonsepkan Eropah. Wajib rasa susu lembang jika ke sini. Hehe.
  • Kembali ke Hotel dan dinner di cafe Hotel.
@Farmhouse Susu Lembang
@Farmhouse Susu Lembang
@Farmhouse Susu Lembang
@Farmhouse Susu Lembang
@Farmhouse Susu Lembang
@Farmhouse Susu Lembang
@Farmhouse Susu Lembang
@Farmhouse Susu Lembang
@Farmhouse Susu Lembang
@Farmhouse Susu Lembang
@Farmhouse Susu Lembang
@Farmhouse Susu Lembang
@Farmhouse Susu Lembang
@Farmhouse Susu Lembang

DAY 5:

  • Check out dari Hotel di Lembang, dan ambil GRAB menuju semula ke kota Bandung. Check-in Hotel California. Highly recommended hotel ni.
  • Malamnya kami melawat Alun-Alun Bandung, Masjid Raya Bandung dan kawasan sekitarnya.
  • Dinner kami ke restoran seafood di Bandung.
  • Kembali ke Hotel & Rest.
@Sekitar kawasan Alun-Alun Kota Bandung
@Sekitar kawasan Alun-Alun Kota Bandung
@Sekitar kawasan Alun-Alun Kota Bandung
@Sekitar kawasan Alun-Alun Kota Bandung

DAY 6:

  • Check out dari California Hotel & Check in di Pasar Baru Square Hotel.
  • Terjah Pasar Baru untuk beli sedikit barang2 pakaian dan souvenir untuk di bawa pulang esoknya.
  • Malam nya kami ke Kartika Sari (kedai kek & produk kering terkenal di Bandung)
  • Kembali ke Hotel. Rest.

DAY 7:

  • Check-out Hotel dan bersiap untuk ke Airport.
  • Penerbangan pagi ke Kuala Lumpur dari Bandung.

Sekian sahaja entry blog untuk kali ini. Moga bermanfaat untuk sesiapa yang ada perancangan untuk melawat Kota Bandung bersama keluarga dalam masa terdekat.

Kami menggunakan perkhidmatan Grab sepenuhnya untuk trip kali ini. Alhamdulillah. Semuanya lancar dan mudah untuk ke sana sini.

Terima Kasih & Selamat Mengembara!! 🙂

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *