SINGGAH SEKEJAP ATAU LAMA DI SESEBUAH NEGARA BILA ANDA MENGEMBARA?

Antara persoalan yang biasa bila nak travel.

Berapa lama nak spend masa bila tiba di sesuatu tempat atau negara semasa travel?

Bagi saya, ianya bergantung kepada masa, belanja dan apa yang hendak di capai oleh seseorang bila dia mengembara.

Ada pengembara yang mempunyai masa & bajet yg terbatas, tapi pada masa yang sama dia mempunyai impian untuk sampai ke tempat2 menarik di beberapa negara berlainan.
Lumrahnya dia akan spend masa yang singkat di setiap negara dan hanya akan fokus untuk pergi ke tempat2 yang sudah dikenal pasti sahaja. Jadi mungkin dalam masa 10 hari, dia mampu ke 4-5 negara (lagi-lagi jika di eropah), cuma masa untuk berada di sesebuah negara agak singkat.

Ada pengembara yang mempunyai banyak masa untuk keluar mengembara, dan juga memperuntukkan bajet yg agak besar untuk tujuan ini. Lumrahnya, dia akan memperuntukkan lebih masa di satu-satu tempat untuk dia explore pelbagai perkara di satu-satu kawasan tersebut. Biasanya, pengembara ini tidak akan berasa tertekan, dan aktiviti nya lebih santai kerana dia memperuntukkan bajet yang lebih untuk penginapan, kenderaan, makanan dll.

Ada juga pengembara yang keluar 3-4 hari ke hanya satu negara sahaja untuk setiap trip, dan spend masa yang ada untuk explore perkara-perkara menarik di situ. Selesai sahaja, dia akan kembali pulang dan merancang untuk trip berikutnya pula. Walau dia hanya merantau ke sebuah negara sahaja, per trip, tapi baginya ianya masih mampu untuk dia mencapai apa jua matlamat pengembaraanya.

Apa jua style pengembaraan yg dilakukan, TIADA satu cara pun yang boleh dikatakan PALING ideal atau betul.

Ianya bergantung kepada diri pengembara itu sendiri. Selagi dia selesa & gembira dengan cara yang dia lakukan, maka itulah cara yang TERBAIKbuat dirinya. Dan ianya TIDAK semestingya yang TERBAIK buat orang lain.

Jadi, tidak perlulah kita membandingkan, yang cara kita travel adalah yang paling HEBAT, dan orang lain hanya buat trip ‘touch & go’ dan sebagainya.

Bagaimana kita boleh mengatakan kononya travel mampu MENGUBAH minda, sedangkan perkara remeh sebegini masih bersarang di MINDA & asyik keluar dari KATA-KATA?

Sekian & Selamat Mengembara.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

One thought on “SINGGAH SEKEJAP ATAU LAMA DI SESEBUAH NEGARA BILA ANDA MENGEMBARA?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *