KEMBARA BUMI ARTIK – ICELAND TRAVEL VIDEO

Kebelakangan ini saya lebih banyak menyampaikan pengalaman travel saya dalam format Travel Video kerana saya merasakan yang format ini dapat memberi lebih info dan gambaran yang lebih jelas berkenaan dengan tempat-tempat yang dikunjungi. Walau begitu, saya tidak nafikan yang perkongsian melalui penulisan di blog juga mempunyai kekuatan nya yang tersendiri di mana ianya mampu untuk membawa pembaca bersama-sama dalam pengembaraan yang di nukilkan mengikut intepretasi dan daya imaginasi pembaca itu sendiri. Nyata keduanya mempunyai peranan masing-masing dalam skop untuk menyampaikan sesuatu maklumat mengenai pengalaman kembara yang dilalui.

DSC00677 (Medium)

Sekembalinya saya dari trip kembara ke Iceland, bersama saya adalah beratus klip video yang sempat saya rakamkan semasa pengembaraan tersebut. Daripada beratus klip tersebut, saya telah memilih klip yg berkaitan dan betul-betul dapat memberi gambaran keindahan alam semulajadi lanskap negara Iceland untuk di proses dan dijadikan travel video.

Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkan Iceland Travel Video yang mengandungi 5 Episode menarik untuk di tonton. Di sini saya sertakan bersama pautan video tersebut yang boleh di tonton terus di Youtube Channel saya, dan pastikan menonton nya dalam paparan HD untuk paparan yang lebih jelas lagi.

Semoga dengan perkongsian ini, dapat memberi manfaat kepada para traveller yang sedang dalam perancangan untuk ke Iceland, terutama pada musim sejuk yang bakal menjelma tidak lama lagi…

Ingin turut sama dalam pengembaraan ini?

Email saya di : farrisnoorzali@gmail.com

Selamat Menonton!!

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *