Dari Stesen Keretapi Shanghai, menaiki METRO Shanghai (kena beli kad lain pula, kerana Octopus kad di Beijing tak boleh guna untuk public transport di sini) menuju ke Hostel.
Sampai di hostel dalam jam 11 pagi, dan check in hanya pada jam 12 tgh hari. Lepak dulu di lobi hostel, kebanyakkan yang tinggal di sini adalah di kalangan backpakers dan traveller bajet. Mungkin kerana harganya yang murah dan lokasi nya di centre Shanghai dan dekat dengan Metro.
Lepas berjaya check in (kali ni bilik 6 orang), kami keluar kembali untuk cari makan sebab perut pun dah berbunyi memandangkan belum makan makanan berat lagi sepanjang perjalanan semalam dan juga pagi ni.
Dari hostel, menaiki METRO dan berhenti di stesen Yuyuan Garden untuk ke masjid Xiao Tao Yuan yang merupakan antara Masjid yang terbesar juga di pusat bandar Shanghai ni. Masjid nya kelihatan bersih, luas dan terletak di tepi jalan besar tetapi berhampiran dengan penempatan (setinggan?) di tengah2 kota Shanghai ini. Usai solat Zohor & Asar, makan tengahari dulu di kedai yang terletak seberang jalan masjid.





Kedai tidak ramai orang, dan kedainya kecil sahaja. Kali ni memang target nak makan nasi laa, maklumlah semalam sekadar belasah meggi sahaja dalam train semalam. Sedap juga makanan yang dihidangkan.


Usai makan, berjalan menuju ke Fangbang MIddle Street, di mana terletaknya Shanghai Old Street. Sampai sahaja di sini, terasa seperti berada di zaman pemerintahan raja2 cina suatu ketika dahulu. Bangunan-bangunan lama, tetapi masih kukuh dan kelihatan befitu terjaga sekali memenuhi kiri-kanan jalan di sini. Di sini terdapatnya pelbagai kedai yang menjual bermacam jenis barangan termasuklah barang2 souvenir yang murah, restoran, bank, kedai barang kemas, teater dan lain-lain lagi. Memang meriah suasana di sekitar jalan utama di sini. Bukan sahaja di jalan besar, di lorong-lorong kecil juga kita dapat lihat pelbagai telatah dan aktiviti penduduk tempatan di sini.








Dari situ, kami terus berjalan melalui Yu Garden dan Gucheng Park. Keduanya mempunyai lanskap alam semulajadi yang menarik dan cantik sekali. Meneruskan perjalanan melalui lorong-lorong kecil yang membawa kami ke kawasan tepian sungai Huangpu.







Di sinilah antara tempat yang wajib singgah jika ke Shanghai, yang dikenali sebagai The Bund; kawasan waterfront di sepanjang tepian Sungai Huangpu. Memang ramai pengunjung yang berada di sini, kebanyakkannya melakukan aktiviti santai sambil menikmati keindahan lanskap bandar moden yang menarik ini.



Dari sini kita dapat melihat bangunan-bangunan pencakar langit dan pelbagai menara yang berada di seberang sungai, di kawasan Pudong. Antara landmark di sini adalah seperti Oriental Pearl TV Tower, Shanghai IFC, Mira Asset Tower, Aurora Art Museum, Shanghai 21st-Century Tower dan banyak lagi.


Waktu senja di sini memang cantik, kerana kita akan dapat menikmati keindahan matahari terbenam dengan cahaya ke emasan yang menyinari deretan bangunan tinggi di sini. Oleh sebab itu jugalah kami terus sahaja berada di situ untuk mengambil gambar dan merakam keindahan kawasan sekitar sehingga hari gelap. Kemudian kami berjalan pulang kembali ke Nanjing Road, di mana terletaknya hostel kami.



Di Nanjing Road juga ada beberapa kedai makanan Muslim, jadi untuk makan malam, kami hanya berjalan kaki ke restoran berdekatan. Biasalah, menu yang ada pastinya Mee Tarik berkuah Sup (masakan standard penduduk di sini). Memang sedap, lagi-lagi kalau campur sekali dengan sambal serbuk lada (trademark sambal di China), serius ‘terangkat’ teruss!!





Usai makan, malamnya hanya explore tempat2 menarik yang ada di sepanjang Nanjing Road ni. Kebanyakkan nya shopping complex, fashion outlet, kedai dan gerai makan dan lain2. Meriah juga kawasan ni di waktu malam dengan aktiviti penduduk setempat. Dah penat pusing sana sini, kami kembali ke hostel untuk berehat dan tidur.
Esok akan mangharungi satu lagi perjalanan panjang menuju ke Shenzhen, tapi kali ini kitaorang akan menaiki Bullet Train pula. Perjalanan sejauh 1,500 km akan mengambil masa lebih kurang 10 jam dengan bullet train. (Bersambung – Jom Shenzhen pula!!)






boleh mintak no wasap tuan?