Alhamdulillah, sebulan sudah setelah kembalinya kami dari ekspidisi kembara ke negara Scandinavia, iaitu Norway dan Sweden. Kami juga berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman mencerap cahaya Aurora Borealis, 350 km ke utara garisan artik di dua tempat berasingan, iaitu di Tromso, Norway dan juga Bjorkliden, Sweden. Syukur kehadrat ilahi, kerana dengan izin-Nya lah kami dapat menyaksikan sendiri keajaiban fenomena alam ini, dan juga merakam sendiri keindahan cahaya tersebut sebagai kenangan buat diri, dan juga untuk dikongsikan bersama keluarga dan teman. Moga ianya bermanfaat, sambil dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT hendaknya.
Ternyata, banyak sekali perkara baru yang dipelajari, pengalaman yang ditimpa, dan kesilapan yang di lakukan sepanjang perjalanan di bumi asing ini. Namun, segalanya terlaksanan dengan izin-Nya, disamping pelbagai pertolongan yang jika diperhatikan dari pandangan sisi merupakan nikmat dan kurniaan dari Allah dalam melindungi, dan memudahkan perjalanan kami sepanjang kembara di bumi artik ini. Sementara ingatan yang masih segar ini, di sini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk tatapan pembaca yang berminat untuk menjelajah ke bumi artik, khususnya di Norway dan Sweden.
1) TIKET & PENGANGKUTAN
Sebaik-baiknya, rancang perjalanan awal ke sana sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh berlepas untuk memastikan kos yang minimum terutamanya tiket penerbangan. Kebanyakkan ‘low-cost airline’ ke negara Norway, Sweden dan Finland dari asia adalah berpusat di Bangkok. Walaupun ada juga flight dari KL, namun harganya agak mahal jika nak dibandingkan dengan flight dari Bangkok.
Walaupun telah lama merancang untuk trip ke artik ini, namun oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat di elakkan, kami hanya berjaya membeli tiket pada bulan December 2015, untuk perjalanan berlepas pada awal February 2016 (dua bulan sebelum). Oleh kerana itu, tiket penerbangan Norwegian Airline dari Bangkok ke Oslo Norway yang paling murah ketika itu ialah RM1,580 per pax. Untuk makluman, route yang kami lalui kali ini ialah;
Kuala Lumpur –> Oslo Norway –> Tromso Norway –> Narvik Norway –> Bjorkliden Sweden –> Stockholm Sweden –> Kuala Lumpur
Lebih baik menggunakan apps skyscanner untuk mencari dan membandingkan harga tiket flight mengikut tarikh yang kita rancangkan. Bandingkan harga dan sesuaikan dengan bajet. Jika beli awal, mungkin boleh dapat harga RM850++ untuk sehala ke Oslo, melalui flight Aeroflot (Russia) yg akan transit di Moscow (1-stop), dan banyak lagi pilihan flight yang lain seperti Norwegian Airline (Norway), Finair (Finland) dan lain-lain.
Dari Oslo ke Tromso, kami sekali lagi menaiki pesawat Norwegian Airline, memandangkan harganya yang tidaklah terlalu tinggi untuk domestik flight. Kemudian, dari Tromso, kami menuju ke Narvik dengan menaiki bas, manakala dari Narvik ke Bjorkliden pula kami menaiki SJ Arctic Circle train. Dari Bjorkliden, sekali lagi kami menaiki SJ Arctic Circle train ke Stockholm, yang mengambil masa 18 jam dan kami bermalam di dalam train tersebut. Disamping merasai pengalaman menaiki ‘overnight’ train di Sweden, ianya juga turut menjimatkan belanja penginapan kami. Dari Stockholm, sekali lagi kami menggunakan flight Norwegian Airline, untuk kembali ke Bangkok. Penerbangan Norwegian Airline dari Bangkok ke Oslo dan dari Stockholm ke Bangkok adalah dari pesawat terbarunya, iaitu Dreamliner 787 yang begitu canggih dan selesa untuk penerbangan jarak jauh.

Ringkasan perjalanan beserta bajet untuk rujukan adalah sebagaimana berikut. Untuk makluman, harga tiket flight dan train boleh di dapati lebih murah jika booking di buat lebih awal lagi. Semua booking boleh dilakukan sendiri online. Selamat mencuba 🙂

2) PENGINAPAN
Untuk penginapan pula, kami bermalam di HTL Hotel semasa berada di Oslo, menyewa ruman Puan Mona selama dua malam melalui Air BnB semasa berada di Tromso Norway, manakala menginap di Hostel semasa di Bjorkliden, Sweden. Kami turut bermalam dalam train semasa dalam perjalanan dari Bjorkliden ke Stockholm Sweden. Sebagaimana biasa, pilihan dan harga lebih pelbagai jika segalanya di’book’ awal. Bagi saya, lebih baik menggunakan perkhidmatan AirBnB kerana kita boleh menginap di rumah ‘host’ yang memang selesa, biasanya lengkap dengan shared kitchen pada harga yang jauh lebih murah berbanding dengan hotel. Jika ada dapur, lebih senang untuk memasak makanan sendiri, sebelum keluar ke mana-mana, kerana harga makanan di negara Scandinavia ni adalah sekitar RM50 – 70 untuk satu hidangan. Kalau setiap kali makan di kedai atau restoran, pasti terasa duit mengalir seperti deruan ombak jer..laju semacam..hehe.
HTL Hotel di pusat bandar Oslo (Karl Johans Gate – tempat tarikan utama) = RM250/night
Air BnB (Mona’s House in Tromso City) = RM248/night
Gammelgården Ski Lodge (Hostel) in Bjorkliden, Sweden = RM446/night (peak season, semua hostel lain pada masa ini fully-booked)



3) MAKANAN
Bagaimana pula tentang makanan? Antara isu yang paling dititik beratkan oleh majoriti orang Islam yang merantau ke negara-negara bukan Islam ialah tentang soal makanan Halal. Sebagaimana biasa, bila merantau ke negara-negara bukan Islam kami biasanya akan membawa sekali makanan segera / paket seperti beranika jenis nasi dari jenama Brahim, Meggi, dll. Sekurang-kurang nya itu yang kami bawa untuk trip kali ini, dalam bag kecil (bimbit) di tangan. Bila tiba di negara yang dituju, biasanya kami akan membeli bekalan makanan tambahan seperti telur, pisang, daging yg di pack, ikan dan beras yang biasanya ada dijual di kedai-kedai yang di miliki oleh peniaga Islam dari timur tengah. Kalau di negara eropah, kebanyakan peniaga adalah dari bangsa Turki. Nyata ianya lebih menjimatkan. Pastikan juga rumah, hostel atau hotel yang di book ada mempunyai kemudahan dapur untuk memasak.
Di Norway, jika berkunjung ke bandar Oslo, anda tidak perlu risau kerana di sana banyak terdapat kedai-kedai makanan halal, yang berpusat di kawasan komuniti Islam. Cuma, harganya agak mahal iaitu skitar RM50 – 70 untuk satu hidangan seperti kebab. Tapi, kuantitinya agak banyak juga dan cukup untuk dua orang makan.


Namun, bila kami tiba di Tromso, agak susah juga untuk mencari restoran makanan halal di sini. Kami hanya bertemu dengan sebuah kedai yang menjual kebab, dan burger yang dimiliki oleh orang Iraq. Ada satu lagi kedai runcit menjual bahan mentah halal, seperti daging tin, telur, beras, buah, roti nan segera, dll. Kami sempat juga membeli sedikit bekalan bahan mentah di sini untuk menambah stok makanan kami sebelum meneruskan perjalanan ke utara Sweden.
Di Bjorkliden, Sweden memang tiada langsung kedai makan halal. Jadi kami hanya memasak bekalan makanan yang di beli di Tromso. Manakala, bila tiba di Stockholm kami hanya makan secara simple seperti roti atau croissant sahaja. Tetapi di Stockholm seharusnya banyak kedai makanan halal kerana ianya sebuah bandar besar dan komuniti masyarakat Islam juga ramai di sana.

Tiada menu halal yang disediakan di gerabak restaurant dalam SJ Arctic Train yang kami naiki untuk perjalanan dari Bjorkliden ke Stockholm, Sweden. Kami hanya makan buahan, roti dan meggi sahaja. Tiada tempat air panas percuma di dalam train. Kena beli di gerabak restoran dengan harga RM5. Urghh, air panas pun kena bayar ker? Isk, Isk….tak patut..huhu!
4) PAKAIAN
Apa yang perlu dipakai semasa berada di negara-negar bermusim sejuk ini? Jika anda jenis yang biasa travel ke negara-negara beriklim sejuk, pastinya perkara ini sudah pakar. Namun, boleh juga berkongsi di sini, jenis pakaian yang perlu ada untuk menahan kesejukan sepanjang merantau di negara Scandinavia ini, lebih-lebih lagi jika anda pergi jauh ke utara garisan artik yang mana suhunya mampu mencecah sehingga -20 degree celcius.
Sepanjang pengembaraan kami di sana, saya memakai baju dan seluar thermal (Thermal wear) untuk lapisan pertama. Suit ini boleh dibeli di UT (Universal Traveller) atau Uniqlo Outlet dan pilihan perlulah sesuai dengan suhu yang bakal ditempuhi nanti. Saya menggunakan suit yang mampu menghangatkan tubuh bila berada disuhu -15 degree celcius. Untuk lapisan kedua, saya memakai pakaian yang agak nipis, tetapi dari material yang mampu tahan sejuk juga (kategori thermal wear tetapi jenis yang lebih nipis). Manakala untuk lapisan ke tiga, saya mengenakan fleece (jaket) sebelum mengenakan lapisan akhir, iaitu winter jaket dari jenama UNIQLO (bagus jika ada hood tutup kepala sekali, tetapi jika tiada, boleh pakai ‘snowcap’ sahaja).
Setup yang sama untuk seluar, tetapi hanya tiga lapis sahaja. Di samping itu, harus menggunakan ‘glove’ dan stokin yang sesuai untuk menahan kesejukan yang cepat meresap ke jari-jari dan boleh membuatkan nya cepat kebas. Material yang paling sesuai adalah dari jenis ‘wool’ yang mampu memerangkap haba. Jauhkan dari material ‘cotton’ kerana ianya tidak langsung mampu membantu tangan dan kaki kita dari menahan kesejukan. Jika ada bajet lebih, saya amat sarankan untuk mendapatkan Half Face Cover yang pastinya banyak membantu kita bila berjalan di luar semasa mengharungi cuaca sejuk, terutama semasa salji turun.


Untuk kasut pula, bolehlah menggunakan kasut yang sesuai untuk berjalan kaki (‘menapak’) yang biasanya digunakan untuk trekking (trekking shoe). Boleh juga menggunakan winter shoe, janji selesa dan penting untuk memastikan kasut yang di gunakan mempunyai ciri-ciri dapat bertahan dari diresapi air (biasanya dari salji yang mencair).
Kebanyakkan kelengkapan pakaian winter kami beli di kedai-kedai bundle sekitar Ipoh dan Sri Manjung. Winter jaket brand AIRWALK (putih) yang masih cantik dan seperti baru, kami dapat dalam harga RM40 sahaja manakala winter jaket jenama UNIQLO (hitam) yang masih cantik juga, kami dapat dalam RM45. Keduanya di beli di bundle sekitar Pasar Karat, Ipoh. Untuk stokin pula, saya sarankan anda untuk membelinya di kedai winter outlet lain selain dari UT. Ini kerana, stoking wool di UT (jenama UT) amatlah tidak memuaskan (tidak menahan sejuk & warna nya turut luntur dan melekat di kaki), disamping harganya yang agak mahal juga.
5) DUIT (DO-IT)
Satu lagi perkara asas yang perlu disediakan ialah D.U.I.T. Walaupun benda ini hanya terdiri dari empat huruf, tapi ianya antara elemen yang paling penting dalam merangka sesuatu perjalanan.
Untuk pengetahuan, di Norway dan Sweden, boleh dikatakan hampir 90% urusan membeli dan mendapatkan apa jua perkhidmatan di sini adalah menggunakan kad; samada kad kredit atau debit. Jangan terkejut jika untuk masuk ke tandas pun, mereka lebih prefer untuk kita menggunakan kad, walaupun kosnya hanya RM5 seorang sekali masuk. Sama juga untuk membayar loker bag di stesen keretapi, membeli tiket bas, dan banyak lagi urusan lain, semuanya memerlukan kad kredit / debit. Ini termasuklah juga urusan membeli ‘grocery’ walaupun hanya di tempat terpencil dan kedai yang kecil, namun pembayaran harus menggunakan kad.
Jadi, pastikan anda meng’aktifkan’ kad debit anda terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Jika kad kredit, samada VISA atau MASTERCARD, ianya lebih mudah dan tidak perlukan pengaktifan. Boleh di’swipe’ di mana-mana sahaja. Janji bila sampai bil kena bayar lah, kalau tak nama masuk dalam senarai hitam bank pulak kan? Huhu.
KADAR tukaran wang di sini ialah dua kali ganda wang kita. Maksudnya, sebagai contoh jika harga yang tertulis ialah NOK100, bermakna, kita perlu bahagi 2 (lebih kurang laa), dan ianya bersamaan dengan RM50 duit kita. Ini hanya kadar tukaran. Namun NILAI barangan NOK100 adalah LIMA kali (5x) ganda lebih mahal dari kita.

Ambil contoh, jika menu kebab, harga yang tertulis ialah NOK120, jadi harganya bersamaan dengan RM60 duit kita. RM60 itu, kita bahagikan dengan 5, jadi dapatlah RM12 (harga biasa kebab di restoran fast food di negara kita). Bagi mereka, nilai NOK100 itu adalah seperti nilai “12 ringgit” duit mereka sahaja. So, begitulah andaianya.
Di Norway dan Sweden tiada kedai-kedai ‘pengurup wang’ seperti di Malaysia. Semua tukaran wang haruslah di buat di bank-bank mereka, dan kebanyakkan nya tidak memiliki banyak wang tunai. Namun, kedai-kedai masih ada yang menerima EURO untuk transaksi pembayaran. Cuma kadar tukaranya banyak merugikan kita. Kesimpulanya, lebih baik menggunakan kad kredit / debit. 🙂
6) PERALATAN KAMERA
Tidak sah kiranya bila tiba di negara artik ini kita tidak mengambil kesempatan untuk merakam keindahan cahaya Aurora Borealis ataupun Northern Light. Ramai yang menjadikan aktiviti ini sebagai tujuan utama untuk tiba ke sini, termaksuklah kami.
Ada beberapa elemen yang perlu di beri perhatian untuk merakam cahaya indah aurora borealis ini. Antaranya ialah;
a) Suasana sekitar yang gelap, jauh dari ‘light polution’ yang biasanya datang dari lampu-lampu yang banyak di sekitar kawasan bandar. Jalan terbaik ialah keluar dari kawasan bandar dan cari kawasan pedalaman yang agak gelap.
b) Langit yang terang dan bebas dari lapisan awal tebal. Walaupun cahaya aurora itu muncul, tetapi jika ada awan yang melindungi, gambar yang dihasilkan akan kurang menarik pastinya.
c) Menggunakan kamera yang boleh di setting ke Manual Mode (DSLR, Mirrorless, atau Compact camera). Setting yang boleh di praktikkan ialah, membuka aperture seluas yg mungkin (bergantung kepada jenis lens), shutter speed di setkan ke 30 saat bukaan, dan ISO maksimum tidak melebihi 1600 (bergantung kepada jenis kamera, jika full-frame maka boleh dinaikkan lagi ke 3200 mungkin) untuk mengelakkan ‘noise’ pada gambar nanti. Pastikan focus mode berada dalam keadaan MANUAL, dan lens focus ring di letakkan pada simbol ‘infiniti’. Untuk mengelakkan gegaran kamera yg akan menyebabkan gambar menjadi blur, kamera hendaklah didirikan menggunakan tripod yang utuh, dan juga menggunakan ‘remote shutter release’ (samada external intevalometer atau kamera timer setting) bila menekan shutter button.
Saya menggunakan kamera Nikon D610 bersama lens Nikkor 16-35mm F4 semasa merakam keindahan cahaya aurora sepanjang ekspidisi ini. Alhamdulillah. Gambar yang di rakam tidak mengecewakan. Syukur. 🙂

d) Memantau forecast aurora melalui website yang menyediakan perkhidmatan live view kamera-kamera yang terdapat di pusat-pusat penyelidikan yang berpengklan di Norway, Sweden dan juga Finland. Boleh KLIK SINI untuk website yang saya gunakan untuk memantau kemunculan aurora sepanjang ekspidisi di sana.
Baiklah, rasanya setakat ini dahulu perkongsian dari saya tentang perkara-perkara yang perlu dititik beratkan sebelum memulakan perjalanan ke negara-negara Scandinavia ini. Secara purata, bajet yang kami gunakan untuk ekspidisi kali ini adalah sekitar RM5,500 seorang untuk perjalanan pergi-balik sejauh 23,260 km dalam masa 9 hari. Namun pengalaman dan pelajaran yang kami perolehi sepanjang perjalanan amatlah tidak ternilai harganya. Semoga dengan perkongsian yang tidak seberapa ini dapatlah sedikit sebanyak membantu anda yang bercita-cita untuk ke sana nanti. Moga bermanfaat. Insya Allah.
“Twenty years from now you will be more disappointed by the things you didn’t do than by the ones you did do. So throw off the bowlines, sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.” – Mark Twain
Sekian, Terima Kasih & Wassalam.
Farris, LV2, Sri Iskandar
(1245 hrs; 22 Mar-2016)






Woooooo tersangat le murah,berbaloi2 dlm masa 9 hari ??????
Boleh…jika menyimpan sedikit sebulan, kurang setahun mungkin sudah sampai di sana 🙂
Salam,
RM5500 tu dah termasuk tiket flight semua sekali ker?
W’salam. RM5500 sudah termasuk tiket flight, consider all-in. Jika merancang untuk ke artik hujung tahun ini, lebih baik beli tiket flight sekarang kerana harganya jauh lebih murah lagi.
Maksudnya RM5500 ni termasuk transportation (flight+train), makan dan accomodation ke?
Terima kasih
Yea betul, termasuk kesemuanya.
Thanks for visiting my blog. Do come again 🙂
Salam tuan. Sy merancang utk ke tromso hujung september ini berseorangan. Perkara yg merisaukan sy adalah tukaran wang.
Wsalam tuan. Jika tuan ke Tromso dari Oslo, sebaiknya tukar duit di Oslo kerana di Tromso tempat tukaran wang adalah terhad.
Pastikan juga membawa bersama kad kredit kerana hampir setiap urusan di sana menggunakn kad kredit.
Matawang EURO juga masih diterima, cuma ‘exchange rate’nya agak merugikan kita. Lebih bagus menggunakan duit mereka, dlm NOK.
Terima kasih for this breakdown.
Northern Lights mmg dalam bucketlist.
Cuma sekarang, saya ada seorg anak kecil (<1 tahun), kena plan betul2..
Yup, memang kena properly plan, apatah lagi jika bawa sekali anak kecil ke sana. Moga dipermudahkan urusan untuk ke sana 😉
MashaAllah! Seronok membaca pengalaman saudara suami isteri. Beruntungnyer dpt melihat sendiri kejadian Northern Lights ini, satu keajaiban kurniaan Allah. Moga kami jg nnt dpt merasai keindahan ciptaanNya.
Terima kasih kerana sudi ke blog saya. Insya Allah, dengan azam dan tekad, ada rezeki nanti sampai!
salam tuan,
seronok baca tulisan tuan…kami baru balik dari Iceland..hajat hati nak lihat aurora tapi x kesampaian sbb cuaca x mengizinkan.. .kalu kami pergi ke Scandinavia sekitar bulan September….ada peluang ke bertemu aurora seperti tempat2 yg tuan telah ziarahi tu ? terima kasih
Wsalam. Woww…sudah sampai ke Iceland, antara tempat yang masih dalam bucket list saya. Rasanya kalau September macam masih awal lagi. Saya pergi bulan February, dan biasanya bulan 12, 1 dan 2 yang paling ramai orang ke sana untuk Aurora Hunting. Tapi kalau dah memang rezeki untuk dapat tengok bulan 9 pun, ok juga kan, hehe.
salam saya nak tumpang tanya pasal pertukaran duit tu..
100 SWEDISH KRONA ditukar pada ringgit malaysia rm50..
1 dollar bersamaan 0.11 duit swedish krona..
Maksudnya ringgit lagi tinggi dari swedish krona ke?..
sebab konfius
w’salam.
1 USD = 8.92 Swedish Krona = 4.4 MYR
Ini hanya nombor. Nampak macam RM 1 boleh dapat 2 Krona.
Tapi nilai duit tu berbeza. Contohnya, nak masuk bilik air jer kena bayar 10 krona, dalam RM5. Maknanya, NILAI ringgit tu amat rendah walaupun pada nombor nampak mcm besar.
Salam encik
Boleh sy tau flight ape encik ambik dr kl ke oslo?
W’salam Amira, saya ambil penerbangan Norwegian Airline…dari Bangkok terus ke Oslo.
Salam
Saya merancang trip swistzeland pada 2018
Semalam saya jumpa kawan2 kaki travel mencadangkan saya ke norway dan sweden saya sekarang buat study dan membaca blog ini boleh saya nak email tanya pendapat
Wsalam. Boleh whatsapp saya di nombor +60165644257 untuk sebarang pertanyaan.
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman yang menarik, seronok membaca dan rasa tak sabar untuk menjejak langkah tuan di Tromso
Salam tuan… utk trip melihat Aurora, tuan pergi sendiri atau ambil package yg di tawarkan disana? terima kasih
Di Norway saya join Aurora tour. Di Sweden pergi sendiri. Tq.
Seronok baca entry encik !! Doakan saya dpt pergi Norway suatu Hari nanti .. all in rm5500…terbaik.. btw, bila bulan terbaik utk pergi tgk aurora ? Good sharing sir!!
Terima kasih kerana melawat blog saya yg tak seberapa ni,
Kalau nak tengok Aurora sebaiknya pergi bulan Oct – Feb…musim winter! 🙂
Salam sdr fariz,
Kalau ada penaja kewangan mungkin kita boleh menginap motel dan sewa kereta.
Boleh sdr beri anggaran kasar kos kalau trip yg mcm tu utk norway dan sweeden.
Terima kasih sdr.
Terima kasih kerana berjunjung ke blog travel saya ni.
Anggaran trip kembara artik ni dalam RM7.5K (termasuk flight tiket)
Thanks
Salam,
Boleh share reference utk Mona’s house ? Sy cari dlm Airbnb tak jumpa Mona’s house in Tromso city.
Terima kasih.
Wsalam.
Ini link Airbnb untuk Mona’s House di Tromso.
https://www.airbnb.com/users/show/4932108
Thanks
Salam. Sy nak tanya kalau perbelanjaan sahaja di sana, berapa duit sy perlu sediakan/bawa. Sy akan travel ke oslo, tromso dan reykjavik bulan 11 ni selama 7 hari 6 malam. Flight, accomodation dan tour dah booking. Tinggal nak tau anggaran kos utk perbelanjaan je.
Susah juga nak bagitau tu, sebab ianya bergantung kepada cara kita travel. Tapi kat negara2 tersebut, almost everything payment menggunakan kredit kad. So, just goress kad sahaja, janji kad sudah diactivate utuk kegunaan luar negara.
salam tuan saya bercadang nak pergi ke Finland tahun depan. Nak tanya berapa harga ticket pergi balik ke Finland eh? kalau dari malaysia mahal ke?
Saya ada banyak benda nak tanya orang yang kaki travel ni sebabkan saya ni tak tahu sangat online booking ni macam mana.
Wsalam. Boleh wasap saya di +60165644257 utk more info. Sy cuba bantu setakat yg saya tahu 🙂
Salam Farris,
mana better for seeing aurora kat Rovaniemi or Kittila?
Wsalam. Sorry, saya belom lg sampai ke Finland. Artikel ni berkenaan dengan kembara saya ke Sweden & Norway sahaja.
Thanks for visiting my blog 🙂
salam tuan. insyallah saya akan ke norway minggu depan. sy nak tanya, ada larangan ke untuk bawa daging masuk ke norway (contohnya rendang daging brahim yg ready to eat)? bila baca immigration website, macam ada.
Wsalam. Rasanya mcm ada larangan. Maaf, saya pun tak pasti.