Artik adalah rantau sekitar Kutub Utara, bertentangan dengan rantau Antartika sekitar Kutub Selatan. Di hemisfera utara, Artik termasuklah Lautan Artik (yang bertindih dengan Kutub Utara) dan bahagian-bahagian Kanada, Greenland (sebuah wilayah Denmark), Rusia, Amerika Syarikat (Alaska), Iceland, Norway, Sweden dan Finland. Negara-negara yang berada dalam lingkungan artik (arctic circle) ini kebiasaanya mengalami musim panas yang singkat pada suhu yang tidak melebihi 10 degree celcius. Manakala pada musim sejuknya pula, negara-negara ini boleh mencecah suhu sehingga -25C hingga -30C dan matahari juga amat jarang akan kelihatan.

Terdapat juga fenomena di mana matahari tidak langsung terbenam (dikenali sebagai midnight sun) yang berlaku dari bulan April hingga August di kawasan-kawasan yang jauh ke utara dari garisan artik. Ketika ini, walaupun waktu sudah menunjukkan tengah malam, namun matahari masih kekal bersinar di kaki langit. Fenomena alam yang lain yang amat terkenal di sini ialah cahaya Aurora Borealis atau dikenali juga sebagai Cahaya Utara (Northen Light) yang biasanya muncul bermula dari bulan October hingga March. Cahaya ini akan jelas kelihatan di kawasan-kawasan yang jauh ke utara garisan artik, ketika langit cerah dan tidak berawan. Cahaya berwarna merah, ungu dan hijau yang amat memukau ini akan muncul di malam-malam tertentu dan seolah-olah menari-nari di angkasa mengikut alunan nya yang tersendiri. Kejadian inilah yang banyak menarik minat ahli sains, pencinta alam, jurugambar professional, dan sesiapa sahaja untuk datang ke negara-negara ini untuk menyaksikan sendiri keajaiban alam ini.

Alhamdulillah, saya dan isteri telah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk melalui sendiri pengembaraan dan pengalaman melihat Aurora Borealis ini pada awal bulan Februari 2016 baru-baru ini. Syukur yang tidak terhingga kami panjatkan kepada Allah SWT, yang menciptakan keindahan cahaya hebat ini untuk tatapan makhluknya, supaya kita berfikir dan mengagungkan kebesaran-Nya.
Perjalanan kami bermula dari Kota Bharu ke KLIA 2 pada tengah hari, 6 Feb 2016. Flight kami seterusnya menuju ke Bangkok dan kami tiba di sana sekitar pukul 8 malam waktu tempatan. Pesawat Air Asia mendarat di airport Don Mueang, dan kami menaiki shutter bus ke Survanabhumi airport yg disediakan percuma kepada mereka yang akan menaiki pesawat berikutnya dari sana. Walaupun flight kami ke Oslo, Norway di jadualkan pada pukul 9 pagi esoknya, namun kami masih dibenarkan untuk menggunakan shuttle bus tersebut dengan hanya menunjukkan booking dokumen untuk flight tersebut. Kalau tidak, pasti kami kena naik bas bandar, ataupun teksi yang pastinya bukanlah murah kerana jarak antara dua airport tersebut adalah hampir 40 minit. Malam tersebut kami menginap di Plai Garden Hotel yang terletak 2 km dari Suvarnabhumi airport. Lokasi hotel ini amat memudahkan kami untuk tiba awal keesokan harinya di samping pihak hotel juga turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma dari / ke airport. Jika dari Survanabhumi airport, kita hanya perlu ke gate no 3 di balai ketibaan untuk menunggu airport shuttle membawa kita ke hotel. Di situ akan ada wakil pihak hotel yang menunggu, bersama wakil-wakil hotel yang lain yang berkumpul di satu tempat yg sama antara entrance 3 dan entrance 4 balai ketibaan.


Sebagaimana yang dirancang, kami berlepas dengan pesawat Norwegian Airline, 787 Dreamliner pukul 0900 hrs dan dijangkan tiba di Oslo, Norway lebih kurang pukul 1730 hrs waktu tempatan. Sebelum menaiki pesawat, kami sempat sarapan pagi terlebih dahulu di dalam Suvarnabhumi airport, yang mana terdapatnya sebuah kedai makan muslim yang berlabel Halal di situ. Selain makan, kami juga sempat ‘tapau’ sekali dua bungkus nasi untuk di bawa menaiki flight buat persediaan mengharungi penerbangan selama 13 jam. Walaupun ‘muslim meal’ boleh di book semasa pembelian tiket online, namun harganya membuatkan kami menangguhkan terus hajat tersebut (Satu meal berharga 33 euro ~ RM 150). Kedua-dua bungkus nasi tersebut ‘berjaya’ kami kerjakan semasa kebanyakkan penumpang pesawat lena dengan suasana ‘malam’ di dalam pesawat. Jika menaiki pesawat Norwegian ini, di sarankan untuk membawa sendiri earphone untuk melayan movie2 di IFE yang amat canggih ini. Ini kerana, earpohone tidak di sediakan, tetapi boleh di beli dengan harga USD 3 satu set. Pembelian boleh di buat menggunakan kad kredit dan di ‘swipe’ di IFE masing-masing. Canggih bukan? 🙂


Setengah jam sebelum mendarat, menerusi tingkap pesawat, kelihatan bumi Oslo memutih dilitupi dengan salji tebal. Suatu perasaan bercampur baur. Teruja ada, risau pun ada. Teruja kerana belum pernah melihat begitu tebal salji melitupi bumi. Risau kerana memikirkan kesejukan yang bakal ditempuhi sepanjang perjalanan di Norway ini. Walaupun begitu, hati masih berkobar-kobar untuk meneruskan kembara di bumi Scandinavia ini. Ianya pasti menjanjikan suatu pengalaman yang berbeza.









Ketika di Oslo, kami menginap di HTL KARL JOHAN Budget Hotel selama 2 malam. Hotel ini terletak di Karl Johan Gate Street di tengah2 bandar Oslo, dan hanya 15 minit berjalan kaki ke Oslo Central Station. Tinggal di hotel ini memudahkan kami untuk menjelajah tempat-tempat menarik sekitar Oslo city yang mana kebanyakkanya dalam lingkungan 2-3 km antara satu tempat dengan yang lain. Dan berjalan kaki dalam cuaca sejuk tidaklah begitu memenatkan (jika cukup ‘fit’ ler kan..hehe) dan dirasakan lebih praktikal untuk kami menjelajah di jalan-jalan sekitarnya sambil merakam ‘moment’ menarik sekitar bandar Oslo.



Kami memperuntukkan masa sehari untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Royale Palace Oslo & National Theatre (15 minit berjalan kaki dari hotel, pada malam pertama kami tiba di Oslo), manakala Akershus Fortress, Opera House, Gronlandsparken (taman awam), Central Jam-E Mosque, Toyen Hovedguard (taman botani), ICC Islamic Cultural Central (masjid), dan Bogata dengan berjalan kaki pada hari berikutnya.








Dari Bogata, kami menaiki bas ke tempat seterusnya yang terletak agak jauh sedikit, iaitu Vigeland Sculpture Park. Di sini terdapatnya pelbagai ukiran manusia yang tidak berbaju dalam pelbagai aksi yang pelik dipamerkan bagi tujuan yang tidak dapat di pastikan. Mungkin untuk mempamerkan kerja seni dari artis ukiran terkenal mereka (Gustav Vigeland – 1920s dan 1943), sebagaimana yang kita sedia maklum, minat penduduk negera-negara sebegini terhadap ukiran dan patung-patung amatlah tinggi.

Hampir maghrib, kami berjalan pulang ke hotel sambil menyusuri laluan lembab dan basah dibasahi hujan yang turun renyai sepanjang hari, di selang seli dengan turunya salji halus yang turut membasahi bumi. Suasana malam di kota Oslo ini begitu indah sekali, dengan pelbagai cahaya dari lampu-lampu jalan dan bangunan sekitar, ianya menambahkan lagi kombinasi warna terang gemerlapan menyinari jalan dan bangunan sekitar bandar. Jari masih memetik ‘shutter’ kamera dengan sisa tenaga yang masih berbaki. Sehari suntuk menapak sekitar bandar, memang memenatkan. Tetapi pengalaman yang dilalui dari melihat sendiri kehidupan manusia yang berbeza di bumi asing, mampu membuatkan diri tersenyum sendiri.


























Sumpah..seronok sgt saya baca kronologi kembara tuan.dgn gambar2 yg cantik dan olahan cerita yg tak boring. Rasanya dgn pengalaman yg ada..dah bole jd travel agen ni..saya pun nk join under tuan.utk sapa2 yg nk ke scandinavia utk tgk sndiri nothern light..hehehe.by the way..tahniah..
Terima kasih tuan kerana sudi melawat blog saya. Insya Allah, dalam perancangan juga untuk buat pakej bajet untuk kembara ke artik ni.
Best!
plan to go norway tp x jumpa byk blog yg menarik. This post is good and interesting. saya in particular berminat dengan pic2 yg dikongsi. kalau x keberatan, boleh kongsi x pakai kamera & lens apa utk gambar2 ni. TQ.
Norway memang best, especially to those yang into nature and yang nak melihat Northern Light.
Btw, semasa kembara ke Norway ni saya gunakan kamera Nikon D610 + 16-35mm Nikon lens.
Terbaik bro..gambar gambar pun amat baik..mcm pro je
Moment dah memang cantik bro, saya petik jer camera…hehe
Boleh Tak SharE Detail Tentang Flight ke sana