Waktu di New Zealand awal 4 jam berbanding waktu Malaysia. Bermakna, jika kita bangun untuk solat subuh yang masuk waktunya sekitar 5.50 pagi di NZ, seolah kita bangun hampir pukul 2 pagi jika di Malaysia. Suhu di subuh hari begitu sejuk membeku di sini. Walaupun ada ‘wall heater’ dalam bilik, namun kesejukan tetap mampu menyelinap di celah2 bukaan yang ada pada jaket tebal yg kami pakai. Bab mengambil wuduk seawal pagi lagi laa mencabar. Tetiba sahaja terasa ‘kelajuan’ mengambil wuduk begitu meningkat kerana suhu air paip yg seakan-akan menggunakan ais yg baru dicairkan. Huhu.
Kami bersiap awal pagi itu. Pagi ini kami akan menjelajah ke sekitar Tasman Valley yang mana terletaknya gunung terkenal iaitu Mount Cook. Ini merupakan kali pertama kami melakukan aktiviti ‘trekking’ bekeluarga. Anak kami yg paling kecil, Nida yg masih berumur 3 tahun juga kami terpaksa ‘psycho’ kan dirinya untuk cuba kental dan mengikut kami ‘menapak’ setakat yang termampu. Nyata ianya berjaya. Walau begitu, saya terpaksa juga mengangkatnya (mendukung dlm pelbagai posisi) separuh dari perjalanan kami di sana. Haha. Walaupun penat juga, namun pengalaman bersama wife & anak2 mengharungi liku2 jalan kecil sekitar kaki gunung amat menarik dan mencabar. Cuaca dan pemandangan di sini mampu membuatkan sesiapa sahaja bersemangat dan teruja untuk ‘trekking’ di sekitar kawasan National Park ini.









Setelah hampir 2 jam berada di sekitar National Park Mt Cook, kami meneruskan perjalanan kembali ke pekan Twizel untuk mengisi minyak kereta dan juga makan tengahari. Antara tempat yang menjadi tujuan kami untuk makan kali ini ialah High Country Salmon. Tempat ini memang terkenal di kalangan masyarakat tempatan dan mereka yg berkunjung ke South Island ini. Senang sahaja jika ingin singgah di sini,Β keluar sahaja dari pekan Twizel melalui State Highway menuju ke Queenstown, selepas jambatan sebelah kiri. Memang berbaloi berhenti makan di sini. Ianya merupakan tempat ternakan Salmon dalam sangkar dan mungkin yang paling besar di kawasan Twizel ini. Ada kedai yang menyediakan pelbagai makanan berasaskan Salmon sebagai pilihan. Yang penting, ianya segar dari kolam. Hehe!




Selepas makan, kami menuju ke tempat seterusnya, Wanaka. Kalau diikutkan, banyak tempat menarik yang boleh di kunjungi di Wanaka ini. Tetapi kerana masa yang agak suntuk, jadi kami putuskan untuk masuk ke Puzzling World sahaja. Tempat yang memang sesuai untuk aktiviti sekeluarga, sambil menguji kreativiti diri dan anak-anak juga. Alhamdulillah, mereka sukakan aktiviti yang ada di situ. Yang paling mencabar ialah cuba menyelesaikan Maze yang mana kami perlu melalui sendiri dan mencari jalan untuk sampai ke setiap menara yang disediakan. Ada empat kesemuanya. Kami hanya berjaya mencari jalan hingga ke dua menara sahaja. Penat juga dan pada masa itu, sudah hampir 40 minit kami melilau dalam maze tersebut mencari jalan yang betul untuk ke menara-menara tersebut. Kerana hari hampir gelap, kami terus cari pintu EXIT dan keluar dari Maze tersebut.







Tujuan akhir kami sebelum hari gelap ialah ke tasik Wanaka. Di sana, ada sebatang pokok yang dikenali sebagai Lone Tree. Pokok ini tumbuh sendirian di tengah-tengah tasik Wanaka, dan ianya memang menjadi subjek faveret jurufoto seluruh dunia termasuk lah ‘nubis’ seperti saya π
Alhamdulillah, masih ada sedikit cahaya semasa tiba berhampiran tasik ini. Senja sudah tiba. Namun hari itu, awan agak tebal dan sinar merah matahari tidak kunjung tiba. Namun, suasana ‘gloomy’ pada tika itu memberi ‘mood’ yang agak mystic juga tatkala melihat gambar yang di ambil. Saya hanya biarkan sahaja Faheem & Nuha bermain di gigi air tasik berhampiran. Menggunakan baki masa yang ada, saya memetik ‘shutter’ kamera dan cuba mencari komposisi yang paling sesuai untuk merakam keindahan pohon yang agak ‘glamer’ ini. Suatu pengalaman yang amat indah sekali. Dan ianya datang bukan setiap hari. Hargai ‘moment’ selagi masa ada di sisi.








Salam farrisnoorzali….nice blog….nice photo
Nak tanya apa awak pesan menu makanan kat twizel tu…
salmon grill?…reasonable tak harganya….
Wsalam Pakya, terima kasih kerana melawat blog saya.
Masa kat Twizel, kitaorang mkan menu Salmon Bagel & Sushi set..harganya kalau tak convert ke RM reasonable juga laa…memang berbaloi untuk try dan memanglah sedap..salmon fresh!
Terima kasih Tuan atas perkongsian. Suka tengok dapat travel dengan anak-anak kecil walaupun ianya mencabar. Kalau tak keberatan Tuan boleh share tips travel di NZ bersama anak-anak kecil. Semoga ada rezeki saya dan anak-anak dapat ke sini. Salah satu tempat impian nak pergi.
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini. Kami doakan moga impian puan untuk ke NZ bersama anak-anak tercapai, Insya Allah.
salam.. sy bakal ke sana xlama lagi.. insya Allah..
kalau trekking di national park tu kene sbrg byran tak? biasanya berapa lama masa diperlukan utk trekking dan menghayati keindahannya.. hehe
Wow….menarik. Pasti tak sabar untuk ke sana. Masa trekking bergantung pada kita sendiri. Jika hendak sampai ke point2 menarik yg memang tersedia ada dengan walking trail, mungkin boleh peruntukkan 3-4 jam masa keseluruhan.
Since kami bawa anak-anak kecil, jadi kami tidak trekking ke point yg jauh2 kerana risau anak-anak kepenatan terutama bila menempuh jalan untuk pulang semula ke parking lot. π
salam en farris, en lawat new zealand ni pada musim apa ya. bulan berapa? tq
End of winter, nak masuk spring. Hujung bulan August 2015.
Aslkm,
Boleh saya tau berapa harga kereta sewa dari Apex ? Berapa kos excess kalau ada. Dan performance kereta ok kah ?