Kembara New Zealand : Itinerary

Sebenarnya, kami tidak menyediakan perancangan perjalanan yang lengkap pun sebelum berlepas ke New Zealand. Walaupun banyak juga ‘research’ dibuat melalui pembacaan blog2 pengembara dari Malaysia yang telah sampai ke sana, tetapi tidak lah sampai mampu menyediakan plan lengkap perjalanan.

Apa yang saya buat ialah banyak merujuk kepada Google Map dan ‘study’ pilihan route yg ada untuk menjelajah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Dari Google Map juga ada maklumat tentang masa perjalanan yg bakal dilalui berdasarkan route yang di pilih. Apa yang menarik, kalau di New Zealand, masa yang dipaparkan di aplikasi Google Map biasanya hampir sama dengan perjalanan sebenar kerana trafik di NZ amatlah rendah. Macamana nak ‘jem’ kalau jumlah biri-biri pun lebih banyak dari rakyat NZ itu sendiri. Haha. Untuk menikmati pemandangan yg ‘superb’ sepanjang memandu di NZ, saya cadangkan untuk menggunakan jalan yg dilabel segabai ‘Scenic Route’ . Memandu di jalan ini biasanya akan membawa kita melalui kawasan2 ‘countryside’ yang menjanjikan pemandangan yang memang memukau. Trafik juga amat sedikit dan kualiti jalan jauh lebih baik dari kualiti ‘highway’ di Malaysia. Ini membuatkan badan tidak merasa penat sangat, walau memandu antara 200-300km sehari.  Jauh beza dengan keadaan bila memandu dari KL ke Jabor melalui LPT. Walau hanya dua setengah jam, tapi rasa macam nak pecah pinggang! Huhu. Owh, dan satu lagi, di sini tiada tol untuk di bayar. So pusinglah NZ tuh 80 kali pun, just bayar minyak jer. Jimat kan? 🙂

Baiklah, di sini saya ‘share’ kan Itinerary perjalanan kami di NZ tempoh hari.

_DSC572811Day 1 :

Christchurch Airport — Lake Tekapo — Lake Pukaki — Twizel (overnight in Twizel)

chr-twizelDay 2:

Twizel — Wanaka — Cromwell (overnight in Cromwell)

twizel-cromwellDay 3:

Cromwell — Queenstown — Coronet Peak — Te Anau (Overnight in Te Anau)

cromwell-teanauDay 4:

Te Anau — Milford Sound — Te Anau — Invercargill (Overnight in Invercargill)

teanau-invercargillDay 5:

Invercargill — Bluff — Dunedin (Overnight in Dunedin)

invercargill-dunedinDay 6:

Dunedine — Purakaunui Falls — Nugget Point — Dunedin (Overnight in Dunedin)

dunedine-purakauni-nuggetDay 7:

Dunedin — Otago Peninsula — Dunediin (Overnight in Dunedin)

otago peninsulaDay 8:

Dunedin — Moeraki Boulders — Christchurch (Overnight in Christchurch)

dunedin-christchurchDay 9:

Christchurch — International Antartic Centre — Christchurch Airport (Overnight in Airport)

Day 10:

Flight to Sydney at 0700 hrs.

20150830_073224

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

5 thoughts on “Kembara New Zealand : Itinerary”

  1. Salam , saya bercadang nak ke nz pada hujung tahun , saya ingin pèrgi dari auckland sehingga ke queenstown . Àdakah saya perlu mengģunakañ public transport ataupun menyewa kereta di sana ?

    1. Menyewa kereta adalah option yang paling utama jika berkunjung ke NZ. Ini kerana public transport tidak berapa convenient untuk sampai ke tempat-tempat menarik di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *