Lebih seminggu berada di NZ, kami masih belum berkesempatan untuk membeli sedikit ole-ole untuk keluarga dan sahabat. Mungkin kerana asyik nomad dari bandar ke bandar di south island ini, membuatkan kami asyik menangguhkan sahaja niat untuk membeli souvenir itu. Namun, hari ini kami nekad untuk singgah di bandar Dunedin seketika untuk membeli sedikit … Continue Reading ››
Tag Archives: new zealand
Kembara New Zealand: Otago Peninsula | Dunedin
Hari ini perlu bersiap dan bertolak awal dari hotel ke Otago Peninsula. Sekurang-kurangnya, itulah niat yang dipasang semalam sebelum melelapkan mata di Dunedine Holiday Park ini. Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan umur hari ini bila masih mampu bangkit dari tidur. Sementara Leeni menyiapkan anak-anak, saya menyiapkan apa yang patut di dapur menyediakan breakfast sebagaimana … Continue Reading ››
Kembara New Zealand: Dunedine | Purakaunui Falls | Nugget Point
Hari hampir senja semasa kami tiba di sebuah pekan; Gore. Ia merupakan salah satu bandar kecil yang banyak terdapat sepanjang perjalanan kami dari Invercargill ke Dunedine. Kami singgah seketika di sini untuk berehat sambil anak-anak keluar bermain di taman yang terletak berhampiran dengan jalan utama. Suasana matahari terbenam ketika ini dirasakan amat indah … Continue Reading ››
Kembara New Zealand: Milford Sound | Invercargill | Bluff
Kami memulakan perjalanan awal esok harinya. Kali ini saya hanya menyediakan breakfast ringkas di shared kitchen hotel menggunakan baki bekalan makanan yang masih tinggal. Apalagi, yang paling senang dan cepat; Meggi goreng dengan telur dan sandwich berintikan ikan tuna. Dan tak lupa juga buah-buahan yg masih ada hasil tangkapan dari pekan Cromwell. Selesai … Continue Reading ››
Kembara New Zealand: Twizel | Mt Cook | Wanaka |Cromwell
Waktu di New Zealand awal 4 jam berbanding waktu Malaysia. Bermakna, jika kita bangun untuk solat subuh yang masuk waktunya sekitar 5.50 pagi di NZ, seolah kita bangun hampir pukul 2 pagi jika di Malaysia. Suhu di subuh hari begitu sejuk membeku di sini. Walaupun ada 'wall heater' dalam bilik, namun kesejukan tetap … Continue Reading ››
Kembara New Zealand : Lake Tekapo | Lake Pukaki | Twizel
Selesai sahaja urusan mengambil kereta yang di sewa di Apex Car Rental, kami memulakan kembara kami di bumi South Island NZ dengan menuju terus ke selatan. Destinasi pertama kami ialah Lake Tekapo. Ya, tasik yang 'famous' di kalangan penjunjung yg berkunjung ke South Island ini. Sebelum itu, kami singgah seketika di Park N … Continue Reading ››
Kembara New Zealand : Hotel
Sebagaimana yg dimaklumkan dalam entry sebelum ini, kami tidak menggunakan Motorhome / Caravan / Campervan sebagai 'mode of transportation' kami, tetapi sekadar menggunakan kereta Nissan tahun 2005 untuk menjelajah sekitar South Island. Oleh itu, untuk penginapan kami memilih untuk menginap di bujet-bujet hotel yang sememangnya banyak juga di sini. Cuma untuk malam pertama … Continue Reading ››
Kembara New Zealand : Itinerary
Sebenarnya, kami tidak menyediakan perancangan perjalanan yang lengkap pun sebelum berlepas ke New Zealand. Walaupun banyak juga 'research' dibuat melalui pembacaan blog2 pengembara dari Malaysia yang telah sampai ke sana, tetapi tidak lah sampai mampu menyediakan plan lengkap perjalanan.
Apa yang saya buat ialah banyak merujuk kepada Google Map dan 'study' … Continue Reading ››
Kembara New Zealand
Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat kembali ke tanah air pada 31 Ogos yang lepas selepas berkelana selama 12 hari ke Australia dan New Zealand. Sebenarnya Australia hanyalah sebagai negara persinggahan untuk ke tempat tujuan iaitu New Zealand.
Kami menggunakan penerbangan tambang murah Air Asia, melalui Air AsiaGo pakej yg memerlukan kami untuk menginap … Continue Reading ››