KEMBARA BUMI ARTIK – ICELAND

Coretan ringkas kali ini adalah mengenai perjalanan saya bersama isteri dan teman-teman (member sekolah menengah actually, hehe)  ke bumi artik, Iceland pada bulan December 2017 yang lepas.  Selama ini, memang Iceland merupakan salah satu negara yang memang terasa sangat untuk pergi, dan ntah berapa kali dah menonton video-video travel mengenai Iceland di Youtube semata-mata nak melihat keindahan alam semulajadi yang dikongsikan oleh traveller yang pernah sampai ke sana. Namun, pengalaman berada sendiri di salah sebuah negara unik ini, nyata tidak sama dengan melihatnya melalui skrin komputer ataupun televisyen.

DSC00455 (Medium)

Nyata ianya merupakan suatu pengalaman baru, menarik, unik dan amat berharga buat kami semua. Alhamdulillah.

Kali ini saya tidak akan menulis detail mengenai pengalaman perjalanan saya sebagaimana di entry2 blog kembara saya sebelum ini. Cuma kali ini saya akan coretkan secara ringkas, dengan mengambil kira point2 penting yang diharapkan dapat memberi maklumat & input yg signifikan kepada pembaca sekalian terutama kepada yang ada rancangan untuk menjelajah ke bumi Iceland ini pada masa-masa yg akan datang.

Moga bermanfaat dan jangan lupa untuk berkongsi pengalaman atau pertanyaan di ruangan komen yerr.

Selamat mengembara! Iceland, sentiasa Memukau dan Luarbiasa!

ITINERARY:

Day 1: KUL – SIN (saya & isteri menaiki penerbangan AirAsia untuk ke Changi Airport dari KLIA2 dan bermalam di S’pore sebelum menaiki penerbangan ke London awal esok paginya)

Day 2: SIN – LGW (Norwegian Airline) – Tiba di London ketika hari sudah gelap. Kitaorang guna Uber untuk ke hostel berdekatan dengan Gatwick Airport untuk bermalam.

Day 3: LGW – KEF (Norwegian Airline). Dari London Gatewick, kami menaiki flight awal pagi menuju ke Keflavik, Iceland yg mengambil masa 3 jam lebih. Tiba di KEF, ambil kereta sewa, & terus ke bandar Reykjavik. Lokasi pertama ialah Pasaraya Bonus (Beli groceries – tambah stock bahan mentah on-top of stock makanan yg dibawa dari Malaysia). Selesai urusan membeli belah, kami terus menuju ke Selfoss and overnight di Selfoss Camping Site.

Day 4: Menjelajah ke beberapa kawasan menarik. Driving dari Sellfoss ke Gullfoss Waterfall, & seterusnya ke Gaysir. Selepas itu kami menuju ke selatan, ke Serljalandfos Waterfall (air terjun yang boleh masuk belakang air tuhh…), Skogafoss Waterfall (cantik sangat..) dan bermalam di Skogafoss Camping Site. Masing2 tidur dalam campervan masing2 dan kami tidur dalam kereta wagon kami.

Acal & wife di Gullfoss Waterfall
Acal & wife di Gullfoss Waterfall
Bog & wife di Gullfoss Waterfall
Bog & wife di Gullfoss Waterfall

DSC00498 (Medium) DSC00502 (Medium)

Kawasan air panas yg dikenali sebagai Gaysir.
Kawasan air panas yg dikenali sebagai Gaysir.
Icelandic horses di tepi2 jalan...
Icelandic horses di tepi2 jalan…
Icelandic horses di tepi2 jalan...
Icelandic horses di tepi2 jalan…
Bergambar kenangan dengan kuda Iceland
Bergambar kenangan dengan kuda Iceland
Bergambar kenangan dengan kuda Iceland
Bergambar kenangan dengan kuda Iceland

Day 5: Dari Skogafoss, menuju ke DC-3 Plane Wreck Crash Site in Sólheimasandur Black Beach. Kereta hanya boleh parking di tepi jalan besar (ada tempar parking) dan perlu berjalan kaki sejauh 4km untuk tiba di crash site. View mmg speechless. Dari situ, kami kemudianya menuju ke Dyrholaey berhampiran dengna bandar Vik. Malamnya kami bermalam di Arsalir Guest House memandangkan semua campsite di Vik tutup pada musim winter ni.

DSC00587 (Medium) DSC00590 (Medium) DSC00608 (Medium)

Serjalandfoss Waterfall.
Serjalandfoss Waterfall.

DSC00641 (Medium)

Sunrise di DC-3 Plane Crash Site.  Pemandangan yg indah sekali...
Sunrise di DC-3 Plane Crash Site. Pemandangan yg indah sekali…
Bergambar kenangan bersama teman
Bergambar kenangan bersama teman
Skogafoss waterfall, berdekatan dengan campsite tempat kami bermalam.
Skogafoss waterfall, berdekatan dengan campsite tempat kami bermalam.
Skogafoss waterfall, berdekatan dengan campsite tempat kami bermalam.
Skogafoss waterfall, berdekatan dengan campsite tempat kami bermalam.
Pemandangan sunset di Dyrholaey
Pemandangan sunset di Dyrholaey
Menikmati pemandangan indah sunset di Dyrholaey
Menikmati pemandangan indah sunset di Dyrholaey

Day 6: Dari bandar Vik, kami ke Reynisfjara Black Sand Beach untuk menikmati keindahan sunrise di sini. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Jökulsárlón Glacier Lagoon dan seterusnya ke Skaftafell National Park. Malamnya kami menginap di kenderaan masing-masing, di kawasan National Park – Camping Site.

Arsalir Guesthouse di bandar Vik.
Arsalir Guesthouse di bandar Vik.
Gereja ditepi jalan semasa perjalanan dari VIk ke Black Sand Beach
Gereja ditepi jalan semasa perjalanan dari VIk ke Black Sand Beach
Sunrise di Reynisfjara Black Sand Beach
Sunrise di Reynisfjara Black Sand Beach
Sunrise di Reynisfjara Black Sand Beach
Sunrise di Reynisfjara Black Sand Beach
Salji memutih melindungi pasir dan batuan hitam di tepi pantai
Salji memutih melindungi pasir dan batuan hitam di tepi pantai
Salji memutih dan batuan hitam di tepi pantai
Salji memutih dan batuan hitam di tepi pantai
Ketulan ais terapung di Jokulsarlon Ice Lagoon
Ketulan ais terapung di Jokulsarlon Ice Lagoon

Day 7: Dari Skaftafell National Park kami meneruskan perjalanan ke bandar paling timur di Iceland iaitu Hofn. Overnight di Hofn Camping Site dan di sinilah kami menyaksikan keindahan Aurora Borialis, yang seakan menari-nari di langit, berada betul2 di atas camping site.

Aurora Borialis di Hofn
Aurora Borialis di Hofn
Warna kehijauan aurora
Warna kehijauan aurora

Day 8: Check-out Hofn Camping Site, dan terus menuju ke Hoffel Hot Tubs (tub air panas semulajadi, dengan dikelilingi oleh pemandangan dataran salji dan gunung ganang). Selesai berendam, kami kembali menuju ke Jökulsárlón diamond beach, seterusnya bandar Vik dan sekali lagi tiba di  Selfoss camping site. Overnight in Selfoss Camping Site.

Hoffel Hot Tub berdekatan dengan bandar Hofn.
Hoffel Hot Tub berdekatan dengan bandar Hofn.
Mandi sampai puas, kitaorang jer kat sini, hehe.
Mandi sampai puas, kitaorang jer kat sini, hehe.
Kawasan sekitar Hot Tub
Kawasan sekitar Hot Tub
Berjalan pulang selepas puas mandi ke tempat parking kereta
Berjalan pulang selepas puas mandi ke tempat parking kereta
Singgah di Diamond Beach, semasa perjalalan pulang dari Hofn ke Skogafoss
Singgah di Diamond Beach, semasa perjalalan pulang dari Hofn ke Skogafoss
Posing dengan ais jap, kat rumah kecik jer. Kat sini besar amat..haha
Posing dengan ais jap, kat rumah kecik jer. Kat sini besar amat..haha
Pantai yang penuh dengan bongkah2 ais yang hanyut dari ice lagoon berdekatan
Pantai yang penuh dengan bongkah2 ais yang hanyut dari ice lagoon berdekatan
Berhenti solat di kawasan2 lapang di tepi jalan sambil menikmati keindahan alam sekitar
Berhenti solat di kawasan2 lapang di tepi jalan sambil menikmati keindahan alam sekitar

Day 9: Checked out Selfoss Camping Site, kami terus menuju ke Thingvellir National Park. Namun hujan lebat, angin kencang  dan cuaca yg tidak begitu baik, tidak mengizinkan untuk kami explore kawasan ini walaupun sudah tiba ditempat yang dituju. Meneruskan perjalanan ke bandar Reykjavik dan bermalam di Captain Reykjavik Guesthouse yg terletak dipusat bandar. Malamnya kami explore kawasan bandar Reykjavik dengan berjalan kaki. Menarik juga walau dalam gerimis hujan renyai-renyai dan kesejukan.

Suasana malam di bandar Rykjavik
Suasana malam di bandar Rykjavik
Sempat juga bergambar di Monumen Kapal Viking ni..walaupun dalam hujan renyai..haha..gigih kan..
Sempat juga bergambar di Monumen Kapal Viking ni..walaupun dalam hujan renyai..haha..gigih kan..
Gambar kenangan bersama rakan2 di hadapan Hallgrímskirkja Cathedral di pusat bandar Iceland.
Gambar kenangan bersama rakan2 di hadapan Hallgrímskirkja Cathedral di pusat bandar Iceland.

Day 10: Dari bandar Reykjavik, kami menuju ke tempat sewa kereta untuk memulangkan kenderaan, sebelum dihantar ke Keflavik International Airport dengan shutter bus. Dari sana, kami menaiki penerbangan Easy Jet untuk kembali ke London dan tiba di London Stansted Airport lewat petangnya.

PENGANGKUTAN

Sepanjang mengembara di Iceland, kami menyewa kenderaan untuk memudahkan perjalanan dan juga untuk penjimatan kos yang maksima. Maklumlah, kat Iceland ni boleh dikatakan segala-galanya mahal belaka.

Kereta yang kami sewa, jenis wagon & transmisi manual.
Kereta yang kami sewa, jenis wagon & transmisi manual.

Untuk tujuan itu, saya & isteri menyewa kereta jenis wagon, jenama Dacia Logan MCV 2017 (buatan Romania), dan memang saya bawa sekali inflatable bed yg bersaiz muat utk 2 orang dari Malaysia. Bed ni dibeli siap dengan pumpnya sekali dan memang muat untuk diletakkan di bahagian belakang (seat belakang perlu dijatuhkan menjadikan ia sama paras dengan lantai bonet belakang kereta. Kemudian, kami juga ada bawa sekali 2 pcs winter sleeping bag (untuk menahan sejuk waktu malam) & juga rice cooker kecil untuk memasak.

Beginilah ruang belakang kereta yang dimuatkan dgn inflatable bed. Cukup untuk ditur berdua dgn wife. Hehe.
Beginilah ruang belakang kereta yang dimuatkan dgn inflatable bed. Cukup untuk tidur berdua dgn wife. Hehe.

Manakala untuk keluarga Acal & Bog, masing-masing menyewa Campervan dari jenama Dacia Dokker & juga Nissan NV200. Campervan ni memang sudah diubahsuai untuk tujuan camping, jadi kemudahan tempat tidur, alatan memasak dan lain2 memang cukup lengkap dan selesa berbanding dengan kereta biasa. Mujur juga, jadi dari segi alatan untuk memasak memang kami gunakan kemudahan yang terdapat dalam campervan ni. Mudah dan mencukupi!

Caravan yang disewa oleh Acal dan Bog
Caravan yang disewa oleh Acal dan Bog

TIPS PEMANDUAN DI MUSIM SEJUK

– Sentiasa memantau keadaan jalan yang bakal di lalui. Live update  keadaan jalan Icealnd boleh di lihat di website Road.is  (jalan licin/berais/tanah runtuh/tutup dll).
– Isi minyak kenderaan bila tiba di pekan kecil yang ada stesen minyak. Jangan bertangguh, kerana mungkin stesen minyak seterusnya berada beratus kilometer lagi. Juga sewalah kereta yang menggunakan diesel berbanding petrol.
– Kebanyakkan kereta sewa di Iceland adalah transmisi manual. Kereta transmisi AUTO amat mahal dan kebanyakkan nya berharga lebih 2 kali ganda berbanding kereta transmisi manual.
– Patuhi had laju semasa memandu. Paling laju 90km/h, dan had laju adalah berbeza mengikut keadaan jalan. Kebanyakan masa kami memandu average 60km/hr sebab jalan licin/berais/bersalji dan ada masa-masa kereta/campervan hampir-hampir skidding.
– Tak perlu sewa GPS. Kami hanya gunakan Google Map / Waze sahaja dan sepanjang laluan signal telco amat baik sekali.
– Jika ada bajet lebih, disarankan untuk sewa kenderaan 4×4 kerana ada beberapa laluan yang kenderaan biasa tak boleh nak lalu kerana berbukit dan keadaan jalan yang tidak sesuai dilalui oleh kenderaan biasa terutama nya laluan ‘offroad’.
– Seat driver berada di sebelah kiri kenderaan (left-hand-drive), berbeza dengan negara kita, di mana driver berada di sebelah kanan.
– Jangan keluar simpang atau membuat aksi yang boleh membuatkan pemandu lain menekan ‘brake’ secara mengejut. Ianya akan menyebakan kereta mudah berpusing kerana keadaan jalan yang licin dan berais.
– Mematuhi had laju terutama bila hampir tiba ke bandar-bandar. Biasanya akan ada paparan elektronik yang menunjukkan had laju kereta kita bila menghampiri kawasan bandar dan perlulah memperlahankan kereta sehingga kurang dari limit yang ditetapkan (biasanya 50km/hr)

Sewa 4-wheel macam ni memang best untuk explore, tapi harganya lebih mahal berbanding kereta biasa.
Sewa 4-wheel macam ni memang best untuk explore, tapi harganya lebih mahal berbanding kereta biasa.

PENGINAPAN:

Walaupun kami sudah merancang untuk menginap dalam kenderaan di sekitar Iceland, namun semasa winter ada juga campsite yang ditutup sepenuhnya, dan memaksa kami untuk bermalam di guesthouse.

Campsite pula biasanya bukan percuma &  ada bayaran minimum yang dikenakan. Namun ianya jauh lebih murah berbanding jika bermalam di hostel @ guesthouse.

Ini belanja tempat tinggal kami sepanjang berada di Iceland.

CAMP SITE SELLFOSS = ISK3200 = RM126.96 per night, 2 NIGHTS = RM 253.92
ARSALIR GUEST HOUSE = ISK10000 = RM400 per night.
CAMP SITE HOFN = ISK3000 = RM116.02
CAPTAIN REYKJAVIK GUESTHOUSE = RM210
CAMP SITE VATNAJOKULL NATIONAL PARK = ISK3400 = RM131.46

JUMLAH = RM 1,111.40

**PENGINAPAN SAMPINGAN:
AMBER APARTHOTEL GATWICK = GBP40.50 (RM227.72) – bermalam di Gatwick untuk flight awal pagi keesokan harinya ke Keflavik, Iceland.

**CAMPSITE:
Campsite di Iceland biasanya ada toilet, shower (setengah tempat tutup musim winter), dining area (bukan semua campsite ada), kitchen (bukan semua campsite ada), laundry (Hofn Campsite ada).

Semua campsite kena bayar, RM60~70 seorang per nite.

DSC00868 (Medium)

MAKANAN:

Makanan di sini memang mahal, so kitaorang bawa barang makanan dari Malaysia untuk di masak sepanjang pengembaraan kami di Iceland. Rasanya ini cara terbaik untuk jimat kos, masa, dan juga kepuasan dari segi rasa dan selera kita orang Melayu ni kan..hehe! Kalau perlu nak shopping untuk tambah stock makanan ker apa, disarankan untuk beli di pasaraya BONUS. Kiranya mcm Tesco laa di tempat kita.

Tak perlu beli air mineral RM8 sebotol kecil. Air dari pili di Iceland boleh minum dengan tenang, selamat dan sedap.

Jangan lupa bawa thermos. Penting ni nak buat kopi & teh senang!

Pemandangan sunrise dari belakang Arsalir Guesthouse.
Pemandangan sunrise dari belakang Arsalir Guesthouse.

MATAWANG:

Bawa Euro / USD / GBP. Jangan bawa MYR, memang tak laku nak tukar di sana. Sebenarnya tak perlu banyak bawa cash sebab most transaction di Iceland menggunakan kad kredit. Masuk toilet pun ada yang kena guna kad kredit. So, pastikan kad credit masih ada balance yang mencukupi untuk digunakan di sana.

PAKAIAN:

Pakailah pakaian yang bersesuaian dengan cuaca semasa trip ke sana, terutamanya pakaian untuk menahan sejuk sehingga -10 celcius (suhu semasa kami berada di sana).

Cara jenis dan lapisan baju juga perlu diambil kira dan dipakai dengan betul untuk memastikan ianya efektif dalam memastikan badan kita sentiasa hangat semasa berada di negara-negara artik ini.

DSC00677 (Medium)

KAMERA:

Boleh sahaja membawa kamera yang sesuai. Tiada spesifikasi khusus sebenarnya. Cuma jika ada plan untuk mengambil gambar aurora borialis ker, pastikan untuk bawa bersama kamera tripod supaya dapat menstabilkan kamera (tidak bergoyang) semasa proses mengambil gambar.  Drone juga boleh di bawa bersama dan digunakan di tempat-tempat yang tiada larangan khusus untuk menggunakan nya. Since kebanyakkan tempat2 cantik di sini terletak di kawasan jauh dari bandar (country side), jadi larangan penggunaan drone tu jarang sekali kelihatan.

Gambar yg diambil menggunakan drone semasa di Skogafoss Waterfall.
Gambar yg diambil menggunakan drone semasa di Skogafoss Waterfall.

Baiklah, rasanya setakat ini sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Moga sedikit sebanyak info yang di’share’kan di sinii dapat memberi manfaat kepada para traveller yang akan ke Iceland ataupun negara-negara artik yang lain dalam masa terdekat ini.

Selamat mengembara!!

Gambar kenangan kembara ke bumi Iceland bersama rakan2!
Gambar kenangan kembara ke bumi Iceland bersama rakan2!

“As with any journey, who you travel with is more important than the destination. So, don’t think too much. Let’s pack and just GO..!!”

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

11 thoughts on “KEMBARA BUMI ARTIK – ICELAND”

  1. Speechless saya tengok gambar bro.. Sangat cantik bumi Iceland ni. InsyaAllah..awal bln 2 ni saya akan ke sana. So, ade sedikit pertanyaan harap bleh bantu.

    1. Kalau nak sewa kereta, boleh cadangkan dari company mana yg senang untuk saya amik?
    2. Lesen kereta kita valid boleh pakai kat sana ke? or ada requirement lain yg kena buat?

  2. Terima kasih kerana banyak berkongsi tentang pengalaman di Iceland, saya ada satu soalan disini:

    1. Adakah kita masih perlu membayar bayaran sebanyak RM60~70 seorang semalam walaupun sudah membayar tapaknya seperti dinyatakan dibawah?

    CAMP SITE SELLFOSS = ISK3200 = RM126.96 per night, 2 NIGHTS = RM 253.92
    CAMP SITE HOFN = ISK3000 = RM116.02
    CAMP SITE VATNAJOKULL NATIONAL PARK = ISK3400 = RM131.46

    Semua campsite kena bayar, RM60~70 seorang per nite.

  3. Saya akan ke iceland bulan april ni. Tapi x pasti utk menempah tempat penginapan. Apakah campsite ada cabin utk penginapan yg boleh saya walk in saja

  4. Assalamualaikum, saya bercadang ke Iceland hujung Nov tahun ni, tapi rata rata blog menyatakan tak berapa safe memandu semasa winter di Iceland jika tak biasa dgn keadaan jalan disana. Mohon pandangan n cadangan dr pihak tuan. Saya, suami n sorg anak jangkaan ke sana pd 25/12/19. Tq

    1. W’salam Puan Rohana,

      Memandu di Iceland pada musim winter agak mencabar juga kerana jalan nya yang licin dan berais. Dalam pada itu, kena sentiasa monitor perkembangan terkini keadaan jalan (melalui local website), setiap hari sebelum memulakan perjalanan.
      Jika puan perlukan guide yang boleh memandu, ambil gambar & video travel sepanjang pengembaraan di Iceland, boleh wasap saya di +60165644257.

      Insya Allah saya boleh bantu.

      Terima Kasih 😉

  5. Assalammualaikum..
    Nak tanya..berapa kos yg telah dibelanjakan utk diesel / petrol ketika perjalanan tuan masa tu, ye?
    ..terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *