KEMBARA TANAH BESAR CHINA | BEIJING – SHANGHAI – SHENZHEN | EPISODE 3

Esok harinya, kami bersiap awal dan terus sahaja check-out dari hostel lebih kurang jam 8 pagi. Keluar pintu utama hostel, kami terus berjalan ke arah kanan, dan kurang 50 meter kemudian kami tiba di sebuah restoran Halal yang sudah dibuka dan menyediakan sarapan pagi untuk pelanggan.

Kedai halal berdekatan hostel di Shanghai. Kami sarapan di sini.
Kedai halal berdekatan hostel di Shanghai. Kami sarapan di sini.

Kali ini saya memesan mee goreng, itupun sebab nampak gambar kat diding macam menarik jer. Mujurlah rasa mee goreng tu sedap laa juga, dan portion nya pun banyak, itu yang penting. Haha.

DSCF9075 (Medium)

Usai sarapan, kami bergegas menuju ke Shanghai Hongqiao railway station untuk menaiki Keretapi Laju (Bullet Train) menuju ke Shenzhen. Kalau ikutkan, bandar Shenzhen terletak lebih kurang 1,500km ke selatan Shanghai. Tiba di stesen keretapi, kelihatan ramai juga penumpang yang berpusu-pusu membawa haluan masing-masing. Kami terus sahaja menuju ke tempat train akan bertolak, dan di situ, tiket perlu di scan sebelum dibenarkan untuk melepasi pintu kecil atau entrance gate ke landasan keretapi.

20170419_093542 (Medium)

Kelihatan banyak bullet train yang sudah tersusun dilandasan masing-masing menunggu masa untuk bertolak ke destinasi. Rekabentuk depan dan badan keretapi di China kelihatan lebih kurang sahaja dengan Shinkansen di Jepun.

Bersedia untuk bertolak ke Shenzhen.
Bersedia untuk bertolak ke Shenzhen.

Kami terus sahaja masuk ke coach dan duduk di tempat duduk sebagaimana yang tertulis di tiket.  Kali ini tempat duduk kami jauh lebih selesa berbanding tempat duduk dalam train biasa yang kami naiki dari Beijing tempoh hari. Kerusinya agak selesa, boleh di’adjust’ sedikit ke belakang untuk keselesaan semasa tidur, dan juga mempunyai ruang meletak kaki yang agak luas juga.

Ada jual-jual makanan dan minuman juga dalam train.
Ada jual-jual makanan dan minuman juga dalam train.

Di setiap coach ada disediakan toilet dan juga sinki untuk kegunaan penumpang. Cuma, di tempat duduk langsung tiada plug elektrik yang disediakan (ETS kat M’sia pun ada plug disetiap 2 tempat duduk), jadi agak sukar laa jika nak charge handphone dll. Plug hanya ada di kawasan sinki berhampiran tandas, dan ianya agak terhad untuk digunakan.

20170419_165240 (Medium)

Tepat jam 10.30 pagi, train terus sahaja bergerak memulakan perjalanan menuju ke Shezhen. Ada beberapa perhentian yang train ini akan berhenti sepanjang laluan, tetapi tidaklah begitu kerap. Keluar sahaja sedikit dari kawasan pusat bandar Shanghai, train ini terus sahaja meluncur dengan kelajaun purata 250-270km/jam. Walapun sebelum ini saya pernah menaiki Shinkansen di Jepun, tetapi nyata perasaan masih lagi teruja menaiki train di China ini.

Pemandangan yang sempat dirakam semasa dalam train.
Pemandangan yang sempat dirakam semasa dalam train.

Antara keunikan sistem keretapi laju China ini, landasan nya berlainan dari landasan keretapi biasa dari segi laluan, dan juga ketinggiannya. Landasan keretapi laju ini jauh lebih tinggi dari landasan biasa dan ianya melalui kawasan pendalaman yang dihiasi dengan pemandangan indah gunung ganang, dan juga lanskap pertanian tempatan. Ada pelbagai jenis rupa bentuk muka bumi sepanjang perjalanan, seperti tasik, bukit bukau, gunung ganang dan juga perumahan dan perkampungan kecil sepanjang laluan. Dari tingkap keretapi juga saya dapat melihat bagaimana sistem pengairan untuk kawasan pertanian yang begitu dialirkan daripada sumber sungai berdekatan. Memang menarik.

Tiba di Shenzhen 10 jam kemudian.
Tiba di Shenzhen 10 jam kemudian.

Dalam coach, kebanyakkan kerusi dipenuhi dengan penumpang. Walaupun kami bukan travel pada hujung minggu, namun mungkin kerana populasi rakyat di China ini sememangnya tinggi, jadi permintaan untuk tiket keretapi laju ini sentiasa ada. Harganya pula jauh lebih murah dari harga bullet train di Jepun. Memang berbaloi; jika ingin mencuba pengalaman menaiki Bullet train ini, kena datang ke China.

Makan dulu bila tiba di Shenzhen. Pemilik kedai Muslim dari Mongolia.
Makan dulu bila tiba di Shenzhen. Pemilik kedai Muslim dari Mongolia.

Kami tiba di Shenzhen Railway station lebih kurang jam 8 malam setelah mengharungi hampir 10 jam perjalanan dengan keretapi laju. Dari situ, kami menaiki LRT Subway menuju ke hotel yang telah ditempah semalam. Sekali lagi, kad Metro yang di beli di Shanghai tidak boleh digunkan di bandar Shenzhen. Jadi, samada beli kad baru (Tong Card pada harga 100 yuen ~ RM62) atau membeli tiket sehala di mesin yang disediakan. Memandangkan kami hanya akan berada di sini dua malam, jadi kami hanya sekdar menggunakan mesin tiket dan membeli tiket sehala-sehala sahaja.

Antara kedai makan Halal yang terdapat di Shenzhen.
Antara kedai makan Halal yang terdapat di Shenzhen.

Dari Railway station, kami menggunakan subway dan berhenti di hentian Hubei. Dari situ, kami hanya berjalan kaki menuju ke hotel yang terletak lebih kurang 5 minit dari stesen tadi. Keadaan sekitar sudahpun gelap ketika ini dan saya hanya berpandukan peta di Google Map apps di HP untuk ke hotel. Kali ini kami menyewa bilik di Hotel Muslim Shenzhen. Sesuai dengan namanya, ianya terletak di kawasan penempatan masyarakat muslim di bandar Shenzhen ini. Hampir 5 minit kemudian, kami tiba di hotel tersebut dan terus sahaja check-in. Dalam perjalanan ke sini, kelihatan beberapa kedai makanan halal terletak berdekatan dan sekitar kawasan hotel. Memang terbaik, lagipun itu juga antara tujuan menginap di sini. Dan satu lagi, ditingkat paling atas hotel ini, ada di sediakan surau untuk solat. Kepada yang pernah menginap di De Palma Hotel Ampang, kiranya konsep yang sama dibuat di sini. Cuma, seminggu sebelum kami sampai, kerajaan tempatan di sini melarang untuk melakukan solat jumaat di surau atas hotel ini (sebelum ini solat jumaat memang ada di buat di sini) dan hanya boleh di lakukan di Masjid Besar Shenzhen di pusat bandar. Apa2 pun, surau ini masih menjadi satu kemudahan terutama buat pengembara muslim di Shenzhen ini.

Daging kambing, ada di jual di gerai betul2 berhadapan dengan Hotel Muslim.
Daging kambing, ada di jual di gerai betul2 berhadapan dengan Hotel Muslim.

Selesai urusan check-in, kami terus ke bilik untuk membersihkan badan dan solat. Keadaan bilik kira boleh lah, dengan harga sekitar RM110 semalam untuk 2 orang. Yang penting, senang untuk solat, makan halal dan dekat dengan stesen Subway. Kami kemudianya keluar semula berjalan di kawasan sekitar sambil mencari kedai sesuai untuk makan malam. Mujurlah dekat sahaja dengan hotel, ada kedai yang menyediakan masakan ayam bakar tandoori dan juga roti. Kami makan malam di kedai tersebut sahaja, dan kemudianya kembali ke hotel untuk rehat memandangkan hari pun sudah lewat malam. Semasa perjalanan kembali ke hotel, kami perasan rupanya di depan hotel ada laluan masuk terus ke stesen Subway yg mungkin baru sahaja siap, iaitu stesen Wenjin. Haha, lagi laa senang, tak perlu berjalan jauh lagi untuk ke stesen Subway.

20170420_163717 (Medium)

Esoknya, kami sarapan di restoran sebelah hotel yang memang menyediakan pelbagai masakan China yang halal. Walau kebanyakkan menu nya terdiri dari mee, tetapi nasi juga tetap ada. Untuk memudahkan pesanan, menu kebanyakkan nya mempunyai ilustrasi bergambar (sebab kalu tulisan jer, memang tahun depan pun belum tentu boleh pesan makanan sebab tak faham, haha).

Suasana di Dongmeng Street
Suasana di Dongmeng Street
Suasana di Dongmeng Street
Suasana di Dongmeng Street
Dongmeng Street
Dongmeng Street

Usai makan, kami menuju ke lokasi pertama di Shenzhen iaitu di Dongmeng Street. Di sini merupakan tempat terletaknya ratusan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan, samada pakaian lelaki, perempuan atau kanak-kanak, cenderamata, bag, handbag, barang kemas, dan banyak lagi. Kebanyakkan barang-barang ini dijual dengan harga yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga barangan yang sama di negara kita. Dari segi kualiti pula, kena lah pandai-pandai pilih, dan boleh sahaja mendapat barangan yang kualitinya baik pada harga yang masih lagi rendah. Jika ingin melihat sendiri aktiviti peniaga di bandar Shenzhen ini, bolehlah berkunjung ke kawasan jualan di Dongmeng street ini. Memang menarik. Juga merupakan spot yang menarik untuk mereka yang suka mengambil gambar bertemakan ‘Street Photography’.

Deretan kedai lama dan tradisional juga ada di sini.
Deretan kedai lama dan tradisional juga ada di sini.
Banyak jualan lelong baju2 murah di sini
Banyak jualan lelong baju2 murah di sini
Cuba tanya lokasi kedai, macam faham jer kan..!
Cuba tanya lokasi kedai, macam faham jer kan..!
Suasana jalanan di Dongmeng
Suasana jalanan di Dongmeng
Aktiviti penjual di kawasan ini.
Aktiviti penjual di kawasan ini.

Petangnya kami menuju ke Huaqiang Commercial Circle, tempat di mana terletaknya gedung-gedung menjual barangan elektrik dan electronik terbesar di bandar Shenzhen. Tidak sah kalau datang ke Shenzhen tetapi tidak singgah di sini. Jika di KL kita rasa penat nak jelajah setiap tingkat bangunan Low Yat Plaza, di sini bangunan-bangunan sebesar Low Yat ada dalam lebih 10 bangunan, dan setiap bangunan pula mempunyai dalam 7-10 tingkat yang menjual pelbagai barangan elektronik pada harga borong ataupun runcit. Sebut sahaja; kamera, hadphone, pelbagai kabel, lampu, jam, komputer, laptop, tab, permainan, scooter elektrik, dan banyak lagi..semuanya ada di jual di sini. Dan kitaroang spend tak kurang 2 jam setiap kali pergi ke sini (siap ‘repeat’ lagi keesokan harinya).

Pelbagai jenis bag tangan wanita
Pelbagai jenis bag tangan wanita
Lambakan handbag murah yang ada di Dongmeng
Lambakan handbag murah yang ada di Dongmeng
Di Huaqiang Commercial Circle
Di Huaqiang Commercial Circle
Pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik
Pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik
Pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik
Pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik
Pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik
Pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik
Pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik
Pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik
Pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik
Pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik

Kitaorang juga sempat ke tempat jualan barang-barang permainan terbesar di Shenzhen, yang dikenali sebagai Sungang Stationery Toy Wholesale Market. Di sini 3 bangunan besar yang terletak sebelah menyebelah, dan setiap bangunan pula ada dalam 5 ke 6 tingkat yang dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis permainan samada untuk kanak-kanak atau dewasa. Semua mainan adalah buatan China, dan dijual pada harga borong atau runcit. Jika nak dibandingkan dengan harga di Malaysia, untuk permainan yang sama nyata jauh lebih murah harga di sini. Kalau beli dengan kuantiti yang lebih, maka harganya masih boleh ditawar-tawar lagi. Sempat ler beli dua set LEPIN (sebiji macam LEGO tapi jenama China, so LEPIN la jadinya) untuk di bawa pulang. Harga murah 50-60% dari harga di Malaysia. Kepada peminat model-model mainan seperti Tamiya dan lain-lain, ada 2 kedai di sini (kalau tak silap laa…) yang menjual alat2 mainan seperti ini.

Sungang Stationery Toy Wholesale Market
Sungang Stationery Toy Wholesale Market
Sungang Stationery Toy Wholesale Market
Sungang Stationery Toy Wholesale Market
Sungang Stationery Toy Wholesale Market
Sungang Stationery Toy Wholesale Market

Kami juga sempat solat Jumaat di Shenzhen Mosque, masjid utama di bandar Shenzhen yang baru sahaja disiapkan dalam tahun 2017. Semasa tiba di situ, kerja-kerja mendirikan pagar dan lanskap luar masjid masih lagi giat dijalankan. Bangunan utama dan bahagian dalam masjid kelihatan hampir 95 peratus siap dan saiznya memang besar, rekebentuk moden dan selesa untuk jemaah mendirikan solat. Ramai juga masyarakat Islam yang berkunjung ke masjid ini untuk melaksanakan solat Jumaat.

Kawasan luar masjid masih dalam proses pembinaan
Kawasan luar masjid masih dalam proses pembinaan
Shenzhen Mosque
Shenzhen Mosque
Shenzhen Mosque
Shenzhen Mosque

Usai solat, kebanyakkan nya mengambil kesempatan untuk singgah makan tengah hari di restoran dan kedai makanan Halal yang banyak boleh di dapati di sekitar kawasan Masjid. Alhamdulillah. Sempat juga pekena kambing bakar cucuk (macam satey) dengan nasi di salah sebuah restoran berdekatan. Walapun seperti biasa, masalah yang sama bila nak order makanan adalah komunikasi. Hentam sahajalah, bahasa isyarat apapun janji faham dan makanan tiba di meja. Haha.

Pakcik baju merah ni lancar sungguh cakap bahasa china. Siap tolong kitaorang masa nak pesan makanan. Thanks!
Pakcik baju merah ni lancar sungguh cakap bahasa china. Siap tolong kitaorang masa nak pesan makanan. Thanks!

DSCF9104 (Medium)

Roti makan dengan kaki kambing
Roti makan dengan kaki kambing

Pengembaraan di Tanah Besar China ini diakhiri dengan penjelajahan kami di Shenzhen, bandar ketiga terbesar di timur China. Setelah hampir 10 hari berada di bumi China ini, kini tibalah masa untuk pulang kembali ke tanah air.

DSCF9091 (Medium) DSCF9089 (Medium) DSCF9029 (Medium)

Walau begitu, masa yang diperuntukkan untuk melawat setiap bandar pada kali ini bagi saya agak singkat juga. Yang pasti, wajah sebenar tanah besar ini belum mampu ditatapi sepenuhnya; masih banyak lagi keunikan yang masih terselindung di sebalik bayangan yang menanti untuk dirungkaikan. Namun, di harap dengan perkongsian ringkas ini, ianya sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang masyarakat, budaya, ekonomi, kemudahan infrastruktur dan keindahan alam semulajadi di bumi asing ini.

China, banyak lagi yang belum diketahui & diterokai.

Suatu hari mungkin akan Kembali! Lagi 🙂

Di hadapan bangunan Beijing Railway Station.

 

“Don’t listen to what they say. Go see.”
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WordPress spam blocked by CleanTalk.