Pada bulan April yang lepas, buat pertama kalinya diri ini telah berjaya menjejakkan kaki ke tanah besar China. Jika dahulu semasa negara ini masih mengamalkan dasar tertutupnya, rasanya tidak ramai yang mengetahui apatah lagi ingin melawat ke negara ini. Sekarang, segala-galanya sudah berubah semenjak China membuka ekonominya kepada dunia secara berperingkat; bermula seawal tahun 1978 hingga lewat 90-an. Kini, semua negara mengakui kekuatan ekonomi negara China sehinggakan negara kuasa-kuasa luar yang lain seperti Eropah dan Amerika Syarikat juga turut terkesan dengan perkembangan ekonomi yang begitu pantas oleh negara ini.
Selain dari ekonomi, infrastruktur di kebanyakkan wilayah besar di China juga begitu moden sekali. Sistem pengangkutan nya juga amatlah maju setanding dengan negara-negara jiran mereka seperti Jepun dan Korea. Ini juga antara faktor yang membuatkan diri ini begitu teruja untuk melakukan perjalanan ini.
Perancangan asal hanya untuk mengembara solo sahaja selama lebih kurang 10 hari, bermula dari Beijing dan berakhir di Shenzhen sebelum kembali semula ke tanah air. Namun, kebetulan 2 minggu sebelum bertolak ke China, seorang rakan yg pernah bekerja bersama suatu ketika dahulu menyatakan hasrat untuk turut serta dalam pengembaraan ini. Alhamdulillah, sememangnya bagi saya berkelana berdua atau lebih itu lebih baik dari berseorangan, terutama bila ke nagara asing yang belum pernah dikunjungi sebelumnya. Tambahan pula, dari segi kos juga dapat jimat sedikit-sebanyak, terutamanya kos tempat tinggal, makan dll.
Sebelum ke negara China, pemegang passport Malaysia perlu membuat VISA di Chinese Visa Application Service Center yang terletak di alamat berikut:
Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur,
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection).
Hamsphire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur.
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm)
Collection : (9am-4pm).
Untuk trip ini kami memohon untuk single entry VISA yang berharga dalam RM88 ringit seorang.
Berikut ialah coretan ringkas perjalanan kami ke tiga buah bandar besar di China iaitu Beijing, Shanghai dan Shenzhen.
DAY 1:
- Berlepas dari terminal KLIA 2 ke Beijing menaiki penerbangan Air Asia-X jam 10:10 mlm dan tiba di Lapangan terbang Peking di Beijing jam 4.25 pagi. Flight hampir penuh, punah harapan nak tidur baring sebab memang tiada seat yang kosong.
- Urusan imegresen berjalan lancar, walaupun sampai dalam keadaan ‘mamai’ lagi since masih awal pagi. Tunggu masuk waktu subuh dan solat subuh di tingkat bawah airport, sama level dengan access ke train untuk ke city center. Train hanya beroperasi bermula jam 6 pagi.
- Jam 6 pagi, terus menuju ke kaunter untuk membeli tiket train. Kami beli Beijing Transport Smart Card (kaler BIRU – deposit CNY20 & top up value accordingly) untuk memudahkan urusan bayaran untuk menaiki semua public transport di Beijing (bleh guna untuk train express from airport to city center, METRO, Bus).
- Keadaan train express memang terbaik, moden dan bersih. Bila sampai di Dongzhimen, kena tukar naik METRO untuk ke stesen Qianmen, stesen Metro/LRT terdekat dengan hostel tempat kami akan menginap nanti. METRO sistemnya senang sahaja untuk difahami, dan memang ada tulisan Inggeris di setiap stesen, jadi tiada masalah untuk memahaminya.
- Tiba di stesen Qianmen (terletak di hadapan dan berdekatan dengan forbidden city), kami berjalan kaki menuju ke hostel. Tiba di hostel (LEO HOSTEL) sebelum jam 8 pagi. Jadi masih belum boleh check-in (baru plan nak mandi segarkan badan) kerana masih awal. Kami hanya mandi di share bathroom (hostel ni hanya menyediakan shared bathroom dan toilet) dan meninggalkan bag kami di tempat menyimpan barang sementara kami berjalan ke menuju ke Forbiddden City.

- Amat sibuk. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk melambangkan keadaan di sini. Memang sangat ramai orang melawat tempat bersejarah ini. Dan tempat ni juga punyalah besar dan hanya boleh diterokai dengan berjalan kaki. Oleh itu, memang kena ada stamina yang cukup kerana setiap bahagian dalam kota tersebut adalah begitu besar dan luas kawasanya untuk diterokai. Kami tak masuk sampai habis sampai ke belakang kota pun, cukuplah sekadar seperempat dari keseluruhan kawasan kota tersebut. Namun, ianya cukup untuk memberikan kami gambaran kehebatan kota tersebut sebagai pusat pentadbiran China suatu ketika dahulu.


- Keluar dari kota, kami berjalan menyusuri kawasan tasik di sekitar tepi pagar kota Forbidden City itu. Di sini ada pelbagai aktiviti penduduk sekitar seperti beriadah, jogging, menaiki kenderaan rekreasi air, dan juga memancing. Tenang sahaja kawasan ini, dengan tumbuhan yang menghijau menghiasi sekitar lanskap taman. Cantik. Itu sahaja perkataan yang mampu diungkapkan.



- Dalam perjalanan pulang ke hostel, kami sempat singgah seketika bergambar di hadapan bangunan moden yang berbentuk telur, iaitu bagunan National Centre for the Performing Arts (NCPA). Bangunan yang berwarna emas ini begitu unik dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melewati kawasan tersebut.




- Kami tiba di hotel waktu tengah hari, dan urusan check-in berjalan lancar. Kami di berikan katil 2 tingkat dalam dorm yang mampu memuatkan 6 orang. Walaupun bilik nya tidaklah besar sangat, tapi ianya masih selesa untuk tidur dan merehatkan badan. Selesai solat, kami kemudianya keluar semula untuk mencari makanan halal. Maklumlah, belum lagi merasa makanan berat semenjak tiba di Beijing awal pagi tadi.





- Kami menaiki METRO menuju ke kawasan penempatan masyarakat Islam di Beijing iaitu Niujie. Di kawasan ini terdapatnya Masjid Niujie, iaitu masjid terbesar di pusat bandar Beijing dan di sini lah didirikan solat Jumaat setiap minggu.



- Di kawasan ini juga terdapatnya pasar yang menjual bekalan makanan basah dan kering yang HALAL untuk penduduk setempat. Kedai makan dan restoran pun memang banyak terdapat di sini. Jadi jika ke kawasan sini, memang tak perlu risau mencari tempat makan Halal.



- Usai makan, kami sempat melawat Masjid Niujie; masjid tertua yang dibina pada tahun 996 semasa zaman Dynasty Liao. Apa yang menarik, seni binanya langsung tidak seperti masjid2 biasa yang biasa kita lihat di mana adanya kubah dan menara. Masjid ini lebih kepada binaan tradisional negara Cina dan ianya memang unik dan menarik sekali. Keadaan nya juga masih terjaga dengan baik dan menjadi tarikan utama pengunjung yang datang ke Beijing ini.

- Kami kemudianya kembali ke hostel, memandangkan hari pun hampir gelap. Malamnya kami sekadar meneroka kawasa-kawasan sekitar hostel sahaja dan tidur awal.
DAY-2
- Selesai solat subuh, kami terus bersiap untuk ke Niujie sekali lagi untuk sarapan. Ketika ini penghuni yang lain masih lena tidur walaupun hari sudah mula cerah. Seperti semalam, kami menaiki Metro dan setibanya di kawasan Niujie, kami terus sahaja ke sebuah kedai makan di situ. Nampak memang ramai yang sedang beratur membeli makanan seperti roti, daging, sup dan lain2 makanan lagi. Kami mengambil keputusan untuk makan di kedai. Masalah mula timbul bila kami cuba untuk membeli sup dan roti ; kerana penjaga makanan menunjukkan isyarat kepada kami seolah2 perlu untuk menggunakan sejenis kad. Setelah memerhatikan keadaan sekeliling, barulah kami perasan yang semua pelanggan di situ masing-masing memegang satu kad berwarna putih. Ohh..kami mula faham; mungkin macam sistem foodcourt di negara kita. Waktu ni memang kena ‘digest’ sendiri jer perkataan yang diorang sebut. Memang sepatah pun tak faham. So kami pergi ke kaunter untuk membuat bayaran dan mendapatkan kad putih tersebut.


- Namun, bila sampai di kaunter, pakcik di kaunter ‘bersyarah’ panjang yang memang kitaorang mampu buat muka ‘blank’ jer laa. Seolah-olah ada lagi ‘prosedur’ lain yang perlu di buat sebelum dapat kad tu. Dan yang best nya, memang kami tak faham langsung apa yang dia nak. Nekad punya pasal, saya kembali semula ke tempat megambil makanan tadi dan mengeluarkan duit 20 yuen dan terus bagi kepada makcik di situ sambil menunjukkan makanan yang dikehendaki. Dalam membebel, makcik tu pun menghidangkan kami makanan tersebut. Haha, terharu pula rasanya, dapat juga makanan akhirnya. Mujurlah rasa sup daging dan roti2 yang dihidangkan tu sedap juga, kena laa dengan tekak. Tapi rasanya, esok memang akan ke kedai lain pula. Malas laa nak makan lagi kat kedai ni. Mencabar sangat, haha!



- Selesai makan dan membungkus sedikit makanan sebagai bekalan untuk perjalanan ke tembok besar pagi ini, kami terus menaiki metro dan seterusnya bas untuk ke Tembok Besar China (bahagian Mutianyu). Keseluruhan perjalanan untuk tiba mengambil masa dalam 2 jam juga. Ini kerana Mutianyu ni terletak agak terkeluar sedikit dari pusat bandar Beijing. Kalau nak yang dekat (dalam 1 jam perjalanan), boleh ke Bedaling Section, tapi kat sini terlalu ramai pengunjung dan bisanya sesak jika hujung minggu.



- Sampai di Mutianyu, kami terus membeli tiket masuk di kaunter jualan tiket. Apa yang menarik di China ni kami perasan yang kaunter tiket apa jenis pun mesti ada speaker kat setiap kaunter. Maknanya suara penjaga kaunter memang dengar kuat amat semasa berurusan. Jadi suasana dikaunter memang sangat bising, namun perkara sebegini nampak seakan perkara biasa sahaja di sini. Mungkin rakyat di sini memang suka menjerit-jerit, sebab tu kena guna speaker untuk kasi kuat terus bunyi suara. Haha.
- Dari entrance, kami menaiki shuttle bas ke kaki bukit di mana terdapatnya kemudahan cable car untuk membawa pengunjung terus ke puncak bukit di mana terletaknya tembok besar tersebut. Jika nak trekking pun boleh, tetapi untuk menjimatkan masa dan tenaga, kami memilih untuk menaiki kereta kabel (bukan kereta pun sebenarnya, hanya dua kerusi tempat duduk, macam gondola di ski resort). Hampir 15 minit juga perjalanan untuk sampai ke atas, namun ianya tidak lah terasa lama kerana pemandangan sekitar yang sememangnya menarik dan indah sekali.


- Sebagai tidak percaya yang akhirnya kami dapat juga menjejakkan kaki di atas tembok besar cina, dan berjalan di dalam bahagian tembok tersebut. Kelihatan struktur tembok yang merentang bukit berkilo meter jauhnya dari satu puncak bukit ke puncak lain. Terbayang bagaimana sukarnya pembinaan yang berlaku pada ketika itu dan apa yang menarik, struktur tembok ini masih berdiri kukuh sehingga ke hari ini. Kami berjalan dan meneroka setiap pelusuk kawasan tembok, termasuklah struktur bangunan seumpama menara kawalan yang menjadi tempat berkawal tentera kerajaan cina suatu ketika dahulu.
- Hampir 2 jam berada di atas tembok, merakam keindahan lanskap bukit bukau di kawasan sekitar dan juga binaan tembok itu sendiri, kami akhirnya turun ke kaki bukit. Tapi kali ini kami turun dengan menaiki galongsor atau ‘sledge’ yang meluncur dilaluan besi dari atas bukit hingga ke bawah. Memang best naik benda ni, rasa macam naik luncur salji pula cuma ianya meluncur di trek besinya sendiri.


- Hampir 10 minit, kami akhirnya tiba di kaki bukit dan menuju kembali ke tempat shuttle bas tadi. Tiba digate masuk, keadaan sudah lengang memandangkan hari hampir gelap, mungkin dalam sejam lagi matahari akan terbenam. Di sini, kami terpaksa mencari-cari kalau2 ada ‘van sapu’ yang akan ke bandar. Mujurlah masih ada pemandu van yg sudi menghantar kami ke perhentian bas di bandar dengan bayaran yang berpatutan. Dari perhentian bas, kami menaiki bas kembali ke pusat bandar Beijing, dan kemudianya menaiki Metro sebelum tiba di hostel sekitar jam 8 malam.

Malamnya kami keluar melihat kawasan sekitar Dashilan Street yang terletak berdekatan dengan hostel kami. Di sini pada asalnya merupakan kawasan pusat perniagaan pada zaman Dynasty Ming dahulu. Namun kini ianya telah bertukar menjadi deretan-deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan termasuklah keperluan harian tetapi dengan masih mengekalkan struktur binaan bangunan lama.
Walaupun keletihan setelah sehari mengembara ke daerah Mutianyu, namun pengalaman untuk melihat dan berada sendiri di tembok besar china amatlah menarik sekali.
Day 3:
Seperti biasa, hari ni sekali lagi menuju ke kawasan penempatan Islam di Niujie untuk sarapan. Kali ni kami bersarapan di sebuah restoran halal yang terletak bersebelahan dengan pasar Niujie. Sedap juga masakan mee tarik berkuah di sini.




Usai makan, berjalan-jalan di kawasan penempatan Islam di sini, melihat sendiri kedai-kedai menjual daging kambing yang banyak terdapat di sepanjang jalan utama di kawasan ini. Di sini, kambing biasanya disembelih terus di hadapan kedai, dan dagingnya dilapah terus di situ sebelum di potong-potong kecil di dalam kedai dan terus sedia untuk di jual.



Seterusnya, dari Niujie kami menaiki Metro ke pasar menjual barang-barang antik terbesar di Beijing yang dikenali sebagai Panjiayuan. Tiba di sini, kelihatan banyak sekali barang-brang antik dari sebesar-besar saiz hingga sekecil-kecil barang. Pasarnya begitu besar sekali, dengan ratusan peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan.



Apa yang menarik, keadaan di sini begitu tersusun dan kebersihan juga kelihatan begitu terjaga. Jika ingin mencari pelbagai jenis jade, boleh laa cari di sini. Cuma ukuran keaslian tu tidak lah dapat dipastikan kerana saya sendiri pun bukanlah peminat barangan ini. Tapi jika mereka yang biasa, pasti tiada masalah untuk menentukan keaslianya bukan?




Dari Panjiayuan, kami menuju ke satu lagi kawasan terkenal di Beijing iaitu Wangfujing Street. Kawasan ini merupakan kawasan terbesar yang menempatkan gedung-gedung membeli belah terkenal di sini dan ianya terletak di kiri-kanan jalan utama yang mana kenderaan tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut. Hanya pejalan kaki sahaja.









Di kawasan ini juga terletaknya Food Market yang terkenal iaitu Wangfujing Food Market. Di sini ada dijual pelbagai jenis makanan yang memang pasti menarik minat mereka-mereka yang sukan makanan unik dan eksotik. Kalau berani boleh laa cuba Satey Kala Jengking yang ada di jual di sini. Haha. Di market ini juga ada beberapa kedai yang menjual pelbagai jenis barangan souvenir pada harga yang murah.





Kembali ke hostel dan mengambil bag yang ditinggalkan di tempat simpanan bag di hostel. Kami seterusnya menuju ke Beijing Central Train Station untuk menaiki Overnight Train yang akan menuju ke Shanghai pada jam 7 malam nanti. Perjalanan dijangka mengambil masa 15 jam untuk jarak perjalanan sejauh lebih kurang 1,300 km.




Tiba di Beijing Central Station, kelihatan begitu ramai orang yang berada di setiap penjuru kawasan stesen. Pemandangan sebegini merupakan perkara biasa di Beijing sebenarnya. Kami terus sahaja masuk ke dalam kawasan stesen. Untuk masuk ke dalam perlu ada tiket terlebih dahulu. Dan ianya akan di cop oleh pegawai bertugas di pintu pagar bahagian luar bangunan stesen sebelum dibenarkan masuk ke dalam bangunan.

Memang besar dan luas keadaan dalam bangunan stesen keretapi ni. Setelah berjaya mencari landasan tempat keretapi akan bertolak, kami terus sahaja menuju ke ruangan menunggu yang di sediakan. Ramai sungguh, sehingga tidak cukup kerusi menunggu dan ramai yang sekadar duduk-duduk di lantai sahaja, termasuklah kami.

Tiba masa bertolak, kami terus sahaja menuju ke gerabak keretapi dan masuk mencari tempat duduk. Oleh kerana kami hanya beli tiket jenis tempat duduk dan bukanya katil, jadi terpaksalah layan tidur atas kerusi sahaja sepanjang perjalan ke Shanghai.


Itu pun mujurlah kami sempat membeli tiket yang ada kerusi, kerana kalau tidak mungkin kena berdiri sebagaiamana ramai juga penumpang yang lain dalam gerabak tersebut. Rupa-rupanya, sistem jualan tiket di sini masih membernarkan jualan tiket walaupun semua seat sudah penuh. Jadi mereka yang tiada seat, biasanya pandai-pandailah duduk di lantai gerabak. Ada juga yang sudah siap bawa kerusi kecil yang boleh di lipat dan duduk dibahagian laluan tengah gerabak. Fuhh, pangalaman baru menaiki train sebegini. Standard train ini seperti jenis ETS Intercity train oleh KTM di negara kita, yang mana kelajuan maksimum sekadar 140-150km/jam sahaja.


Tidak banyak perkara yang boleh dilakukan semasa di dalam train kerana keadaan yang agak penuh dengan orang dan tempat duduk kami sendiri memang duduk rapat-rapat antara kiri dan kanan penumpang. Memang kurang selesa. Jadi saya sarankan jika ada bajet lebih, baiklah beli tiket yang ada katil, kerana ianya pasti lebih selesa memandangkan perjalanan ke Shanghai bukanlah sekejap.
Kami tiba di Stesen Keretapi Shanghai keesokan harinya kurang labih jam 9.30 pagi. Dari stesen, kami terus menuju ke kaunter untuk membeli tiket keretapi ke Shenzhen. Kali ni kami nak try merasa naik keretapi laju pula (bullet train). Lagipun pengalaman semalam dalam keretapi yang sesak dengan penumpang dan tempat duduk yang kecil dan tempat bersandar yang menegak, memang mencabar ketahan tubuh badan kami. Haha, penat weh..!

Usai membeli tiket, kami menuju ke hostel di pusat bandar Shanghai. Kali ni kita layan bandar Shanghai pula jom..!





