Kembara HONG KONG | Causeway Bay, Shek-O Village, Kowloon, Tsim Sha Tsui, Disneyland!

Jika sebelum ini, sebut sahaja Hong Kong, terus sahaja terbayang satu kota yang amat padat dengan penduduk, sentiasa sibuk dengan lalulintas, bangunan pencakar langit yang tinggi-tinggi dan dibina begitu dekat antara satu sama lain, warga penduduk yang berbangsa cina, dan tidak ketinggalan juga suasana jalanan yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem-filem terkenal dari Hong Kong suatu ketika dahulu.

Sekurang-kurangnya itu antara perkara yang terlintas di benak fikiran bila perkataan Hong Kong itu kedengaran. Namun kali ini, saya dan keluarga gagahkan juga semangat untuk ke kota ini, melihat sendiri kehidupan masyarakat di sana, dan melayan ‘kesibukan’ hiruk pikuk kehidupan di sebuah kota terkenal yang bernama, Hong Kong.

Ikuti coretan ringkas pengembaraan kami sekeluarga ke Hong Kong!

HARI PERTAMA

  • Tiba di KLIA 2, menaiki penerbangan Air Asia pada jam 9 pagi dari Kuala Lumpur ke Hong Kong yang mengambil masa selama 4 jam. Tiba airport HK jam 1 tgh hari.
  • Selesai urusan imigresen, terus sahaja beli simi kad di 7-Eleven, 1.5G data plan, HKD 80.
  • Menaiki Airport Express train menuju ke Hong Kong station, perjalanan lebih kurang 28 minit. Tiket beli melalui website KLOOK, dapat harga diskaun, HKD75 per adult. Kanak-kanak percuma, promosi sehingga 31 August 2017.
  • Beli Octopus Pass (transport pass), 2 untuk dewasa (HKD150 per card), dan 3 untuk kanak-kanak (HKD 70 per card). Kad ni perlu ada untuk naik metro/subway, bus, tram, dll public transport di HK.
  • Bila sampai di HK Station, untuk pengguna perkhidmatan Airport Express, ada servis FREE shuttle bus ke beberapa hotel tertentu di HK Island nih. Jadi kami just naik FREE shuttle bus yang menghantar penumpang ke Park Lane Hotel, kerana hostel kami hanya terletak 2 minit berjalan kaki dari hotel tersebut.

DSC03647 (Medium)

  • Tiba di Hostel, terus buat urusan check-in di Hong Kong Hostel yang terletak di Peterson Street, ditempah melalui Booking.com. Since kami tempah bilik berkapasiti 3 orang dewasa, jadi lepas urusan check-in, staff hostel terus sahaja bawa kami ke bangunan sebelah, di mana terletaknya bilik kami. Bangunan tempat check-in tadi hanya menempatkan bilik berkonsepkan dorm (kalau solo traveller / dewasa sahaja biasa akan duduk sini, lagi murah).
  • Hong Kong Hostel ni antara yang murah, tetapi masih berbaloi dengan keadaan bilik, fasiliti yang disediakan dan yang paling penting adalah lokasi. Kawasan hostel ni memang dekat dengan MTR Station, dan antara kawasan utama di Causeway Bay ini. Tetapi kalau nak bilik yang lapang2 dan luas macam standard di Malaysia, kena cari hotel lain, dan kena stand-by juga budget dalam RM400-500 semalam.

DSC04842 (Medium)

  • Memandangkan hari sudah lewat petang, kami rehat seketika di hotel, sebelum keluar untuk makan malam di Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Center yang terletak 15 minit berjalan kaki dari hostel kami.
Teksi antara pengangkutan yg mudah didapati di HK.
Teksi antara pengangkutan yg mudah didapati di HK.
  • Tempat makan terletak di tingkat 5 bangunan ini, berhawa dingin dan luas. Menu makanan ada pelbagai jenis, semuanya dari masakan chinese, tetapi Halal. Harus cuba sendiri, memang sedap. Paling terkenal di sini ialah dim sum, tetapi hanya available dari jam 10 pagi hingga 3 petang. Jadi untuk malam ni kami hanya pesan menu mee sup daging, nasi putih dengan masakan daging kambing. Itupun memang sedap juga! Minuman wajib pula ialah chinese tea yang panas dan ada dedaun wangi dalam tuh. Fuhh, memang menyegarkan..!
Makan malam di kantin tingkat 5
Makan malam di kantin tingkat 5
  • Lepas makan, terus solat maghrib berjemaah dan jamak sekali dengan Isyak di masjid.
Suasana dalam dewan solat masjid
Suasana dalam dewan solat masjid
  • Usai urusan, berjalan pulang ke hostel sambil layan kesibukan penduduk HK yang pelbagai ragam.
  • Setelah family dah selamat kembali ke bilik hostel dan rehat seketika, saya keluar kembali, jalan-jalan di sekitar kawasan hostel di Causeway Bay.
Penuh dengan pelbagai signage
Penuh dengan pelbagai signage
Antara street food yg ada dijual
Antara street food yg ada dijual
Beberapa fotografer yg ada di sekitar Causeway bay di waktu malam
Beberapa fotografer yg ada di sekitar Causeway bay di waktu malam
  • Walaupun jam menunjukkan pukul 10.30 malam, tetapi kesibukan trafik dan juga orang ramai yang berada di kawasan tersebut seolah-olah hari masih lagi siang. Masih rancak. Pelbagai aktiviti yang masih berjalan. Memang waktu terbaik untuk mengambil gambar di jalan-jalan kota HK ini, merakam pelbagai aksi menarik di jalanan. Lagipun keadaan sejuk sedikit memandangkan hari sudah malam. Kalau siang hari, memang kena fikir banyak kali juga nak keluar ambil gambar kerana keadaan semasa sampai siang tadi memang panas.
  • Kembali ke hostel untuk rehat dan tidur.

HARI KEDUA

  • Pagi ni kami hanya breakfast dengan Nasi Brahims yang di bawa bersama untuk travel kali ni memandangkan kedai-kedai makan di HK nih hanya dibuka sekitar jam 10 pagi.
Naik bas menuju ke Shek-O beach
Naik bas menuju ke Shek-O beach
Keindahan lanskap pantai Shek-O
Keindahan lanskap pantai Shek-O
Gambar keluarga sebelum acara mandi-manda
Gambar keluarga sebelum acara mandi-manda
Cantik kan!
Cantik kan!
  • Lepas bfast, menuju ke Causeway Bay Station dan menaiki MTR menuju ke Shau Kei Wan Station. Keluar melalui Exit A3, dan terus menuju ke terminal bas berdekatan. Ambil bas No.9 menuju ke Shek-O Beach.
  • Bas akan menyusuri laluan yang berbukit dan hutan hijau di sepanjang perjalanan sebelum tiba di pantai Shek-O yang terletak berdekatan dengan Shek-O Village. Memang cantik dan bersih kawasan ni. Kalau yang berminat dengan nature dan nak escape dari ‘serabut’ kota HK, boleh la cuba untuk ke sini. Memang rekomen tempat ni.
  • Anak-anak seronok amat layan mandi di pantai. Walaupun keadaan dah nak mula panas (kami tiba di situ baru jam 10.00 pagi) memandangkan sekarang musim ‘summer’, tapi mujurlah air pantai amat sejuk dan angin yang bertiup pun dingin jer. So, boleh lah bertahan dan budak-budak pun selesa juga mandi. Pantai nya landai sahaja, dan kiri-kanan terdapatnya bukit-bukau, melengkapkan lagi lanskap yang cantik di kawasan ini.
Keindahan kawasan pantai di Shek-O beach.
Keindahan kawasan pantai di Shek-O beach.
  • Saya sempat juga explore di kawasan berbukit di bahagian tepi pantai, sambil ambil gambar dan juga buat rakaman aerial dengan drone di sekitar kawasan tersebut. Memang cantik!
Walaupun cuaca panas, teruskan jua shoot aerial footage kat pantai nih.
Walaupun cuaca panas, teruskan jua shoot aerial footage kat pantai nih.
  • Dalam jam 12 tgh hari, kami kembali bergerak pulang ke hostel dengan bas yang sama tadi. Tiba di hostel, membersihkan diri dan berehat seketika sebelum keluar semula untuk makan tengah hari di Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Center sekali lagi.
Misi pekena Dim-Sum pulak di kanten Islamic Center nih.
Misi pekena Dim-Sum pulak di kanten Islamic Center nih.
  • Kali ni memang sengaja nak datang lagi untuk try dim sum pula. Memang syahdu dan serius kena try. Sedap amat. Selain dim sum, kami juga pesan masakan panas untuk makan tengah hari.
MTR adalah public transport yang paling ramai pengguna di HK, sentiasa sibuk!
MTR adalah public transport yang paling ramai pengguna di HK, sentiasa sibuk!
  • Usai makan dan solat asar, terus menaiki MTR di stesen Wan Chai menuju ke Admiralty station sebelum tukar lane ke Tsim Sha Tsui station. Kat sini pun antara tempat tumpuan juga, kerana dari sini kita dapat melihat bangunan-bangunan tinggi dan moden yang tersusun rapi di seberang Victoria Habour. Kami sengaja tiba di sini ketika waktu hampir senja kerana di sini ada pertunjukan lampu-lampu laser menghiasi langit yang akan dipancarkan dari bangunan-bangunan pencakar langit tepat jam 8 malam. Ianya dikenali sebagai acara The Symphony of Lights.
MTR station yg sentiasa sibuk dengan orang ramai!
MTR station yg sentiasa sibuk dengan orang ramai!

DSC03316 (Medium)

Kebetulan ada pertandingan menari apa ntah di kawasan waterfront bay.
Kebetulan ada pertandingan menari apa ntah di kawasan waterfront bay.
  • Kat sini juga terdapatnya tempat tarikan lain seperti HK Museum of Art, HK Space Museum, HK Cultural Centre dan banyak lagi.

DSC03336 (Medium)

Pemandangan HK Island dari Tsim Sha Tsui bay.
Pemandangan HK Island dari Tsim Sha Tsui bay.
  • Tepat jam 8 mlm, acara The Symphony of Light bermula. Lampu di bangunan-bangunan tinggi seberang Victoria Habour mula berkelip mengikut rentak musik yang diperdengarkan. Ianya turut diselang selikan dengan pancaran lampu laser dari puncak2 menara bangunan pencakar langit yang juga berkelipan mengikut rentak musik. Menarik juga persembahan ini. Cuma kali ini, lampu yang ‘dimainkan’ tidaklah begitu jelas kerana langit yang agak terang pada ketika itu. Jika keadaan sekitar lebih gelap, mungkin lebih jelas kelihatan.

DSC03339 (Medium)

Selepas kecewa dengan persembahan lampu laser (Symphony of Light) yg takde lah best sangat pun!
Selepas kecewa dengan persembahan lampu laser (Symphony of Light) yg takde lah best sangat pun!
  • Selesai acara, kami berjalan pulang ke MTR stesen melalui kawasan HK Cultural Centre. Ada juga pertunjukkan grafik dipapan elektronik gergasi, disusuli dengan ragam belon-belon besar yang berbentuk kartun (mungkin watak animasi kartun HK, kami tak kenal pun!! Haha) diikuti dengan tiupan buih yang memenuhi ruang dataran. Budak-budak memang suka laa, boleh lari sana sini, dan sambil-sambil rakam gambar dengan belon besar.
Belon besar watak kartun HK, sedikit membuatkan anak2 gembira semula lepas tgk pertunjukkan lampu yg tak best!
Belon besar watak kartun HK, sedikit membuatkan anak2 gembira semula lepas tgk pertunjukkan lampu yg tak best!
  • Sebelum pulang, kami singgah untuk makan malam di sebuah restoran kebab terkenal di sini, Ebeneezer’s Kebabs And Pizzeria (Indian & Middle-Eastern Restaurant). Kedai nya kecil sahaja, dan masa kami tiba semua meja penuh dengan pelanggan. Jadi, kami hanya pesan makanan dan bungkus untuk dibawa pulang. Kebetulan semasa menunggu, ada meja kosong, apa lagi, terus sahaja tukar fikiran untuk makan di situ sahaja. Rupanya jika makan di restoran, akan di kenakan Service Charge sebanyak 10%. Baru tahu, hehe!
Lepas makan kebab, kami singgah di Masjid Kowloon yang ada berdekatan.
Lepas makan kebab, kami singgah di Masjid Kowloon yang ada berdekatan.
  • Usai makan, kami menuju ke Masjid Kowloon yang hanya terletak 5 minit berjalan kaki dari kedai tadi. Sempat singgah untuk solat maghrib & isyak di masjid ni. Besar juga dan dewan solatnya agak luas. Apa yang menarik, masjid ini terletak bersebelahan dengan entrance ke MTR station di Tsim Sha Tsui. Memang senang untuk datang ke sini jika menggunakan MTR.
Bergambar di pintu masuk ke dewan solat di Masjid Kowloon.
Bergambar di pintu masuk ke dewan solat di Masjid Kowloon.
  • Cubaan melawat Ladies Market yang terletak di Tung Choi Street; kena naik MTR menuju ke Kowloon Station dan exit ke main road. Dari situ dah boleh nampak signage untuk ke pasar malam ni. Namun sebab dah lambat, kebanyakkan penjual sedang tutup kedai semasa kami tiba. Jadi tak sempat nak betul-betul tengok apa yang ada. Memang banyak barangan yang di jual di sini, kebanyakkan nya barangan dari China. Harganya murah, tapi kena pandai tawar sebab biasanya penjual akan letak harga tinggi bila tengok bukan orang tempatan yang datang membeli.
  • Kembali ke hostel di Causeway Bay, rehat, tidur.
Pelbagai aktiviti jalanan bila malam tiba.
Pelbagai aktiviti jalanan bila malam tiba.
Stesen MTR
Stesen MTR
Gambar kenangan sebelum pulang ke hostel.
Gambar kenangan sebelum pulang ke hostel.

 

HARI KETIGA

  • Hari ni kami breakfast di satu lagi restoran halal yang terletak di Bowrington Market, iaitu Wai Kee Duck Rice. Kedai ini terletak di Food Centre dalam market ini di tingkat 2. Menu yang terkenal ialah Duck Rice, harus try jika sampai sini. Memang sedap masakan itik panggang kat sini. Kiranya ‘original taste’ duck rice laa kan..hehe. Kami juga pesan kari kambing. Yang ni pun kena try juga. Sedap betul kari kambing kat sini, dengan rempah nya semua cukup lengkap. Makan pula dengan nasi putih panas! Fuhh..memang syahdu.

DSC03423 (Medium) DSC03421 (Medium) DSC03411 (Medium) DSC03427 (Medium)

Gulai kambing, harus cuba..sedap..!
Gulai kambing, harus cuba..sedap..!
Nasi itik panggang. sedap juga!
Nasi itik panggang. sedap juga!
  • Lepas makan, kami berjalan ke Wan Cai MTR station dan turun di Sham Shui Po MTR. Keluar EXIT C1, terus jumpa Apliu Street Market nih. Sepanjang jalan ni ialah gerai dan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan elektronik, elektrik, gajet, telefon, kamera dan macam-macam lagi. Memang puas hari berjalan kat sini. Cuma cuaca agak panas hari ni, jadi kami banyak berjalan di kaki lima kedai (sebab teduh). Kalau nak berjalan dilaluan gerai-gerai tepi jalan tu memang masak lah, panas amat. Penjual lelaki kat sini pun ramai yang buka baju tayang perut boyot selamba jer sebab panas..haha!
Kamera terpakai yang byk dijual di Apliu Street ni.
Kamera terpakai yang byk dijual di Apliu Street ni.
Kedai kamera, wajib singgah!
Kedai kamera, wajib singgah!

Jalan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan.

Jalan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan.

Nak barang elektronik apa? Semua ada di sini.
Nak barang elektronik apa? Semua ada di sini.
Panas weh, buka baju teruss!
Panas weh, buka baju teruss!
Bermacam barangan yg ada dijual di sini!
Bermacam barangan yg ada dijual di sini!
Jalan kena pantas, mencari tempat teduh untuk berlindung dari terik matahari.
Jalan kena pantas, mencari tempat teduh untuk berlindung dari terik matahari.
  • Menuju ke Kowloon Mosque untuk berehat seketika dan solat. Lagipun cuaca di luar panas sangat, jadi kami rehat2 dahulu di masjid menunggu cuaca sedikit redup sebelum meneruskan perjalanan.

DSC03377 (Medium)

  • Dari masjid, kami menaiki MTR ke Kowloon sekali lagi untuk repeat lokasi market semalam yang tutup sebab kami tiba lambat. Kali ni sedap sket jalan kerana cuaca pun dah agak teduh (lepas asar) dan kedai-kedai masih dibuka. Kalau nak cari barang-barang souvenir boleh lah beli di sini, murah juga. Dengan syarat kena tawar sehabis mungkin, hehe!
Hi, amik gambar sendiri plak laa!
Hi, amik gambar sendiri plak laa!
Lagi gambar2 kamera terpakai yang ada di sini!
Lagi gambar2 kamera terpakai yang ada di sini!
Jalan-jalan sekitar lorong-lorong kecil di sini.
Jalan-jalan sekitar lorong-lorong kecil di sini.
Sibuk dengan manusia!
Sibuk dengan manusia!
Tak pasti laa seluar apa nih..hmmm!
Tak pasti laa seluar apa nih..hmmm!
Barang2 mainan pun byk yg dijual di Ladies Street
Barang2 mainan pun byk yg dijual di Ladies Street
Souvenir pun banyak di sini, harga buleh tawar menawar, sampai jadi. Kalau tak jadi beli, kena marah, haha!
Souvenir pun banyak di sini, harga buleh tawar menawar, sampai jadi. Kalau tak jadi beli, kena marah, haha!
Nuha tengah tengok apa tu?
Nuha tengah tengok apa tu?
Bakat2 terpendam banyak diluahkan di jalanan.
Bakat2 terpendam banyak diluahkan di jalanan.
Nak main music pun ada kat jalan nih!
Nak main music pun ada kat jalan nih!
Hah, amik ko...! Agak2 berapa umur pokcik nim?
Hah, amik ko…! Agak2 berapa umur pokcik nim?
  • Jalan disekitar kawasan ni memang meriah dengan pelbagai aktiviti. Kalau nak rakam gambar pun, memang boleh sangat kat area nih. Pertunjukkan jalan nya sahaja ada pelbagai jenis.
  • Kembali ke hostel untuk rehat.
Balik ke hostel, naik MTR, orang sentiasa penuh!
Balik ke hostel, naik MTR, orang sentiasa penuh!

 

HARI KEEMPAT

  • Hari ni memang keluar awal dari hostel. Selesai sahaja breakfast di hostel (masak sendiri stock makanan yang ada) terus sahaja menaiki MTR ke Sentral Station, sebelum menukar lane untuk menuju ke Sunny Bay station. Dari Sunny Bay station, terus sahaja tukar lane menaiki MRT ke Disneyland Resort station. Keseluruhan perjalanan dengan MTR dari hostel ke Disneyland mengambil masa hampir sejam. Namun perjalanan selesa kerana waktu menunggu train tidaklah begitu lama.
Train menuju ke Disneland.
Train menuju ke Disneland.
  • Tiba di entrance gate Disneyland hampir jam 10 pagi. Just nice beratur kejap jer sebelum petugas mula membuka laluan masuk. Tiket memang kami sudah beli online siap-siap, jadi tidak perlu beratur di kaunter tiket. Cuaca panas weh..serius, padahal baru jam 10 pagi.

DSC03708 (Medium)

Dataran masuk ke Disneyland
Dataran masuk ke Disneyland
Gambar dulu dekat water fountain sebelum masuk
Gambar dulu dekat water fountain sebelum masuk
  • Kena bawa banyak air, dan walaupun bag kena check di pintu masuk, tapi air dan makanan ringan macam biskut etc, dibenarkan bawa masuk. Cuma janganlah bawak Nasi Air Dingin 5 bungkus siap dengan Laksam ker, yang tu memang kena tahan laa makanan tu kat luar takleh bawa masuk.
Bergambar di tempat-tempat menarik dalam taman tema Disneyland
Bergambar di tempat-tempat menarik dalam taman tema Disneyland
Bergambar di tempat-tempat menarik dalam taman tema Disneyland
Bergambar di tempat-tempat menarik dalam taman tema Disneyland
Bergambar di tempat-tempat menarik dalam taman tema Disneyland
Bergambar di tempat-tempat menarik dalam taman tema Disneyland
Bergambar di tempat-tempat menarik dalam taman tema Disneyland
Bergambar di tempat-tempat menarik dalam taman tema Disneyland
Panas terik!
Panas terik!
Apa yang di baca?
Apa yang di baca?
Layan kerenah anak2!
Layan kerenah anak2!
Sekali sekala nak posing juga!
Sekali sekala nak posing juga!

DSC03813 (Medium)

Family foto dalam Disneyland..
Family foto dalam Disneyland..
  • Untuk makanan, jangan risau. Makanan Halal ada disediakan di dalam Disneyland. Rasanya pun takdelah teruk pun. Okey jer, bila dah lapar kan..ngapp saja lah!

DSC03911 (Medium)

Muka heppi!
Muka heppi!

DSC03850 (Medium) DSC03853 (Medium) DSC03722 (Medium) DSC03727 (Medium) DSC03767 (Medium) DSC03768 (Medium) DSC03769 (Medium) DSC03770 (Medium) DSC03771 (Medium) DSC03775 (Medium) DSC03779 (Medium)

Iron Man 3D Ride, wajib cuba jika datang ke sini. Antara ride yg  paling best kat sini.
Iron Man 3D Ride, wajib cuba jika datang ke sini. Antara ride yg paling best kat sini.

DSC03782 (Medium) DSC03784 (Medium)

Antara kenderaan canggih di dalam bangunan Stark (model jer, bukan real pun)
Antara kenderaan canggih di dalam bangunan Stark (model jer, bukan real pun)
  • Dalam keadaan cuaca yg panas, memang cepat jer stock air habis. Kalau habis, boleh re-fill di cooling water station (biasanya ada di kawasa-kawasan rehat, terletak diluar bangunan tandas). Kalau nak beli air dalam tu memang ‘bergegar’ le poket. Harga air mineral pun dah cecah RM14 sebotol. Baik simpan duit buat beli makanan lagi bagus kan.
Boleh amik gambar dengan karektor Disney yang berkeliaran
Boleh amik gambar dengan karektor Disney yang berkeliaran
Senyumm!
Senyumm!

DSC03738 (Medium)

Panjang juga beratur, mungkin silap tarikh datang, HK sedang cuti sekolah rupanya..isk..isk
Panjang juga beratur, mungkin silap tarikh datang, HK sedang cuti sekolah rupanya..isk..isk
Pertunjukan yang menarik, Mickey jadi tukang cerita!
Pertunjukan yang menarik, Mickey jadi tukang cerita!
Khusyuk layan Jedi Show!
Khusyuk layan Jedi Show!
Tak sempat nak amik gambar dgn StormTrooper...sebab ramai sgt yg beratur nak amik gambar!
Tak sempat nak amik gambar dgn StormTrooper…sebab ramai sgt yg beratur nak amik gambar!
Kalau byk jalan, budak2 cepat letih..
Kalau byk jalan, budak2 cepat letih..
Naik rumah Tarzan..
Naik rumah Tarzan..

DSC03886 (Medium)

Di pulau rumah Tarzan..
Di pulau rumah Tarzan..
Lagi di Pulau Tarzan..
Lagi di Pulau Tarzan..

DSC03890 (Medium)

Ni jer yang ada dalam rumah tu...sih!
Ni jer yang ada dalam rumah tu…sih!
  • Kena try masuk show2 yang ada di sepanjang hari di dalam kawasan Disneyland. Kebanyakkan show yang masuk, memang puas hati persembahan nya. So, better check show time dekat pamphlet dan plan masa sebaik nya semasa dalam Disneyland.

DSC03898 (Medium)

Lion King Show!
Lion King Show!

DSC03797 (Medium) DSC03805 (Medium)

Mickey Mouse Showtime!
Mickey Mouse Showtime!
  • Kami tak sempat nak rasa semua rides pun, sebab spend masa tengok dalam 4 show. Tapi okey jer sebenarnya, sebab anak-anak dan kita sendiri pun enjoy dengan persembahan yang dibuat.
Lion King!
Lion King!

DSC03904 (Medium) DSC03901 (Medium) DSC03902 (Medium)

Makan malam di dalam Disneyland, ada restoran Halal, jangan risau.  Surau juga ada disediakan untuk Muslim solat. Teerbaik!
Makan malam di dalam Disneyland, ada restoran Halal, jangan risau. Surau juga ada disediakan untuk Muslim solat. Teerbaik!
  • Jam 7 malam bermula Parade, jadi ramailah yang menunggu untuk menyaksikan watak-watak animasi Disney yang keluar di jalanan dengan kenderaan berhias masing-masing. Kiri-kanan jalan memang penuh dengan pengunjung yang sabar menunggu untuk menyaksikan parade ni.

DSC03935 (Medium) DSC03933 (Medium) DSC03944 (Medium) DSC03948 (Medium) DSC03999 (Medium) DSC03951 (Medium) DSC04052 (Medium) DSC04103 (Medium) DSC04011 (Medium)

Pertunjukan bunga api sebagai acara penutup kepada waktu berada di Disneyland.
Pertunjukan bunga api sebagai acara penutup kepada waktu berada di Disneyland.
  • Lepas sahaja parade, kena terus ambil tempat duduk di depan Castle. Sebab dalam masa sejam lagi akan di adakan persembahan bunga api yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh pengunjung. Jadi jika lambat, kena duduk belakang-belakang sebab orang terlampau ramai. Apapun pertuntukan bunga api Disney memang ‘superb’. Terasa berbaloi walaupun hampir sejam menunggu di depan castle tu.
Selepas acara pertunjukkan bunga api.
Selepas acara pertunjukkan bunga api.

DSC04150 (Medium) DSC04172 (Medium) DSC04155 (Medium) DSC04173 (Medium) DSC04177 (Medium) DSC04179 (Medium)

Masa ni ramai yang dah bergerak pulang, jadi keadaan dah lengang. Memang best posing masa nih.
Masa ni ramai yang dah bergerak pulang, jadi keadaan dah lengang. Memang best posing masa nih.

DSC04181 (Medium)

Dah macam2 aksi laa pulak...haha
Dah macam2 aksi laa pulak…haha
Bergambar di fountain, waktu malam pula.
Bergambar di fountain, waktu malam pula.
Gate utama sebelum keluar dari taman tema!
Gate utama sebelum keluar dari taman tema!
  • Pertunjukkan bunga api merupakan acara penutup di Disneyland. Selesai sahaja, semua pengunjung mula beredar dari Disneyland termasuklah kami. Owh, sambil-sambil tu sempat laa shoot gambar waktu malam dalam taman tema. Menarik juga sebab orang ramai dah beransur balik, so kawasan sekitar mula menjadi lengang. Menarik untuk ambil gambar masa ni (itupun jika masih ada energy selepas seharian berada di sini). Ye lah, bukan senang nak rakam gambar yang takde orang nak ‘interframe’ dalam kawasan taman tema yang sentiasa penuh dengan orang nih.
Kembali ke hostel!
Kembali ke hostel!
  • Perjalan kembali ke hostel mengambil masa 1 jam, dan kami tiba agak lewat juga, hampir 12.30 mlm baru tiba di bilik.
  • Rehat & Tido.

HARI KELIMA

  • Hari terakhir di bumi Hong Kong. Keluar seketika untuk merasa suasana awal pagi di HK, dan merakam gambar aktiviti penduduk HK di awal pagi yang aksi kebiasaan nya sibuk menuju ke tempat kerja masing-masing.

DSCF9357 (Medium) DSC04253 (Medium) DSC04258 (Medium) DSC04264 (Medium)

Bangunan warna warni
Bangunan warna warni

DSC04303 (Medium) DSC04305 (Medium) DSC04313 (Medium) DSC04318 (Medium) DSC04329 (Medium) DSC04336 (Medium)

Bangunan pencakar langit di sekitar Causeway Bay
Bangunan pencakar langit di sekitar Causeway Bay

DSC03656 (Medium)

  • Berjalan kaki hingga ke Wan Chai station. Kembali ke hostel dengan menaiki MTR.
  • Bersiap untuk check-out dari hostel. Usai check-out, bag2 boleh ditinggalkan seketika di lobby hostel untuk keluar seketika sementara menunggu waktu untuk ke airport. Owh, flight ke KL hari ni akan berlepas jam 6 petang nanti. Jadi, masih ada masa untuk ronda2 kali terakhir di kota HK ini.

DSC03672 (Medium)

  • Kami berjalan kaki menuju ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Center sekali lagi untuk makan tengah hari. Lagipun ini jer lokasi kedai makan halal yang paling dekat dengan penginapan kami. Seperti biasa, makanan nya memang tidak mengecewakan, terbaik!
  • Selesai makan dan solat zohor & asar jamak, kami meneruskan perjalanan kembali ke hostel untuk mengambil semula bag2 yang ditinggalkan seketika tadi.

DSC04328 (Medium)

  • Berjalan kaki menuju ke Park Lane Hotel, 2 minit sahaja dari hostel.
  • Menunggu free SHUTTLE bus menuju ke Hong Kong Station.
  • Dari Hong Kong Station, kami sekali lagi menaiki Airport Express Train, tiket juga di beli online dari website KLOOK.
  • Train ni memang convenient, bersih, dan juga on-time. Lagipun, kanak-kanak yang ada Octopus card tak perlu bayar, jadi sudah jimat di situ.

DSC04850 (Medium)

  • Tiba di Airport Express station di Airport HK. Menuju ke kaunter airport express untuk refund semua Octopus card yang kami beli masa mula2 tiba di HK tempoh hari.
  • Semua baki dan deposit kad dikembalikan sepenuhnya, hanya di tolak HKD 9 (refund charge) untuk setiap kad sebab kita kembalikan dalam tempoh 90 hari dari tarikh mula2 beli kad. Oklah, janji dapat semula baki duit dalam kad, dan juga deposit.
  • Terus ke imegresen, sekuriti check dan tiba di dewan berlepas 1 jam 30 minit sebelum waktu berlepas.
Suasana di balai berlepas HK International Airport.
Suasana di balai berlepas HK International Airport.
  • Airport HK ini agak besar, dan untuk nak ke SETIAP terminal perlu menaiki train (macam di KLIA). Jadi harus plan masa dengan baik, dan sebaiknya tiba awal di balai berlepas.
  • Alhamdulillah, kami tiba dengan selamat di KL selepas 4 jam perjalanan.

“Great things never came from comfort zones. Step outside and experience life now.” – Unknown

 

DSC04223 (Medium)

 

Note: All images taken with Sony A6300 + 16-50mm + Sigma 30mm Art Lens and also Fuji X100 cameras.  All Righ Reserves ©

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WordPress spam blocked by CleanTalk.