Kembara Solo Jawa Timur | Yogyakarta

Hari ini akan meneruskan perjalanan ke Yogyakarta dengan menaiki keretapi dari bandar Malang. Selesai sarapan, saya terus memulangkan kembali kunci motor, dan kemudian nya check-out dari Angler Homestay. Untuk ke stesen keretapi, saya meminta tolong pakcik penjaga homestay untuk hantarkan dengan motor, memandangkan jaraknya yang tidak berapa jauh, kurang dari 10 minit sahaja untuk tiba.

batch_20170226_071543 (Medium)

Tiba di stesen, terus sahaja check-in masuk ke bahagian landasan keretapi di mana terdapatnya bangku-bangku tempat menunggu dan juga kedai-kedai yang menjual makanan ringan dan air. Sempat juga membeli secawan kopi dan 2 rotiboy buat bekal perjalanan nanti.

batch_20170226_074852 (Medium)

Keretapi berlepas tepat pada waktunya, dan melewati kawasan perumahan kampung warni-warni yang saya kunjungi semalam.  Cantik dan unik pemandangan nya dari landasan keretapi ini. Sekejap sahaja keretapi sudah menyusur laju membelah laluan menuju ke Yogyakarta. Sepanjang perjalanan, saya dihidangkan dengan pemandangan yang menghijau, kawasan-kawasan pertanian dan juga kampung-kampung yang adakalanya padat, dan adakalanya lapang sahaja dengan rumah-rumah yang nyata tidaklah tersusun. Keretapi ini agak selesa juga, dengan tempat duduk yang boleh dilaraskan ke belakang untuk lebih selesa, dan juga ruangan kaki yang agak luas juga. Tidak banyak perkara yang dilakukan sepanjang perjalanan ke Jogja, hanya menikmati keindahan pemandangan bumi jawa dan kekadang berjalan dari hujung ke hujung gerabak untuk menghilangkan kebosanan.

batch_20170227_065639 (Medium)

Sebagaimana yang dijadualkan, saya akhirnya tiba di bandaraya Yogyakarta pada waktu petang. Stesen keretapi di Jogja ini agak padat juga dengan para penumpang dan penjual yang memenuhi ruangan yang ada untuk menjual pelbagai jenis bahan jualan dan makanan. Saya terus sahaja berjalan keluar dari stesen, dan tiba di luar pula, terus sahaja di datangi oleh pemandu teksi, beca dan juga teksi motor yang menawarkan perhidmatan transport masing2.

Suasana Rumah Roso Homestay di Jogja
Suasana Rumah Roso Homestay di Jogja

Saya hanya menggelengkan kepala setiap kali di tanya, dan terus berjalan pantas keluar dari gate utama stesen menuju ke jalanraya utama yang penuh dengan kenderaan.  Masa ini, saya hanya mengorak langkah sahaja, sambil melihat arah ke hotel di google map handphone. Nampak seperti jauh juga jika nak berjalan, lagipun hujan renyai sudah mulai turun. Saya seterusnya mengambil keputusan untuk menaiki ‘Ojek’ sapu yang kebetulan lalu di situ, untuk terus menghantar saya ke hostel.

Alun-Alun Kidul, berhampiran dengan homestay.
Alun-Alun Kidul, berhampiran dengan homestay.

Kali ini, saya menginap di Rumah Roso Homestay (Nida Room – hehe, sama macam anak perempuan sendiri) yang terletak berhampiran dengan kawasan Alun-Alun Kidul. Homestay ini memang menarik dan strategik dari segi lokasi. Tambahan pula, rekaan bilik dan keseluruhan homestay juga amat menarik, dengan ciri-ciri tradisional & moden dan amat praktikal sekali. Harganya juga memang berpatutan murah, dan sesuai untuk pengembara solo macam saya ini.

Layan makan di Lesehan, Jalan Malioboro dengan geng travel yang baru jumpa di homestay.
Layan makan di Lesehan, Jalan Malioboro dengan geng travel yang baru jumpa di homestay.

Selesai urusan check-in dan berehat seketika, terdengar beberapa orang yang sedang berbual di ruangan rehat diluar bilik. Kedenganan loghat nya seperti orang Malaysia. Ye, tepat sekali. Mereka adalah student dari UiTM yang baru sahaja tamat pembelajaran ijazah mereka. Sambil menunggu mendapat kerja, mereka semua datang untuk travel ke Indonesia; bagus juga.

Kami lepak borak2 sahaja petang tu, sambil membincangkan plan masing-masing untuk hari esoknya. Mereka memang sudah menempah perkhidmatan ‘supir’ untuk esok hari. Saya juga mereka ajak sekali untuk join, tapi saya menolak dengan baik; kerana memang dah ada plan sendiri nak terjah beberapa kawasan esok hari dengan motor. Lagipun motor pun dah book dengan brother receptionist masa check-in tadi, So, kira esoknya kami akan ikut rancangan masing-masing.

Jalan Malioboro, kampung Cina pun ada di sini.
Jalan Malioboro, kampung Cina pun ada di sini.

Tapi malam ni, kitaorang dah set untuk jumpa dan makan bersama di Jalan Malioboro, antara tempat wajib dikunjungi jika ke Jogja. Kat sini terdapat pelbagai jenis kedai jualan, pelbagai jenis barangan dan juga tempat-tempat makan yang menarik. Antaranya tempat makan yang dipanggil sebagai ‘lesehan’, iaitu makan sambil bersila, yang menu masakan nya terdiri dari masakan jawa seperti nasi gede, ayam bakar dan banyak lagi. Setelah pusing-pusing kawasan tersebut, kami akhirnya lepak di sebuah warung lesehan yang nampak macam agak terkenal juga. Alhamdulillah, rasanya tidak mengecewakan. Cuma bila selesai makan, bangun sahaja dari bersila baru kami perasan yang tempat kami duduk tu agak lembab sedikit, mungkin tempias air hujan semasa hujan petang tadi. Jadi memang dibahagian belakang seluar tu basah jer laa..pasrah! Jalan jer lah buat2 rilek walaupun kurang selesa, Haha.

Kami berjalan sepanjang Jalan Malioboro, sambil menikmati kemeriahan malam di kawasan sekitarnya. Memang jalan ini sentiasa penuh dengan pengunjung, walaupun sudah lewat malam. Setelah berjalan santai lebih setengah jam, kami akhirnya tiba di Homestay semula. Selepas borak2 seketika, saya terus sahaja ke bilik untuk merehatkan badan. Lagipun esok memang akan keluar awal untuk ‘merempit’ dengan motor ke pantai terkenal iaitu Pantai Timang yang memakan masa 2 jam untuk tiba, Bertabahlah! Hehe.

Breakfast percuma di homestay sebelum ke Pantai Timang.
Breakfast percuma di homestay sebelum ke Pantai Timang.

Keesokan harinya, selepas sarapan (termasuk sekali dalam harga bilik) dan mengambil kunci motor, saya terus memulakan perjalanan menuju ke Pantai Timang. Perjalanan ke bermula dari jalanan yang sibbuk di kawasan bandar Jogja, sebelum menyusuri jalanan berbukit bengkang-bengkok yang memang menambahkan ‘syok’ merempit dengan motor. Angin yang semakin dingin tatkala semakin mendaki ke aras yang lebih tinggi menambahkan lagi perasaan segar di waktu pagi. Di kiri kanan pula kawasan kampung yang menghijau dengan pelbagai tanaman yang di tanam seperti sayur, jagung dan lain-lain.

Berjaya juga sampai di pinggir tepian Pantai Timang, melalui jalan berbatu sejauh 3km dari pintu masuk utama.
Berjaya juga sampai di pinggir tepian Pantai Timang, melalui jalan berbatu sejauh 3km dari pintu masuk utama.

Setelah 2 jam di jalanan, saya akhirnya tiba di pintu masuk jalan utama untuk ke Pantai Timang ini. Bermula dari sini, kelihatan jalanya agak teruk, dengan batuan yang sebesar penumbuk memenuhi jalan menjadikan permukaan begitu tidak sekata. Di sini, para pengunjung mempunyai pilihan untuk parking kereta di tempat yang di sediakan, dan membonceng motorsikal yang pandu oleh penduduk tempatan dengan sedikit bayaran untuk ke tebing pantai yang terletak 3 km lagi dari pintu utama ini.  Ataupun, boleh sahaja masuk dengan kereta, tetapi risiko yang di hadapi mungkin tayar pancit atau lain-lain lagi disebabkan jalan yang begitu teruk sekali.

Keindahan lanskap Pantai Timang yang memukau. Patutlah ramai yg ingin ke sini.
Keindahan lanskap Pantai Timang yang memukau. Patutlah ramai yg ingin ke sini.

Oleh kerana saya memang menaiki motor untuk ke sini, jadi saya teruskan sahaja ke tebing pantai meredah laluan yang memang teruk tu dengan motor sendiri.  Memang memerlukan kesabaran dan ‘skill’ mengimbang badan dan motorsikal semasa melalui laluan ini. Bagi saya, ianya tidaklah begitu sukar untuk yang pernah bawa motorsikal atau basikal ‘offroad’. Boleh sahaja sampai ke tebing sendiri tanpa perlu menaiki ‘ojek’ yang disediakan.

Jambatan gantung yang masih dalam pembikinan.
Jambatan gantung yang masih dalam pembikinan.

Tetapi, jika anda ke pantai ini dengan menaiki kenderaan jenis CRV atau SUV atau MPV, boleh sahaja melalui jalan tersebut. Cuma perlu lebih berhati-hati dan bawa dengan perlahan dan sabar. Insya Allah boleh sampai ke tebing, dan tidak perlulah menaiki Ojek’ penduduk tempatan, lebih-lebih lagi jika perempuan.

batch_20170227_094139 (Medium)

Tiba di tebing sahaja, dah boleh nampak keindahan pantai Timang ini. Memang cantik sangat, dan memang boleh hilang lah penat badan merempit selama 2 jam bila tiba di sini dan menyaksikan sendiri keindahan alam semulajadi yang mengasyikkan ini. Bunyi deruan angin laut, dan juga bunyian hempasan ombak kuat tanpa henti di pinggir cerun yang curam, seolah membawa diri jauh ke cerunan pantai indah di sepanjang laluan The Great Ocean Road di Melbourne.

20170227_094411 (Medium)

Di sini ada gerai makanan yang menjual makanan gorengan yang ringkas dan juga minuman, Tidak jauh dari situ, tergantung GONDOLA yang amat terkenal, yang membawa sesiapa yang berjiwa kental untuk menyeberangi lautan menuju ke pulau kecil di seberang. Dengan bayaran tertentu, petugas gondola akan menarik tali yang menghubungkan gondola gantung ini sehinggalah ianya sampai ke pulau kecil tersebut. Syabas kepada yang berani mencuba; saya tidak mencuba kerana sebab-sebab tertentu. Hanya menghabiskan masa di situ mengambil gambar2 menarik di sekitar kawasan tersebut.

Tebing tinggi curam di tepian pantai!
Tebing tinggi curam di tepian pantai!
Kedai jualan makanan, dan masakan panas. Boleh order menu lobster di kedai ini.
Kedai jualan makanan, dan masakan panas. Boleh order menu lobster di kedai ini.
Motorsikal sewa, sampai juga ke sini selepas 2 jam merempit!
Motorsikal sewa, sampai juga ke sini selepas 2 jam merempit!

Setelah hampir sejam berada di Pantai Timang, saya meneruskan perjalanan kembali ke bandar Jogja. Destinasi seterusnya ialah Prambanan Temple, dikenali juga dengan nama Candi Rara Jonggrang atau Lara Jonggrang yang terletak di desa Prambanan. Ia merupakan kompleks candi Hindu yang terbesar bukan sahaja di Indonesia, tetapi juga di Asia Tenggara dan merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pintu masuk ke kompleks candi ini terletak bersebelahan dengan jalan raya utama, dan memang senang untuk dikenal pasti.

Kompleks Candi Prambanan.
Kompleks Candi Prambanan.
Bahagian dalam kompleks.
Bahagian dalam kompleks.
Air pati lemon ni memang sedap, serius...pastikan yg sejuk!
Air pati lemon ni memang sedap, serius…pastikan yg sejuk!

Sampai sahaja, terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket masuk, IDR 30,000 (harga tiket domestik – muka ala2 nusantara..hehe). Terus sahaja menuju ke kompleks utama, di mana terdapatnya bangunan-bangunan kuil lama yang tersergam dengan rekaan bangunan nya yang unik. Jika pernah ke Siem Reep, Cambidia, bangunan nya seakan-akan memiliki rekaan seni bina yang hampir sama. Saiz nya juga begitu besar sekali, dan dapat dilihat dengan jelas dari luar kawasan kompleks.  Ramai juga pengunjung yang datang melawat ke sini semasa saya tiba. Sempat mengambil beberapa gambar menarik sepanjang berada di situ, sebelum beredar ke destinasi seterusnya. Untuk maklumat lanjut mengenai kuil ini, boleh rujuk di SINI.

Heppi dapat tiket murah, haha!
Heppi dapat tiket murah, haha!

Destinasi seterusnya ialah sebuah masjid unik yang terletak di laluan sama menuju ke bandar Jogja dari Prambanan. Kenapa unik? Bagi saya, ianya unik kerana rekaan kubahnya yang seakan-akan bangunan di Kremlin, Russia. Masjid ini dikenali sebagai Masjid An Nurumi dan terletak di jalan Solo, di Km 15, Candisari, Kalasan, Sleman, Yogyakarta. Saya singgah seketika di sini untuk solat jamak Zohor & Asar, sebelum mengambil gambar di kawasan sekitar masjid sebelum meneruskan perjalanan pulang ke hostel.

Cantik kan kubah masjid ni?
Cantik kan kubah masjid ni?
Senibina Russia di bumi Jawa Timur..
Senibina Russia di bumi Jawa Timur..

Dalam perjalanan, ke hostel, saya singgah untuk makan tengah hari (atau makan petang) kerana seharian belum menjamah makanan berat. Kali ini saya berhenti makan di Restoran Ibu Suharti, yang menghidangkan menu nasi dan juga ayam nya yang memang sedap dan lagend. Kali terakhir merasa ayam di restoran ni pada tahun 2006, itupun semasa di Bandung. Kini, restoran nya dah berkembang, dan banyak cawangan yang sudah dibuka di tanah jawa ini.

Masjid unik di Jogja
Masjid unik di Jogja

Selesai makan, saya kembali ke hostel kerana hujan pun telah mula turun dengan renyai. Malamnya saya sekadar berjalan-jalan di kawasan sekitar homestay, dan juga kawasan Alun-Alun Kidul. Lagipun, keesokan harinya memang ada rancangan untuk bangun awal pagi menuju ke satu lagi tempat menarik, Candi Borobudur.

Di hadapan candi terbesar di Indonesia, Cadi Borobudur.
Di hadapan candi terbesar di Indonesia, Cadi Borobudur.

Pagi ini bangun seawal jam 3.30 pagi dan bersiap untuk ke Candi Borobudur, satu lagi tapak UNESCO yang terkenal di Jogja ini. Ianya terletak lebih kurang 1 jam 20 minit perjalanan di barat pusat bandar Jogja. Rancangan asal adalah untuk shoot gambar sunrise dari atas candi Borobudur. Tanpa berlengah, tepat jam 4 pagi, terus sahaja membonceng motor sewa membelah suasana gelap menyusuri jalan-jalan kota yang agak lengang kerana masih awal pagi. Dalam perjalanan, berhenti solat subuh di salah sebuah masjid di tepi jalan utama ke Borobudur sebelum meneruskan perjalanan yang masih berbaki lagi satu jam.

Menikmati keindahan dari puncak candi.
Menikmati keindahan dari puncak candi.

Hari semakin cerah, kini sudah kelihatan di kiri kanan jalan ke Borobudur, lapangan tanaman padi yang menghijau. Sungguh indah suasana pagi di kawasan pendalaman ini. Saya teruskan perjalanan membelah laluan indah ini dengan angin dingin segar bertiup ke muka, sebelum akhirnya tiba di pintu masuk Candi Borobudur pada jam 5.50 pagi. Ketika ini, suasana sekitar semakin beransur cerah, tetapi pintu pagar hanya akan dibuka pada jam 6.00 pagi. Sambil menunggu, saya parking motorsikal di kedai Nasi Padang yang terletak di seberang jalan pintu pagar utama, sambil memesan secawan kopi panas untuk menyegarkan badan yang ‘merempit’ hampir sejam setengah untuk tiba di sini.

Sunrise dari atas candi Borobudur.
Sunrise dari atas candi Borobudur.
Sunrise dari atas candi Borobudur.
Sunrise dari atas candi Borobudur.

Tepat jam 6 pagi, saya terus sahaja meluru masuk ke kawasan kompleks kuil Borobudur, dan terus ke kaunter tiket yang kelihatan baru sahaja dibuka. Tanpa banyak berkata-kata, saya dapat membeli tiket domestik (sekali lagi, muka perlu ada ciri-ciri orang Nusantara..hehe) dengan harga IDR 30,000 (RM9.63). Jika tidak, anda perlu membayar tiket internasional yang berharga USD 20 (RM85.55), agak mahal juga kan!

Sunrise dari atas candi Borobudur.
Sunrise dari atas candi Borobudur.
Sunrise dari atas candi Borobudur.
Sunrise dari atas candi Borobudur.

Dapat sahaja tiket, saya terus berjalan laju menuju ke kuil budha yang terbesar di Indonesia ini, dan menaiki anak-anak tangga menuju ke bahagian atasnya. Semasa perjalanan menaiki tangga ini, kita boleh melihat keindahan lanskap kompleks Candi Borobudur ini dari pandangan yang tinggi, yang berlatar belakang kan Gunung Merapi dan matahari yang sedang bersinar naik.

Sunrise dari atas candi Borobudur.
Sunrise dari atas candi Borobudur.

Memang suatu pemandangan indah yang memukau. Saya dapati, kebanyakkan yang telah ada disini kebanyakkan nya dari kalangan fotografer yang memang datang untuk merakam keindahan lanskap Borobudur semasa sunrise. Termasuklah saya. Alhamdullillah, cuaca agak cerah, yang walapun langit pada mulanya agak berkabus, tetapi ia kemudianya semakin menipis dan menampakkan keindahan sinaran matahari yang menyinari alam.

Sunrise dari atas candi Borobudur bila suasana semakin terang!
Sunrise dari atas candi Borobudur bila suasana semakin terang!

Saya menghabiskan masa hampir sejam di situ, sambil merakam sebanyak mungkin gambar yang boleh, juga menikmati keindahan lanskap alam yang amat memukau. Nyata, ianya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Bahagian hadapan candi
Bahagian hadapan candi

_DSC4786 (Medium)

Hampir jam 7.30 pagi, saya ‘merempit’ kembali ke bandar Jogja. Kali ini melalui jalan yang berbeza daripada jalan yang dilalui semasa datang tadi. Jalan kali ini melalui kawasan berbukit bukau, dan jalan nya di kawasan perkampungan, sebelum tiba di lapangan luas sawah padi di kiri kanan jalan. Memang best ride sekitar kawasan perkampungan Jogja ini.

Hampir jam 8.30 pagi, saya akhirnya tiba jua di homestay dan terus sahaja memulangkan kunci motorsikal yang di sewa kepada penjaga hotel. Kemudian, terus sahaja mandi-mandi dan bersiap untuk check-out kerana flight pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan akan berlepas jam 10.30 pagi nanti. Mujurlah airport Jogja tidak berapa jauh dari bandar, sekitar 30 minit sahaja. Usai check-out dan breakfast, saya menuju ke airport dengan menumpang teksi pasangan husband & wife dari Malaysia yang berkebetulan ingin ke airport yang sama pagi itu. Terima kasih kerana sudi tumpangkan saya yea! (kalau you guys ada terbaca entry ni ler.. :))

Petang nya saya selamat tiba di KLIA 2 dan dengan ini berakhirlah perjalanan solo saya di bumi Jawa Timur pada kali ini. Nyata, ianya membawa seribu kenangan dan pengalaman baru dalam kamus pengembaraan saya kali ini. Insya Allah, berjumpa lagi di entry akan datang.

_DSC460411

Nota: Boleh layan dulu travel video yang sempat saya siapkan setelah kembali dari Jawa Timur. Enjoy watching!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

WordPress spam blocked by CleanTalk.