Kembara Solo Jawa Timur | Bromo – Air Terjun Madakaripura

HARI KETIGA

Kami bersiap awal hari ini dan memulakan perjalanan ke Penanjakan seawal jam 3.30 pagi. Keadaan sekitar memang sejuk, rasanya sekitar 12-15 celcius. Kami berjalan perlahan melalui laluan utama penduduk ke kawasan Penanjakan, dan keadaan sekitar ketika ini hanya diterangi oleh torchlight yang kami bawa.

Setelah setengah jam perjalanan, barulah ada kelihatan beberapa traveller lain yang turut berjalan kaki menuju ke tempat yang sama untuk melihat sunrise. Ketika ini, kaki mula terasa lenguh kerana jalan yang semakin menaik dengan sudut dakian yang semakin tinggi.  Sesekali, keadaan jalan sekitar diterangi oleh lampu dari jeep yang membawa menumpang yang ingin ke tempat yang sama.

_DSC3504
Pemandangan dari Penanjakan, kelihatan lampu-lampu dari kediaman di kampung Cemoro Lawang

Kami meneruskan perjalanan, dan akhirya sampai di sunrise look-out point di Penanjakan jam 5 pagi.  Keadaan sekitar masih gelap dan begitu sejuk sekali. Setelah berehat seketika, saya solat subuh di kawasan berhampiran. Hening suasana. Usai solat, sempat beli secawan kopi panas dari penjual tempatan yg ada berjual di situ. Rasanya memang sedap, dalam kesejukan pagi, dapat pula kopi ‘kaw’ panas! Fuhh. Memang terbaik.

_DSC3523
Cahaya merah, kuning keemasan perlahan-lahan muncul

Sambil-sambil menunggu sunrise, saya mencari ‘port’ yang sesuai untuk merakam gambar. Akhirnya jumpa juga port yang memang sesuai, iaitu betul-betul ditepi lereng kawasan look-out point. Maknanya, memang takkan ada orang lagi yang akan duduk depan saya, dan selangkah sahaja di depan adalah gaung yang beratus meter tingginya.

_DSC3512
Semakin menampakkan cahaya pagi

Saya tabahkan hati untuk ke situ. Mujur dapat ‘port’ yang bagus, bersebelahan dengan pakcik traveller dari Italy yang memang sudah berada di situ. Saya senyum sahaja bila cuba ‘menyelit’ disebelahnya. Nampak dia pun tiada masalah, okey sahaja. Umurnya dalam pertengahan 50-an, namun masih gagah kerana dia juga berjalan kaki dari pekan Cemoro Lawang ke sini (tidak menaiki jeep dll).

20170224_053120-2
Pokcik dari Italy yg memakai baju hitam sibuk merakam gambar sunrise.

Tidak lama kemudian, matahari mula menampakkan sinar. Dari garisan warna kemerah-merahan pada awalnya, kini bertukar kepada sinar yang semakin jelas menerangi pekan Cemoro Lawang. Kabus yang tebal, yang menyelubungi pekan dan kawasan hutan pada malanya, kini perlahan-lahan diterangi sinar matahari yang menghasilkan warna keemasan bersinar menyelubungi alam.

_DSC3618
Sinar matahari kian memancar kuat menyinari kawasan lembah di perkampungan

Ketika ini, masing-masing sibuk memetik ‘shutter’ kamera tanpa henti. Bermacam bunyi yang kedengaran. Mata tertumpu kepada keindahan ‘teater’ alam yang sedang berlaku. Subhanallah, ianya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Berada di situ mampu membuatkan diri terpegun, hanya bisikan perlahan di bibir yang hanya diri ini mengetahui. Teruja dan Syukur.

_DSC3519
Kawah Bromo semakin disinari cahaya pagi

Matahari semakin meninggi, dan ketika ini pengunjung pun beransur-ansur memulakan langkah turun dari view point di Penanjakan untuk kembali ke pekan Cemoro Lawang. Kami mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kenangan di sini. Sememangnya ianya suatu pengalaman yang akan sentiasa terpahat di memori.

_DSC3545
Kawah Bromo yang berasap, juga kelihatan dari jauh gunung berapi Semeru yang turut mengeluarkan asap
_DSC3526
Indah dataran Bromo di waktu pagi

Perjalanan pulang mengambil masa sejam lebih, melalui kawasan tanaman yang menghijau. Sepanjang perjalanan sempat merakam gambar penduduk tempatan yang sudah mula bertani sebagai aktiviti rutin mereka di waktu pagi. Rata-rata mereka ceria sahaja dan gembira bila gambar mereka dirakam.

_DSC3721
Sinar matahari yang semakin kuat tatkala matahari naik semakin tinggi
_DSC3783
Pemandangan sepanjang perjalanan kembali ke Cemoro Lawang
_DSC3747
Gambar berlatarbelakng banjaran bukit, dan juga jeep (yg ntah siapa punya parking tepi jalan)

Tiba di pekan, kami sekali lagi ke kedai makan yang sama semalam. Kali ini, masing-masing memesan makanan untuk sarapan seperti roti bakar, pancake, mee goreng dan lain-lain. Sedap juga masakan makcik di kedai ini, dan keadaan kedainya pun bersih dan selesa.

_DSC3801
Kanak-kanak tempatan bermain sekitar rumah di tepi laluan turun dari view point
_DSC3802
Datuk budak kat atas ni!

Usai makan, kami kembali ke homestay dan masing-masing bersiap untuk check-out dan meneruskan pengembaraan masing-masing.

Amin Jerman akan ke Surabaya; Ant & Gift akan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu melawat Kawah Ijen pada esoknya,  Coco dan teman lelakinya akan ke bandar Malang, dan saya pula akan ke Air Terjun Madakaripura terlebih dahulu sebelum ke bandar Malang.

Sekembalinya ke homestay, saya bersiap untuk ke kawasan air terjun kedua terbesar di Indonesia, iaitu air terjun Madakaripura. Kali ini saya menaiki ojek yang akan menghantar saya ke kawasan air terjun yang terletak 1 jam perjalanan dengan motor dari pekan Cemoro Lawang. Sejam perjalanan dengan motor. Fuhh, memang mencabar. Tiba di kawasan air terjun kena bayar tiket masuk IDR 11,000.

20170224_122001-2
Tempat tiket dan pintu masuk ke kawasan air tejun.
20170224_113640-2
Wajib basah kalau sampai sini, air turun membasahi kawasan sekitar seperti air hujan
_DSC3869
Keindahan alam semulajadi di air terjun Madakaripura, biarlah gambar yg menceritakan segala.

Dari kaunter tiket, kena berjalan lagi 1.5km sebelum tiba di air terjun. Dari sini sudah kelihatan air yang mencurah-curah turun dari celah dedaun yang kehijauan.  Memang tinggi, sehingga percikan air menjadi umpama air hujan yang membasahi kawasan sekeliling. Jadi kalau datang ke sini dan tak nak baju basah, kena bawa siap-siap baju hujan. Atau boleh juga sewa dengan rakyat tempatan yang menyediakan servis ini. Saya pinjam baju hujan dari pemandu ojek, jadi tak perlu bayar.

20170224_113847-2
Air Terjun Madakaripura

Memang mencabar untuk mengambil gambar air terjun ini, kerana memang keadaan sekeliling yang sentiasa dihujani oleh air yang jatuh dari ketinggian beratus meter di atas. Kena sentiasa lindungi kamera dari terkena air secara langsung yang mungkin akan merosakkan kamera. Walau perlbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi, tapi tetap merasa puas kerana berjaya sampai dan merakam keindahan air terjun ini.

_DSC3862
Keindahan air terjun Madakaripura
_DSC3855
Keindahan air terjun Madakaripura

Setelah 40 minit berada di lokasi, saya kembali ke pekan Cemoro Lawang dan waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 12.30 petang. Sepanjang perjalanan di atas motor, asyik berfikir cara untuk kembali ke Probolinggo kerana waktu ini kebanyakkan mini van yang membawa penumpang sudah pun bergerak turun ke pekan Probolinggo.

Tiba di depan homestay jam 1.20 petang, kelihatan kawasan sekitar agak lengang. Tiada lagi mini van yang berderet-deret parking ditepi jalan , bermakna mereka sudah bertolak turun ke Probolinggo. Yang tinggal kebanyakkan hanyalah pengunjung yg memang akan bermalam disitu. Mujurlah, semasa sampai di depan homestay, kelihatan ada seorang traveller lelaki sedang bercakap-cakap dengan seorang lelaki tempatan, dan gaya nya seperti sedang membuat urusan tawar menawar untuk ke Probolinggo.

Tanpa membuang masa, saya terus mencelah dan menyatakan hasrat untuk turut serta dalam perjalanan ke Probolinggo. Mereka setuju memandangkan saya akan  berkongsi kos dengan traveller dari Filipina itu. Kali ini kami menaiki kereta avanza dan perjalanan ke bawah agak selesa berbanding menaiki mini van kecil semalam.

_DSC3637
Sunrise in Bromo, Jawa Timur, Indonesia.

Sejam kemudian, kami tiba di terminal bas Probolinggo, dan pada masa yang sama kelihatan bas ke Malang mula bergerak keluar dari terminal. Dengan pantas, saya turun dari kereta, mengambil backpack dan membayar pemandu avanza tadi sebelum berjalan laju menahan bas tersebut. Pemandu bas memberhentikan bas, dan setelah mendapat kepastian yang bas tersebut akan ke Malang, saya terus mencari tempat duduk bersebelahan tingkap. Bas bergerak perlahan meninggalkan terminal bas Probolinggo menuju ke Malang!! Syukur, Allah SWT permudahkan perjalanan.

TRAVEL VIDEO SEPANJANG PENGEMBARAAN SOLO KE TAMAN NEGARA BROMO-TENGGER-SEMERU

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

5 thoughts on “Kembara Solo Jawa Timur | Bromo – Air Terjun Madakaripura”

  1. Salam. Bang nak tumpang tanya, Maksudnya dari Surabaya-Probolinggo (Bas), Probolinggo-Cemoro Lawang (Mini Van-divide among penumpang) dan dekat Cemoro Lawang untuk sunrise dekat Penanjakan 1, Savannah semua tu boleh trekking aja ya? Bang masuk Bromo berapa IDR ya? Maaf banyak tanya..hehhe

    1. Ahah, untuk view sunrise di Penanjakan boleh trekking je. Kalau nak senang, bleh naik Jeep dgn bayaran tertentu.
      Saya masuk ke Bromo sudah lewat petang, guna laluan kecil bersebelahan dengan hotel Cemara Indah. Tiada sebarang bayaran di entrance tersebut.

  2. Salam,
    Nak tanya berkenaan ojek dari cemoro lawang ke air terjun madakaripura, di mana ya boleh sewa ojek tersebut? Berapa kos ojek ke sana?

    1. W’salam,

      Ojek boleh sewa dekat2 area Hostel, banyak jer ojek kat area situ.
      Saya dapat harga RM20 pergi balik 😉

      1. Ohh terima kasih! Btw pada pandangan bang, kalau sampai bromo tengah hari, lepas dah check in kat bromo lepas tu terus pi madakaripura waterfall, ada okay tak plan ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *