Kembara Solo Jawa Timur | Surabaya – Bromo

Gunung Bromo merupakan tempat yang bukan asing terutamanya dikalangan pengembara ataupun para ‘hikers’. Saya bukanlah seorang ‘hiker’, tetapi setiap kali terdengar perkataan Surabaya, bayangan yang muncul pastilah keindahan Gunung Berapi Bromo yang mempunyai lanskap dan bentuk muka bumi yang unik dan menarik. Sebenarnya sudah lama saya membayangkan untuk menjejakkan kaki ke Bromo yang terletak di dalam Taman Negara Bromo-Tengger-Semeru di daerah Jawa Timur dan merakam keindahan alam semulajadi yang ada di sana. Alhamdulillah, impian untuk ke sana tercapai juga pada akhir bulan Februari 2017 yang lepas. Di sini saya ingin kongsikan sedikit catatan ringkas pengembaraan solo saya ke Gunung Bromo. Moga bermanfaat!

“Gunung Bromo (dari bahasa Sanskerta: Brahma, salah seorang Dewa Utama dalam agama Hindu), adalah sebuah gunung berapi aktif di Jawa Timur, Indonesia. Gunung ini memiliki ketinggian 2.329 meter di atas permukaan laut dan berada dalam empat wilayah kabupaten, yakni Kabupaten Probolinggo, Kabupaten Pasuruan, Kabupaten Lumajang, dan Kabupaten Malang. Gunung Bromo terkenal sebagai objek wisata utama di Jawa Timur. Sebagai sebuah obyek wisata, Bromo menjadi menarik karena statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif. Gunung Bromo termasuk dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru.

Bentuk tubuh Gunung Bromo bertautan antara lembah dan ngarai dengan kaldera atau lautan pasir seluas sekitar 10 kilometer persegi.

Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah ± 800 meter (utara-selatan) dan ± 600 meter (timur-barat). Sedangkan daerah bahayanya berupa lingkaran dengan jari-jari 4 km dari pusat kawah Bromo.” – sumber: Wikipedia

HARI PERTAMA:

  • Selamat tiba di Juanda Internasional Airport di Surabaya. Urusan imegresen berjalan lancar. Terus berjalan menuju ke luar airport mencari pengangkutan untuk ke kota Surabaya. Menaiki ‘ojek’ menuju ke My Studio Hotel yang terletak di pusat bandar Surabaya. Ianya terletak lebih kurang 200 meter sahaja dari monumen kapal selam yang terkenal. Tiba di hostel hampir masuk waktu maghrib. Rehat dan solat.
  • Keluar untuk mencari makan malam di kawasan sekitar. Singgah di Plaza Surabaya untuk makan malam dan mengeluarkan sedikit duit dari ATM untuk perjalanan esok hari. Keadaan di Plaza Surabaya agak sibuk juga walaupun sudah malam. Usai makan dan pusing2, kembali ke hotel.

HARI KEDUA:

  • Hotel ini menawarkan katil yang berkonsepkan seperti The Cube dalam dorm. Selesa untuk traveller yang bergerak secara solo dan inginkan penginapan yang murah tetapi selesa. Usai solat, terus bahagian bawah untuk sarapan. Kos sarapan sudah termasuk dengan harga bilik, dan ianya sekadar sarapan ringkas (roti, kaya, jem, butter, air kopi @ teh). Cukup lah sekadar untuk mengalas perut di waktu pagi.
  • 20170223_073116-2
    Selepas sarapan di lobi hotel

    Keluar berjalan di kawasan sekeliling, sempat melewati tempat2 menarik seperti Kota Surabaya dan Monumen Kapal Selam sebelum tiba di Masjid Muhammad Cheng Hoo. Masjid ini agak unik kerana bentuknya yang bercirikan rekaan bangunan China, seakan Masjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan atau di Ipoh Perak, cuma saiznya yang sedikit kecil.

  • _DSC3257
    Monumen kapal selam yang terletak 200m dari hotel.
    _DSC3282
    Deretan motor polis trafik

    _DSC3272
    Balai Kota, Surabaya
  • Setelah berjalan hampir 2.5km untuk ke Masjid ini, saya kemudianya kembali ke hotel semula untuk check-out dan menaiki Gojek menuju ke Terminal Bas Bunguraseh.
  • _DSC3302
    Dewan solat Masjid Cheng Hoo
    _DSC3298
    Kolam ikan sebelah masjid
    _DSC3296
    Bahagian hadapan masjid
    _DSC3291
    Masjid Cheng Hoo
    _DSC3290
    Dari tempat ambil wuduk, boleh terus masuk ke dewan solat dari sini

    _DSC3289
    Seni kaligrafi menghiasi binaan masjid
  • Suasana di terminal bas begitu sibuk sekali. Ramai juga ejen2 tiket yang sibuk bertanyakan destinasi tujuan, tetapi saya teruskan sahaja perjalanan masuk ke terminal. Di dalam terminal, keadaan lebih selesa dan terkawal. Ejen-ejen hanya menunggu diluar bangunan. Di dalam, ada jadual lengkap, yang memaparkan waktu, nombor bas, terminal bas, dan juga destinasi. Jadi, dari situ kita sudah boleh memilih untuk menaiki bas mana yang sesuai untuk ke destinasi tujuan.
  • 20170223_080640-2
    Paparan Elektronik menunjukkan maklumat tentang perjalanan bas
  • Untuk ke Bromo, saya perlu menaiki bas yang menuju ke pekan Probolinggo. Mujurlah bas masih ada dan akan bertolak dalam 15 masa minit lagi. Tiket dibayar di dalam bas dan memang tiada kaunter jualan tiket pun di terminal, hanya ruangan menunggu dan kedai2 yang menjual pelbagai makanan.
  • Bas menuju ke Probolinggo bertolak tepat pada waktunya. Penumpang hampir penuh. Mujur ada tempat di belakang sekali. Dalam 15 minit bas bergerak, konduktor bas akan datang untuk jualan tiket. Dua jam kemudian, bas akhirnya tiba di stesen Bas Probolinggo.
  • 20170223_133429-2
    Mini van yang membawa penumpang ke pekan Cemoro Lawang
    20170223_133316-2
    Kedai menunggu penumpang berhadapan dengan tempat van parking

    20170223_110013-2
    Menunggu dengan sabar
  • Turun dari bas, berjalan menuju keluar dari kawasan terminal bas ke jalan besar. Dari situ, terus ke kiri dan akan nampak deretan kedai makan yang mana di hadapanya ada beberapa van Mitsubishi Colt yang sedang parking. Van inilah yang akan membawa penumpang ke kampung yang paling hampir dengan Taman Negara Bromo-Tengger-Semeru (TN BTS) yang dikenali sebagai Cemoro Lawang.
  • Saya merupakan orang pertama yang sampai di situ. Van akan bergerak bila jumlah penumpang cukup 15 orang (katanya pemandu nya lah – tapi jika tengok pada kondisi van, memang tak logik pun boleh muatkan sampai 15 orang. Kalau sumbat pun, paling ramai 10 orang, itupun dah jadi mcm ikan sardin laa, huhu). Atau, penumpang boleh sahaja bergerak pada bila-bila masa yang mereka rasa dah cukup dan mampu untuk bayar (kongsi kos IDR 480,000) untuk naik ke atas.
  • Saya menunggu hampir setengah jam, sebelum 2 orang traveller perempuan (pelajar universiti di Bangkok, Thailand – Ant & Gift) tiba di situ. Kami sama-sama menunggu di situ dan berharap agar ramai lagi yang akan tiba dalam masa terdekat. Sambil menunggu, kami borak2 tentang pengalaman travel sebelum ini.
  • 20170223_134010-2
    Sabar menunggu di kedai, dengan harapan ada lagi yang muncul. Harapan tinggal harapan jer laa..haha
  • Sejam kemudian, tiba seorang lagi traveller lelaki, Amin dari German. Nampak memang macam seorang pengembara tegar, dengan backpack besar sarat dengan kelengkapan travel yang pelbagai. Melalui ceritanya, dia sudah berada 2 minggu mengembara di Malaysia, Kalimantan dan Indonesia. Kami berempat menunggu lagi sambil berborak santai tentang pengalaman travel masing-masing. Pada masa yang sama, masing – masing berharap agar akan ada lagi penumpang yang akan datang untuk menaiki van ke Cemoro Lawang.
  • Hampir setengah jam kemudian, kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan tiba di tempat kami menunggu. Mereka juga merancang untuk naik ke atas dengan van mini ini. Sekarang, sudah ada enam orang termasuk saya menunggu di situ. Oleh kerana haripun telah melewati waktu zohor, dan telah menunggu 2 jam (tiada lagi sesiapa yang tiba ketika itu) kami membuat keputusan bersama untuk terus bergerak ke Cemoro Lawang dengan van tersebut. Bermakna kos IDR 480,000 itu kami kongsi berenam (dalam IDR80,000 seorang). Van terus menyusur mendaki ke pekan Cemoro Lawang, dan keadaan van yang agak uzur menggusarkan hati juga, takut terjadi apa-apa di tengah jalan. Syukur, satu jam setengah kemudian, kami selamat tiba di Pekan Cemoro Lawang.
  • 20170223_151836-2
    Van mini yang membawa kami ke pekan Cemoro Lawang.

    20170223_151850-2
    Tiba di hadapan Pak Yogi Homestay. Kedai putih di belakang tu lah tempat kami makan sepanjang berada di sini.
  • Angin dingin dan segar menyapa pipi bila kami keluar sahaja dari van. Suhu sekitar agak sejuk berbanding semasa berada di Probolinggo. Driver berhenti dekat sahaja dengan Homestay Pak Yogi. Saya pernah membaca tentang traveller yang pernah menginap di homestay ini, dan penilaian mereka agak baik juga. Jadi kami memutuskan untuk menginap di Pak Yogi Homestay sahaja. Nyata, ianya pilihan yang baik bagi saya.
  • Saya berkongsi bilik dengan Amin Jerman. Sempoi jer mamat ni. Memandangkan kami semua memang travel secara bajet, jadi bila dapat kongsi kos bilik ni memang suatu perkara yang menarik.
  • _DSC3305
    Pemandangan indah dari lorong kecil ke savannah Bromo sebelah Cemara Indah Hotel.

    _DSC3306
    Tiba di dataran savannah selepas melalui lorong kecil dari pekan Cemoro.
  • Sebagaimana perancangan bersama semasa menunggu penumpang lain di Probolinggo tadi, kami akan terus trekking ke Kawah Bromo petang itu juga. Jadi, selesai sahaja urusan check-in bilik, saya terus solat dan bersiap untuk memulakan perjalanan ke kawah Bromo. Dari pekan ini sudah kelihatan keindahan dan keunikan kawah Bromo yang berasap perlahan.
  • Sebelum bertolak, kami sempat beli pisang dan air mineral di kedai berhampiran untuk bekalan. Maklumlah, semua orang terlepas makan tengah hari tadi. Setelah semuanya sedia, kami ber enam terus menuju ke lorong kecil bersebelahan dengan Cemara Indah Hotel. Lorong kecil ini boleh terus membawa kita menuju ke padang savanah Bromo, dan semasa kami mula trekking melalui lorong ini, ada satu kumpulan traveller yang baru pulang dari kawah Bromo melalui laluan yang sama. Nampak kepenatan, namun kesemua mereka nampak ceria dan puas hati dapat ke kawah sana. Ini membuatkan lagi diri teruja untuk sampai secepat mungkin di kawah Bromo.
  • _DSC3313
    Kami ber enam di dataran pasir savanah Bromo

    _DSC3318
    Antara beberapa orang penduduk tempatan yang masih ada di savannah semasa kami tiba
  • Tiba sahaja di dataran savanah Bromo, perasaan tergamam menerjah. Pemandangan yang begitu luar biasa yang sebelum ini hanya mampu ditatap di skrin komputer kini berada di hadapan mata. Subhanallah! Langkah di atur laju menuju ke kawasan Kawah Gunung Bromo melalui pasir halus hitam halus yang berdebu. Sambil itu, tangan tidak berhenti menekan shutter kamera, merakam keindahan alam yang unik di sini.
  • _DSC3325
    Padang pasir hitam halus yang terbentang luas

    _DSC3330
    Amin bersama Gitf dan Ant berjalan di padang pasir halus Bromo
  • Perjalanan dari lorong kecil di pekan Cemoro Lawang ke kaki kawah Bromo mengambil masa sejam. Kawasan sekitar pada ketika ini lengang sahaja. Tidak sesibuk waktu pagi yang mana puluhan pelancong, pelawat dan orang tempatan berkumpul di sini untuk aktiviti mendaki ke kawah Bromo. Bagi sesiapa yang sukakan keadaan yang lengang, tenang dan sunyi dari lautan manusia, melawat kawah Bromo selepas waktu Asar adalah masa yang terbaik.
  • _DSC3336
    Bentuk muka bumi yang unik disekitar kaki kawah Bromo

    _DSC3347
    Bentuk menarik berlatar-belakang gunung Batok_DSC3352
  • Posing laa sekali skala kan 🙂
    _DSC3368
    Meneruskan perjalanan ke kawah Bromo

    Dari kaki kawah, kami perlu mendaki lebih dua ratus anak tangga sebelum tiba di puncak kawah Bromo. Ketika ini, bau sulfur dan bunyi ‘gelegak’ dari kawah boleh jelas kedengaran. Setelah sejam setengah perjalanan, akhirnya kami semua BERJAYA tiba di KAWAH GUNUNG BROMO!! Perasaan yang tidak dapat dibayangkan. Ketika ini, masing-masing membawa arah sendiri, meneroka setiap genap penjuru muka kawah gunung berapi yang masih aktif ini. Dari puncak kawah, boleh kelihatan dengan jelas keindahan gunung Semeru, dan juga gunung berapi Batok (sudah tidak aktif lagi).

  • _DSC3441
    Pemandangan dari puncak kawah Bromo, anak tangga yang dinaiki
    _DSC3401
    Pemandangan dari bawah, ketinggian puncak kawah jelas kelihatan
    _DSC3387
    Berjalan perlahan menuju ke puncak kawah.
    _DSC3379
    Hampir tiba, sedikit sahaja lagi.
    _DSC3440
    Kelihatan kepulan asap dari kawah Bromo, bau sulfur dan bunyi ‘gelegak’ yang kuat
    _DSC3426
    Berjalan dipinggir muka kawah Bromo

    _DSC3423
    Kelihatan matahari kian terbenam ketika ini
  • Matahari kelihatan semakin terbenam, menandakan hari hampir gelap. Kami berada di puncak kawah Bromo hampir sejam, merakam keindahan kawasan sekeliling TN BTS dan bergambar bersama sebagai kenangan berjanya tiba di sini. Keadaan semakin gelap, dan kami pun perlahan-lahan mengorak langkah untuk pulang kembali ke pekan Cemoro Lawang.
  • 20170223_173406-2
    Gambar kenangan berada di atas Kawah Bromo. Brader baju hijau adalah penduduk local yang muncul semasa kami tiba di kawah Bromo.
    20170223_173334-2
    Group photo semasa berada di sana
    20170223_173138-2
    Bersama Amin, rakan travel dan roomate sepanjang di Bromo

    20170223_165108-2
    Gambar dari atas kawah Bromo.
  • Perjalanan pulang semula ke pekan mengambil masa sejam setengah berjalan kaki. Bermakna, kami mengharungi perjalanan di dalam kegelapan malam, merentas padang savannah Bromo sebelum mendaki semula melalui jalan utama yang digunakan oleh penduduk tempatan (bukan lorong kecil yang kami lalui semasa ke kawah petang tadi), yang walaupun sedikit jauh, namun ianya kurang curam dan lebih selamat untuk trekking di waktu malam.
  • _DSC3486
    Menikmati suasana sunset indah sepanjang perjalanan pulang
    _DSC3485
    Menikmati suasana sunset indah sepanjang perjalanan pulang

    _DSC3477
    Menikmati suasana sunset indah sepanjang perjalanan pulang
  • 20170223_185752-2
    Makan malam, semua dah ‘kebulur’ lepas berjaya ke puncak kawah Bromo.
  • Akhirnya, kami semua selamat tiba di pekan Cemoro Lawang, dan jam hampir menunjukkan jam 8 malam. Masing-masing kepenatan dan kelaparan. Mujurlah ada kedai makan tidak berapa jauh dari homestay, dan kami terus sahaja menuju ke situ untuk makan malam. Masing-masing memesan makanan berat, maklumlah dari tengah hari belum makan berat. Saya memesan nasi goreng telur sahaja, namun oleh kerana kepenatan dan lapar, rasanya itulah nasi goreng yang paling sedap sepanjang berada di Indonesia ini, Haha. Kami makan dan minum dengan berselera sekali. Amin Jerman sampai dua hidangan makanan dia pesan, dan keduanya licin dihabiskan nya,
  • _DSC3467
    Sunset di Bromo

    Usai makan, kami kembali ke homestay untuk membersihkan diri dan rehat. Perlu tidur awal kerana esok pagi kami akan trekking ke Penanjakan seawal jam 3.30 pagi untuk menikmati keindahan sunrise di Bromo.

BERSAMBUNG.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

10 thoughts on “Kembara Solo Jawa Timur | Surabaya – Bromo”

    1. Entrance ke look-up point Penanjakan untuk tengok sunrise tak perlu bayar kalau berjalan kaki. Saya jalan kaki. Bayaran kalau naik jeep saya tak pasti.
      Entrance fee hanya perlu bayar kalau nak ke kaki gunung Bromo, dan nak naik ke kawah gunung sebab gunung ni terletak dalam Taman Negara BTS, sebab tu ada entrance fee.

  1. Sungguh menarik catitan tuan…
    Saya bercadang nak backpacking ke Surabaya hujung tahun ni…boleh bg no wassap tuan or fb tuan…banyak maklumat saya nak tanya. T.kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *