PERADUAN TEKA BAJET TRIP KEMBARA EROPAH & BALKAN | PEMENANG!

Assalamualaikum kepada pembaca blog www.farrisnoorzali.com!

Terima kasih kepada yang sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca coretan-coretan kembara di blog ni. Moga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua terutamanya kepada yang sentiasa minat mengembara.

Baiklah, entry kali ini berkenaan dengan peraduan ringkas yang saya adakan di entry saya yg lepas yang bertajuk “KEMBARA KELUARGA KE EROPAH & BALKAN” di mana pada akhir penulisan saya ada membuat peraduan ringkas untuk para pembaca meneka bajet yang telah kami keluarkan untuk perjalanan tersebut.

Ramai juga pembaca yang meneka anggaran kos yang telah kami keluarkan, dan di sini saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kerana mengambil bahagian dalam ‘pertandingan’ yang ringkas ini. Sekadar mencari sedikit kelainan dalam cara saya berinteraksi dengan pembaca sekalian, sekurang-kurangnya ianya tidaklah seolah satu arah sahaja. Oleh itu, memang setiap ‘fedback’ ataupun komen dari pembaca amat-amatlah saya hargai.

Untuk ‘peraduan’ teka bajet ini, pembaca yang BERJAYA meneka paling tepat kos perjalanan kami di sana ialah Siti Hajar Ahmad Fuad, yang meneka RM18,750 sebagai jawapan yang paling hampir dengan kos keseluruhan kami berlima semasa mengembara di sana.

blog winner jan2017

 

Hadiah kali ini yang berupa hiasan dinding kanvas print sudah pun diposkan kepada Siti, dan dia memilih untuk menjadikan gambar Masjid Sultanahmet di Istanbul sebagai kanvas. Harap Siti berpuas hati dengan kualiti kanvas print frame yang diterima 🙂 dan terima kasih kerana sudi meneka. Siapa tahu kan, tetiba terpilih sebagai pemenang, hehe!

Screenshot_2017-03-08-16-01-20

508243497
Hadiah kanvas print yang telah selamat diterima oleh Siti Hajar.

Jika berminat untuk membeli kanvas frame yang sama, anda boleh KLIK di link ini. Senang sahaja proses tempahan nya dan kanvas dijamin tiba dalam 4-5 hari masa bekerja.

http://www.farrisnoorzali.com/canvas-print/

Baiklah, rasanya setakat ini dulu coretan saya pada kali ini. Sedar tak sedar sudah masuk bulan March 2017. Begitu pantas masa berlalu.

Apa perancangan kembara anda semua pada tahun ini?

Harap ianya dapat direalisasikan dengan jayanya! Insya Allah.

_dsc9883111

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *