Dengar sahaja perkataan Maldives, pasti terbayang kawasan pantai dengan pasir yang memutih, air laut yang biru dengan ombaknya yang perlahan, deretan chalet mewah yang terapung di tepian pantai dan juga langit yang cerah biru tanpa awan! Sungguh indah sekali. Namun disamping gambaran indah lanskap pulau ini, ramai yang beranggapan berkunjung ke Maldives pasti akan memerlukan belanja yang besar, sesuai dengan tarafnya sebagai salah satu tempat percutian mewah yang terkenal.

Di sini, saya ingin berkongsi pengalaman kami sekeluarga meredah perjalanan ke Maldives pada awal November 2016. Walaupun pada mulanya, perjalanan ke Maldives dirasakan begitu asing sekali kerana sebenarnya kami tidak sempat untuk betul-betul membuat ‘research’ berkenaan tempat yang akan dituju setibanya di sana. Namun, ianya nyata tidaklah begitu rumit untuk travel di Maldives kerana kemudahan pengangkutan (feri dan boat adalah pengangkutan utama di Maldives) untuk bergerak dari satu pulau ke pulau yang lain adalah amat bagus dan ‘reliable’.


Penerbangan kami dari KLIA2 menuju ke Male (Maldives) bertolak jam 6.45pm dan tiba di Male Airport lebih kurang jam 7.50pm. Memandangkan kami tiba waktu malam, kami mengambil keputusan untuk bermalam di Hulhumale Island (pulau di mana terletaknya Male Airport) sahaja. Kami bermalam di Nasih Hostel (Family Room) yang terletak di Nirolhu Magu 11063, Hulhumale , Male 23000, Maldives. Hostel ini terletak kurang 50 meter dari pantai Hulhumale dan biliknya juga bersih dan selesa.

Keesokan paginya, selesai breakfast di hostel (masakan local Maldives), kami keluar berjalan-jalan di pantai Hulhumale dan kawasan sekitarnya. Memang cantik pantainya, walaupun baru di pulau ini, keadaan pantainya nya memutih dan air yang amat jernih begitu membuatkan kami teruja untuk layan bermain air pantai. Sempat lah bawa anak-anak bermain di pantai sementara cuaca masih tidak begitu panas. Ohh, cuaca di Maldives hampir sama sahaja dengan Malaysia, jadi bila hari semakin siang tu, boleh bayangkan lah yer panas teriknya matahari, huhu.

Kami kembali ke hostel, dan bersiap untuk check-out untuk meneruskan perjalanan kami ke lokasi seterusnya iaitu, Male city. Male city merupakan pusat bandar negara Maldives, yang terletak di pulau yang bernama Male. Ianya merupakan sebuah bandar yang agak padat dan sibuk dengan pelbagai aktiviti. Dari hotel, kami di hantar ke stesen feri dengan kereta, dan kemudianya menaiki feri awam menuju ke pulau Male, yang memakan masa 15 minit sahaja.

Sampai sahaja di jeti Male, kami berjalan kaki lebih kurang 1km menuju ke Masjid Al Sulthan Muhammad Thakurufaanu Al Auzam, antara masjid terbesar di Male. Usai solat, kami berjalan lagi menuju ke salah sebuah kedai makan berdekatan dengan masjid. Sebenarnya, banyak juga pilihan kedai makan yang ada di sekitar kawasan masjid terutamanya. Kami memilih kedai ini kerana ianya berkonsepkan buffet dan harganya pun agak berpatutan. Untuk makan, tidak perlu risau tentang makanan halal kerana Maldives merupakan sebuah negara Islam, dan majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Jadi, amat mudah untuk makan digerai-gerai yang terdapat di sekitar, dan rasanya juga bagi saya memang sedap. Seolah ada unsur campuran rasa makanan arab dan india, hehe.

Usai makan, kami bertolak dengan menaiki teksi ke Villingili Terminal yang terletak 2km dari kawasan masjid tadi. Di terminal inilah tempat di mana bot atau feri awam akan bertolak menuju ke Pulau Maafushi, iaitu pulau pilihan kami kali ini. Sebenarnya, pulau Maafushi ini merupakan pulau kampung nelayan, dan amat terkenal dikalangan pengembara yang mahukan tempat yang santai, tidak terlampau sibuk, dan juga tidak terlalu eksklusif. Kos bercuti di pulau ini juga tidaklah terlalu tinggi terutamanya dari segi kos penginapan dan juga makanan. Oleh kerana itulah, ramai yang memilih untuk berkunjung ke pulau ini, kerana walapun ianya tidaklah dihiasi dengan chalet2 mewah di atas air, namun segala daya tarikan Maldives seperti pantai pasir yang memutih indah, sandbank, hidupan laut dan aktiviti2 sukan air yang menarik semuanya ada di sini. Di sini juga, kita merasa seakan berada di sebuah kampung yang dikelilingi oleh lautan biru, dan kawasan sekitar juga tenang tanpa terlalu banyak bangunan atau hotel komersial yang didirikan.

Dari terminal, kami ada dua pilihan, samada menggunakan feri awam pada kos USD 10 untuk kami sekeluarga, dengan masa perjalanan 2jam 30 minit, ataupun menaiki ‘speed boat’ pada harga USD 50 untuk sekeluarga, dan masa perjalanan 30 minit. Oleh kerana kami cuba untuk sampai di Maafushi sebelum cuaca gelap, kami mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan speed boat. Nyata, ianya lebih selesa dan praktikal terutama bila membawa anak kecil travel bersama.

Setengah jam kemudian, kami tiba di jeti pulau Maafushi, dan driver speedboat segera membantu menghubungi pekerja hotel tempat menginap untuk datang ke jeti membantu urusan luggage. Hotel kami terletak dekat sahaja, dalam 7 minit berjalan kaki sahaja dari jeti. Kami menginap di hotel Arena Lodge Hotel sepanjang berada di Maafushi Island ini.

Suasana sekitar begitu tenang, dengan rumah2 kampung yang dibina tidaklah terlalu padat, disamping phon kelapa dan tumbuhan sekitar yang tumbuh menghijau. Kawasan persekitaran perumahan dan kampung juga dijaga bersih.


Selesai urusan check-in, kami terus kebilik untuk membersihkan diri setelah melalui perjalanan yang panjang hari ini. Setelah berehat sekejap, kami keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar kampung Maafushi sambil mencari jalan menuju ke kawasan pantai berhampiran. Anak-anak pun dah siap sedia dengan pakaian mandi masing-masing. Maklumlah, semua teruja nak mandi air jernih di tepian pantai.

Kawasan mandi umum di Maafushi adalah kawasan pantai yang terletak berhadapan dengan Arena Beach Hotel. Di sini juga pusat aktiviti sukan air di pulau ini. Jadi kalau berminat untuk menyewa alatan snorkeling, jet ski, kayak dan lain-lain boleh lah menggunakan perkhidmatan yang banyak ditawarkan oleh operator tempatan di sini.


Petang nya kami hanya menghabiskan masa di pantai, melayan telatah anak-anak bermain air, sambil menikmati matahari terbenam di kaki langit Lautan Hindi. Memang indah sekali. Malamnya pula kami makan di sebuah restoran berdekatan dengan tempat kami menginap, iaitu Maafushi View. Masakan sedap, cuma masa menunggu agak lama untuk menyiapkan makanan, walaupun pada ketika itu hanya kami sahaja pelanggan yang ada di restoran tersebut. Kelakar bukan, haha.








Salam
Nak tanya selamat tak kalau wanita travel solo ke Maldives?
Wsalam,
Pendapat saya, Maldives boleh jer untuk solo travel. Terutama mereka yang dah biasa travel solo.
Walau begitu, jika perempuan rasanya lebih baik kalau berteman.
Terima Kasih
Salam, nak tanya.. Kalau nak ke mafushi dari male airport tu memang sentiasa ada feri/speedboat awam kan? Makna tak perlu gunakan hotel punya airport transfer ek? Sebab hotel punya harga mahal gila..?. Ada teksi/ bas awam tak di mafushi island dan male…
W’salam,
Airport Male terletak di Hulhumale Island. Dari Airport ada public bus ke pekan Hulhumale di mana terdapatnya hotel2 jika nak bermalam di situ.
Dari Hulhumale, perlu naik public boat ke Male Island. Di sini lah terletaknya bandar utama iaitu Male City. Di pulau ni, ada public transport, taxi bus etc.
Boleh naik taxi untuk ke pelabuhan di selatan Male City untuk naik public ferry ke pulau Mafushi.
Thanks
salam,
scary tak ombak kat sana masa naik boat atau feri ? ke biasa je
W’salam
Bergantung pada keadaan cuaca. Biasanya okey jer naik ferry & boat kat sana 🙂