Kembara PERTH, West Australia – PART 2

DAY 4.

Hari keempat berada di Perth. Usai sarapan, kami menuju ke Fremantle Market yang terletak 25km dari apartment kami. Ianya antara market yang terkenal di daerah Fremantle dengan keunikan barang-barang yang dijual termasuk kraftangan, makanan, buah-buahan, minuma dan lain-lain lagi. Suasana nya juga amat menyenangkan dan santai, menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan pelancong untuk datang ke sini terutamanya semasa hujung minggu. Kami membeli sedikit makanan seperti air dan buahan. Kebetulan ada tempat untuk melukis muka kanak-kanak, Nida tidak melepaskan peluang untuk turut serta membiarkan mukanya dilukis oleh pelukis jalanan tersebut.

_DSC3585
Salah satu pintu masuk ke Fremantle market
_DSC3622
Air buahan dan sayuran
_DSC3619
Jalan jalan di dalam pasar
_DSC3617
Lama pakcik fikir nak beli apa!
_DSC3616
Buahan & sayuran
_DSC3612
Kedai masakan Turkey pun ada, siap ada jual Saleb tuh!
_DSC3610
Timbang kena jujur
_DSC3609
Pekedai sedang layan teh dikala cuaca yang sejuk
_DSC3604
Lagi buahan dan sayuran segar yang ada di pasar ini
_DSC3601
Strawberry pun ada
_DSC3600
Banyak juga pilihan yang ada di sini
_DSC3589
Busking dalam market! Steady bro…

Kami kemudianya berjalan ke kawasan taman yang berdekatan. Ramai juga pengunjung di sini yang rata-ratanya menghabiskan masa berkualiti bersama teman dan keluarga di taman ini. Rancangan asal untuk ke Kailis Fish Market (tempat makan Fish & Chip yang terkenal di sini) terpaksa ditukar kerana terlampau ramai orang yang beratur untuk membeli Fish & Chip. Kami ambil keputusan untuk beli fish & chip di restoran Cicerello’s (terletak bersebelahan dengan Kailis) dan makan di taman berdekatan. Okey juga rasanya, tidak mengecewakan. Sedapp.

_DSC3625
Acoustic busking juga
_DSC3673
Muka dah conteng, konon2 nak jadi arnab
_DSC3669
Santai jer suasana taman
_DSC3654
Buai Musing pun ada, kalau nak naik boleh jer.
_DSC3653
Gambar keluarga
_DSC3643
Ni bukan gambar group tour yea, ni gambar orang ramai sedak khusyuk layan ‘street performance’ kat depan pasar
_DSC3640
Suasana sejuk dan cuaca yang baik untuk jalan-jalan
_DSC3638
Cantik lukisan dinding kat belakang tu kan?
_DSC3634
Okey, dah siap color muka, arnab import dari Malaysia nih
_DSC3628
Proses conteng muka

Selesai makan dan rehat di taman, kami menuju ke E-Shed Market yang terletak hanya 1km sahaja dari taman tempat kami berehat tadi. E-Shed Market ni adalah tempat jualan barang-barang souvenir seperti pelbagai alat kraftangan, fridge magnet, keychain, topi, t-shirt dan banyak lagi lah barang-barang yang boleh dibeli dengan harga yang murah untuk di bawa pulang sebagai souvenir. Sejam lebih juga kami berada di E-Shed Market ni dan sempat ler beli sedikit barang-barang souvenir untuk dibawa pulang.

_DSC3693
Muka sabar tengah menunggu urusan beli souvenir.

Hari semakin menghampiri lewat petang. Kami memandu terus ke selatan, sejauh 30km menuju ke Rockingham Beach untuk menikmati keindahan sunset di sana. Tiba di Rockingham Beach hampir lewat petang, tidak ramai sangat orang sekitar kawasan pantai ini. Kami hanya memandu menyusuri jalan di tepian pantai, sambil menikmati udara segar dari laut yang bertiup sepoi-sepoi dingin. Memang cantik kawasan pesisir pantai ini. Burung-burung berterbangan menghiasi lanskap indah laut yang semakin hilang cahayanya. Saya terus sahaja memandu hingga ke suatu kawasan yang berbentuk seperti tanjung, di kenali sebagai Cape Peron. Di sini, kelihatan ramai pengunjung yang bersiar dan duduk-duduk di tebing pantai memerhatikan matahari terbenam diufuk langit. Kami juga turut serta. Sungguh indah alam ciptaan Ilahi. Ianya sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata, apatah lagi dengan tulisan yang tidak seberapa ini. Angin bertiup agak kuat juga ketika kami berada di situ. Ditambah dengan cuaca sejuk, memang agak mencabar sebenarnya untuk berada di luar ketika ini. Namun kami gagahkan jua. Mujurlah anak-anak pun okey walau dengan cuaca yang agak sejuk pada ketika itu.

_DSC3714
Sekitar Rockingham
_DSC3723
Sunset di Cape Peron
_DSC3716
Sunset di Cape Peron

Bila kawasan sekitar sudah mula gelap, kami bergerak keluar dari kawasan tersebut menuju ke Ar Rukun Mosque (4 Attwood Way, Rockingham WA 6168, Australia) untuk solat maghrib dan isyak di sana. Masjid ini terletak tidak jauh dari kawasan pantai tadi dan amat senang untuk dicari, hanya gunakan aplikasi Google Map, pasti boleh tiba di sini, Insya Allah. Selesai solat, kami makan di salah sebuah restoran halal di Rockingham, yang menghidangkan nasi dengan daging kambing dan ayam panggang. Memang sedap dan padu, dan harganya pun amatlah berpatutan.

DAY 5

Hari kelima berada di Perth; kami melawat Caversham Wild Life Park yang terkenal di Perth. Ianya terletak 30 km dari apartment kami, dan perjalanan ke sana mengambi masa kurang 40 minit dengan kereta. Apa yang menarik di Caversham Wildlife Park ini ialah, pengunjung dapat berinteraksi secara langsung dengan haiwan-haiwan yang ada di sini seperti kanggaro, wullaby dan lain2 lagi. Kami berpeluang menyentuh haiwan-haiwan tersebut, sambil memberi makanan kepada mereka dan jangan terkejut kerana haiwan-haiwan ini amat jinak dan begitu mesra dengan pengunjung. Kami berada di sana lebih dari 2 jam, dan bertolak ke destinasi seterusnya selepas zohor.

_DSC3803
Entrance to Caversham Wild Life Park
_DSC3791
Koala
_DSC3755
Buat akikah sedap nih, besar2 jer saiz biri-biri kat sini
_DSC3809
Posing kepada pengunjung
_DSC3822
Jinak jer, memang tak lari pun kalau datang dekat. Yang ni ada anak dalam kantung.
_DSC3828
Anak-anak yang excited dengan kangaroo jinak dalam wildlife park ni
_DSC3848
Kenyang kangaroo sini, asyik makan jer!
20160905_102142
Pertunjukan cukur bulu biri-biri
20160905_113310(0)
Panjang beratur nak amik gambar dgn wombat nih!!
20160905_122109(0)
Cuba nak berkawan dengan koala, tapi memang jenis koala ni buat tak layan jer.

Destinasi seterusnya yang sempat kami singgah ialah The Margaret River Chocolate Company & Providore yang terletak hanya 6km dari Caversham. Di sini sebenarnya kilang cokelat, dan pada masa yang sama ada restoran dan juga kedai jualan produk cokelat yang di hasilkan. Suasana di sini memang menarik, dengan produk cokelat yang cantik tersusun memudahkan pelanggan untuk memilih, di samping boleh juga ‘try’ pelbagai jenis cokelat yang dihasilkan secara percuma sahaja. Tapi kalau nak banyak, kena beli ler kan, apahal nak free plak. Hehe.

20160905_151032
Memang sedap nih, layann!
20160905_152618
Aiskrim, kami tak makan pun, tak pasti halal atau tak..huhu!
20160905_152644
Memang nampak sedap sungguh!

Selesai di kilang cokelat, kami kembali ke CBD Perth, dan kami sempat singgah di Crawley Edge Boatshed (Blue Boat House) yang terletak di Swan River. Ini merupakan antara lokasi paling popular di kalangan traveller yang datang ke Perth ini. Peluang untuk bergambar berlatar belakangkan rumah bot biru ini memang tidak seharusnya dilepaskan. Pandangan peribadi saya, lanskap di kawasan sekitar ini memang cantik. Rumah boat ini sendiripun mempunya ciri yang menarik dengan senibina nya yang kelihatan ringkas, bersimetri dan amat ideal dengan suasana tasik yang tenang ini.

20160905_162848
Tempat wajib singgah jika ke Perth

Sesudah itu, kami menuju ke kawasan tarikan berdekatan, iaitu Elizabeth Quay.  Di sini juga terdapatnya The Bell Tower, antara menara yang berbentuk loceng (ehh, ye ker…macam ler) yang menarik dan juga adanya dataran untuk orang ramai berkunjung santai di sini. Lanskap di kawasan ini juga menarik, dan sesuai untuk bawa keluarga datang untuk berehat, berjalan-jalan menikmati keindahan taman dan pemandangan yang ada di sini. Kami berada di situ hingga matahari terbenam, sebelum pulang ke apartment untuk dinner, rehat dan tidur.

_DSC3912
The Bell Tower
_DSC3950
Perth CBD

DAY 6

Kami bersiap awal pagi ini dan selesai sahaja sarapan pagi, kami terus menuju ke Golden Grove Citrus Orchard (1378 Chittering Rd, Lower Chittering WA 6084, Australia) yang terletak 60km ke utara Perth. Perjalanan dengan kereta ke sana memakan masa kurang lebih sejam. Tujuan kami ke sini adalah untuk merasa sendiri pengalaman memetik buah oren di ladang oren ini. Kami diberikan baldi, cutter dan juga peta panduan ladang oren di kawasan tersebut. Ada pelbagai jenis oren yang ditanam dan sedang ranum berbuah ketika kami tiba. Memang teruja dan tak sabar untuk memetiknya. Anak-anak pun memang semangat semasa proses memetik ni. Masing-masing berlumba-lumba nak petik buah yang paling sedap. Apa yang menarik, semasa memetik di ladang, memang dibenarkan untuk makan buah limau seberapa banyak yang larat, dan ianya dikira percuma. Hanya buah yang dipetik dan dibawa pulang ke bangsal perlu dibayar sebelum boleh ‘tapau’ bawa balik. Sebelum balik, pemiliknya juga menjamu kami dengan air oren segar; percuma sahaja. Sedap pulak tuh. Haha.

20160906_101908
Ladang limau, Golden Grove
20160906_102354
Best petik limau di sini, tak ramai orang, so bebas jer laa nak buat aksi apa2
20160906_103351
Konon2 saintis pengkaji khasiat buah limau kut…
20160906_104655
Semua semangat nak petik limau yang memang rasanya manis2 dan segar
20160906_104708(0)
Seronok, masing-masing dapat pengalaman petik limau di ladang
20160906_114157
Pemandangan ladang yang menghijau

Selesai memetik buah di ladang oren, kami kembali ke Perth CBD, dan sekali lagi singgah di Crawley Edge Boatshed (Blue Boat House) untuk mengambil gambar. Bahaya sungguh tempat ni, boleh ketagih nak datang bergambar lagi di sini. Hehe. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Matilda Bay, sebuah kawasan pelabuhan yang terletak bersebelahan dengan The University of Western Australia. Di sini merupakan tempat kapal-kapal peribadi penduduk sekitar (rasanya lah!) yang kaya (semestinya…) berlabuh. Pemandangan di sini amat menarik dan cantik sekali. Jadi kami hanya lepak-lepak di taman sekitar kawasan tersebut menunggu hari senja.

20160906_163808
Matilda Bay
20160906_164540
Kapal2 mewah yang berlabuh di sini
20160906_164832
Posing jer, sekali sekala..wakaka

Malamnya kami mengambil kesempatan untuk melawat kawan sekerja isteri, Norshuhani Zamin (Kak Nini) yang sekarang menetap di Perth bersama keluarga. Memang kami tak bagitahu pun nak datang rumah dia. Sampai jer depan rumah dia (lepas maghrib), saya menyuruh Faheem untuk mengetuk pintu rumahnya sementara kami semua menunggu dalam kereta. Memang terperanjat ler Kak Nini, mana taknya tetiba jer budak dari Malaysia ada terpacak depan pintu. Haha.

20160906_200604
Kami makan di sini malam nya
20160906_202253
Juadah Malaysia di bumi Perth, memang terbaik!
20160906_202307
Juadah Malaysia di bumi Perth, memang terbaik!

Kami singgah minum-minum sambil borak-borak santai di rumah Kak Nini. Kemudian dia dan suami membawa kami makan malam di kedai makan feberet mereka (owner orang Malaysia dari Penang). Sedap pula tuh makanan yang dihidangkan. Memang terbaik dan terima kasih banyak kerana belanja kami pada malam tersebut. Memang terbaikk!

DAY 7

Hari terakhir kami di Perth sebelum kembali ke Malaysia. Waktu penerbangan pulang pada 1430 hours. Selesai packing dan check-out, kami bertemu kembali dengan Kak Nini di kawasan kedai menjual barang-barang preloved atau terpakai. Tapi, barang terpakai di Perth ni, memang berbeza kualitinya, kebanyakkan nya masih kelihatan baru dan amat baik untuk digunakan. Kami sempat membeli beberapa barang dan pakaian, memang murah dan puas hati dengan kualiti barang yang di jual di kedai-kedai tersebut. Kemudian kami singgah di Chemist Warehouse untuk membeli perfume pelbagai jenama terkenal yang original, dijual pada harga yang murah.

20160907_103937
Pelbagai jenis pakaian terpakai berjenama yang dijual pada harga yang murah
20160907_124601
Ada pelbagai pilihan di sini, memang boleh lama laa berada dalam kedai2 ni, tengok barang2 menarik yang ada.
20160907_121906
Antara original perfume yang ada di jual di chemist warehouse.
20160907_121916
Antara original perfume yang ada di jual di chemist warehouse.

Selesai membeli sedikit sebanyak, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Kak Nini dan terus memandu menuju ke Airport Perth. Kereta dihantar di kawasan parking yang ditetapkan, dan kunci hanya perlu dimasukkan semula kedalam kotak yang diletakkan berhampiran dengan kaunter sewaan kereta. Memang senang dan mempercepatkan urusan.

Penerbangan pulang kami ke Malaysia dengan AirAsiaX lancar. Kami tiba di Kuala Lumpur 5 jam kemudian. Syukur kerana selamat kembali ke tanahair dan Allah SWT permudahkan segala urusan kami semasa berada di perantaun. Alhamdulillah.

_DSC4502
Pemandangan malam di Perth CBD.

Travel video yang sempat saya hasilkan semasa pengembaraan kami sekeluarga ke bumi Perth.

Jika ada sebarang pertanyaan tentang trip ke Perth ini, boleh sahaja tinggalkan komen di bawah. Insya Allah saya cuba jawab setakat yang mampu.

Moga bermanfaat!

SELAMAT MENONTON!!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

21 thoughts on “Kembara PERTH, West Australia – PART 2”

  1. Assalammualaikum, Salam Kenal,

    Menarik sungguh trip ke Perth… berminat dengan kedai preloved dan kedai makanan orang Penang tu… bolehkah berkongsi alamat. Terima Kasih

    1. W’salam…saya lelaki..bro sesuai kut…hehe

      Anyway, sewa kereta di AVIS (kaunter di Perth Airport) – better book online for cheaper price
      Penginapan di Malibu Apartments – Perth ( 30 Cleaver St , 6005 Perth, Australia )

      Terima kasih 🙂

  2. Tahniah. Travelog yg cukup menarik. Boleh tak share sikit anggaran kos utk apartment tu & bajet utk seorng. Kami plan nak pegi mid 2018. InshaaAllah

    1. Wsalam,

      Deretan bangunan yang sama dengan:
      Chemist Warehouse,
      4 and 5/199 Abernethy Rd, Belmont WA 6104, Australia

      Bleh search di google map jer…dekat jer dengan Perth Airport 🙂

Leave a Reply to G-dah Omar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *