Kembara PERTH, West Australia – PART 1

Perth merupakan salah sebuah bandar yang terletak berhampiran dengan pesisir pantai di barat Australia dan merupakan antara salah satu destinasi yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang biasa mengembara.

Seminggu sejurus saya kembali dari trip ke balkan pada Ogos tahun lepas, saya bersama keluarga menuju ke Perth, buat pertama kalinya. Kali ini kami terbang dengan AirAsiaX dari KLIA2 terus ke Perth yang memakan masa lebih kurang 5 jam. Waktu di Perth dan Malaysia adalah sama, jadi tak perlu untuk set kan waktu yang berbeza semasa berada di sana.

_DSC3451
Perth CBD

Kami menyewa di Malibu Apartment (30 Cleaver St, West Perth) yang bagi kami amat berbaloi kerana lokasi nya yang strategik (terletak berhampiran dengan CBD, Swan River dan dekat dengan King’s Park dan lain-lain tempat menarik) dan juga fasilitinya yang lengkap dengan dapur dan parking yang tidak berbayar. Harganya juga amat berpatutan untuk tempat penginapan jenis apartment, apatah lagi ianya terletak di kawasan bandar.

20160902_111001
Kereta sewa sepanjang 7 hari 6 malam di Perth

Di Perth juga, kami menyewa kenderaan dari syarikat Budget, dan antara yang termurah pada ketika itu yang kami book sekali semasa membeli tiket di web Air Asia. Kos untuk 7 hari 6 malam adalah, RM 771 dan kami diberikan kereta yang masih baru, dengan kondisi kereta yang amat memuaskan hati.

20160906_163808
Gambar panorama di Matilda Beach, Perth.

Cuaca ketika kami di sana juga amat baik, di mana suhu sekitar 7 – 10 darjah celcius dengan langit yang cerah dan sesuai untuk kami menjelajah kawasan-kawasan menarik sekitar Perth.

Berikut merupakan jadual ringkas perjalanan kami semasa di sana.

DAY 1:

Tiba di Perth Airport, terus menuju ke kaunter kereta sewa yang terletak di sebelah kiri bila pintu ketibaan. Selesai urusan mengambil kunci dan deposit, terus mengambil kereta di tempat parking. Jangan lupa untuk memeriksa kondisi kereta sebelum mula memandu. Kalau boleh ambil gambar keadaan kereta semasa di tempat parking sebelum mula memandu sebagai rekod.

Terus memandu menuju ke Apartment. Sebelum tu singgah di salah sebuah kedai runcit yang menjual bahan-bahan mentah halal seperti daging, beras dan lain-lain.

Tiba di apartment hampir lewat petang. Tiada aktiviti luar, hanya bagi peluang anak-anak berehat di apartment.

DAY 2:

Selesai breakfast di apartment, bertolak ke Lanceline San Dunes yang terletak 183km ke utara, yang mengambil masa sejam setengah pemanduan. Dalam 100 meter sebelum tiba di kawasan berpasir, kami berhenti di sebuah kedai runcit di sebelah kiri jalan untuk menyewa surfboard untuk di gunakan bila tiba di bukit berpasir nanti. Tidak ramai orang semasa kami tiba di Sand Dunes. Gigih juga laa kami memanjat bukit pasir sebelum tiba di puncak. Pemandangan dari atas bukit pasir ni memang cantik. Kelihatan pantai yang membiru, dan bukit-bukit pasir disekeliling yang memutih. View memang menarik, dan meluncur turun dengan board dari atas bukit ni pun memang best. Bukan kanak-kanak jer excited, orang tua pun boleh sekali terjebak dalam permainan ni. Dan sekali terjebak, nak berhenti tu pun susah juga, hinggakan sedar tak sedar dah hampir dua jam kami berada di situ. Usai bergelumang dengan pasir halus di situ, kami memulangkan kembali surfboard yang disewa dan meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya; The Pinnnacles.

20160902_123951
Layan pelbagai aksi di sand dunes, memang best wehh!
20160902_123932
Puas hati meluncur dari bukit pasir.

The Pinnacles ni terletak dalam kawasan Nambung National Park, 50km ke utara Lanceline. Kawasan ini memang kena masuk dengan kereta kerana ianya begitu luas, dan setiap kenderaan dikenakan bayaran sebanyak $12. Masuk sahaja ke dalam kawasan tersebut, kita dapat melihat pelbagai bentuk batu-batu tajam yang berceracak ke atas berselerakan di kawasan berpasir yang luar. Suasana sekeliling dipenuhi dengan pasir yang warna nya agak kekuningan, yang menjadikan kawasan ini begitu unik dan menarik. Kawasan ini sudah disediakan laluan khas untuk kenderaan, dan ada tempat-tempat sesuai untuk kita berhenti dan keluar dari kenderaan untuk mengambil gambar sambil menikmati keindahan National Park ini. Sempat juga terserempak dengan beberapa ekor kangaroo liar yang berkeliaran dalam taman negara ini. Memang menarik, dan anak-anak juga turut teruja sepanjang berada di sini. Sebelum keluar dari Nambung National Park, kami berhenti solat dahulu di kawasan parking kereta. Takut bila dah mula memandu nanti, susah pula nak cari tempat untuk berhenti solat, sedangkan waktu asar pun dah masuk.

_DSC3301
Di Pinnacles, Zambung National Park
_DSC3309
Di Pinnacles, Zambung National Park
_DSC3326
Pelbagai bentuk batu yang unik ada di sini
_DSC3331
Pelbagai bentuk batu yang unik ada di sini
_DSC3364
Aksi unik pun ada, macam-macam gaya.

Kembali ke bandar Perth dari Nambung National Park mengambil masa dua jam setengah. Tiba di apartment pun dah malam. Semua dah penat, dan lepas dinner jer terus tidur.

20160902_144551
Anak-anak layan tidur dalam perjalanan pulang ke Perth City.

DAY 3

Usai sarapan, kami menuju ke Market City yang terletak 20km ke selatan di daerah Canning Vale. Di sini ada tempat yang menjual ikan-ikan segar pada harga yang murah, dan beroperasi pada hari Sabtu setiap minggu. Untuk masuk ke kawasan ini, kereta dikenakan bayaran $3 untuk parking. Di sini memang banyak pilihan ikan yang ada dijual. Jangan lupa untuk cuba ‘fish kebab’ yang ada di jual di depan kedai ikan tersebut. Memang sedap.Selesai beli sedikit ikan untuk bekalan masakan di apartment nanti, kami menuju ke kawasan menjual sayuran dan buah buahan segar (dalam kawasan pagar yang sama, cuma kali ini tempatnya seperti dalam gudang yang begitu luas). Sempat beli sedikit sayur dan buahan untuk tambahan bahan mentah. Usai membeli, kami kembali ke apartment untuk rehat, masak dan makan tengah hari.

20160903_094449
Fish market, ada macam2 jenis ikan yang dijual pada harga yang murah. Kat luar tu ada orang jual kebab ikan. Kena try, memang sedap!
_DSC3372
Dalam kawasan tempat jualan buahan dan sayuran di Market City

Petang nya kami keluar untuk ke taman yang terkenal di Perth ini, iaitu the King’s Park. Taman ini terletak 7km dari apartment kami, hanya dalam 15 minit dengan menaiki kereta. Tiba di sana, ramai juga orang yang memang datang ke taman ini untuk berehat bersama keluarga. Lagipun cuaca amat baik pada hari ini, cerah, langit yang terang dan membiru, dan juga cuaca yang dingin dan sejuk, sesuai untuk aktiviti luar anak-anak. Di sini juga ada pelbagai jenis bunga-bungaan yang sedang berbunga mekar yang menambahkan lagi keindahan taman ini. Kings Park adalah salah sebuah taman dalam bandar yang terbesar di Western Australia. Di sini juga, ada kawasan anjung tunjau yang menarik, di mana kita dapat melihat keindahan bangunan mercu tanda bandar Perth dengan jelas. Ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar di sini, dengan berlatar belakangkan bangunan-bangunan menarik di Perth CBD, termasuk lah kami. Semestinya!

_DSC3469
Look out point bandar Perth dari Kings Park.
_DSC3426
Suasana santai di taman, cuaca cantik.
_DSC3436
Buat aksi lagi, mungkin cita-cita nak jadi stuntman kut!
_DSC3445
Pelbagai jenis bunga yang tumbuh subur di Kings Park.
_DSC3449
Pelbagai jenis bunga yang tumbuh subur di Kings Park.
_DSC3387
Pelbagai jenis bunga yang tumbuh subur di Kings Park.
_DSC3394
Pelbagai jenis bunga yang tumbuh subur di Kings Park.
_DSC3397
Aksi anak-anak semasa jalan-jalan di taman
_DSC3404
Pelbagai jenis bunga yang tumbuh subur di Kings Park.
_DSC3406
Model Muhammad Faheem.
_DSC3484
Asalkan ada kawasan jer, berlari jer kerjanya!
_DSC3509
Anok MELAYU kite…
_DSC3505
War Memorial
_DSC3503
Gambar di anjung tinjau Kings Park
_DSC3524
Aksi di taman
_DSC3545
Penduduk tempatan, berehat menikmati cuaca indah di petang hari
_DSC3550
Pelbagai jenis bunga yang tumbuh subur di Kings Park.
_DSC3557
Pelbagai jenis bunga yang tumbuh subur di Kings Park.
_DSC3566
Ni lupa pulak aksi apa yang muka sedih sangat nih.
_DSC3478
Ayoh ngan Mok pun nak bergambar gak sekali sekala.

Setelah puas menikmati keindahan dan suasana nyaman di King’s Park, kami menuju ke City Beach yang terletak 18.5km ke barat Perth. Ianya merupakan antara pantai yang dekat dengan kawasan bandar dan menjadi tempat tumpuan ramai terutamanya ketika waktu petang. Kami tiba di sini hampir matahari terbenam. Memang cantik dan mempersonakan, pengalaman menyaksikan sendiri matahari terbenam di kaki langit di sini amatlah berharga.

20160903_174446
Sunset yang indah permai di City Beach. Air laut tu memang sejuk tau, beku rasa kaki.
_DSC4053
Sunset
_DSC4485
Sunset

Keadaan sekeliling beransur gelap. Kami mula bergerak meninggalkan kawasan pantai yang sudahpun mulai sunyi dan menuju ke Perth Mosque yang terletak di William Street untuk solat maghrib dan isyak sebelum pulang ke apartment.

BERSAMBUNG!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

9 thoughts on “Kembara PERTH, West Australia – PART 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *