Video Mannequin Challenge di Eropah & Balkan

Hari ini, 22 january 2017, cukup sebulan kami kembali ke Malaysia selepas mengembara ke benua Eropah dan juga rantau Balkan pada December 2016.  Sekembalinya daripada eropah, masa banyak diperuntukkan untuk persediaan kembali ke sekolah anak-anak. Tahun ini juga Nuha akan memulakan sesi pengajian di sekolah rendah setelah 3 tahun belajar di tadika (Tadika Pintar Anak Soleh, Bandar Universiti). Nampaknya Faheem akan ada adik perempuan yang akan bersama pergi ke sekolah bermula tahun ini. Haha. Juga pastinya banyak soalan dari kawan-kawan seperti; “Eh, awak ada adik perempuan eh?” ataupun “Adik awak ke tu yang kecik tu? Kenapa dia kecik ehh?” dan macam-macam lagi lah. Redha sajerlah. Bisanya mula-mula jer, bila dah lama sikit, takde dah soalan2 sebegitu. Jadi sekarang, dua orang dah masuk sekolah rendah, dan tinggal yang bongsu seorang sahaja, Nida yang masih di sekolah tadika. Pantas masa berlalu. Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah berikan.

Sepertimana biasa, bila kembali dari merantau, saya akan melihat kembali gambar-gambar dan juga video yang sempat di rakam semasa travel tempoh hari. Nyata ianya mampu menggamit kembali memori dan kenangan semasa merantau di rantau orang. Semasa travel tempoh hari, kami dapat satu idea untuk merakam aksi ‘mannequin’ aksi anak-anak setiap kali sampai di sesuatu tempat di negara-negara yang dijelajahi. Mujurlah anak-anak pun teruja untuk berlakon dalam video tersebut. Mereka kira ianya seakan permainan ‘Aci Patung’ yang mereka biasa mainkan semasa di tadika bersama kawan-kawan mereka. Jadi tiada masalah untuk mereka beraksi, dan kadang2 budak-budak ni pula yang lebih, dan asyik ingatkan kita untuk rakam aksi ‘Aci Patung’ mereka. Haha.

Oklah, di sini saya kongsikan video yang sempat kami hasilkan semasa berada di sana. Selamat menonton yea!

Sekian, moga jumpa lagi di lain entry.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *