KEMBARA KELUARGA KE EROPAH & BALKAN| London – Munich – Salzburg

Alhamdulillah. Kami sekeluarga selamat kembali dari kembara 14 hari ke benua Eropah yang bermula dari kota London dan berakhir di rantau Balkan iaitu Istanbul, Turkey pada bulan December 2016 yang lepas.

Route yg digunakan dalam pengembaraan kali ini ialah:

KUL – London – Memmingen – Munich – Salzburg – Ljubljana – Zagreb – Mostar – Sarajevo – Istanbul – Abu Dhabi (transit) – KUL.

europe-2016-route
Route pengembaraan kali ini.

Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur ke London dengan menaiki penerbangan MAS, kemudian sekali lagi terbang ke Memmingen di Jerman dengan penerbangan RYANAIR. Bermula di Jerman, pengembaraan kami seterusnya menggunakan pengangkutan awam darat samada train atau bas untuk bergerak dari satu bandar ke bandar yg lain sehingga kami tiba di bandar Sarajevo di negara Bosnia & Herzegovina. Dari Sarajevo, kami menaiki menerbangan Pegasus untuk ke Istanbul, Turkey. Penerbangan pulang ke Malaysia pula adalah dari Istanbul dengan Etihad yang bertransit satu malam di Abu Dhabi.  

_dsc8150
Big Ben yang terkenal di London

Kenapa memilih London sebagai gateway kali ini?

Kali ini kami berjaya membeli tiket promosi oleh syarikat penerbangan Malaysia Airline (MAS) untuk laluan KUL – LHR pada penghujung bulan November untuk penerbangan awal December 2016 yang lepas. Tambang sehala menaiki Airbus A380 ke London (direct flight) hanya RM 304 per pax. Memang amat berbaloi dan sememangnya ini antara promosi yang paling murah untuk penerbangan ke London oleh MAS setakat ini. Syukur!

_dsc7608
Underground Tube Station

Begitu juga flight dari London ke Germany, kami menggunakan penerbangan RYANAIR yg mana harga tiket promo berharga £34 (MYR 180) per pax.

Untuk penginapan pula kami menggunakan perkhidmatan Airbnb ataupun Booking.com untuk membuat tempahan online Kebanyakan tempahan tempat tinggal semasa kembara ini hanya dibuat sehari sebelum tiba di setiap destinasi, kecuali untuk penginapan Airbnb di London, kami telah menempah lebih kurang seminggu awal.

_dsc7613
Suasana dalam stesen keretapi di Liverpool Street

Akhir kata, terima kasih yg tak terhingga kepada ibu bapa kami yg sentiasa mendoakan keselamatan kami sepanjang perjalanan ini.

Syukur ke hadrat Allah SWT yg telah memudahkan perjalanan kami sepanjang kembara kami di bumi asing ini. Terlalu banyak pengalaman manis dan juga pahit semasa mengharungi perjalanan yang panjang ini. Melakukan perjalanan merentas sempadan TUJUH buah negara dalam masa 14 hari bersama TIGA anak kecil bukanlah mudah. Namun yang pasti, dalam cabaran dan dugaan yang dihadapi, pasti ada kemanisan yang dikecapi dan ilmu yang dipelajari sepanjang perjalanan ini.  

Di sini saya akan menceritakan serba sedikit secara ringkas mengenai perjalanan yang telah kami tempuhi, termasuk tempat-tempat menarik yang sempat di lawati sepanjang pengembaraan kali ini.

ITINERARY KEMBARA EROPAH 2016

DAY 1

  • KUL – LHR (0945). Tiba di Heathrow, London pada 1600 hrs. Naik bas ke Victoria, city.
  • Naik Uber ke AirBnB apartment di Kilburn dari Victoria. Tiba jam 2000 hrs.
  • Check-in, Rehat dan tidur

DAY 2

  • Naik bas ke stesen underground berdekatan (West Hamsted).  Melawat tempat2 menarik sekitar London dengan Underground train. Kena bali Oyster kad untuk naik public transport di London.
  • Tiba di Buckingham Palaca,jalan2 kawasan sekitar.
  • Merentas St James Park, jalan2 sebelum tiba di House of Changing Guard. Menyaksikan acara tukar shift tentera berkuda.
  • Talfargar Square & National Art Musem. Jalan2 kawasan sekitar sambil lunch di square dengan bekalan yang dibawa.
  • Tiba di Emirates Stadium di Arsenal. Jalan-jalan sekitar stadium, dan melawat Merchandise Shop.
  • Melawat Malaysian Hall, sambil makan malam dengan masakan Malaysia. Solat Maghrib dan Isyak sambil anak2 rehat setelah melalui hari yang panjang berjalan sana sini (dalam keadaan masih jet lag waktu Msia).
  • Setelah recover balik energy dan anak2 pun kembali bersemangat, kami menuju ke destinasi seterusnya; Winter Wonderland di Hyde Park. Lepak sana sambil anak-anak main mainan yang ada kat dalam park. Tak lama kerana park dah nak tutup pada jam 10 mlm.
  • Pulang ke apartment di apartment di Kilburn
_dsc6922
Tiba di Underground Tube Station yang terdekat dengan apartment di Kilburn
_dsc6942
Burung merpati yang terbang bebas di Hyde Park
_dsc6951
Cantik daun-daun pokok yang berwarna warni berguguran di atas rumput
_dsc6987
Di hadapan Buckingham Palace
_dsc6993
Black cab yang sinonim dengan kota London
_dsc6996
Dah macam ‘panda’ dah kereta nih
_dsc7002
Cuaca yang amat sejuk dingin, burung pun layan tidur jer
_dsc7007
Pemandangan indah tasik di dalam kawasan St James Park
_dsc7012
Berhenti layan itik-itik di tasik sekejap
_dsc7044
Acara pertukaran ‘Guard’ yang sedang berlangsung.
_dsc7055
Bergambar sesudah upacara tukar-tukar guard selesai
_dsc7058
Gambar keluarga
_dsc7067
Baru start shift. Duduklah situ sampai waktu shift dah habis.
_dsc7077
Bas dua tingkat yang biasa kelihatan di bandar London ini
_dsc7086
Suasana berjalan di kota london
_dsc7094
Air pancut di dataran Trafalgar Square London
_dsc7462
Masa ni ramai kanak-kanak sekolah yang datang melawat tempat2 menarik. Rombongan ler tuu…
_dsc7471
Pelbagai gelagat comel anak-anak yang sedang menikmati lunch
_dsc7475
Gambar kenangan di hadapan National Art Museum
_dsc7486
Pemandangan di dataran Trafalgar menjelang cuti panjang krismas
_dsc7497
Bergambar dengan street art performer yang mengenakan topeng Yoda dalam filem STAR WARS
_dsc7511
Menaiki tube untuk ke destinasi seterusnya
_dsc7506
Tukar-tukar lane dah jadi perkara biasa di sini , anak-anak pun layang jer, happy.
_dsc7524
Okey, dah sampai tempat yang di tuju
_dsc7528
Emirates Stadium di Arsenal. Pasukan bolasepak kegemaran, pastinya the Gunners!!
_dsc7532
Dia pun sibuk juga nak bergambar bila sampai di sini.
_dsc7538
Mujurlah minat sama team ngan ayoh, so pergi satu stadium jer laa…tak perlu nak jajah banyak2 stadium kat London ni
_dsc7548
Suasana selepas hujan, tetap cantikkk!
_dsc7554
Nah, bergambar laa puas2. Tak tahu laaa bila lagi pulak nak sampai sini kan?
_dsc7564
Bergambar di hadapan kedai cenderamata
_dsc7571
Ok lah, kira satu keluarga laa support Arsenal. Yeahh!
_dsc7575
kembali ke stesen
_dsc7577
Menunggu tube untuk ke destinasi seterusnya pula
_dsc7585
Gerbang masuk ke Winter Wonderland yang diadakan di Hyde Park.
_dsc7592
Layan budak2 main ride jer laaa kat dalam ni

DAY 3

  • Packing barang2, sediakan breakfast (tapau sket utk anak2 yang pasti lapar bila jalan jap lagi), dan checked-out dari  apartment.
  • Menuju ke Liverpool Street Underground Station untuk simpan bag di sana. Kos 25 pound untuk 2 bag besar.
  • Dari station kami menaiki bas untuk ke Tower Bridge. Tapi hanya boleh naik dalam 2 km sahaja kerana semua jalan kenderaan untuk ke Tower Bridge ditutup kerana kerja-kerja penambahbaikan kawasan Tower Bridge . Jadi kami kena jalan kaki lebih 1 km juga sebelum sampai di sana. Kami menyeberangi jambatan dengan berjalalan kaki sambil menikmati pemandangan di sekitar dan mengambil gambar kenangan di sana.
  • Berhenti rehat di kawasan Potters Field park berdekatan dengan City Hall untuk lunch dan anak2 rehat.
  • Berjalan ke London Bridge Station, tiba di sana dalam 30 minit kemudian. Cuaca sejuk, dan nyaman. Dengan baju yang sesuai, memang tak terasa jauh walaupun menapak setengah jam.
  • Naik Underground menuju ke Bayswater Station untuk singgah di Malaysian Hall sekali lagi untuk solat dan lepak makan2 kueh dan teh tarik.
  • Menuju ke Oxford Street, tempat shopping terkenal di kota London. Bukan nak shopping apa pun, sekadar jalan-jalan tengok suasana malam. Masa tiba, kawasan ni dipenuhi dengan pengunjung di kiri kanan jalan. Memand extra meriah. Hiasan jalan-jalan sekitar juga amat menarik dengan lampu hiasan yang unik dan berkelipan, sempena sambutan hari natal yang akan tiba pada hujung bulan December ini.
  • Menaiki underground train ke lokasi seterusnya, The Big Ben. Keluar sahaja dari Westminster Underground station dah boleh Nampak dah jam besar yang terkenal di kota London ini. Menikmati suasana malam di kawasan sekitar sambil merakam gambar. Ramai juga orang yang berkunjung ke sini di waktu malam. Meriah juga.
  • Kembali ke Liverpool Street Station, ambil bag dan menaiki bas menuju ke Stansted Airport yang terletak ke utara kota London. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.
  • Menaiki teksi ke hotel berdekatan, Days Inn London Hotel yang terletak 8km (10 minit dengan kereta). Checked in, rehat & tidur. Teksi untuk pick-up esok pagi dari hotel pun sudah book sekali.
_dsc7616
Train station di Liverpool Street London
_dsc7619
Menunggu bas untuk ke Tower Bridge
_dsc7626
Naik bas separuh jalan sahaja, lepas tu ‘menapak’ jer laa
_dsc7635
Kubu berdekatan dengan Tower Bridge
_dsc7657
Tower Bridge, London
_dsc7662
Posing dulu sekejap, sambil ambil nafas setelah ‘menapak’ hampir 1km
_dsc7685
Berjaya sampai di sebelah sini jambatan, kawasan River Thames
_dsc8062
Masa untuk ayah dan anak
_dsc8076
City Hall London, kat depan tu banyak gerai-gerai jual barangan dan makanan sempena menyambut hari Natal yang akan tiba
_dsc8115
Sempat lagi posing depan pondok telefon merah
_dsc8141
Jalan-jalan di Oxford Street pada malamnya.
_dsc8144
Menikmati suasana malam di area Big Ben.
_dsc8146
Gambar ‘London Eyes’ yang sempat di ambil semasa berada di sana.

DAY 4

  • Jam 4.30 menaiki teksi menuju ke Stansted Airport. Flight LONDON – MEMMINGEN GERMANY akan berlepas jam 6 pagi. Perjalanan memakan masa 1 jam 40 minit.
  • Tiba di Memmingen Airport jam 10 pagi waktu tempatan. Menaiki bas ke bandar seterusnya; Munich, Germany. Perjalanan memakan masa 1 jam 10 minit dengan bas 2 tingkat yang selesa, melalui highway dengan pemandangan indah countryside.
  • Tiba di München Central Station. Pusing2 kawasan sekitar, pening jap. Bertenang di kedai kebab berdekatan untuk lunch.
  • Menaiki teksi (jenis van – kalau nak ambil kereta memang tak boleh kerana kami berlima) untuk ke apartment sewa yang terletak dalam 20 minit dari bandar Munich.
  • Tiba di apartment, pening juga nak cari rumah yang betul kerana alamat yang diberikan tak detail dan gambar pun bukan gambar rumah tersebut, gambar jiran tetangga.
  • Check-in, jumpa owner, dia tunjuk2 rumah dan terangkan cara nak kunci pintu dll. Pastu rehat jap. Petangnya bawak anak-anak main di taman permainan yang terletak betul2 di hadapan rumah. Memang menarik. Kawasan persekitaran juga memang kawasan family dan juga kawasan student. So takde masalah, just kena menapak sket jer ke nearby tram station.
  • Malam nya kami keluar ke Marienplatz, tempat di mana terletaknya bangunan bersejarah bereka bentukkan gothic – iaitu Neues Rathaus – Neo Gothic town hall yang mana kawasan sekitarnya di penuhi dengan penjaja pelbagai makanan (mostly NON-HALAL) dan pada masa kami pergi, ianya meriah dengan konsep Christmas Market. Jalan-jalan kawasan sekitar, ambil gambar dll.
  • Kembali ke apartment. Tidur.
  • _dsc8220
    Tiba di Airport Memmingen Jerman
    _dsc8225
    Menaiki bus menuju ke Munich, Jerman utk bermalam di sana.
    _dsc8238
    Tiba di Munich. Petangnya bawa anak-anak main di taman di hadapan rumah yang di sewa melalui Airbnb.
    _dsc8279
    Singgah di kedai cenderamat pasukan bolasepak, Bayern Munchen

    _dsc8301
    Tempat yang di namakan Marianplatz. Kami sempat singgah waktu malam. Suasana amat cantik sekali.

DAY 5

  • Breakfast, checked-out dari apartment dan menuju ke Munich Central Station untuk simpan bag di sana.
  • Naik train dari menuju ke Munich Residenz, tempat bersejarah di mana terletaknya pusat pemerintahan Raja Bavarian yang bermula dari tahun 1385 lagi. Ia kemudianya dimajukan lagi dengan tambahan bangunan-bangunan sekeliling dan juga taman-taman yang menjadikan ianya sebuah kompleks pemerintahan yang unik dan tersusun sekali.
  • Melawat Residence Museum yang mula di buka kepada umum untuk dilawati sejak dari tahun 1920 lagi. Ianya begitu menarik umpama melawat sebuah istana lama Bavaria yang masih mengekalkan struktur asal termasuk barang-barang perabot dan perhiasan di raja yang begitu unik dan cantik yang di pamerkan. Antara tempat yang paling direkomen bila tiba di Munich. Berada hampir 2 jam setengah di sini, dan ianya memang tidak terasa lama kerana besarnya kawasan istana yang ada untuk dijellajahi.
  • Kembali ke Munich Central Station untuk lunch. Ada sebuah kedai kebab halal di stesen ini dan harga nya pun berpatutan di samping rasanya yang memang sedap. Cuma kami ‘tapau’ dan makan di restoran Burger King kerana kedainya kecil dan hanya ada meja yang terhad untuk dine-in.
  • Menaiki train menuju ke bandar seterusnya, iaitu Salzburg di Negara Austria. Perjalanan hampir 2 jam dan tiba di Salzburg train station jam 8 malam.
  • Berjalan mencari A&O Salzburg Hostel selama 15 minit, tiba di lokasi sebagaimana dalam direction yang ditujunkkan dalam Booking.com page, namun tiada hotel di situ. Puas juga berlegar-legar dalam kesejukan malam (suhu 2 degree masa ni) mencari sekitar kawasan namun gagal. Hampir setengah jam juga saya ‘menapak’ ke sana sini di kawasan sekitar untuk mencari hotel tersebut, namun masih gagal. Anak-anak ketika ini lepak kat depan kedai gunting rambut, dalam kesejukan malam sementara kami berusaha mencari lokasi sebenar hotel tersebut.
  • Akhirnya setelah 40 minit mencari, baru kami temui hotel tersebut yang terletak di jalan yang sama namun hampir 500 meter tersasar dari tempat kami tiba mula-mula tadi. Ianya hotel yang baru, dengan signage kecil yang hanya di tampal pada pintu (tiada signage besar dihadapan hotel dengan nama hotel sepertimana biasa) dan lokasi gps amat berlainan, siapa2 pun boleh ‘lost’ dalam mencari hotel ini.
  • Check-in berjalan lancar, rehat dan anak-anak pun dah segar. Layan diorang main sampai tengah malam sebelum tidur. Hari yang memenatkana (terutama part cari hotel tu!)
_dsc8356
Suasana dalam salah sebuah dewan makan yang terkenal di Munich Residence Palace.
_dsc8361
Bergambar kenangan
_dsc8397
Antara salah sebuah bilik yang dihiasi dengna hiasan mewah. Di bilik ini ditempatkan gambar-gambar pemerintah dan kerabat di raja yang memerintah dan menetap di sini.
_dsc8427
Di stesen keretapi Munich, Germany. Bersedia untuk menaiki train menuju ke Salzburg Austria.

DAY 6

  • Prepare breakfast (ada guest kitchen di hostel ni), makan dan check-out. Hotel ni dekat sahaja dengan station, tapi kerana tiba waktu malam semalam, itu yang tak jumpa tu. Menuju ke Salzburg Central Station untuk simpan bag.
  • Menaiki teksi ke Domplatz. Jalan-jalan kawasan sekitar seperti Salzburg Cathedral, Kapitelplatz, dan Fortress Hohensalzburg. Untuk naik ke Fortress, ada dua cara samada berjalan kaki (dalam 700 meter melalui jalan berbukit) ataupun menaiki train (12 euro per adult & FREE for kids). Kami memilih untuk menaiki train kerana budak-budak konferm protes kalau kena mendaki. Hehe.
  • Jika tiba di sini, memang amat rekomen untuk naik ke atas kubu ini kerana dari sini kita dapat melihat pemandangan indah kota Salzburg. Memang tak rugi untuk naik ke sini. Enjoy the breathtaking scenery (walaupun dalam kesejukan) sambil makan2 jajan yang di bawa sekali. Memang relax dan tenang jer perasaan nya.
  • Dari Fortress Hohensalzburg berjalan manyusuri old town Salzburg dengan pelbagai kedai-kedai di kiri-kanan jalan termasuk restoran dan gerai makanan. Menyeberang anak sungai Salzach melalui jambatan Makartsteg dan tiba di Universität Mozarteum Salzburg. Melawat kawasan sekitar dan taman-taman menarik di situ.
  • Berjalan kaki menuju ke Salzburg Train Station. Singgah seketika di kedai grocery yang menjual barang-barang Halal yang terletak 200 meter dari train station untuk membeli bekalan bahan mentah. Sambil singgah solat di kedai tersebut, mujurlah pemiliknya dari Afghanistan membenarkan kami untuk bersolat di situ. Terima kasih pakcik! Moga perniagaan terus maju dan diberkati.
  • Tiba di Salzburg Train Station, ambil bag dan menaiki train untuk ke destinasi seterusnya; bandar Ljubljana di Slovenia.
  • Tiba di Ljubljana Train Station lebih kurang jam 8.30 malam. Keadaan sekeliling berkabus, gelap dan sejuk. Suhu pada masa itu mungkin dalam 2-3 celcius.
  • Berjalan 300 meter ke apartment yang ditempah sehari sebelumnya. Jalan sunyi sahaja, dengan kadang-kadang melepasi orang awam yang berjalan laju meredah kesejukan malam. Keadaan sekeliling sebenarnya masa tu agak menyeramkan juga, dengan bangunan lama di kiri kanan jalan yang dipenuhi dengan ‘grafiti’. Mujurlah kali ini tidak sukar untuk ketemu apartment tersebut. Cuma, bila sampai tiada siapa yang menunggu di situ untuk menyerahkan kunci. Keadaan sunyi sahaja, mujurlah boleh masuk berlindung dari kesejukan di bahagian dalam bangunana, namun masih tidak dapat masuk ke apartment kerana pintu nya yang masih berkunci.
  • Menghubungi pemilik apartment dengan telefon; mujurlah dapat. Nampaknya dia seakan sedang menanti kami call, dan 20 minit kemudian  tiba di lokasi untuk menyerahkan kunci. Alhamdulillah. Lancar.
  • Check-in, rehat, masak dinner, simple2 jer. Tidur.
_dsc8432
Di hadapan Salzburg Main Train Station
_dsc8443
Bergambar kenangan di sini
_dsc8459
Antara hiasan pokok krismas yang ada di jual di market di sini
_dsc8480
Lagi hiasan-hiasan yang comel
_dsc8493
Miniature rumah yang begitu detail rekaan nya banya di jual di sini sebagai hiasan menyambut hari natal
_dsc8495
Lagi hiasan yang cantik2
_dsc8499
Di Salzburg pun ada rombongan kanak-kanak yang datang melawat di sekitar bandar lama Salzburg ini
_dsc8507
Pemandangan indah bandar Salzburg dari atas fortress.
_dsc8516
Pemandangan bandar Salzburg dari atas fortress (lookup point yang lain pula)
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

17 thoughts on “KEMBARA KELUARGA KE EROPAH & BALKAN| London – Munich – Salzburg”

  1. salam tuan,

    nice travel-blog!

    penah juga bawa family ke sana… tapi tak pernah dapat harga tiket yang murah mcm tuan…

    boleh share tak macamana/petua/method nak dapatkan harga tiket semurah itu?

    TQ

    1. Wsalam dan terima kasih kerana melawat blog ini.
      Tiket murah yg ni memang kebetulan ada orang share kat facebook, jadi masa tuh kami terus grab jer. Orang kata promo MAS yang masa nih mmg luar biasa, dan ada yang bgtau seolah2 mcm ‘error promo’….
      Syukur kami dapat beli.

      Biasanya saya check tiket penerbangan pada hari Selasa & Rabu, kerana dalam seminggu, kebanyakkan airline akan buat promo tiket murah pada hari2 ini….elakkan dari membeli tiket pada hari minggu. 🙂

  2. nak tanyer camana boleh dapat tiket RM 304 sebab the lowest saya dapat dulu pon RM$1,800 retun….cuba bagitau rahsia nya …thanks

    1. Tiada rahsia apa2, cuma ternampak ada someone share di FB harga tu masa MAS tgh buat promo. So, terus beli jer. And dalam 2 jam lepas tu, tiket pada harga tu pun dah tiada, mungkin habis dijual rasanya.

Leave a Reply to Adzlyzan bin Bakar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *