KEMBARA KELUARGA KE EROPAH & BALKAN| Ljubljana – Zagreb – Mostar – Sarajevo – Istanbul

DAY 7

  • Bangun, breakfast, packing barang (luggage tinggal di apartment dulu). Saya menuju ke train station seawal pagi untuk membeli tiket train ke Zagreb, sementara anak-anak bersiap di apartment. Alhamdulillah, tiket masih ada.
  • Keluar jalan-jalan sekitar old town Ljubljana. Bandar ni tak ler besar mana dan ianya terletak di sepanjang sungai Ljubljanica. Apartment yang kami sewa dekat terletak sahaja dengan old town ni, yang mana hanya perlu menyeberangi Dragon Bridge untuk tiba di sana.
  • Sempat jumpa pasangan dari Malaysia yang baru tiba di Ljubljana pukul 4.30 awal pagi tadi. Ketika itu, mereka dah selesai pusing old town dan melawat castle berhampiran. Borak-borak sambil ambil gambar.
  • Kami meneruskan perjalanan sekitar old town, dan cuba untuk menapak ke Ljubljana Castle yang terletak di atas bukit. Namun hanya sempat sampai separuh jalan saja kerana anak-anak yang tak larat dan start protes pasal kena naik bukit tinggi. Hehe. Takperlah. Kita turun balik je la. Tapi walaupun baru separuh, namun pemandangan dari atas amat menarik dan mengasyikkan.
  • Kembali ke apartment selepas membeli sedikit souvenir di old town. Solat dan check-out.
  • Tiba di train station, menaiki train ke bandar seterusnya iaitu Zagreb, Croatia.
  • Train ni memang best, kerana tempat duduknya dibahagikan mengikut kabin. Jadi kami sekeluarga dapat satu kabin yang sama, memang mantap. Pemandangan sepanjang perjalanan ke Zagreb amat menarik sekali. Train menyusuri kawasan ‘countryside’ yang ada kalanya menyeberangi sungai2 kecil yang jernih disebalik perkampungan rumah-rumah kampung. Amat mengasyikkan.
  • Tiba di Zagreb jam 5 petang. Walau masih petang, namun keadaan diluar memang sudah malam kerana di sini matahari tenggelam lebih kurang jam 4.20 petang pada musim sejuk ini.
  • Berjalan ke apartment untuk menginap pada malam ini. Bertemu dengan pemilik apartment untuk mengambil kunci dan check-in. Urusan lancar, dan memiliknya Ivan memang baik dan ramah sekali. Apartment ini juga antara yang paling cantik yang pernah kami menginap setakat ini. Rekaan dalamanya memang menarik, dengan design kontemporari dan semua perabot nya juga terdiri dari yang berkualiti tinggi dan berjenama. Memang cantik, dengan harga yang murah dan hanya 5 minit dari train station. Ivan juga siap bagi satu bekas besar yang mengandungi mainan untuk anak-anak main. Alhamdulillah, syukur.
  • Malamnya saya keluar berjalan kaki ke stesen bas Zagreb untuk membeli tiket bas untuk perjalanan esok hari ke Mostar, Bosnia. Dari Croatia memang tiada train untuk ke Bosnia. Jadi, pilihan yang tinggal hanyalah bas ataupun sewa kereta. Stesen bas terletak agak jauh juga dari Stesen Keretapi jika berjalan kaki, dalam 1.2 kilometer yang mana jika berjalan kaki akan mengambil masa dalam 15-20 minit juga.
  • Kembali ke apartment, rehat, dan tidur.
_DSC8663
Jumpa pasangan dari Malaysia; Syauqi & Ain di Dragon Bridge. Kami borak2 santai, rupanya mereka pun sedang mengembara di rantau Balkan.
_DSC8669
Beli sedikit makanan di pasar pagi. Dapat pisang sorang satu; makcik kedai buah yang bagi – free.
_DSC8707
Antara monumen yang ada di Old Town Ljubljana.
_DSC8768
Bergambar kenangan sekitar Old Town.
_DSC8783
Ntah kenapa minat pulak Nida nak ‘posing’ dengan dua patung ni.
_DSC8795
Di bilik menunggu stesen keretapi Ljubljana. Sedang menunggu train ke Zagreb tiba di stesen. Kat luar sejuk sangat, dalam ni ada heater!
_DSC8789
Stesen keretapi Ljubljana, Slovenia
_DSC8787
Apartment yang kami sewa terletak di lorong ini.
_DSC8776
Antara cenderamata hasil dari kraftangan penduduk tempatan
_DSC8748
Bandar lama yang terletak di sepanjang sungai; mendamaikan.
_DSC8678
Ukiran unik di salah sebuah pintu bangunan di kota lama.
_DSC8723
Old town Ljubljana, lengang jer, tak ramai orang; mungkin kerana suhu yang sejuk jadi ramai yang memilih untuk berada di dalam bangunan.

 

DAY 8

  • Paginya kami sekeluarga keluar berjalan kaki sekitar bandar Zagreb. Apartment yang disewa amat dekat dengan kawasan tarikan utama di bandar Zagreb, jadi tiada masalah untuk bergerak di sekitar kawasan tarikan.
  • Antara tempat2 yang di lawati ialah; Ban Josip Jelačić, Zagreb Welcomes You, Cathedral of Zagreb dan lain-lain.
  • Top up bahan mentah di kedai grocery berdekatan dengan apartment.
  • Menggunakan UBER untuk menuju ke stesen bas dari apartment. Masa lebih kurang 7 minit menaiki kereta. Di sini tidak perlu menempah saiz uber yang besar iaitu UBER XL sebagaiman di Loondon atau Munich walaupun jumlah kami 5 orang semuanya. Pemandu kereta UBER membenarkan kami menaiki kereta mereka walaupun dalam kategori UBER X.
  • Bas bertolak dari stesen bas Zagreb menuju ke Mostar. Sejam setengah kemudian, tiba di kawasan imegresen di sempadan  Croatia – Bosnia. Semasa nak keluar dari Croatia, semua penumpang kena turun dari bas dan beratur untuk cop passport. Alhamdulillah, di beri keutamaan untuk terus ke kaunter (tidak perlu beratur panjang) kerana ada anak-anak kecil bersama. Selesai urusan terus naik kembali ke dalam bas, menunggu penumpang lain untuk selesai cop passport masing-masing.
  • Tiba di imegresen Bosnia, tetapi kali ini tidak perlu turun bas untuk cop passport masuk. Sebaliknya pegawai imegresen yang naik bas dan mengutip passport dari setiap penumpang, dikumpukan sekali dan dibawa ke pondok untuk di cop. Berbeza bukan?
  • Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Mostar. Akhirnya tiba di Mostar hampir jam 10 malam. Mujurlah semasa dalam bas, sempat menghantar email kepada pemilik Hostel meminta tolong untuk ambil kami di stesen bas Mostar setibanya kami di sana. Nyata, permintaan tersebut tidak sia-sia. Belum sampai 5 minit tiba di stesen bas (kawasan sekitar gelap dan lengang), kelihatan sebuah kereta Merc masuk ke kawasan stesen dan berhenti . Saya terus ke kereta menyapa dan jelas ada nama saya tertulis di kertas yang dipegang pemandunya. Fuhh, lega rasanya.
  • Pemandu, dikenali sebagai Mohamed adalah suami kepada pemilik hotel yang bernama Habibah. Keduanya sudah berumur, namun sentiasa senyum dan ceria dalam melayan kerenah kami.
  • Tiba di hostel, Makcik Habibah cuba sembang-sembang dengan bahasa Bosnian nya (yang memang kami sepatah pun tak faham), namun dengan bantuan isyarat tangan dan sebagainya; boleh ler faham sedikit sebanyak.
  • Makcik Habibah menyediakan teh panas untuk kami sekeluarga, dan suaminya memberi hadiah berupa key-chain permainan kepada anak-anak. Memang ramah dan baik sekali pasangan ini.
  • Usai sembang (tak faham mana pun) lebih kurang, Pakcik Mohamed bawa kami ke bilik untuk check in sambil menyerahkan kunci dan peta mostar sebagai rujukan kami esok hari. Walaupun saya pernah tiba di sini August lepas, tapi bagus juga dengan adanya peta ringkas ni, boleh ler tinjau tempat mana yang masih belum pergi pada trip yang lepas. Hehe.
  • Rehat dan Tidur.
_DSC8896
Sempena musim sejuk…di Zagreb!
_DSC8883
Di hadapan Cathedral of Zagreb (12th Century)
_DSC8863
Cathedral of Zagreb
_DSC8858
Holy Mary’s Column yang terletak di hadapan Cathedral
_DSC8832
Jumpa budak comel ni sedang main2
_DSC8867
Pintu masuk utama ke Cathedral of Zagreb
_DSC8877
Antara hiasan berunsur gothic di halaman gereja
_DSC8844
Model tembaga bandar lama Zagreb.
_DSC8836
Gambar keluarga, ambil feel musim salji ler konon2!
_DSC8810
Dataran Ban Josip Jelačić
_DSC8803
Jalan-jalan sekitar pekan lama Zagreb

DAY 9

  • Sarapan pagi ni menarik dan amat special bagi kami. Turun ke ruang makan di bawah, Makcik Habibah sudah sedia menunggu kami dan breakfast juga sudah siap terhidang.
  • Dia dan suami siap tunggu lagi kami di meja sambil melayan kami semasa breakfast. Tetiba terasa macam makan di rumah orang-orang berada pula, di mana ada pelayan yang sentiasa berada di situ untuk mendapatkan apa-apa yang kita perlu. Haha, kelakar pun ada. Tapi memang kami hargai layanan dan moment tersebut. Rasanya memang susah untuk dapat di tempat lain, hanya di Bosnia & Herzegovina.
  • Berjalan-jalan sekitar bandar Old Town Mostar. Melawat Stari Most (Old Bridge) dan bawa anak-anak bermain di sekitar sungai Neretva, berhampiran jambatan. Keadaan pada ketika ini tidak begitu ramai pengunjung. Jauh berbeza semasa saya berada di sini pada musim panas yang lalu, terlalu ramai pelancong, hingga nak berjalan di old town pun agak malas kerana terlalu ramai orang.
  • Hampir tengah hari kembali ke apartment. Berehat di lobby sambil layan borak-borak dengan Makcik Habibah, sementara menunggu solat Zohor.
  • Menaiki teksi dari Hostel ke Stesen bas Mostar. Bas ke Sarajevo bertolak pada jam 3 petang.
  • Tiba di Sarajevo jam 6 petang. Ambil teksi ke Sarajevo untuk check in apartment. Kali ini kami menginap di kawasan Kovaci, 100 meter ke Sebilj (Water Fountain di Old Town). Memang best lokasi ni kerana dekat dengan kedai-kedai makanan, kedai runcit dan kedai roti tradisional. Hanya perlu jalan kaki sahaja untuk ke Old Town Sarajevo. Kami menginap 2 malam di sini.
20161215_092614
Sarapan kami di Villa Hum 🙂
_DSC8960
Jambatan terkenal di Mostar; Stari Most
_DSC8951
Pemandangan pagi di Neretva river berhampiran Stari Most
20161215_120730
Bertemu keluarga dari Kedah, Malaysia semasa kami berada di Mostar. Sembang-sembang santai.
_DSC8917
Salah sebuah gereja yang ada di Mostar

DAY 10

  • Paginya kami berjalan ke old town Sarajevo untuk sarapan, sekitar jam 8 pagi. Kedai masih banyak yang masih tutup, dan cuaca pada ketika ini juga amat sejuk sekali. Singgah di sebuah kedai yang menyediakan menu tempatan untuk sarapan seperti sup daging & kentang, daging gumpal goreng, dan pelbagai lagi menu berasaskan daging lembu yang di makan dengan roti atau nasi. Wajib try menu ini jika datang ke old town Sarajevo. Memang terbaik dan tidak mengecewakan. Boleh ketagih beb! Hehe.
  • Berjalan-jalan sekitar old town, melihat suasana pagi dan aktiviti masyarakat setempat.
  • Melawat Permanent Exhibition “Srebrenica” di old town. Pameran ini menyediakan informasi yang padat tentang pencerobohan tentera Serbia di sebuah kawasan yang di namakan Srebrenica di Bosnia. Di sini ada ditayangkan video tentang pencerobohan dan kezaliman yang dilakukan kepada umat Islam Bosnia pada ketika itu. Juga gambar-gambar unik yang mempunyai nilai seni yang tinggi yang sempat dirakam semasa perang. Kami berada di sini hampir sejam setengah.
  • Bersiap untuk solat Jumaat di Masjid Gazi Husrev-beg yang terletak di old town dan dibina pada kurun ke-16 lagi. Di sini jugalah terletaknya sekolah rendah dan menengah, pasar dan lain-lain fasiliti lagi yang semuanya termasuk dalam kompleks wakaf Gavi-Huzrev. Di sini juga ada sebuah kedai roti yang menjadi tumpuan pengunjung tempatan untuk membeli pelbagai jenis roti. Memang sedap, wajib cuba juga.
  • Selesai solat Jumaat, kebetulan ada solat Jenazah yang dilaksanakan diluar bangunan masjid (berbeza dengan tempat kita di mana jenazah biasanya di bawa masuk ke dalam masjid untuk disembahyangkan), dan imam pula akan menunggu sehingga semua jemaah hadir dan bersedia sebelum memulakan sembahyang.
  • Melawat Latin Bridge, antara jambatan tertua yang dibina di Sarajevo, iaitu pada tahun 1541. Di sini jugalah tempat berlakunya pembunuhan Franz Ferdinand, putara raja Hungry, yang juga antara sebab tercetusnya perang dunia pertama.
  • Melawat The Emperor Mosque yang terletak kurang 100 meter dari Latin Bridge. Ianya merupakan masjid tertua yang ada di Sarajevo, dibina pada tahun 1457, sejurus selepas kerajaan Ottoman berjaya menguasai Bosnia.
  • Berjalan kembali ke apartment memandangkan hari hampir gelap walaupun waktu baru 3.30 petang. Saya keluar kembali untuk berjalan sekitar kawasan Kovaci, merakam keindahan pemandangan di sana pada ketika matahari mula terbenam.
_dsc9081
Suasana indah waktu pagi di Old Town Sarajevo
20161216_090701
Sarapan menu tempatan di Old Town. Syahdu beb! Terharu pun ada dapat makan nasi. Hehe.
_dsc9094
Kedai yang baru dibuka waktu pagi, kebanyakan aktiviti jual beli bermula jam 9 pagi.
_dsc9113
Bangunana lama di belakang suatu ketika dahulu adalah tempat persinggahan musafir untuk berehat dan makan.
_dsc9123
Salah sebuah masjid di Old Town sarajevo.
_dsc9130
Bas dua tingkat, macam sudah ditukar menjadi bar.
_dsc9136
Sarajevo taxi.
_dsc9139
Sarajevo meeting of cultures. Titik di mana bandar lama dan baru terpisah.
20161216_101407
Antara gambar yang dipamerkan di Srebrenica Exhibition.
20161216_112427
Highly recommended!
_dsc9151
Gazi Husrev-beg Mosque, sempat solat Jumaat di sini.
20161216_124015
Solat jenazah yang diadakan disebelah bangunan diluar masjid, tapi masih dalam pagar yang sama.
_dsc9158
Bekas kopi bosnia. Dibuat dari tembaga, halus ukiranya.
_dsc9164
Kedai-kedai menjual pelbagai cenderamata.
_dsc9167
Best friend forever kut?
_dsc9185
Latin Bridge yang terkenal.
_dsc9194
Anak sungai di sepanjang bandar lama Sarajevo.
_dsc9201
Kawasan perkuburan dalam kawasan masjid The Emperor’s Mosque.
_dsc9208
Pandangan hadapan The Emperor’s Mosque.
_dsc9218
Maklumat di kawasan perkuburan.
_dsc9220
Berehat seketika.
_dsc9238
The Emperor’s Mosque
_dsc9239
Nak ke mana?
_dsc9242
Makcik tempatan yang peramah, dan tidak lekang dari senyuman.
_dsc9247
Kedai2 di Old Town, Sarajevo.
_dsc9255
Baščaršijska džamija, yang terletak berhampiran dengan Sebilj fountain.
_dsc9266
Sunset di Old Town, Sarajevo. Indah bukan?
_dsc9290
Sistem tram tertua di dunia, masih beroperasi di Sarajevo.
_dsc9294
Jalan kembali ke apartment. Sedikit mendaki.
_dsc9305
Gate Yellow Bastion.
_dsc9320
Šehidsko mezarje Kovači – kawasan perkuburan Syahid
_dsc9324
Suasana di hadapan apartment kami; kawasan perkuburan
_dsc9689
Terjumpa pakcik ni di airport; asyik dengan cucunya. Gembira bila gambar nya di rakam.
_dsc9694
Nida, sabar menunggu waktu berlepasnya kapal terbang Pegasus menuju ke Istanbul.
_dsc9699
Kami naik penerbangan ini untuk ke Istanbul, Turkey.

DAY 11

  • Pagi ini saya bergegas berjalan menuju ke Old Town, untuk mencari sarapan untuk anak-anak. Singgah di kedai yang sama tempat kami breakfast semalam, dan bungkus sedikit makanan untuk di bawa pulang ke apartment. Selesai sarapan, kami bersiap untuk check-out.
  • Menaiki teksi untuk ke airport Sarajevo, harga KM20. Tiba di airport, check in flight ke Istanbul. Kali ini kami menaiki penerbangan dari syarikat Pegasus.
  • Tiba di Istanbul Sabiha Gochen (SAW) airport, Istanbul. Ini adalah pengalaman pertama saya tiba di airport bahagian ASIA Turkey ini, walau sebelum ini pernah datang ke Istanbul tetapi pesawat mendarat di Atarturk airport (IST) bahagian EUROPE Turkey.
  • Dari Airport, kami menaiki bas Havatas untuk ke Kadikoy Ferry Terminal dengan harga 30 Lira untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Kemudian, dari Kadikoy, kami menaiki ferry ke Eminonu terminal, dengan kos 4 Lira untuk setiap orang dewasa, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma.
  • Dari Eminonu, kami berjalalan kaki untuk ke hotel yang ditempah yang terletak berhadapan dengan Topkapi Palace Museum. Lebih kurang 20 ‘menapak’, kami akhirnya tiba di hotel. Alhamdulillah urusan check-in berjalan lancar dan petugas hotel, Iskandar memberikan kami Family Room yang luas dan selesa, juga berada di Ground Floor. Memang terbaik.
  • Malamnya kami dinner di restoran berhampiran, merasa masakan tradisi Turkey. Nama apa ntah, ada Sultan2 gitu. Haha. Tapi okey la, rasanya boleh laa diterima tekak, walaupun tiada nasi yang dihidangkan bersama.
_dsc0356
Galata Bridge, Istanbul
_dsc0350
Sistem pengangkutan air yang efisen.
_dsc0339
Selat Bosporus, Istanbul.
_dsc0364
Bandar Istanbul yang indah dan gah!
_dsc9844
Kawasan sekitar Sultanahmet, pelbagai kedai makan yang ada di sini.
20161217_205301
Makan malam

DAY 12

  • Paginya saya keluar awal, berjalan di kawasan sekitar kawasan Sultanahmet sambil mengambil gambar suasana pagi di situ dan juga melihat kegiatan penduduk tempatan.
  • Balik ke hotel untuk sarapan. Sedap juga. Roti, butter, daging, buah buahan cerial dan lain-lain. Menu biasa breakfast di kawasan Balkan, jangan harap nak jumpa mee goreng ker, apatah lagi nasi lemak, huhu!
  • Berjalan ke Sirkeci Train Station yang terletak 10 minit dari hotel, beli Istanbul Card (untuk naik public transport di Istanbul) dan menaiki train bawah laut menuju ke Uskudar Train Station (terletak di sebelah Asia Turkey). Di Uskudar, kami melawat Yeni Valide Mosque, yang siap di bina pada tahun 1710 oleh Sultan Mehmed III sebagai hadiah buat ibunya. Masjid ini memang cantik sekali seni binanya.
  • Kemudian kami melawat Mihrimah Sultan Mosque, siap dibina pada tahun 1565 yang direka bentuk oleh arkitek terkenal, Mimar Sinan.
  • Menaiki train kembali ke Sirkeci Train Station dan menaiki tram dari Sirkeci ke Karakoy. Dari Karakoy, kami berjalan menyusuri kawasan kedai-kedai cenderamata yang agak mendaki menuju ke Galata Tower.
  • Galata Tower merupakan bangunan tertinggi di Istanbul semasa ianya di bina pada tahun 1348 iaitu setinggi 66.9 meter. Kami menaiki lift untuk ke puncak menara yang mana di atas sana terdapatnya restaurant dan cafe, selain dari itu, kita dapat menikmati panorama indah pemandangan bandar Istanbul dari kawasan tinjau atas menara. Memang menarik, dari atas saya sempat merakam gambar-gambar menarik bandar Istanbul, dan sempat juga ber’timelapse’ walaupun kawasan tersebut agak sempit dengan pelancong yang lalu-lalang.
  • Lunch di restoran berdekatan dengan Galata Tower yang menghidangkan nasi dan juga masakan hati ayam pada harga 5 Lira.
  • Berjalan menuruni kawasan tinggi di kawasan Galata Tower menuju ke Galata Bridge.
  • Menikmati pemandangan indah selat Bosphorus semasa berjalan kaki merentas Galata Bridge. Juga melihat aktiviti masyarakat tempatan yang sibuk memancing. Banyak juga ikan yang mereka dapat. Bentuk macam ikan ‘selar kuning’ (teringat ikan selar kuning goreng kunyit, cicah budu dan makan dengan nasi putih panas…huhu, syahdu!)
  • Berehat seketika di dataran Eminonu, melihat gelagat orang ramai yang sentiasa sibuk dengan urusan masing2. Kedai yang menjual ‘fish burger’ yang dimasak di atas kapal sedang dalam kerja-kerja renovasi dan baikpulih.
  • Berjalan kaki pulang menuju ke Hotel.
  • Malamnya kami keluar semula untuk dinner di salah sebuah restoran, tidak jauh dari hotel. Sambil dinner, sambil layan match EPL, Arsenal VS Man City (1-2). Kalah, tapi game menarik!
  • Berjalan pulang ke hotel, sambil dukung budak kecik yang dah tidur di restoran.
_dsc9841
Menuju ke train bawah laut.
_dsc9836
Salah sebuah masjid di kawasan Uskudar.
_dsc9832
Mihrimah Sultan Cami
_dsc9824
Dedikasi!
_dsc9801
Bahagian dalam masjid Mihrimah.
_dsc9787
menawan!
_dsc9858
Berjalan menuju ke Galata Tower, jalan agak mendaki.
_dsc9863
Sudah kelihatan.
_dsc9865
Ambil gambar dulu, raikan kejayaan berjaya sampai atas ni.
_dsc9910
Pemandangan bandar Istanbul dari anjung tinjau Galata Tower.
_dsc9856
Antara kedai souvenir yang ada sepanjang jalan ke Galata Tower.
_dsc9854
Jalan kembali ke Galata Bridge.
_dsc9850
Ada sesiapa yang minat?
_dsc0403
Buah beranggan?
_dsc0389
Pokcik, khusyuk tengok apa tuh?
_dsc0335
Suasana di atas Galata Bridge
_dsc0334
Joran……………..
_dsc0416
Kedai-kedai di belakang Grand Bazaar.

DAY 13

  • Bangun awal pagi, breakfast.
  • Berjalan menuju ke Topkapi Palace Museum, dalam 5 minit dah sampai di tempat beli tiket. Dewasa kena bayar 40 TL. Kanak-kanak masuk percuma sahaja.
  • Tempat wajib jika datang ke Istanbul. Ada pelbagai barang-barang tinggalan sejarah dari zaman pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniah yang pernah menguasai satu pertiga dunia pada ketika itu. Ada juga barang-barang tinggalan Nabi Muhammad (SAW) dan para sahabat yang sempat dibawa keluar dari tanah arab, Makkah dan Madinah apabila kerajaan Uthmaniah ditewaskan oleh Bani Saud dengan bantuan Eropah pada ketika itu.
  • Ada juga barang-barang peninggalan nabi-nabi terdahulu seperti tongkat Nabi Musa (AS) dan lain-lain lagi yang dipamerkan di situ.
  • Kami berada lebih 2 jam di Topkapi Palace Museum.
  • Melawat Hagia Sophia, bahagian luar sahaja.
  • Lunch di restoran bersebelahan dengan The Blue Mosque. Solat dan melawat kawasan sekitar masjid.
  • Menaiki tram di Sultanahmet station menuju ke Grand Bazaar. Jalan-jalan di Grand Bazar.
  • Berjalan menuju ke Suleymaniye Mosque, jalan agak mendaki kerana masjid ini terletak di kawasan yang agak tinggi. Memang cantik sekali rekaan masjid ini, juga hasil sentuhan arkitek terhebat pada zamannya,; Mimar Sinan. Ianya siap dibina pada tahun 1557.
  • Berjalan kembali ke kawasan belakang Grand Bazaar, membeli sedikit barangan, pakaian dan souvenir untuk di bawa pulang.
  • Makan malam di kedai kebab terletak berdekatan dengan Grand Bazaar Tram Station.
  • Naik tram dan kembali ke Gulhane Station, berdekatan dengan hotel.
  • Singgah di kedai menjual Turkish Baklava yang terkenal; Hafiz Mustafa 1864. Syahdu betul rasa baklava di sini. Memang wajib cuba jika datang ke Istanbul.
  • Kembali ke hotel untuk rehat dan tidur, hari yang panjang.
_dsc9720
Mengisi masa lapang atau masa lapar?
_dsc9712
Tengah tunggu kebab yang masih belum sampai
_dsc0489
Topkapi Palace Museum, Istanbul
_dsc0455
Di kawasan paling belakang dalam Topkapi Palace Museum.
_dsc9753
Hagia Sophia
_dsc9780
Minuman tradisi, SALEB! Sodapp…!
_dsc9776
Suasana di hadapan Hagia Sophia
_dsc9721
Kucing comel
_dsc0681
Pelbagai jenis cenderamat ada dijual di Grand Bazaar.
_dsc0664
Lampu hiasan yang pelbagai.
_dsc0659
Pekena Turkish Tea dulu di kawasan belakang Grand Bazaar.
_dsc0656
Anak-anak pulak lapar, pekena burger laa dahulu.
_dsc0655
Pekedai di sekitar jalan-jalan belakang bazaar.
_dsc0654
Turkish tea atau Cai dihidangkan dalam bekas ni!
_dsc0622
Pakcik dengan cucu!
_dsc0610
Bergambar di Sultanahmet Mosque (The Blue Mosque)
_dsc0594
Bahagian dataran dalam Masjid. Pondok ditengah adalah tempat wuduk.
_dsc0585
Pintu masuk ke kawasan dalam masjid.
_dsc0580
Salah sebuah pintu masuk ke kawasan dalam massjid.
_dsc0567
Bergambar di Sultanahmet Mosque (The Blue Mosque)
_dsc0552
Kawasan sekitar taman di hadapan Sultanahmet Mosque.
_dsc0545
Ambil gambar berlatar belakangkan Hagia Sophia.
_dsc0528
Hagia Sophia

DAY 14

  • Bangun awal pagi, breakfast (kali ni beli roti dan telur dadar campur daging). Tukar selera sket, hari-hari breakfast sama jer di hotel. Huhu!
  • Siap packing barang-barang dan check-out.
  • Menaiki shuttle van dari hotel terus menuju ke sabiha Gochen Airport. Tak nak ambil risiko terlepas penerbangan jika pergi dengan public transport ataupun mode kami masa tiba di Istanbul tempoh hari.
  • Tiba di airport, urusan check in berjalan lancar. Kami menaiki penerbangan ETIHAD dari Istanbul ke Abu Dhabi dan transit selama 16 jam di sana. Tapi kami dah tempah siap-siap hotel dalam kawasan airport untuk bermalam bila tiba nanti. Hotel Premier Inn Hotel Abu Dhabi. Harga berpatutan dan yang penting, harga termasuk breakfast.
  • Tiba di Abi Dhabi airport pukul 8 malam waktu tempatan. Urusan imegresen lancar. Pemegang Malaysian passport tak perlu VISA yer..memang best! Harap berkekalan begitu.
  • Berjalalan mencari lokasi hotel. Senang sahaja kerana banyak papan tanda yang menunjukkan arah ke hotel ini. Tiba di hotel, urusan check in lancar. Bilik pun best, memang pilihan terbaik untuk merehatkan dan membersihkan diri sementara meneruskan perjalanan ke KL esok hari.
  • Malamnya kami keluar makan di restoran berhampiran, masih dalam kawasan airport. Memang tak sempat nak keluar jalan-jalan, lagipun dengan perjalanan yang panjang, dan anak-anak pun letih masih letih.
20161220_191521
Hotel tempat kami menginap semasa transit di Abu Dhabi.

DAY 15

  • Bangun awal, packing barang dan breakfast di hotel.
  • Breakfast memang banyak pilihan, ada macam-macam. Memang lama sket laa kami lepak di situ, maklumlah, tarikan makanan sedap2 kat situ rasa macam rugi plak kalau duk sekejap. Hehe. Dan yang penting, anak-anak kecil tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan untuk menikmati sarapan di situ.
  • Usai sarapan, kami berjalan menuju ke departure gate. Memang selesa, dan tak perlu nak ‘rushing-rushing’ ke airport kerana memang kami dah memang berada di dalam kawasan airport dah pun. Hehe.
  • Penerbangan ETIHAD dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur berlepas jam 10.40 pagi.
  • Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLIA jam 10 malam waktu Malaysia.

Sekian sahajalah coretan ringkas perjalanan kami sekeluarga selama dua minggu menjelajah benua eropah termasuklah rantau balkan. Syukur kepada Allah SWT kerana memudahkan perjalanan kami sekeluarga dan memberi kesempatan buat kami untuk kembali semula ke tanahair.

_dsc0321
Galata Tower, Istanbul Turkey

Terima kasih juga kepada yang sudi melawat blog saya ini. Diharapkan agar perkongsian maklumat yang saya coretkan di sini akan dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang sedikit berbeza untuk entry kali ini. Kebiasaan nya bila kembali sahaja dari trip kembara, ramai yang bertanya akan perbelanjaan atau kos trip tersebut untuk dijadikan sebagai rujukan.

Untuk pengembaraan Eropah – Balkan kami kali ini, saya telah menyediakan TEMPLATE LENGKAP  perbelanjaan kami sekeluarga sepanjang 14 hari di benua Eropah. Namun, untuk sedikit kelainan, kali ini saya menjemput anda semua untuk meneka berapakah KOS perjalanan kami ke sana.

SOALAN:

BERAPAKAH JUMLAH KOS (PENERBANGAN, TEMPAT TINGGAL DAN PENGANGKUTAN DARAT SAHAJA) UNTUK KEMBARA KALI INI?

 

Sila tuliskan jawapan anda DIRUANGAN KOMEN di bawah ini.

Ini bukan jawab saja-saja tau. Kepada yang BERJAYA meneka jumlah PALING HAMPIR dengan KOS sebenar, anda layak untuk mendapatkan HADIAH dari saya 🙂

HADIAH kali ini berupa:-

  • CUSTOMIZED 1 SET 8’ X 8’ CANVAS PRINT (LEATHER TEXTURE) – FREE DELIVERY

  • EUROPE + BALKAN EXPENDITURE TEMPLATE (SOFT COPY)

  • 10 HIGH RESOLUTION IMAGES OF BEAUTIFUL LANDSCAPE IN EUROPE AND BALKAN (SOFT COPY)

S1

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 23.59 HRS, 31 JANUARY 2017.

PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA MINGGU PERTAMA BULAN FEBRUARY 2017.

Apa tunggu lagi, JOM TEKA SEKARANG 🙂

 

One’s destination is never a place, but a new way of seeing things.”

– Henry Miller

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

27 thoughts on “KEMBARA KELUARGA KE EROPAH & BALKAN| Ljubljana – Zagreb – Mostar – Sarajevo – Istanbul”

      1. Saya bercadang untuk travel sendiri bersama keluarga pada Dis / Jan. Mohon share ittinerary tuan dari Kul-Lon- Kul. Nampak penceritaannya sangat menarik dan sangat teruja. Harap sedia membantu, terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *