KEMBARA BALKAN| Macedonia – Greece – Istanbul – Kuala Lumpur

Day 10 & 11 (Prizren – Skopje)

Kembara hari ke-10 di rantau balkan ini diteruskan lagi dengan perjalanan merentas sempadan Kosovo – Macedonia. Selepas sarapan, kami berjalan ke stesen bas Prizren yang terletak 5 minit dari hotel  untuk menaiki bas ke Macedonia. Bas bertolak jam 9 pagi menuju ke selatan negara Kosovo dan seterusnya melintasi sempadan sebelum masuk ke negara Macedonia. Urusan di imigresen berjalan lancar. Seperti kebiasaan, passport penumpang  perlu diserahkan kepada pemandu bas yang kemudianya membawa semua passport ke pejabat imegresen untuk di cop. Selesai urusan, bas terus meluncur laju ke pusat bandar Macedonia, iaitu Skopje.

Kami turun dari bas mengikut orang kebanyakkan yang turun hanya di tepi jalan berhampiran dengan pusat bandar, Skopje. Tiada stesen bas berdekatan di kawasan ini. Stesen bas besar terletak lebih kurang 15 minit dengan kenderaan dari Old Town dan new square Skopje.

_dsc1659-large
Banyak terdapat monument di kawasan Skopje Square.
_dsc1667-large
Cuaca cerah dan panas ketika kami tiba di sini.

Tiba sahaja di Skopje, kelihatan banyak monumen patung-patung manusia yang besar seakan pahlawan. Ada yang sedang menunggang kuda, ada yang memegang pedang dan sebagainya. Mengikut sejarah, Skopeje telahpun diduduki oleh manusia seawal 4000BC lagi dan kemudianya kawasan ini dijadikan kem askar oleh tentera Rome. Skopje juga pernah berada di bawah kekuasaan kerajaan Ottoman selama 500 tahun yang kemudianya jatuh pula ke tangan tentera-tentara Serbia selepas perang dunia pertama. Sememangnya kawasan ini memang kaya dengan nilai sejarahnya yang tersendiri.

_dsc1670-large
Sungai yang memisahkan kawasan penempatan di old town dan the new skopje.
_dsc1686-large
Memorial monument dengan bendera Macedonia yang berbentuk matahari.

Cuaca panas terik hari ini, dan suhu ketika kami tiba hampir mencecah 38 celcius. Dari tempat bas berhenti tadi, kami teruskan berjalan kaki hampir 1km menuju ke Old Town Skopje, tempat di mana saya menempah penginapan untuk malam ini. Kami melintasi kawasan bangunan-bangunan bersejarah dengan rekaan bangunan yang amat menarik dan amat mirip dengan bangunan-bangunan semasa kerajaan Rome dahulu. Tetapi keadaanya masih kelihatan baru seolah baru dibina kurang dari 10 tahun yang lepas.

_dsc1690-large
‘Alexander the Great’ monument yang dibina di dataran Skopje pada tahun 2011.
_dsc1697-large
Antara hotel mewah yang ada di sini, The Marriot Hotel.

Bandar Skopje ini dipisahkan oleh sungai Vatdar yang mana bahagian utara adalah di mana terdirinya bangunan-bangunan dan penempatan lama atau lebih di kenali sebagai Old Town Skopje yang didiami oleh majoriti orang Islam. Di sini terdapat beberapa buah masjid yang rata-ratanya dibina oleh kerajaan Ottoman suatu ketika dahulu. Manakala bahagian selatan Skopje adalah lebih moden, dengan bangunan-bangunan bercirikan senibina kerajaan Rome yang masih cantik kelihatan terutamanya pada malam hari. Di bahagian selatan juga terdapatnya hotel-hotel mewah seperti Marriot Hotel dan juga restoran-restoran dan coffee house moden. Di bahagian ini jugalah di bina Alexander the Great statue & fountain yang terkenal dan menjadi kawasan dataran tempat kunjungan ramai, dikenali sebagai Skopje square.

_dsc1699-large
Bangunan Huawei di hadapan patung Alexander the Great.
_dsc1703-large
Suasana ketika senja di dataran Skopje.

Kami singgah di salah sebuah masjid di old town untuk solat zohor, dan juga mencari jalan ke hotel yang masih lagi gagal dijumpai. Kembara kali ini saya memang tidak ada menggunakan apa-apa sim kad untuk internet data  di smartphone. Hanya berharapkan wifi percuma yang ada di tempat-tempat awam. Dan jangan terkejut jika kemudahan wifi percuma di negara-negara Balkan jauh lebih maju dari negara kita. Cuma kali ini, kami memang tak jumpa tempat untuk dapatkan signal wifi percuma di sini. Rakyat tempatan di sini, sebagaimana di negara-negara lain di Balkan, begitu peramah sekali. Lihat sahaja muka Asia macam kami, terus sahaja memberi salam dan bertanya khabar. Alhamdulillah, ada 2 pemuda yang membantu saya dalam mencari arah ke hotel dengan meng’aktifkan’ mobile hotspot dari telefonya, untuk saya ‘connect’ dan mencari arah ke hotel dari masjid dengan menggunakan aplikasi Google Map. Berjaya. Hotel kali sebenarnya terletak kurang dari 100 meter dari masjid tadi.

_dsc1713-large
Kebetulan ada persembahan pancaragam dari Korea Selatan di dataran Skopje pada petang tersebut.

Selesai check-in, kami rehat seketika. Petang nya, saya keluar untuk menjelajah kawasan sekitar bandar Skopje sambil mengambil gambar di lokasi-lokasi atau ‘landmark’ di Skopje ini. Ketika ini boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang datang ke bandar ini dan kebanyakkan nya dari negara-negara Eropah yang terdekat. Jarang atau memang tidak kelihatan orang asia yang berada di sini pada ketika ini. Patutlah asyik kena tenung sahaja dari atas ke bawah bila berjalan-jalan di sekitar lorong-lorong bandar lama ini.

_dsc2169-large
Museum Arkeologi Macedonea
_dsc2176-large
Museum Arkeologi dan jambatan menarik yang menghubungkan nya ke dataran.
_dsc2183-large
Kapal kelasik yang dijadikan restoran mewah
_dsc2187-large
Senja di Vardar River, Skopje Macedonia
20160816_202947-large
Panorama shot dengan menggunakan Note 4 jer.
20160816_203221-large
Night photography sekitar bandar Skopje.

Selesai pusing keliling dan menjelajah ke setiap ceruk kawasan di bandar Skopje ini, kami keluar untuk makan malam malam di sebuah restoran di Old Town, tidak jauh dari hotel kami, Makanan nya sedap juga dengan harga yang berpatutan, ditambah pula dengan tokeh kedai belanja kopi lagi. Memang terbaekk.!

_dsc2143-large
Mother Theresa Memorial House
_dsc2146-large
Gereja yang masih dalam pembinaan.
_dsc2148-large
Macedonia Gate yang tidak terkecuali dari di vandalism.
_dsc2203-large
Museum of Macedonia at night
_dsc2218-large
Monument di dataran Skopje
_dsc2205-large
Bangunan dengan seni reka yang menarik

Esoknya, kami bergerak ke stesen bas dengan menaiki teksi dari hotel. Tiket bas kami beli semalam (EUR 21), dan pihak hotel yang menelefon teksi untuk mengambil kami di hotel (bukan di depan hotel yea, di jalan besar, di mana kami kena berjalan menaiki bukit dalam 10 minit sebelum tiba di tepi jalan dan berharap agar ada teksi yang akan berhenti di situ). Memang mencabar. Hampir ketinggalan bas kerana kami menunggu teksi di tempat lain (terlindung 50 meter dari tempar sebenar teksi yang sedang menunggu) akibat dari masalah komunikasi yang susah nak faham. Haha!

Day 12 (Skopje – Thessaloniki)

Pagi itu, kami tiba ‘just nice’ sebelum bas bertolak selepas aksi kejar mengejar teksi di sekitar old town Skopje sebelumnya. Bas bertolak tepat pada waktunya menuju ke selatan sebelum memasuki negara seterusnya, iaitu Greece. Seperti biasa, urusan imegresen berjalan lancar, cuma kali ini ianya sedikit lama berbanding sempadan negara-negara sebelumnya. Kami tiba di Thessaloniki lewat hampir sejam setengah kerana ada kemalangan kenderaan yang berlaku lebih kurang 10 km sebelum tiba di sempadan Macedonia-Greece.

20160817_085957-large
Kemalangan jalanraya di highway menuju ke Greece dari Macedonia.

Dari stesen bas Thessaloniki, kami berjalan lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Thess Hostel (EUR 24.5) tempat penginapan kami untuk malam ini.  Saya memang suka akan hostel ini. Ianya umpama studio room, yang mana ada 2 bilik dan juga dapur lengkap untuk memasak pada harga yang murah.

20160819_124902-large
World map di lobi hotel, boleh tanda di sini negara asal kita.

Lewat petang kami keluar untuk menjelajah sekitar bandar Thessaloniki. Jauh juga untuk sampai ke square, dan tempat-tempat tarikan lain yang berada di sekitar pelabuhan, lebih kurang 2 km dari hostel kami. Mujurlah hari dah nak masuk malam, jadi tidaklah panas membara seperti di siang hari tadi.

_dsc2247-large
Monument pahlawan di pelabuhan Thessaloniki.

Esok paginya, kami menyewa dua buah basikal untuk meneroka kawasan sekitar lagi, yang tidak sempat untuk di lawati semalam. Kali ini boleh lah sampai jauh sedikit. Memang best cycling di sekitar persisir pelabuhan Thessaloniki di waktu pagi. Udaranya memang segar dan nyaman sekali. Sebelum kembali ke hotel, kami singgah di pasar menjual barangan basah untuk membeli ikan dan barang2 keperluan lain untuk sarapan pagi. Masak lagi hari ni. Tapi ikan disini memang segar, kena pulak ikan trout. Pergh, memang menyentap sanubari walaupun masak garam rempah sahaja.

20160818_074610-large
Panorama indah pemandangan di sepanjang waterfront di Thessaloniki, Greece.
20160818_070100-large
Sewa basikal Euro 7 untuk 2 buah basikal selama 2 jam.

Kami meneruskan perjalanan seterusnya menuju ke stesen bas untuk menaiki bas ke airport. Kali ini, ianya agak mencabar sedikit kerana bas yang akan menuju ke airport tidak mengambil penumpang di stesen, sebaliknya kami terpaksa menapak hampir 500 meter di seberang jalan utama untuk ke tempat menunggu bas ke airport di hentian bas. Itupun selepas tersilap manunggu di dua hentian yang sebelumnya, dan mujurlah kami sedari sebelum bas tersebut tiba di hentian yang sepatutnya. Bas tiba, naik dan tiba di stesen 30 minit kemudian.

20160818_085107-large
Sarapan pagi, masak sendiri di hostel.

Airport di Thessaloniki tidaklah sebesar mana. Ianya kecil sahaja. Kali ini kami tidak perlu melalui gate imegresen kerana kami hanya mengambil penerbangan domestik untuk kek lokasi seterusnya iaitu; Athens. Perjalanan ke Athens dengan kapal terbang mengambil masa sejam sahaja. Kami tiba di bandar Athens hampir jam 3 petang, dan keadaan airportnya juga nyata berbeza. Ianya lebih besar dan sibuk berbanding dengan airport sebelumnya. Sebagaimana biasa, tiba di arrival hall, kami terus menuju ke stesen metro yang terletak seberang jalan utama, yang mana kena keluar dari terminal, lintas jalan dan menaiki eskalator ke jejantas utama yang menghubungkan kawasan airport dengan stesen metro. Tiket sehala menuju ke bandar Athens adalah Euro 10 seorang, untuk perjalanan 40 minit ke pusat bandar.

20160819_120853-large
Hotel hari pertama di Athens, Greece.
20160819_120718-large
Kedai Baklava tempatan yang terletak betul2 di hadapan Hotel Iniohos. Kalau datang ke Greece, kena beli makanan ni. Memang terbaik.

Di Athens, kami menginap di Hotel Iniohos yang terletak di kawasan yang bernama Omonia. Ianya tidak jauh dari tempat tarikan utama di Athens, iaitu Acropolis yang terletak hanya satu stesen metro sahaja dari hotel ini. Namun, hotel kali ini adalah hotel lama, yang mana bangunan dan fasiliti dalaman dan biliknya juga agak outdated. Lokasinya juga berada di kawasan yang kita akan risau juga jika ada keperluan untuk keluar dari hotel pada waktu malam. Hehe. Jadi, kami hanya singgah satu malam di hotel ini, manakala malam berikutnya kami berpindah ke hotel baru yang terletak di kawasan old town Athens, iaitu Live in Athens Apartment (Euro 38 per pax) berdekatan dengan stesen metro Monastiraki.

20160819_185758-large
Sempat lagi layan perlawanan badminton Olimpik 2016 peringkat separuh akhir beregu Malaysia.

Jika berkunjung ke Athens, saya sarankan untuk menginap di sekitar area Monastiraki kerana di sini memang banyak tempat tarikan pengunjung seperti Monastiraki Flea Maarket, restoran-restoran, tapak sejarah dan bangunan-bangunana bersejarah boleh di jelajahi dengan berjalan kaki sahaja. Ianya juga hampir dengan Central Market, iaitu pasar tempat menjual barang2 basah dan kering keperluan harian. Ini juga menjadi sebab mengapa kami menginap di kawasan ini; senang untuk mendapatkan bekalan makanan untuk di masak di apartment nanti.

_dsc2790-large
Central market berhampiran hotel di Athens.
_dsc2752-large
M.U.S.E
_dsc2442-large
Monistiraki Flea Market, Athens Greece.

Di Athens kami sempat melawat beberapa tempat bersejarah seperti Acropolis kompleks (antara tarikan utama di sini – wajib pergi), Museum Athens, the Parthenon dan lain lain.  Memang banyak perkara yang boleh diperhatikan dan dipelajari dengan melawat tempat-tempat ini, terutamanya tentang sejarah bermulanya tamadun Greek yang merupakan antara yang tertua di banua Eropah ini. Di sini juga kita dapat menyaksikan kesan kehebatan The Ottoman Empire yang telah berjaya menakluk greece selama lebih 400 tahun dan mengembangkan Islam di negara Greek kuno ini sebelum ianya kembali ke tangan kerajaan Rom kemudianya.

_dsc2447-large
Tapak bersejarah yang terletak berdekatan dengan kawasan makan di Monistiraki area.
_dsc2300-large
Kucing di Acropolis history complex.
_dsc2355-large
The Parthenon, Athens Greece
_dsc2281-large
Coliseum di dalam kompleks Acropolis.
_dsc2343-large
Sebahagian binaan yang masih tinggal di kompleks sejarah Acropolis.
_dsc2313-large
Sebahagian binaan yang masih tinggal di kompleks sejarah Acropolis.
_dsc2319-large
Ramai pengunjung yang datang ke sini terutamanya sewaktu musim summer.
_dsc2766-large
Sebahagian binaan yang masih tinggal di kompleks sejarah Acropolis.

Setelah dua hari menjelajah bandar Athens, walaupun ianya jelas amat singkat dan tidak cukup untuk kami melawat keseluruhan tempat-tempat bersejarah yang ada di sini, namun ianya cukup memberi kami sedikit pengalaman dan pengajaran tentang kehidupan manusia di kota antara yang tertua di eropah ini.

Day 13 & 14 (Athens – Istanbul- Kuala Lumpur)

Hari ini kami meninggalkan bandar penuh bersejarah, Athens dan menaiki pesawat kembali ke Istanbul. Nyata dua hari satu malam berada di Istanbul sebelumnya tidak cukup untuk kami menjelajah kebanyakan tempat bersejarah yang ada. Namun, ada satu tempat yang saya akan rasa amat terkilan jika tidak dapat memasukinya; Museum Topkapi. Kami tidak berjaya untuk melawat tempat ini pada kali pertama kami tiba di Istanbul tempoh hari kerana ianya tutup pada hari tersebut. Kerana itulah kami mengubah sedikit perancangan pada kali ini untuk masuk kembali ke Istanbul sehari awal dari tarikh perjalanan pulang kami ke Malaysia. Tujuan nya adalah untuk melawat tempat ini. Alhamdulillah, kami berjaya juga melawat tepat ini pada pagi terakhir kami berada di Istanbul sebelum bertolak pulang ke Malaysia pada malamnya. Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

_dsc2833-large
Taman bahagian dalam Museum Topkapi.
_dsc2870-large
Entrance ke TopKapi Palace Museum
_dsc2815-large
Antara barang antik yang ada dipamerkan di museum. Tidak dibenarkan mengambil gambar sebenarnya. Ni gambar sebelum kena ‘sound’ dengan pak guard. Huhu!
_dsc2824-large
Pintu masuk ke bahagian dalam bangunan di Topkapi Museum.
_dsc2860-large
Dulu kawasan ini merupakan pusat pentadbiran kerajaan Uthmaniah.
_dsc2807-large
Gate utama untuk masuk ke kawasan Istana Topkapi.

Jika sampai ke Istanbul, datanglah melawat ke Museum Topkapi ini, kerana di sini ada di pamerkan barang-barang tinggalan Rasulullah SAW, nabi-nabi terdahulu dan juga para sahabat baginda. Museum ini juga dahulu merupakan istana dan pusat pemerintahan kerajaan uthmaniah yang pernah menakluk satu pertiga dunia suatu ketika dahulu. Bagi saya, kemuncak pengembaran di Istanbul kali ini adalah di sini. Jika ada peluang, memang ingin kembali lagi, dan lagi, dan lagi 🙂

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca coretan ringkas pengembaraan kami di bumi Balkan. Moga ianya dapat memberi sedikit manfaat dan maklumat kepada yang sedang merancang untuk menjelajah rantau Balkan yang serba indah dan unik ini.

Sebelum itu, saksikan terlebih dahulu travel video yang sempat dihasilkan sepanjang berada di rantau Balkan.

TRAVEL VIDEO :  AMAZING BALKAN, THE HIDDEN PEARL – FINALE

Do not follow where the path may lead. Go instead where there is no path and leave a trail.”– Ralph Waldo Emerson

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

2 thoughts on “KEMBARA BALKAN| Macedonia – Greece – Istanbul – Kuala Lumpur”

  1. Terima kasih berkongsi perjalanan tuan di bumi Balkan. Banyak info yang dapat saya jadikan panduan untuk merancang trip & route yang sesuai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *