Balkan, adalah sebuah nama banjaran pergunungan yang merentangi timur Serbia hingga ke tengah Bulgaria yang mana kawasan ini turut digelar sebagai Eropah Tenggara. Semenanjung Balkan dikelilingi oleh Laut Adriatik di bahagian baratnya, manakala Laut Mediterranean (termasuk lautan Aegean & Marmara) mengelilingi bahagian selatanya dan diakhiri dengan Laut Hitam yang mengelilingi semenanjung in di sebelah timurnya. Antara negara-negara yang termasuk dalam semenanjung Balkan ini adalah:
Albania: 27,390 km2 (>99% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Bulgaria : 108,400 km2 (>99% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Bosnia and Herzegovina: 51,180 km2 (>99% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Macedonia: 25,430 km2 (>99% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Montenegro: 13,440 km2 (>99% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Croatia (south mainland): 30,000 km2 (54% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Greece (mainland): 104,470 km2[27] (80% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Italy (Trieste and Monfalcone): 300 km2 (0.1% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Romania (Dobruja ‘s mainland): 12,000 km2 (5% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Serbia (south part excl. Vojvodina and North Belgrade): 55,000 km2 (69% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Slovenia (southwest part): 10,000 km2 (50% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Turkey (European part): 23,000 km2 (3% termasuk dalam semenanjung Balkan)

Memang telah lama tersemat di hati, impian untuk menjelajah negara-negara ini, terutamanya negara Turkey, Bosnia & Herzegovina (BIH) dan juga Kosovo yang terasa begitu kuat daya tarikan nya. Saya kerap juga membaca cerita-cerita kembara rakyat Malaysia yang telah tiba di sana, dan nyata ianya semakin menambah minat untuk menjejakkan kaki ke wilayah tersebut. Selain daripada sejarah rantau ini yang terkenal dengan perang yang ganas yang pernah berlaku pada awal 90-an yang lalu, di mana Bosnia dan Kosovo yang teruk di serang oleh tentera Serbia yang telah mengorbankan ratusan ribu umat Islam semasa perang tersebut, negara-negara di balkan ini juga amat terkenal dengan keunikan masyarakat, etnik, budaya dan yang paling menarik bagi saya adalah keindahan lanskap nya yang begitu memukau.



Alhamdulillah, pada awal bulan August, 2016 yang lalu, saya bersama seorang teman, telah berjaya menjejakkan kaki ke wilayah Balkan ini dan melengkapkan perjalanan selama 14 hari merentasi 8 buah negara termasuk Turkey, Bosnia, Croatia, Montenegro, Albania, Kosovo, Macedonia dan juga Greece. Ianya memang suatu pengalaman perjalanan yang epik, menarik dan pastinya menjadi antara kenangan perjalanan yang akan sentiasa kami ingati dan hargai.
DAY-1 (Kuala Lumpur – Istanbul)
Perjalanan kami bermula di KLIA, dengan menaiki pesawat komersial, Turkish Airline menuju ke Istanbul. Urusan check-in di KLIA berjalan lancar, dan dari pemerhatian, kelihatan seolah-olah penerbangan kali ini tidaklah penuh dengan penumpang. Tekaan hampir tepat. Hanya lebih kurang 2/3 penumpang sahaja memenuhi pesawat yang menuju ke Istanbul pada kali ini. Alhamdulillah, saya juga dapat duduk di barisan seat tengah (4-seat sederet) tanpa ada penumpang lain di situ. Ini bermakna saya dapat menggunakan 4-seat kosong tersebut untuk dijadikan katil yang pastinya amat selesa tatkala berlunjur sambil merehatkan badan selepas makan nanti. Hehe. Owh..sebelum terlupa. IFE dalam Turkish Airline ini pun agak boleh tahan juga, dengan ‘touch-screen’ yang besar dengan koleksi movie-movie terbaru ada disediakan untuk kami layan dalam mengharungi 10 jam perjalanan ke Istanbul ini.

Kami tiba di Istanbul Atarturk Airport pada petang, lebih kurang pukul 5 begitu. Airport nya tidaklah berapa besar, dan tatkala kami tiba, tidak ramai sangat penumpang yang sampai serentak dari penerbangan yang lain. Jadi, urusan menunggu di imegresen tidaklah begitu lama. Seperti biasa, kami tidak checked-in sebarang bag walaupun ada peruntukan sebanyak 20kg seorang untuk penumpang Turkish Airline. Hanya membawa sebiji backpack sebagai teman perjalanan sepanjang 2 minggu ini. Semua benda sumbat sekali, termasuk kamera, tripod, baju, laptop dll.

Ruang solat ada di sediakan di airport tempat ketibaan berhampiran dengan kawasan mengambil bagasi. Namun, wuduk kena ambil di tandas, bukan di tempat sembahyang tersebut.

Selesai urusan ‘security’ check, kami terus menuju ke area metro station yang terletak ditingkat bawah, bangunan hadapan dengan airport. Tiket metro ada dijual di pintu masuk ke metro station, di mesin tiket yang disediakan. Ada 3 pilihan. Single ride – TL4, Three rides – TL10, dan multiple ride – kad, lupa dah berapa harga. Setiap kali naik train, dan kita berhenti atau tukar lane, di kira 1 ride. Jadi, macam kami yang akan ke Sultanahmet, kami kena menaiki train dari airport, dan menukar lane, sebelum tiba di stesen Sultanahmet. Jadi, kami beli tiket yang 3-rides untuk TL10.
Tiba di stesen Sultanahmet, kami berhenti untuk makan dikedai2 berdekatan. Sempat makan kebab, dan potatoe chips, dengan harga TL7. Saiznya makanan agak besar juga untuk kita orang asia, itu dah best. Cuma yang kurang best nya, rasanya plain sahaja, kerana tiada sos cili yang disediakan. Hehe, biasalah bila tiba di negara-negara di benua eropah ini, makanan nya memang begitu. Sebab itu awal-awal lagi wife dah tolong isikan sos cili ‘LINGGAM’ dalam botol plastik bersaiz kecil untuk dibawa. Memang terbaik, dan tak menyesal langsung bawa sos nih. Memang menambah selera lah katakan. Best! Usai makan, kami menuju ke kawasan perkarangan Masjid Sutanahmet atau dikenali sebagai The Blue Mosque. Memang cantik dan indah seni binaan nya. Pertama kali tengok memang terpegun dengan binaan bangunan masjid ini. Hostel kami terletak betul-betul di lorong belakang masjid ini. Memang strategik, dan di hostel ini juga ada roof top yang kita boleh berehat di situ sambil menyaksikan keindahan Masjid Sultanahmet dan Selat Bhosporus semasa matahari terbit atau terbenam. Harga hostel ini juga tidak lah mahal. Kami booked bilik yang ada 3 katil (1 katil double decker, dan 1 katil single) pada harga RM90 sahaja termasuk dengan breakfast. Terbaik..memang highly recommended untuk stay kat hotel ini. Namanya senang sahaja; NOBEL HOTEL.


Oleh kerana hari pun sudah masuk malam, kami sekadar berkunjung ke Masjid Sultanahmet untuk solat Isyak dan jalan-jalan sekitar kawasan tersebut sahaja sambil-sambil survey jalan untuk ke tempat2 yang sudah diracang ke esokan harinya. Walaupun malam, tetapi kawasan sekitar masjid dan dataran air pancut masih meriah dengan pengunjung termasuk mereka yang membawa keluarga untuk lepak-lepak santai di kawasan ini.
DAY-2 (Istanbul – Sarajevo)
Hari kedua di Istanbul, saya bangun awal untuk ke masjid solat subuh berjemaah. Walaupun waktu subuh ketika itu lebih kurang pukul 4.30 pagi, namun masjid pada ketika ini masih belum buka lagi. Jadi terpaksalah lepak di kedai berhampiran pagar masjid, sambil minum teh turkey untuk memanaskan badan. Azan hanya berkumandang pada jam 5 pagi, dan ketika ini barulah kelihatan orang tempatan berjalan perlahan masuk ke masjid untuk solat. Usai solat sunat, saya menunggu di ruang solat, menantikan saat untuk iqamah dan seterusnya solat subuh. Namun, jam hampir menunjukkan pukul 5.30 pagi, tetapi masih tiasa sesiapa yang Iqamah. Syuruk di sini dalam pukul 6 pagi, dan jika dilihat melalui cermin tingkap masjid di saf depan, keadaan diluar kelihatan hampir nak cerah. Suspen juga nih. Kemudian, dalam pukul 5.40 pagi, barulah kelihatan imam dan seterusnya solat subuh berjemaah pun bermula. Syukur. 🙂



Usai solat, kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan sekitar kawasan Sultanahmet terlebih dahulu sebelum kembali ke hostel untuk bersarapan. Kemudian, kami bersiap untuk ke Hagia Sofia, sebuah bangunana bersejarah di bumi Turkey ini yang memiliki tarikan dan sejarahnya yang tersendiri. Untuk tahu lebih lanjut, bleh baca sini tentang Hagia Sophia. Sebelum terlupa, tiket masuk ke sini adalah TL40.

Selesai di Hagia Sophia, kami terus ke Galata Bridge dengan menaiki tram. Tempat ini terletak di pelabuhan di mana feri dan boat untuk perkhidmatan ‘cruising’ di selat Bosporus beroperasi. Jadi, keadaan di sini agak sibuk juga dengan pelbagai ragam manusia, dan kedai-kedai yang menjual makanan di sekitarnya. Apa yang menarik di sini ialah kedai-kedai dan restoran makanan laut yang terletak di bahagian bawah jambatan tersebut. Jika datang ke sini, haruslah cuba makan di kedai2 tersebut. Masakan nya memang terbaik.


Dari Galata Bridge, kami kembali ke Sultanahmet untuk mengambil bag kami dan checked-out dari hostel tersebut. Destinasi seterusnya ialah Grand Bazaar. Di sini lah pusat jualan pelbagai barangan samada produk dari negara Turkey, ataupun dari negara-negara sekitar rantau balkan ini. Jika dilihat, di Turkey kebanyakan barang perhiasan di sini adalah amat halus dan teliti buatan nya. Barang-barang cenderamata dan hiasan juga adalah antara barangan utama yang dijual di sini, selain daripada produk makanan tempatan yang terkenal seperti Turkish Delight, Baklava, perlbagai jenis kacang, buah-buahan kering, dan lain-lain. Satu lagi tempat yang wajib dilawati jika berkunjung ke sini. Untuk ke sini, hanya perlu menaiki tram dan berhenti di stesen Grand Bazaar. Senang bukan? Hehe.




Selesai di Bazaar, kami terus manaiki tram untuk ke airport, kerana masa yang tinggal selepas kami ‘hilang’ dalam grand bazaar adalah sekitar 3 jam lagi sebelum penerbangan kami seterusnya untuk ke Sarajevo. Ye, antara tempat yang memang dah lama ada dalam ‘bucket list’ saya adalah Bosnia & Herzegovina. Memang tidak sabar untuk ke sana. Penerbangan dengan Turkish Airline dari Istanbul ke Sarajevo mengambil masa sekitar 2 jam sahaja. Kami selamat mendarat di Sarajevo sekitar jam 8 malam. Alhamdulillah.
DAY-3 (Sarajevo- Travnik – Sarajevo)
Bangun seawal 5 pagi, niat asal untuk solat subuh di Masjid berdekatan. Tapi keadaan cuaca di luar hujan renyai, dan bila jenguk ikut tingkap bilik, gelap sungguh keadaan di luar. Semalam tiba di hotel ni sudah lewat, jadi tak sempat pula nak check arah ke masjid tersebut. Banyak pulak ‘excuse’ kan? Senang cerita pagi tu solat kat bilik jer, huhu!


Lebih kurang jam 6.10, sunrise bermula, keadaan luar sedikit jelas dengan pancaran sinar matahari pagi. Mula keluar berjalan-jalan di area sekitar, baru perasan yang hotel ni dalam 20 meter sahaja dari City Hall sarajevo, dan berhadapan dengan sungai utama di situ, di belakannya pula ialah lorong-lorong utama di sarajevo Old Town. Hah, memang strategik. Dekat jer nak menapak ke semua tempat tarikan di sekitar bandar lama Sarajevo ini. Perhentian tram pun dekat sahaja, dalam 30 meter dari Hotel. Memang best pekan lama sarajevo nih. Macam2 kedai kraftangan, runcit, dan makanan ada di jual di sekitar sini. Kami breakfast di salah sebuah kedai di old town, dengan menu Bosnia. Nasi dan sup daging yang marvelous..dan roti yang lembut buatan tradisi Bosnia.

Selesai makan, kembali ke hotel untuk bersiap-siap ke stesen bas utama untuk membeli tiket ke Travnik. Travnik terletek ke utara Sarajevo, lebih kurang 2 jam perjalanan dengan bas. Kami tiba di Travnik waktu tengah hari, dan terus menaiki teksi ke kawasan tarikan terdekat, iaitu Plava Voda. Ianya merupakan kawasan rehat santai di tepi sungai dengan air jernih yang mengalir dari bukit dan gunung yang berdekatan. Amat menarik dan menyejukkan pemandangan dan keadaan di sini. Selesai berehat seketika disitu, kami seterusnya ‘menapak’ ke kubu lama di situ yang dikenali sebagai Stari Grad. Memang menarik kubu ini, ianya di bina seawal kurun ke-15 dan kita akan dapat menikmati keindahan hampir seluruh bandar lama Travnik bila berada di atas kubu ini.











Hampir sejam lebih berada di kawasan tersebut, kami berjalan menuruni bukit menyusuri jalan-jalan di pekan lama Travnik menuju ke stesen bas. Hari sudah hapir lewat petang pada ketika ini. Menarik juga bangunan dan lorong-lorong di sekitar pekan Travnik ini. Bandar ini juga antara bandar yang teruk dimusnahkan semasa perang Serbia-Bosnia dahulu. Jadi, ianya seakan menjadi pemandangan biasa di sini bila bangunan-bangunan sekitar masih lagi berlubang-lubang. kesan dari tembakan-tembakan yang dilepaskan semasa era perang. Sebelum menaiki bas ke Sarajevo, kami singgah makan dahulu di kedai makan yang berhampiran. Menu biasa makanan di sini; daging, roti dan kentang. Kena biasakan, perjalanan masih jauh dan lama. Haha!













DAY-4 (Sarajevo- Mostar)
Hari ini kami checked-out dari hotel, dan menaiki tram ke stesen bas yang sama semalam. Misi kali ini adalah untuk ke bandar bersejarah seterusnya di Bosnia, iaitu Mostar. Mungkin ramai antara kita yang familiar dengan nama bandar ini. Perjalanan dari Sarajevo ke Mostar mengambil masa selama 2 jam 30 minit, lebih kurang. Pemandangan kiri-kanan sepanjang perjalanan; memang superb! Harap jangan tidur yea. Rugi. Bas yang kami naiki, namanya sahaja bas ekspress. Tapi bas nih masih boleh berhenti-henti di pekan-pekan kecil sepanjang laluan ke Mostar untuk mengambil penumpang, walaupun seat dalam bas tersebut telahpun penuh. Ianya seolah perkara biasa sahaja bila penduduk tempatan naik dan berdiri di dalam bas tersebut kerana tiada ‘seat’ walaupun perjalanan masih lagi jauh, lebih dari sejam.


Cuma apa yang menariknya masyarakat di sini ialah, biasanya yang muda-muda akan bangun untuk memberikan tempat duduk masing2 kepada golongan orang2 tua terutama wanita tua yang tiada tempat duduk, walaupun perjalaan masih jauh dan memerlukan mereka untuk berdiri lebih dari sejam mungkin. Antara nilai-nilai yang baik yang boleh saya kongsikan di sini.




Kami tiba di Mostar hampir jam 12 tengah hari dan terus sahaja menuju ke lokasi hinggap kami yang ditempah melalui Airbnb. Rumah kali ini memang terbaek dan terletak lebih kurang seratus meter dari stesen bas Mostar. Biliknya luas, bersih, ada dapur yang cukup lengkap, dan yang penting juga ada beranda dengan pemandangan dari atas bukit, melihat ke bandar lama Mostar. Padu!


Selepas berehat seketika, kami berjalan ke bandar lama Mostar, yang terletak lebih kurang 1 km dari tempat kami tinggal. Walau cuacanya agak terang, namun suhu nya dingin di sini, jadi menapak 1km pun masih okey dan mampu ‘digagahkan’ lagi. Haha! Tiba di old town Mostar, kami terus ke kedai kebab berdekatan untuk lunch. Seperti biasa, menu Bosnia, tidak pernah mengecewakan walaupun tidak berasaskan nasi. Sedap dan mantap. Ada elemen Balkan di situ, cewahh!




Usai makan, kami meneroka kawasan sekitar pekan lama Mostar. Ramai juga pengunjung di kawasan ini, mungkin kerana sekarang ini musim Summer, jadi ramai pelancong terutamanya dari negara-negara eropah yang datang berkunjung ke sini. Jambatan utama, The Old Bridge ataupun Stari Most pada ketika itu menjadi agak sesak juga dengan pengunjung. Saya berada di pekan lama Mostar sehingga selepas maghrib. Menggunaan masa dan peluang yang ada sebaiknya untuk menerokai pekan lama bandar bersejarah ini. Owhh, dan kawasan ini memang digazetkan sebagai antara tapak bersejarah dunia oleh UNESCO. Saya meneroka ke setiap sudut bandar lama ini sambil merakam keindahan kota bersejarah ini, dari pelbagai sudut pandangan yang berbeza.






Sempat juga merakamkan aksi terjun rakyat Australia dari point tertinggi di jambatan Stari Most. Sebenarnya aksi terjunan ini adalah aktiviti harian pemuda-pemuda tempatan di sini, yang mana mereka akan membuat terjunan setinggi 25 meter ini selepas mendapat derma yang dirasakan cukup daripada pengunjung yang berada di situ. Ianya di kira sebagai persembahan menarik dari masyarakat tempatan disitu. Namun, ada juga yang datang dari jauh untuk membuat terjunan tersebut, seperti penerjun dari Australia yang saya sebutkan di atas tadi. Old town Mostar di waktu malam juga amat menarik sekali. Selepas selesai merakam keindahan sunset di pinggir sungai Neretva, saya berjalan kembali ke rumah penginapan. Owh, sebelum itu, berhenti seketika di restoran kebab (yang lain pula) untuk tapau makan malam sambil ‘pekena’ kopi Bosnia yang ‘menyentuh jiwa dan sanubari’, tuan restoran yang belanja. Baik bukan? Yaa, orang di Bosnia rata-tanya ramah dan mesra dengan pengunjung. Lagi-lagi jika mereka tahu kita dari Malaysia, seakan ada hubungan akrab yang terjalin di situ.
Mostar, Bosnia & Herzegovina – aku ingin KEMBALI !!!







Boleh bg no???sy berminat nak pegi ke balkan ni..tp kalau boleh nak pegi balkan dan istanbul cuma tak tahu cara nak terjah je..hahaha
Boleh whatsapp saya di nombor +60165644257 untuk sebarang pertanyaan.
Salam,
Membaca catatan perjalanan saudara ke negara Balkan amat mengujakan. Saya dan rakan-rakan merancang untuk ke sana pada musim luruh nanti. Jika tidak keberatan, boleh shara detail itinerary ke mazleen70@gmail.com. Terima kasih.
Terima kasih kerana berkunjung ke bloq ini. Saya tiada detail itinerary, sekadar penulisan di blog yang juga bleh dijadikan rujukan..
Tuan..blh share nama hotel di sarajevo & mostar..tq
assalamualaikum ,saya ade prtanyaan
1. senang x cari mknn halal kt sne? atau kite x perlu ragu kedai mknn kt sne..
2. abg blh senaraikan x hotel yg abg ddk kt area bosnia x? sbb kt blog x ckp nme hotel.
terima kasih.
Wsalam.
1- Senang, kebayakkan negara yang majoriti Islam, senang makanan halal. Kecuali Montenegro dan Greece. Tapi masih ada option untuk masak sendiri beli ikan sayur di pasar 🙂
2- Saya tinggal di Airbnb semasa di Bosnia. Bleh pm saya di 0165644257 untuk details.
As salam. Do you arrange for such trip?
Wsalam. Yup, we are also arranging such trip. You could reach me at 0165644257 to discuss further on the travel details. Thank you 🙂
Salam wbt. Terima kasih atas perkongsian pengalaman yang menarik! Boleh saya tahu berapa bajet dalam euro currency selama 14 hari 8 negara yang saudara visit? Terima kasih 🙂
W’salam. Bajet keseluruhan perjalanan dalam RM6K.
Assalamualaikum
Saya baca ulasan tuan kepada soalan yang bertanya tentang bajet selama 14hari tuan di sana = RM6K.
Boleh tuan bagi breakdown RM6K apa dan adakah RM6K tu bajet utk seorang. Saya tgh merancang utk membawa keluarga ke sana (In. Allah 2 dewasa 2kanak-kanak bawah 5thn)
Terima kasih.
Assalamualaikum
Saya baca ulasan tuan kepada soalan yang bertanya tentang bajet selama 14hari tuan di sana = RM6K.
Boleh tuan bagi breakdown RM6K apa dan adakah RM6K tu bajet utk seorang. Saya tgh merancang utk membawa keluarga ke sana (In. Allah 2 dewasa 2kanak-kanak bawah 5thn)
Terima kasih.
W’salam. Maaf, saya tiada cost breakdown. RM6k tu cost untuk seorang, termasuk tiket flight.
assalamualaikum farris,
kak pun berminat utk ke bosnia. byk trip yg agent aturkan tp byk negara yg dia org cover. sgt memenatkan. klu kak nak gi sana farris blh aturkan ke? tp bkn dlm masa terdekat sbb saya plan nak ke mekah buat umrah, InsyaAllah. mungkin next year punya budget.
tq
Wsalam. Insya Allah saya boleh aturkan. Nanti bila dah nak pergi boleh contact saya yerr 🙂
Ada trip lagi untuk buat next year 2018? Saya dan kawan plan nak bercuti di sana. Terliur tengok makanan sana.
salam Encik..saya plan nak ke Balkan bulan 9 ni. Boleh bagi contact number untuk saya minta advice skit
Hi salam.. sy bercadang untuk ke balkan pada bulan 8 2019 (raya haji).. di sana majoriti islam, suasana aidiladha diasana mcanana ye?
Wow..best nya ke Balkan..saya tak pernah berada di sana semasa aidiladha. Tapi saya rasa pasti ada tarikan dan kemeriahan nya yang tersendiri!
Assalammualaikum…
Alhamdulillah saya terjumpa blog tuan..mmg sedang study route balkan…ini impian saya..harap Allah makbulkan impian saya…tentative trip 17/5 – 2/6/2019…tgh study blog2 balkan tp yg plg menarik blog tuan sbb sy mmg plan route yg sama…so nnti sy just ikut saja …amat teruja skali bila bc blog tuan…x sabar dibuatnya…sy akan contact no tuan utk further info abt accomodation..terimakasih byk2..
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Moga ianya dapat memberi manfaat kepada para traveller yg sedang merancang untuk ke Balkan 🙂
Assalamualaikum.
Terimas kasih atas perkongsian. Boleh saya tanya En. Farrisn ada arrange kan trip ke Istanbul – Bosnia tahun depan (2019)?.
Terima Kasih
W’salam. Kalau ada yang nak pergi, saya boleh arrange kan trip. Jika dah ada 4 orang, boleh pilih tarikh sendiri nak pergi bila. Kira macam private tour laa kan. 🙂
Wokey
Alhamdulillah tulisan tuan sangat membantu tatkala pakcik sedang tercari cari catatan kembara ke balkan. Memang tersimpan hasrat untuk menziarahi saudara islam Balkan secara back packer bersama 2,3 orang sahabat.
Terima kasih kerana berkongsi.
Terima kasih tuan kerana singgah di blog travel saya ni. Kalau ada 4 org yang nak pergi sekali dengan tuan, saya boleh uruskan dan bawa group ke sana untuk jelajah Balkan.
Alhamdulillah, terima kasih kerana berkongsi pengalaman ke Balkan. Semoga dipanjangkan pahala tuan krn berkongsi info ini memudahkan peminat2 yg ingin berkunjung ke Balkan.
Saudara sy nak tanya beberapa soalan:
1.Betulkah kalau pergi bulan Disember 2018 x berapa meriah sbb business kurang krn musim sejuk, kebanyakan mrk lebih suka di rumah atau melancong ke tempat lain… sedihnya tu kalau restoran tidak beroperasi.
2. Adakah road trip (sewa kenderaan dan pandu sendiri) ke Balkan lebih mudah atau guna pengangkutan awam?
Terima kasih.
1. Saya pernah ke Bosnia pada bulan december tahun yang sama. Kedai dan restoran masih buka terutama di Sarajevo dan Mostar. Cuma pelancong agak kurang. Kelebihan nya tempat tak crowded dgn orang, harga barang2 pun lebih murah berbanding musim panas. Tempat penginapan juga agak murah dan senang untuk booking sebab tak ramai orang. Apa2 pun terpulang kepada preference masing2. Bagi saya kedua2 musim ada kelebihan masing2.
2. Kalau perjalanan bukan musim winter, saya berpendapat lebih baik sewa kenderaan sahaja sebab lagi convenient untuk bergerak ke tempat2 yg hendak dilawati, tidak terikat dengan waktu perjalanan bas. Tapi kalau winter, rasanya keadaan agak merbahaya sebab salji and cuaca amat unpredictable. Info ni saya dapat dari mereka yang pernah berada di sana semasa musim salji, memandangkan saya sendiri belum lagi memandu pada musim winter di sana.
Terima Kasih kerana berkunjung ke laman web ini.
Assalammualaikum,
Alhamdulillah saya jumpa blog Tuan dengan penuh information negara Balkan terutama sekali Bosnia kerana tempat tu memang dalam bucket list sejak sekolah lagi.
Boleh tak saya tahu senarai musim mengikut bulan di negara Bosnia ni? Kalau boleh saya nak pergi waktu musim luruh.
Terima Kasih
Wsalam n thanks for visiting my travel blog. Biasanya musim luruh antara bulan 9-11 setiap tahun.
Tq
Salam saudara, sy merancang untuk ke balkan countries insyaallah bulan 10 atau 11 2019. Tapi hanya perempuan ber dua shj. Selamat tak agak2 nya utk kami ke sana?
Boleh tak sy nk mintak tlg emailkan route perjalanan yg paling mudah utk kami?
Public transport atau sewa kereta yg lebih mudah dan murah?
Saudara ada menawarkan private trip utk ber 2?
Terima kasih ye
Wsalam.
Kalau 2 org, okey jer rasanya utk explore Balkan. Nak senang naik public transport. Nak best, sewa kereta drive sendiri. Boleh stop byk tempat2 cantik kat sana. Kalau route tu bergantung kepada negara2 yg kita nak pergi.
Utk pertanyaan lanjut bleh wasap saya di +60165644257.