Day-5 (Mostar – Dubrovnik – Montenegro)
Pagi yang indah di Mostar, pemandangan dari beranda rumah sewa begitu indah sekali dengan latarbelakang gunung-ganang dan rumah2 penduduk tempatan yang tersusun rapi di lembah dan lereng bukit, disinari cahaya emas dari sinaran mentari pagi. Ianya begitu mempersonakan. Hari ini kami checked-out dari rumah tersebut dan menuju ke stesen bas untuk sarapan sebelum menaiki bas untuk ke bandar seterusnya; iaitu Dubrovnik yang terletak di negara Croatia. Tiket bas dari Mostar ke Dubrovnik berharga RM58 untuk perjalanan sehala dan dibeli sehari sebelumnya.
Bandar ini merupakan antara bandar yang terkenal dengan keindahan keindahan lanskap rumah-rumah yang terletak di lereng bukit, dan mengadap lautan luas yang terbentang. Perjalanan hari ni akan merentas sempadan dua buah negara, iaitu Croatia dan Montenegro. Memandangkan kos untuk menginap di Dubrovnik adalah terlalu tinggi, kami hanya akan singgah seketika di bandar Dubrovnik sebelum menaiki kenderaan seterusnya ke Montenegro. Walau tidak bermalam, tetapi kami tetap puas menikmati pemandangan sepanjang perjalanan dari Mostar ke Dubrovnik tersebut. Memang begitu mempersonakan. Kawasanya terletak di sepanjang pantai, dengan suasana indah di mana kapal-kapal putih yang berlabuh menandakan kawasan ini sememangnya didiami oleh penduduk Croatia yang berpendapatan tinggi dan mewah.

Kami tiba di bandar Dubrovnik hampir jam 2 petang dan terus sahaja menuju ke kaunter bas untuk membeli tiket ke Kotor, Montenegro yang sepatutnya bertolak pada jam 6.30 petang. Namun, nasib tidak menyebelahi kami bila tiket bas pada hari yang sama telah habis dijual dan tiket hanya ada untuk perjalanan esok harinya jam 8 pagi. Memang ligat jugalah kepala memikirkan pilihan lain yang ada untuk ke Kotor, kerana memang kami tidak mahu menginap di sini memandangkan harga bilik hostel sahaja untuk seorang adalah lebih kurang RM 400++. Lagipun, kami tidak menyewa kereta untuk membolehkan kami menjelajah ke kawasan sekitar Dubrovnik, jika kami membuat pilihan untuk menginap di sini. Pilihan lain yang tinggal adalah menaiki teksi ke Kotor. Namun harganya bukanlah murah juga. Mujurlah, ada dua orang traveller yang mengalami nasib yang sama dengan kami. Seorang pemuda dari Jerman, dan seorang lagi dari Italy. Kami berempat berpakat untuk menaiki teksi ke Montenegro, dan kos teksi akan dikongsi bersama. Alhamdulillah. Allah permudahkan perjalanan kami ke Kotor, Montenegro. Teksi pertama yang kami naiki sekadar menghantar kami hingga ke sempadan Croatia-Montenegro. Kemudian di sempadan, kami menukar menaiki teksi yang lain pula yang membawa kami dari sempadan terus ke Kotor, Montenegro. Separuh bayaran di selesaikan di sempadan, manakala bakinya bila tiba di Kotor. Kos teksi untuk seorang dalam RM150 untuk 2 jam lebih perjalanan.

Syukur, kami tiba di Kotor-Montenegro hampir jam 5 petang. Driver teksi menurunkan kami berhampiran dengan Old Town Kotor, dan kami ‘menapak’ ke old town bersama dengan traveler Jerman dan Italy yang berkebetulan hotel mereka terletak di situ juga. Masuk sahaja ke Old Town Kotor, memang saya terpegun dengan seni binaan dalam kota tersebut. Memang sebiji seperti dalam cerita-cerita purba di TV dan keadaan nya masih terjaga dan bersih sekali (walaupun namanya Kotor, tp bandar ini amat tersusun sekali). Kami melewati bandar kotor dan terus ke stesen bas terlebih dahulu untuk membeli tiket ke Shkoder Albania esoknya. Selesai urusan membeli tiket, kami kembali ke old town untuk makan sambil mencari tempat menginap untuk malam ini. Akhirnya, kami berjaya booking hotel di dalam kubu kota lama ini dengan harga yang berpatutan ( RM134 seorang – Studio Belvis Hostel). Masalah dengan hotel ini ialah, signage hotel tidak diletakkan dengan jelas yang boleh dilihat dengan jelas dari jalan. Banyak kali juga kami melintasi bangunan hotel semasa mencarinya, namun gagal sehinggalah terpaksa meminta bantuan dari petugas di Kaunter Informasi yg terletak di pintu masuk kota lama. Setelah mendapat gambaran yang jelas, barulah kami berjaya tiba ke hotel tersebut (ianya terletak dibahagian atas dan kena menaiki tangga kecil di tepi bangunan2 lama untuk sampai ke situ. Haha, memang mencabar. Tetapi ianya belum habis lagi. Walau telah tiba, kami masih tidak dapat masuk kerana terpaksa menunggu pemilik hotel untuk datang membuka pintu utama dari luar dan dia hanya akan tiba dalam 15 minit lagi. Itupun ada seorang pakcik yang sedang melepak di bar berdekatan, yang tolong menelefon pemilik tersebut setelah melihat kami mundar mandir di depan hotel seperti pak pandir! Haha. Pakcik tu orang Serbia,katanya pernah tiba di Malaysia. Entah betul atau tidak, saya tidak pasti. Tunggu punya tunggu, hari semakin gelap dan maghrib akan masuk dalam 15 minit lagi. Mujurlah, pemilik tersebut tiba dan membenarkan kami untuk terus masuk kebilik setelah selesai urusan-urusan checked-in. Akhirnya, setelah mengharungi perjalanan yang panjang, dapat juga akhirnya merehatkan badan di atas tilam. Nikmatnya sebuah perjalanan!
Malam tersebut, saya sekadar menjelajah sekitar kota lama Kotor, melihat aktiviti masyarakat sekitar pada malam hari. Sempat juga mengambil beberapa gambar dalam kota lama. Masa untuk Night Photography!



Day-6 (Montenegro – Albania)
Seperti biasa, saya akan keluar berjalan-jalan di sekitar tempat penginapan pada waktu pagi setiap kali singgah bermalam di sesuatu tempat. Kota lama ini sebenarnya terletak berhadapan dengan Bay of Kotor (pelabuhan Kotor) di mana tempat inilah suatu ketika dahulu merupakan pusat pemerintahan yang begitu strategik kerana kedudukan nya yang terletak di laluan laut untuk masuk ke wilayah Montenegro ini dan dibelakang kota ini pula adalah lereng bukit yang begitu tinggi yang sesuai untuk dijadikan sistem pertahanan yang kukuh suatu ketika dahulu.
Di pelabuhan ini, setiap pagi diadakan pasar tani untuk penduduk tempatan menjual barang-barang seprti sayuran, buah buahan, daging, makanan laut, dan juga rempah ratus pada harga yang berpatutan. Saya singgah seketika di pasar untuk membeli ikan dan buah untuk sarapan pagi ini. Maklumlah, di sini memang tiada kedai atau restoran halal, jadi pilihan yang tinggal adalah masak sendiri.








Balik bilik, masak, makan dan bersiap untuk checked-out. Berjalan menuju ke stesen bas yang terletak tidak jauh dari Kota Lama, Kotor. Kerana jadual yang padat, kami tidak sempat untuk menjelajah ke pekan2 lain di Montenegro, dan antara yang tidak sempat kami lawati ialah masjid di Bar, Montenegro. Mungkin lain kali jika ada peluang untuk kembali lagi. Bas ke Albania bertolak dalam pukul 10 pagi. Penumpang tidaklah penuh, dan bas kali ini tidaklah panjang seperti bas biru yang kami naiki dari Mostar. Sekadar van kontot sahaja, atau dalam bahasa tempatan ianya dikenali sebagai ‘furgon’.






Perjalanan ke Albania lancar. Pada mulanya, perjalanan banyak melalui kawasan pantai, menyusuri lereng-lereng bukit yang menghidangkan pemandangan menarik tepi pantai seperti mana perjalanan dari Mostar ke Dubrovnik kelmarin. Kemudian, bas mula mendaki menyusuri lereng-lereng bukit dan tanah tinggi jauh ke kawasan pergunungan dan kelihatan banyak tanaman yang ditanam di lembah-lembah bukit, terutamanya pokok-pokok limau.






Hampir 3 jam kemudian, barulah kami tiba di sempadan Montenegro – Albania. Passport kami dan penumpang lain di ambil oleh pemandu ‘furgon’ untuk diserahkan dikaunter imegresen. Hampir 20 minit kemudian, setelah semua urusan selesai, bas meneruskan perjalanan ke bandar seterusnya iaitu Shkoder. Tiba di Shkoder, bas berhenti berhampiran dengan masjid besar di pekan ini. Di sini tiada stesen atau perhentian bas khas. Semua urusan naik turun penumpang hanya berlaku di lokasi berdekatan dengan Masjid tersebut di bahu jalan. Jalan raya juga tidak berapa sibuk. Albania merupakan sebuah negara Islam yang mana majoriti rakyatnya menganut agama Islam.
Kebetulan waktu tiba di situ, sudah masuk waktu zohor, jadi kami terus sahaja ke masjid tersebut untuk solat. Sampai sahaja di pintu masjid, ada sahaja yang menegur bertanya khabar atau paling kurang pun memberi salam, seperti jarang sekali kelihatan orang asing berkulit sawa matang yang datang ke sini. Hehe!



Selesai solat, kami bertanyakan kedai makanan halal yang berdekatan kepada salah seorang jemaah. Dia lantas merujuk kami kepada ‘tok siak’ masjid (barangkali…) yang kemudianya membawa kami ke kedai makan yang biasa dikunjungi. Katanya kedai tersebut memang halal dan tidak perlu gusar, Kami yakin jer la, lagipun yang bawa ke situ adalah orang masjid. Tapi pakcik siak ni memang tak faham inggeris yang membuatkan sesi bicara sambil makan kami amat meriah dengan suara dan isyarat tangan yang ntah-apa-apa-ntah untuk memastikan masing-masing faham apa yang dibicarakan (harap-harapnya begitulah).
Usai makan dan mengucapkan selamat jalan kepada Pakcik Siak, kami ‘menapak, ke hotel yang telah ditempah semasa berada di Kotor, semalam. Kedudukan hotel ini pun agak strategik, iaitu betul2 berdekatan dengan roundbout utama di bandar Shkoder dan kawasan2 tarikan sekitar boleh dijelajah dengan berjalan kaki sahaja. Nama hotel ialah Prince Hotel, dengan kos RM56 seorang untuk satu malam termasuk sarapan. Terbaikk!

Petangnya kami menjelajah di kawasan sekitar bandar Shkoder. Sempat melawat beberapa tempat menarik termasuk Abu Bekr Mosque, beberapa monument perang, dan juga taman-taman awam. Sambil itu, kami mengambil kesempatan untuk membeli tiket perjalanan esok hari, di mana kami akan merentasi tasik Koman (tasik terbesar di Albania) yang memang terkenal dengan pemandangan nya yang indah memukau. Tiket feri termasuk perjalanan dengan van ke jeti ada di jual di pejabat yang menawarkan pakej ini, Ianya terletak berhadapan dengan bangunan Cinema Millennium, dan kos perjalanan untuk seorang termasuk van dari bandar Shkoder ke jeti, tiket feri (untuk 3 jam perjalanan merentasi tasik) dan juga van dari Fierza jeti ke pekan terdekat Bajram Curr adalah berharga 20 euro seorang. Jika datang ke sini, saya amat rekomen untuk mencuba pengalaman perjalanan dengan feri ini kerana percayalah, anda pasti tidak akan menyesal melakukanya. Perjalanan kami kesana bermula seawal jam 6.30 pagi esok.








salam ,bolih saya tahu berapa belanja ground untuk trip ini.hotel makan .bus ferry untuk trip ini.saya planning nak ke balkan next year inshallah,40 hari,solo
Ground cost dalam RM3K per pax. Thanks
Salam. Sudah pernah coba https://www.facebook.com/spicesofmalaysia/
Alhamdulillah jumpa halal food disana.
terima kasih, lain kali bila travel boleh cuba cari di FB yg tuan sarankan…:)
salam, boleh saya tau nama kedai makan halal di shkoder?
Wsalam. Lupa pula nama kedai. Tp kedai makan halal byk di perkarangan masjid di shkoder.
assalam…
rasa2 selamat tak jika kami dua org perempuan utk try feri tasik koman tu??
Boleh ajer, xde masalah. Ramai jer family yg naik ferry tersebut. Tkasih.
Asslamualikum
pada bulan february tahun depan saya akan ke balkan bersama anak2 (8+5 tahun) trip sendiri.. dari sarajevo ke montenegero using public transport mcm mana ya..