Kembara VIDEO| JAPAN & KOREA

Kali ini saya ingin berkongsi KEMBARA VIDEO yang sempat dihasilkan dengan menggabungkan klip-klip video pendek yang dirakam sewaktu berada di Jepun dan Korea Selatan tempoh hari.

Kebanyakkan klip video dirakam dengan menggunakan handphone sahaja iaitu dari model Samsung Note 4 & 5, dan ada juga sedikit dari Nikon D610 DSLR kamera. Tiada sebarang ‘stabilizer’ efek yang digunakan semasa editing. Hanya trim dan sambung klip2 berkenaan dengan sedikit tulisan tentang info tempat2 yang dipaparkan. Dan akhir sekali masuk kan lagu latar belakang. Siappp…..! Senang jer.

Owh, saya menggunakan software free dari microsoft sahaja iaitu Window Movie Maker (agak bosan juga software ni kerana function yang limited semasa editing, tapi boleh lah pakai untuk edit video2 simple macam ini).

Sekarang saya masih mencari cara yang paling ekonomi untuk merakam video dalam format 4K. Melihat kepada harga kamera digital yang boleh merakam video 4K (Panasonic GH4, hehe) sekarang masih mahal (RM3k ~ RM6.5K range) membuatkan ianya sampai skrg masih ‘dalam perancangan sahaja’. Buat masa ni mungkin saya hanya akan terus merakam video travel dengan menggunakan handphone dahulu,  menggunakan format rakaman 4K yg memang tersedia ada. Walau kualiti mungkin kurang jika nak dibandingkan dengan ‘the real camera’, tapi buat dulu dengan apa yang ada. Mungkin satu hari ada rezeki untuk dapat kamera 4K pula? Hehe

Baiklah, sekian sahaja coretan buat setakat ini.

Enjoy the video (yang tak seberapa nih!! Huhu), dan jangan lupa untuk TEKAN butang SUBSCRIBE di YOUTUBE channel saya nanti.

“Travel, in the younger sort, is a part of education; in the elder, a part of experience.” – Francis Bacon

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *