Kembara KOREA | SEOUL & BUSAN

Korea; sebuah negara yang terletak bersebelahan dengan negara Jepun, dan kini menjadi tumpuan ramai terutamanya pengunjung dari negara-negara asia tenggara seperti Malaysia. Mungkin ramai yang datang ke sini kerana ingin menyaksikan sendiri tempat-tempat indah & menarik di samping mempelajari budaya masyarakat negara ini yang sebelum ini banyak di paparkan di media tempatan melalui rancangan drama-drama bersiri Korea, ‘Winter Sonata’ mungkin? Atau ramai yang datang kerana terlalu meminati artis-artis K-pop yang popular dan ‘trending’ pada masa kini?

Jujur saya nyatakan, kami sekeluarga langsung tidak pernah menonton drama popular Korea seperti Winter Sonata. Kami juga langsung tidak mengenali mana-mana artis K-Pop. Walau apapun sebabnya, tidak mengapa. Dunia hari ini bukan mudah untuk di fahami.

Mungkin persoalan di atas ini yang menjadikan antara sebab yang membawa kami ke negara unik ini. Ditambah dengan lokasinya yang berada tidak jauh di timur Jepun, menjadikan ianya sebuah lagi negara yang kelihatan ‘asing’ bagi kami, dan semestinya mencetus naluri keterujaan kami untuk menjelajahi negara ini.

_DSC4948
Itaewon Grand Mosque, Seoul Korea

Coretan ringkas ini merangkumi pengalaman kami semasa berada di Seoul dan Busan selama 5 hari, juga tempat2 menarik yang sempat kami lawati.

DAY 1:

Penerbangan dari Tokyo Haneda, Jepun ke Seoul Incheon airport, Korea mengambil masa hampir 2 jam setengah. Kami mendarat di Incheon airport dengan Peach Airline sekitar jam 4.30 pagi. Suasana tidaklah sesibuk mana. Mungkin kerana masih awal pagi. Urusan di kaunter imigresen berjalan lancar. Keluar di balai ketibaan hampir jam 5.15 pagi. Terus cari ‘port’ untuk solat Subuh yang mungkin akan luput waktu dalam 15 minit lagi. Jumpa kawasan kosong di bahagian belakang kaunter apa ntah yang masih belum beroperasi. Alhamdulillah, sempat.

Keadaan di balai ketibaan Incheon airport ini pada waktu pagi agak berterabur pada pandangan saya. Tidak seperti di Jepun yang sentiasa bersih dan kemas walau di manapun pandangan dilontarkan. Ditengah2 ruang legar ada kawasan tempat duduk yang disediakan sekali risalah yg mengandungi maklumat tentang Seoul sebagai rujukan. Terdapat juga pusat ‘mengecas’ telefon di situ untuk pengunjung yg memerlukan – ini bagus. Setelah menyegarkan diri, dan sel-sel otak kembali bersambung; saya terus ke kedai runcit berdekatan untuk membeli 2 keping kad T-money. Kad ini perlu untuk menaiki kenderaan awam seperti train, metro dan juga bas. Maklumat lanjut mengenai T-money boleh rujuk di SINI.

Kami bertolak dari airport ke daerah Itaewon, dengan menaiki bas diikuti dengan metro train. Perjalan mengambil masa kurang lebih 1 jam 15 minit. Tiba di Itaweon sekitar jam 12 tgh hari dalam keadaan hujan renyai. Penginapan kami di Itaewaon di tempah menggunakan servis Airbnb sehari sebelumnya. Ianya terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari Itaewon Metro Station dan 4 minit untuk ke Masjid Itaewon. Tempat yang sesuai. Ianya juga amat dekat dengan kedai2 makanan halal terutamanya di kawasan sekitar masjid Itaewon. Jadi kami tidak perlu gusar tentang lokasi makanan halal sepanjang berada di Seoul ini. Terjah sahaja, memang pelbagai pilihan restoran halal ada di sini.

DSCF3726
Antara kedai makan Halal yang popular di kalangan orang Malaysia.

Hari pertama di Seoul, kami hanya meneroka kawasan sekitar Itaewon sahaja. Lagipun hari pertama di sini hujan renyai. Mungkin juga faktor keletihan dari perjalanan semalam yang masih belum hilang disamping memberi peluang untuk anak-anak berehat setelah mengharungi perjalanan berterusan selama seminggu di Jepun.

DSCF3712
Murree Muslim Food Restaurant di Itaewon
DSCF3709
Nida seronok dapat makan masakan Korea
DSCF3718
Antara menu makan malam kami!
DSCF3717
Antara menu makan malam kami!
DSCF3715
Antara menu makan malam kami!
DSCF3714
Antara menu makan malam kami!

Malamnya kami mencuba makan malam di sebuah restoran Halal yang menyediakan menu masakan Korea, iaitu ‘Murree Muslim Food’. Ianya terletak di jalan belakang Masjid Itaewon dan amat senang untuk di cari. Rasa masakanya juga amat enak dan sedap di samping harga yang agak berpatutan juga. Ramai juga orang Malaysia yang sedang menjamu selera di situ semasa kami tiba. Reaksi biasa bila bertemu; senyum-senyum sahaja. Selesai makan, kami pusing-pusing kawasan sekitar sebelum pulang ke rumah untuk merehatkan anak-anak yang mungkin sudah keletihan dan mengantuk. Oleh kerana mata masih belum mengantuk, saya keluar kembali berjalan berseorangan di kawasan sekitar jalan-jalan di Itaewon sambil merakam aksi-aksi jalanan pada waktu malam.

_DSC4828
Suasana malam sekitar Itaewon
DSCF3721
Suasana malam sekitar Itaewon

DAY 2:

Hari kedua berada di bumi Korea, kami memperuntukkan masa sehari suntuk berada di jalanan. Tempat pertama yang dituju ialah ke Taman Tema Lotte World; antara yang terbesar juga di Seoul dan ianya terletak di pusat bandar. Tempat ini bagi kami amat sesuai untuk dikunjungi oleh mereka yang membawa keluarga bersama, terutamanya anak kecil. Seminggu juga anak-anak mengikut kita orang dewasa mengembara tanpa henti ke tempat menarik bagi kita orang dewasa, jadi rasanya tak salah untuk membawa mereka ke tempat kesukaan mereka pula. Untuk maklumat lajut berkenaan tempat ini, boleh rujuk di SINI.

DSCF3733
Pintu masuk ke Lotte World
DSCF3735
Lotte World Adventure

Kami berada di Lotte World dari jam 10.30 pagi hingga hampir jam 3 petang. Memandangkan kawasan taman tema ini amatlah luas dengan pelbagai permaian yang ada (untuk dewasa dan kanak2), jadi memang lama laa kami peruntukkan masa berada di sini. Dari sini juga, dapat dilihat dengan jelas keindahan Lotte World Tower yang sedang melalui fasa-fasa terakhir pembinaan. Ianya pasti menjadi mercu tanda utama di Seoul apabila siap sepenuhnya nanti.

DSCF3736
Taman tema (Bahagian dalam Mall)
DSCF3824
Bahagian luar ada binaan istana, dan juga banyak lagi permainan seperti Roller Coster dll.
DSCF3792
Ada persembahan, atau ‘parade’ pada jam 2.30 ptg setiap hari
DSCF3773
Pelbagai aksi yang diperagakan
DSCF3766
Bahagian dalaman Taman Tema Lotte World
DSCF3756
Bahagian dalaman Taman Tema Lotte World
DSCF3782
Watak apa pun tak pasti, haha
DSCF3861
Pemandangan dari luar istana
_DSC4911
Lotte World Tower yang jelas kelihatan dari Taman Tema
20160511_141052
Bergambar di luar istana taman tema sebelum masuk ke dalam
20160511_111017
Suasana dalam Lotte World

Dari Lotte World, kami ke pasar tradisional di Seoul yang terkenal dengan nama Namdaemun Market. Ianya merupakan pasar tertua di Seoul, yang mula di buka pada tahun 1964 dan menjual pelbagai barangan keperluan seperti pakaian, barang dapur, cenderahati, dan pelbagai barangan lain lagi pada harga yang murah dan berpatutan. Selepas penat pusing-pusing di jalanan sekitar market, kami singgah seketika di kedai kebab berdekatan untuk berehat dan menjamu selera seketika. Anak-anak pun dah nampak penat berjalan. Jadi layanlah kebab turkey dahulu. Kedainya kecil dan terletak dicelah-celah kedai lain yang lebih ‘gah’ dan besar. Ada bangku2 kecil disediakan untuk pengunjung yang ingin makan di situ.

DSCF3870
Suasana sekitar Namdaemun Market
DSCF3905
Segar dan mengujakan!
DSCF3898
Air yang dijual di kedai Kebab
DSCF3896
Kedai Kebab berhadapan T Mark Grand
DSCF3890
Layan sahajalah. Kedai halal sekitar ini hanya ada jual kebab sahaja ๐Ÿ™‚
DSCF3889
Pelbagai barangan yang ada di jual di sini dengan harga yang berpatutan
DSCF3886
Pelbagai barangan yang ada di jual di sini dengan harga yang berpatutan
DSCF3885
Pelbagai barangan yang ada di jual di sini dengan harga yang berpatutan
DSCF3878
Pelbagai cenderamata yang ada di jual di sini dengan harga yang berpatutan
DSCF3877
Pelbagai cenderamata yang ada di jual di sini dengan harga yang berpatutan
DSCF3876
Pelbagai makanan juga, tapi yang pastinya TIDAK halal.
DSCF3875
Santai sahaja
DSCF3874
Jalan sekitar market
DSCF3873
Honda….
DSCF3871
Barangan kehendak wanita ๐Ÿ™‚

ย Usai makan kebab di area Namdaemun, kami menaiki metro untuk ke destinasi seterusnya iaitu Noryangjin Fish Market. Walaupun hari sudah mula gelap, kami teruskan jua niat untuk ke sana untuk melihat sendiri keunikan pelbagai hidupan laut yang ada dijual di sana. Apa yang lebih menarik, hidupan laut ini disimpan dalam akuarium yang besar-besar untuk memastikan ianya masih segar dan hidup semasa urusan jual beli. Antara hidupan laut yang menarik adalah King Crab (ketam gergasi), lobster, Octopus, Udang bersaiz besar, Sotong dan pelbagai jenis ikan-ikan & kerang-kerangan yang ada dijual di sini. Nyata kesegaran hidupan laut yg dijual mampu menggugat poket pengunjung yg datang ke sini termasuklah kami. Sempat juga membeli seekor King Crab dan ‘Ikan Sebelah’ buat hidangan bila tiba di rumah nanti. Owh, Noryangjin Fish Market ini memang dibuka hingga lewat malam. Tetapi jika datang di waktu pagi rasanya lebih berbaloi kerana lebih banyak kedai-kedai yang di buka dan stok baru dari pembekal pun baru tiba.

DSCF3909
Pemandangan dari entrance tingkat atas pasar
DSCF3927
Macam-macam hidupan laut yang ada di sini
DSCF3924
Melayan telatah anak-anak yang cuba menyentuh ketam laut
DSCF3923
Berani juga anak perempuan yang sorang ni!
DSCF3922
Kita ambil yang ini la sekor buat balik rumah, haha..
DSCF3921
Sedang memilih ketam untuk di bawa pulang
DSCF3917
Pelbagai jenis siput
DSCF3916
Udang bersaiz besar
DSCF3911
Makcik2 tokey kedai yang masih gigih berada di kedai walau sudah malam.

ย Usai membeli bekalan seafood untuk makan malam ini, kami pulang ke Itaewon dan tiba di rumah sekitar jam 10.30 malam. Untuk memastikan kami merasa ketam yang dibeli dalam keadaan nya yang masih segar, jadi malam itu juga saya menyediakan menu sesuai dan ringkas untuk di makan bersama; Meggi Kari King Crab!! Hehe. Yup, serius mantap. Kalau guna ketam biasa pun menu dah mampu membuatkan kita menjilat mangkuk, apatah lagi bila menggunakan ketam segar King Crab. Slurrrpp..!!

DSCF3951
Besar tak? hehe…
DSCF3955
Rebus dahulu sbelum ngapp!

DAY 3:

Hari ketiga di Itaewon; tibalah masa untuk check-out dari rumah tumpangan dan bersiap menuju ke wilayah seterusnya iaitu Busan. Sebelum ke Seoul Station, kami ke Masjid Itaewon untuk solat jamak qasar Zohor & Asar. Seterusnya kami makan tengah hari di restoran berdekatan masjid. Menu masakan korea lagi. Tapi lebih sedap makanan di restoran Murree tempoh hari.

20160512_115527Aktiviti seterusnya ialah membeli tiket keretapi laju KTX dari Seoul Station ke Busan Station. Alhamdulillah, masih ada. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah, dengan jarak sejauh 370 km. Pemandangan sepanjang perjalanan amat menarik dan indah dengan landskap yang berbeza. Apa yang jelas, semakin kami menghampiri wilayah Busan, semakin banyak kelihatan kilang-kilang dan kawasan perindustrian yang tersusun di sepanjang laluan keretapi . Kelihatan juga bukit bukau yang menghijau, nyata berbeza dengan pemandangan di Seoul yang rata-ratanya dilindungi dengan bangunan-bangunan tinggi; hutan besi.

20160512_143828
Bergambar sebelum menaiki train KTX di Seoul Station.

Tiba di Busan Station jam 6.30 petang. Rumah penginapan Airbnb seterusnya terletak 10 minit berjalan kaki dari Busan Station di mana trian KTX berhenti. Kami berjalan kaki sahaja menuju ke apartment tersebut, tanpa menyedari yang ianya lebih cepat jika kami menukar menaiki Metro Line di Busan station tadi dan berhenti di Choryang Station (1-stop dari Busan Station). Apartment kami hanya 1 minit ‘menapak’ dari EXIT 4 Choryang Station. Memang selesa dan mudah. Rumah kali ini juga lengkap dengan dapur, TV dan internet. Ada tempat membasuh baju menggunakan syiling di tingkat bawah. Juga amat berdekatan dengan kedai runcit dan deretan kedai-kedai pelbagai di jalan utama.

20160514_145849
Tiba di Busan Station

Oleh kerana hari sudah pun gelap, kami hanya menghabiskan masa di apartment sahaja pada waktu malamnya. Beri peluang anak-anak kecil berehat di rumah sambil layan kartun kegemaran mereka – Boboiboy dengan menggunakan internet percuma berkelajuan tinggi.

DAY-4:

Awal pagi, kami bersiap untuk ke lokasi pertama di Busan, iaitu Jagalchi Market yang terletak bersebelahan dengan pelabuhan di bandar Busan. Di sini juga ada terdapatnya ‘seafood’ fresh yang juga di jual dalam akuarium-akuarium besar; setup yang hampir sama seperti yang terdapat di pasar masah di Seoul yang kami kunjungi kelmarin. Cuma di sini, anda boleh membeli seafood fresh, dan ianya boleh terus di masak direstoran yang terdapat di dalam market tersebut (restoran berada di tingkat 1, manakala tempat jualan bahan mentah di tingkat bawah).

DSCF398711
Ikan kering yang banyak di jual di luar pasar Jagalchi, Busan.
20160513_113158
Hasil tangkapan dari market, masih hidup dan bergerak-gerak.
20160513_123111
Lobster + Octopus Curry, yum2!

Oleh kerana kami tidak pasti status halal bahan-bahan yang akan dicampur sekali dalam masakan di restoran tersebut, jadi kami mengambil keputusan untuk membeli bahan mentah sahaja, iaitu seekor ‘lobster’ dan juga sotong kurita. Saja ingin mencuba bagaimana rasanya. Lepas jalan-jalan di kawasan sekitar dan di pelabuhan bersebelahan dengan market tersebut, kami kembali ke apartment untuk memasak ‘hasil tangkapan’ tadi. Bahan perisa untuk memasak kami beli di kedai ‘grocery’ berdekatan. Kali kedua saya jadi chef di Korea memasak seafood untuk keluarga. Pengalaman lalu tidak di sia-siakan. Mujur masakan masih ada rasa. Licin juga akhirnya, dan yang penting anak-anak berselera. Hehe.

20160513_123116
Oyster bakar….

Petang nya kami sekeluarga keluar untuk melihat keindahan pantai yang terdapat di Busan ini. Kali ini kami menuju ke sebuah pantai yang dinamakan dengan Dadaepo Beach. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir sejam dengan menaiki bas. Tiada Metro yang sampai ke sana, jadi pilihan terbaik adalah bas. Namun, perlu di ingatkan yang pemandu bas di Busan ini kebanyakkan nya (saya rasalah) adalah bekas pemandu kereta rally mungkin. Inilah pertama kali dalam hidup yang saya perlu memegang erat tempat berpegang yang disediakan dalam bas, yang mana jika tidak saya pasti akan tercampak atau jatuh ke lantai. Betul. Aksi menekan brek secara mengejut, dan memecut dari keaddan bas berhenti juga secara mengejut adalah perkara biasa untuk pemandu bas di sini. Anak-anak memang kena pegang erat ke badan kita pada ketika ini, jika tidak, dengan anak-anak sekali boleh tercampak keluar tingkap. Ish, memang pelik bagaimana orang tempatan di sini boleh ‘cool’ sahaja dengan cara pemanduan ‘berhemah’ ini. Memang ianya satu pengalaman baru buat kami. Teruja pun ada, geram nak ‘pelekung’ kepala driver pun ada. Tapi, tahan sahaja lah, ini negara mereka. Masing-masing ada gaya dan cara tersendiri.

20160513_171224
Salah satu rekaan arca yang ada di tepian pantai.

Tiba di pantai hampir jam 6 ptg. Lepak-lepak di kawasan sekitar, sambil melihat binaan unik yang ada di paparkan di sini. Kebanyakkan nya arca-arca seni. Tiba malam, ramai pengunjung yang datang ke sini untuk melihat persembahan air pancut berirama. Memang menarik, air yang dipancut ke atas, dalam pelbagai bentuk, membentuk suatu corak unik yang mengikut rentak irama lagu yang dikumandangkan. Ianya berlangsung hampir 30 minit. Akhir persembahan, penonton di beri peluang untuk masuk ke dalam corak air pancut sambil mengambil gambar. Ada juga yang menari mengikut rentak irama yang di sajikan. Bagi saya, ianya suatu persembahan yang ‘direct’ sahaja, tetapi diusahakan agar ianya sedikit unik dan mampu menarik perhatian pengunjung dari pelbagai tempat untuk datang berkunjung ke situ; kreatif!!

20160513_191257
Air pancut berwarna warni mengikut irama yang dimainkan.

Kami kemudian menaiki bas kembali ke Busan Station, yang mana di seberang jalan, bertentangan dengan station ini ada terdapatnya sebuah restoran makanan halal. Kami singgah untuk makan malam di situ, sebelum kembali ke apartment dengan berjalan kaki sahaja sambil menikmati suasana malam di jalan-jalan utama di situ. Pemandangan yang santai, dan kurang sibuk kerana jalan yang telah mula lengang bila malam sudah semakin lewat.

20160513_214157

DAY-5:

Hari ini kami keluar awal untuk ke salah sebuah tempat menarik yang wajib di kunjungi bila tiba di Busan iaitu Taejongdae Park. Ianya terletak 1 jam perjalanan menaik bas dari apartment kami di Choryang. Taman ini merupakan antara taman yang mana terdapatnya pelbagai tarikan buat mereka yang meminati alam semulajadi seperti pohon-pohon bunga, taman rekreasi, menara tinjau dan juga rumah api, dan semua tarikan ini terletak di hujung tanjung dengan ketinggian 250 meter dari aras laut.

tajongdae
Lokasi Taejongdae Park dari Busan Station

Tiba di Taejongdae Park ini, pengunjung boleh memilih samada ingin berjalan kaki sahaja secara santai mengelilingi laluan yang disediakan sambil menikmati keindahan tebing tinggi berhampiran laut yang begitu menarik di sini; ataupun menaiki keretapi (macam yang ada di zoo negara tu ler..!) mengelilingi kawasan ini. Perlu di ingat, jika anda pilih untuk berjalan, laluanya tidaklah rata. Rata-rata laluan adalah berbukit, dan perlu kekuatan kaki untuk berjalan sejauh itu dalam keadaan yang seolah-olah mendaki. Namun, ramai juga kami lihat pengunjung yang hanya berjalan kaki perlahan mengelilingi kawasan taman. Cuaca terang, berangin dan sejuk semasa kami tiba di sina. Bagus untuk bawa jaket kerana angin sejuk dingin dari laut yang bertiup boleh meresap ke tulang jika sekadar memakai shirt nipis sahaja.

20160514_140502
Keretapi ‘siput’ kat belakang tu laa yang kami naiki.

Usai pusing-pusing kawasan sekitar (dengan menaiki keretapi ler, anak kecil memang tak larat nak mendaki lebih 1 kilometer pusing keliling), kami kembali ke tempat menunggu bas untuk menaiki bas kembali ke Busan Station. Dari sana, kami menaiki metro untuk ke Masjid Busan yang terletak berhampiran dengan Dusil Station. Keluar dari Dusil station, jalan terus, bila nampak kedai tayar Hancock, dan stesen minyak SK Energy, belok kanan dan jalan terus lagi. Di sana anda kan jumpa dengan Restoran Halal Cappadocia di sebelah kanan. Jalan terus sedikit, dan belok kanan. Akan nampak tulisan yang tertulis Islamic Centre, terus sahaja masuk ke pagar tersebut.

20160514_162606
Di hadapan majid Busan, Korea
20160514_161607
Ruang dalaman masjid
20160514_163311
Tempat kanak-kanak bermain berhadapan sekolah tadika yang bersebelahan dengan bangunan masjid.

Di sana tersergam indah masjid Busan. Kami singgah seketika untuk solat jamak Zohor & Asar di situ, dan kemudianya mejamu selera di Cappadocia Restaurant yang terletak betul-betul bersebelahan bangunan masjid. Maklumlah, dari tengah hari belum makan apa2 lagi. Tapi bagi kami restoran ni agak mahal sedikit harga makanan nya. Ada sebuah lagi kedai bersebelahan dengan masjid, iaitu restoran masakan Morocco. Di situ, harganya lebih murah, kuantiti yang banyak dan rasa pun memang sedap. Kami sempat ‘tapau’ sedikit makanan dari Morocco restaurant ini untuk bekalan makan malam nanti. Amat direkomen untuk mencuba masakan di sini.

20160514_170430
Makanan di Cappadocia Restaurant.
20160514_162723
Restoran Morrocco yang terletak bersebelahan dengan masjid.

DAY-6:

Hari terakhir kami berada di bumi Korea akhirnya tiba jua. Paginya kami memperuntukkan masa untuk mengemas barang-barang kami dan juga membersihkan rumah sewa sebelum check-out. Prosedur check-out yang senang sahaja. Hanya tinggalkan sahaja kunci rumah di dalam rumah dan pastikan pintu hadapan di kunci. Itu sahaja. Tidak perlu untuk menunggu atau berjumpa tuan rumah untuk kembalikan kunci. Airbnb, memang best!

Kami menaiki teksi untuk ke Busan Airport. Walau agak mahal sedikit, tapi ianya lebih ‘convinience’ bagi kami yang travel bersama anak-anak kecil dan juga bagasi yang walaupun tidak banyak, tetapi pasti mencabar juga jika ingin menaiki bas (racing?) sekali lagi. Hehe. Alhamdulillah. Allah SWT permudahkan perjalanan kami ke airport, dan seterusnya segala urusan imegresen di airport sehinggalah kami tiba dengan selamat di terminal KLIA2. Dengan ini, berakhirlah perjalanan kami sekeluarga di kedua negara asing di asia ini, iaitu Jepun dan Korea.

DSCF3907
Pemandangan biasa waktu malam di Korea

Sebuah lagi pengalaman bermakna yang menarik dan unik buat kami sekeluarga; dan ianya akan senantiasa berada di kotak memori kami. Jujur saya katakan, banyak perkara yang saya dan keluarga lalui dan pelajari sepanjang pengembaraan selama 12 hari ini. Insya Allah, jika berkesempatan akan saya coretkan dalam entry saya yang akan datang nanti.

Akhir kata, saksikan dahulu klip pendek ‘timelapse’ yang di hasilkan di lokasi Dadaepo Beach, Busan. Enjoy ๐Ÿ™‚

ย โ€œWhen you travel, remember that a foreign country is not designed to make you comfortable. It is designed to make its own people comfortable.โ€ โ€“ Clifton Fadiman

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

7 thoughts on “Kembara KOREA | SEOUL & BUSAN”

  1. Hi Assalamualaikum, boleh tahu En booking apartment dkt Airbnb atas nama siapa? atau apa nama apartment tu ye sbb saya pun nak pergi busan hujung tahun ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *