Kembara JAPAN | OSAKA – KOBE – KYOTO – NAGOYA – TOKYO

Sudah sepuluh hari sekembalinya kami dari kembara ke negara matahari terbit, Jepun. Hari ini barulah datang kekuatan untuk mula bercerita sedikit tentang trip kali ini. Kali ini, kami sekeluarga mengorak langkah ke negara Jepun dan juga Korea Selatan. Antara dua negara yang begitu asing buat kami. Sebagaimana maklum, negara ini begitu kaya dengan budaya dan adat mereka yang tersendiri, yang nyata berbeza dengan budaya negara-negara di barat seperti Europe, mahupun negara-negara Asia yang lain. Bahasa pula, menggunakan bahasa negara mereka sendiri sebagai bahasa pengantara, bermakna, cabaran tambahan untuk kami dalam berkomunikasi sepanjang pengembaraan. Jelas, ianya memang mencabar. Umpama itik bercakap dengan ayam, sehingga kadang2 semua bahasa isyarat tangan dan juga kaki turut terlibat dalam menggayakan aksi-aksi semasa berkomunikasi. Haha. Ianya mencabar, tetapi kelakar juga. Apapun, kami berjaya mengharungi perjalanan selama 7 hari di Jepun, dan 5 hari di Korea Selatan yang berkonsepkan ‘redah’ sampai ‘lelah’. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya!

_DSC4023
Osaka Castle, OSAKA.

ITINERARY

Di sini saya kongsikan itinerary ringkas kami sepanjang berada di kedua-dua negara. Tiada perancangan khusus. Kebanyakan tempat kami ambil keputusan untuk pergi semasa kami sudah pun berada di sana. Walau begitu, tempat-tempat yang kami pergi agak menarik juga dan berjaya memberikan kami sedikit pengalaman dari sudut yang berbeza dalam ‘mentelaah’ budaya kehidupan orang Jepun ini.

_DSC4003
Persembahan kebudayaan zaman Samurai, di perkarangan OSAKA Castle
_DSC4009
Musim panas, yang menarik ramai pengunjung ke sini

Day 1 : Tiba di OSAKA airport hampir 3.30 ptg. Beli 1-DAY OSAKA PASS. Amik subway ke Shin-Osaka dan check-in rumah di sekitar kawasan tersebut. Tempahan dibuat melalui Airbnb.

Day 2 : Mula explore OSAKA menggunakan OSAKA 1 DAY PASS. Tiba di OSAKA Royal Garden. Melawat OSAKA Castle. View dari atas castle memang ‘ohsem’ dengan angin sejuk bertiup segar. Dalam castle boleh lah melawat barang2 sejarah, cuma info semuanya dalam bahasa Jepun. Jadi, buat2 faham jer la! Melawat OSAKA History Museum yang terletak dekat2 situ juga.

_DSC3984
Tasik sekeliling Osaka Castle
_DSC4045
Pemandangan Osaka City dari tingkat paling atas istana.
_DSC4032
Pemandangan sekitar hadapan Istana dari tingkat paling atas Osaka Castle

Terus ke SHINSAIBASHI SUJI area untuk ‘lunch’ di Ali’s Kitchen Restaurant yang menghidangkan masakan Pakistan yg sodapp dan HALAL. Senang sahaja jika nak ke sini. Naik subway ke Shinsaibashi, keluar EXIT no.4. Terus bleh nampak signboard. Kedai nya sempit sahaja, dan perlu turun tangga ke bawah. Tp femes juga kerana sentiasa penuh kedai ni, Pemiliknya, memang extra peramah. Org Pakistan, tp cakap Jepun ‘berabuk’. Maybe dah lama menetap di OSAKA.

_DSC4078
Kedai kamera di Shinsaibashi area

Lepas makan, kami jalan-jalan sekitar jalan Shinsaibashi, Kawasan ni sebenarnya memang kawasan yang sentiasa penuh dengan org, dan kawasan ‘shopping’ dengan pelbagai kedai yang menjual macam2 barang ada di sini. Memang sesak sikit laa area sini. Kalau jalan terus, nanti akan tiba di kawasan terkenal yang banyak menjual pelbagai jenis makanan iaitu Dotonburi. Tak sah jika datang ke Osaka tapi tak datang sini. Di sini ada pelbagai jenis kedai, dan kebanyakkan nya adalah restoran yg menjual pelbagai jenis masakan menu2 Jepun. Ada juga beberapa kedai makan halal di sini, tetapi tidak banyak, Di sini juga kita boleh menaiki cruise dalam sungai tu, menyusuri keliling kawasan di Dotonbori ini. Lebih cantik lagi jika waktu malam kerana kedai dan bangunan kebanyakkan nya dihiasi dengan lampu neon / LED yang pelbagai bentuk dan rekaan. Memang terbaekk. Anak-anak pun teruja, walaupun penat seharian ‘menapak’ di sini.

_DSC4090
Pelbagai kedai dan restoran sekitar Dotonbori
_DSC4096
Pelbagai kedai dan restoran sekitar Dotonbori
_DSC4105
Pelbagai kedai dan restoran sekitar Dotonbori
_DSC4108
Pelbagai kedai dan restoran sekitar Dotonbori
_DSC4109
Pelbagai kedai dan restoran sekitar Dotonbori
_DSC4115
Pelbagai kedai dan restoran sekitar Dotonbori
_DSC4119
Restoran masakan Malaysia di Dotonbori. Tapi masa kami tiba, tiada tempat kosong. Fully booked.
_DSC4120
Restoran masakan Malaysia, Kenny Asia.
_DSC4129
Terang benderang sekitar sungai kecil di celah kesibukan jalan Dotonbori. Boleh naik boat di sini, percuma dengan Osaka 1 Day pass.
_DSC4134
Kena beratur ambil tiket dahulu sebelum naik boat

DAY 3 : Hari ketiga, kami terjah ke Kuromon Ichiba Market yg juga dikenali sebagai ‘Dapur OSAKA’ kerana di sinilah terletaknya pelbagai gerai-gerai makanan yg menghidangkan pelbagai jenis juadah makanan (menu jepun semestinya!) samada yg biasa dijumpai seperti sushi atau yg exotic seperti ikan buntal (bahaya nih, silap makan yg x betul disediakan, boleh ‘kiok’ weh). Kedai-kedai tersusun rapi sepanjang jarak hampir 600 meter yang mampu memuatkan 170 gerai. Pergh, memang panjang deretan kedainya, kalau nak jalan semua, memang memerlukan kekuatan kaki yang mantap. Hehe.

_DSC4152
Berjalan ke stesen keretapi untuk ke Kuromon Ichiba Market.
_DSC4187
Posing dengan patung pokcik ikan depan kedai Sushi.
_DSC4190
Apa ada dalam tong?
_DSC4196
Hiasan biasa dikebayakan kedai makanan di sini.
_DSC4199
Masak masakan laut yang segar.
_DSC4205
Anak kotong kurita, dah jadi satey sudah.
_DSC4208
Oyster osaka, adakah sama dengan Oyster Bluff?
_DSC4214
Ntah apa yang ditaruk sebagai rencah..huhu!
_DSC4219
Boleh guna kipas ni jika dah rasa cukup Japan…
_DSC4225
Suasana bersih di lorong belakang kedai makanan. Ada macam kat M’sia tak?
_DSC4226
Tuna segar sebagai bahan utama sushi. Cubalah, pasti tak nyesal.
_DSC4231
Isi ketam yang dibakar segar bercampur dengan keju cair..meleleh!
_DSC4256
Suasana di pasar yang memang bersih, kemas dan tersusun.

Selesai di pasar, kami meneruskan perjalanan ke Kobe, iaitu satu daerah yang terletak di bahagian selatan Osaka. Ianya terkenal dengan industri penternakan lembu yg menghasilkan daging lembu wagyu terbaik yang terkenal di seluruh dunia, dikenali sebagai Kobe Beef.Β  Di wilayah ini jugalah terdapatnya masjid tertua di Jepun, iaitu Masjid Kobe. Di sini juga terletaknya beberapa kedai-kedai runcit, dan pusat penjualan daging halal untuk kegunaan orang Islam di kawasan sekitar Kobe dan di ibu kota itu sendiri. Kami ke Kobe menggunakan JR Rail dari Osaka dan tiba di sana setengah jam kemudian. Berjalan kaki dari station ke Masjid Kobe dalam 15 minit sahaja. Indah binaan masjid yang bercirikan Islamic yg tersergam indah di tengah-tengah bandar Kobe.

_DSC4339
Penat berjalan dari Kobe Station ke Masjid, rehat jap ambil angin!
_DSC4342
Masjid Kobe, Japan
_DSC4351
Masjid Kobe, Japan
_DSC4354
Restoran Halal berdekatan dengan Masjid Kobe. Naan di sini memang terbaik!!

Usai solat, kami singgah di kedai runcit muslim utk membeli sedikit bekalan makanan, dan seterusnya ke kedai Pakistan yg terkenal dengan roti nann nya yang memang rangup dan sedap; Naan Inn. Memang sedap. Usai makan, kami kembali ke Osaka, untuk mengambil bag yang ditinggalkan di loker stesen keretapi, dan seterusnya menaiki JR rail train untuk ke daerah seterusnya iaitu Kyoto. Setengah jam kemudian, kami tiba di Kyoto, dan terus ke penginapan kami yg di book melalui Airbnb sehari sebelumnya.

_DSC4294
Suasana dalam train, senyap dan majoriti sibuk dengna urusan sendiri.
_DSC4367
Suasan malam di bandar-bandar Jepun

Day 4: Check-out dari rumah sewa, terus ke Kyoto station. Operasi mencari loker bag berjaya, berdekatan dengan kaunter tiket bas dalam Kyoto Station. Harga loker; 600 yen utk 24 jam. Beli 1 day pass untuk menaiki bas sekitar Kyoto. Destinasi pertama, menuju ke Arashiyama, tempat di mana terletaknya Bamboo Forest yang terkenal.

Kawasan ini amat terkenal dengan keindahan gunung ganang, sungai dan landskap alam semulajadi yang pasti memukai pengunjung. Cuaca hujan renyai hari ini, namun pengunjung di daerah terkenal ini masih ramai kelihatan. Kebanyakkan nya berpayung ‘lutsinar’, dan ianya dikira pemandangan biasa di Jepun ini. Dari jalan utama, kami perlu berjalan hampir 30 minit sebelum sampai ke kawasan Bamboo Forest ini. Ianya ternyata berbaloi, walaupun terpaksa menapak dalam gerimis hujan renyai. Begitu indah kawasan hutan buluh ini. Ianya menggamit suasana dalam cerita-cerita Ninja Jepun yg banyak ditayangkan di stesen TV utama Malaysia suatu ketika dahulu (dalam tahun 80-an). Ada juga yg siap berpakaian Geisha dan datang ke sini untuk mengambil gambar. Ramai juga pengunjung semasa kami tiba di sana, walaupun Golden Week di Jepun sudah pun berlalu dalam seminggu.

_DSC4412
Bamboo forest di daerah Arashiyama. Hujan renyai ketika kami tiba di sini.
_DSC4422
Perlu ‘menapak’ hampir 20 minit untuk tiba ke sini. Ada juga yg boleh masuk dengan menaiki kereta ke sini, mungkin orang kenamaan.
_DSC4446
Mungkin sedang berfikir untuk ke mana pula selepas ini?

Destinasi seterusnya di Kyoto ialah Toei Kyoto Studio Park iaitu tempat penggambaran filem-filem Ninja dan Samurai di Japan. Di sini, pengunjung boleh melihat persembahan dan melawat set-set penggambaran yang begitu luas, umpama Universal Studio Jepun laa kan. Huhu. Tapi, kami terlewat sedikit, dan tiba di entrance 1 jam sebelum ianya tutup. Memandangkan tempoh berbaki 1 jam memang tidak cukup, dan tak berbaloi untuk masuk dengan entrance yang agak mahal juga, sekitar RM70 seorang, kami memutuskan untuk kembali ke Kyoto Station. Sebelum itu, kami sempat singgah makan di Malaysian Halal Restaurant yang berkebetulan terletak berhampiran dengan perhentian bas di kawasan tersebut.

_DSC4457
Makan di Malaysian Halal Restaurant

Restoran ini menyediakan pelbagai masakan Malaysia. Nasi lemak pun ada. Apa lagi, bukan senang nak jumpa nasi lemak di Jepun kan? Hehe. Memandangkan hari ini masih belum lagi menjamah makanan berat, jadi kami order laa beberapa hidangan berat juga seperti nasi goreng, mee sup dan lain2. Pada masa yang sama, ada 1 keluarga Malaysia yang turut makan di situ. Sempat bersembang tentang kehidupan di Kyoto memandangkan mereka sekeluarga sudah lama menginap di sini. Sempat juga mengambil gambar buat kenang-kenangan. Sebuah keluarga yang sempoi, dan peramah. πŸ™‚

_DSC4466
Keluarga Malaysia yg telah lama belajar & tinggal di Jepun.

Usai makan, kami kembali ke Kyoto Station dengan menaiki bas, dan seterusnya membeli tiket Shinkansen untuk ke Nagoya. Hari sudah malam. Mengikut perkiraan, kami akan tiba di Nagoya Station hampir jam 12 malam.

_DSC4480
Kyoto Tower yg dilihat dari Kyoto Station

Perjalanan menaiki bullet train di Jepun untuk pertama kalinya, berjalan lancar. Seat tidaklah penuh. Keputusan untuk membeli tiket ‘unreserved’ seat (lebih murah) tadi nampaknya tepat kerana seat masih banyak yg kosong. Jadi tiada masalah untuk kami sekeluarga untuk duduk di kerusi yang berdekatan bersama.

Tiba di Nagoya, kami terus menuju ke rumah sewa seterusnya (airbnb lagi). Rumahnya terletak dalam 1 minit sahaja dari stesen. Rumah kali ini agak moden hiasanya. Cukup lengkap dengan segala peralatan. Nak basuh dan keringkan baju pun boleh. Memang terbaik dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding hotel. πŸ™‚

_DSC4487
Airbnb di Nagoya
_DSC4484
Kali ni kena yang katil 2 tingkat. Seronok anak2 memanjat!

Day 4: Pagi yang hening di Nagoya. Selesai sarapan dengan stock Brahim’s & Roti Nan yang masih ada, kami check-out dari rumah sewa dan berjalan ke train station yang terletak 1 minit sahaja dari rumah. Destinasi kali ini adalah ke Port of Nagoya Public Aquarium. Untuk ke sini, hanya perlu menaiki subway Meiko Line dan berhenti di Nagoyako Station. Di sini kita dapat melihat dari dekat hidupan laut seperti Dolphin, White Whales (beluga), Killer Whales (Orca), Penguin, penyu, dan pelbagai lagi hidupan laut yang memang susah untuk kita lihat sendiri secara dekat. Persembahan dolphin dan killer whale di sini memang terbaik. Tergamam sekejap memikirkan bagaimana haiwan laut dalam ini mampu dilatih untuk memberikan aksi-aksi menarik kepada pengunjung yang menyaksikan persembahan mereka. Kalau ke Nagoya, boleh lah berkunjung ke sini. Amat menarik dan antara tempat yang sesuaiΒ Β Β Β  untuk membawa keluarga bersama.

_DSC4576
Kolam utama tempat di maana Dolphin show berlangsung!
_DSC4556
Kalau duduk didepan, boleh lah beli baju hujan untuk perlindungan dari air, kerana anda pasti basah!
_DSC4550
Kolam lain yang menempatkan Killer Whale dan latihan dolphins.
_DSC4546
Besar dan luas kolamnya, cuma kawasan tempat pengunjung duduk merapat ke kolam semasa killer whale show agak terhad.
_DSC4534
Beluga atau White Whale sedang dilatih di sini.
_DSC4530
Suasana di luar berhampiran kolam
_DSC4527
Pelatih sedang menenangkan ikan lumba-lumba semasa sesi latihan
_DSC4524
Pengunjung boleh melihat dengan dekat haiwan unik laut dalam ini.
_DSC4522
Sesi latihan yang sedang berjalan.
_DSC4513
Ikan lumba-lumba ni, pelbagai aksi boleh dilakukan, janji ada upahnya, iaitu makanan!

Kami berada di sini hingga ke petang sebelum bertolak ke Nagoya Station dan makan malam di restoran muslim berdekatan. Kali ini kami ke restoran Sama-Sama, milik orang Indonesia Muslim,Β Β  yang terletak dalam 15 minit berjalan kaki dari stesen. Kami pesan makanan yang ringkas, selera Indonesia sahaja. Tapi memang sedap dan membuatkan badan bertenaga kembali setelah sehari tidak menjamah nasi (sehari jer pun, haha!).

_DSC4631
Sunset di Nagoya Port, bangunan kelihatan ialah Public Aquarium yang kami kunjungi.
_DSC4650
Seasana di hadapan Nagoya Public Aquarium.
_DSC4647
Berhampiran dengan Nagoya Public Aquarium, adalah tempat berlabuhnya kapal2 penguatkuasa polis marine.

Selesai makan, kembali ke Nagoya Station, ambil kembali bag yang ditinggalkan di loker, dan menuju ke Shinkansen Ticket Office. Destinasi seterusnya; Tokyo!! Train berlepas pkl 0932 malam dan mengambil masa 1 jam 41 minit untuk tiba di Tokyo Station. Perjalanan lancar. Dalam train masing-masing layan tidur sahaja. Kepenatan mungkin. Tiba di Tokyo Station, kami menukar train ke JR Line (Tozai Line), untuk menuju ke rumah sewa seterusnya (juga ditempah dengan Airbnb) yg terletak berdekatan dengan Takadanobaba Station. Perjalanan mengambil masa 20 minit. Dari station, perlu menapak lebih kurang 10 minit, sebelum tiba di rumah.

_DSC4498
Layan baring sana sini dalam train yang lengang

Kali ini kami tinggal di kawasan apartment yg agak modern juga. Ground floor, senang dan tak perlu berebut lift. Rumah kali ini lengkap dengan alatan untuk survive selama dua malam kami di sini. Kedai 7Eleven pun dekat dan senang untuk keperluan membeli barang2 dapur untuk masak. πŸ™‚

Day 5: Hari pertama di Tokyo, bandar terbesar di Jepun. Misi kami kali ini adalah untuk terjah ke kedai barangan terpakai yang banyak terdapat di sekitar Tokyo ini, dan ianya bukan kedai-kedai kecil, tetapi bersaiz warehouse. Kebanyakkan kedai menjual barangan terpakai ada perkataan -OFF di hujung namanya. Contoh; HARD-OFF, BOOK-OFF, MODE-OFF, HOBBY-OFF dan beberapa OFF laa lagi yang ada di sini. Kami sempat singgah di suatu kawasan yang menggabungkan semua kedai-kedai OFF yang kat atas. Jadi, memang puas hati laa explore barang-barang terpakai di situ. Di Jepun ni, walaupun ‘term’ yang digunakan adalah ‘terpakai’, tetapi kondisi barangan yang dijual adalah amatlah bagus sekali dan kebanyakkan nya adalah seperti barang yang masih baru.

20160508_130927
Gudang barang-barang recycle
20160508_131152
Basikal pun banyak dijual di sini
20160508_150730
Hasil ‘tangkapan’, antaranya adalah 2 biji stroller merah ini yg berharga lebih kurang RM60 satu.
20160508_141429
Zaman aktif musik dahulu, ini adalah antra gajet yang harus dimiliki.
20160508_141358
Rambang mata juga tengok gitar2 terpakai yang ada dijual di sini.
20160508_135915
Anak beranak oltromengg..!!
20160508_135827
Voltron ker haper ntah, tapi femes ni zaman kecik2 dulu!
20160508_135347
Star Wars pun banyak dijual di sini.
20160508_135324
Star Wars pun banyak dijual di sini.
20160508_135308
Orang Besi?
20160508_135226
Anok beranok Avengers!
20160508_135124
Lego, dan bermacam-macam lagi!
20160508_135109
Berkotak-kotak…mau pening peminat tegar kalau sampai ke sini.!
20160508_135104
Berkotak-kotak…mau pening peminat tegar kalau sampai ke sini.!
20160508_134042
Macam-macam replika ada di sini. Harga pun bleh tahan juga la, tengok karektor mungkin.
20160508_134032
Ni murah sket, timbang kilo kut…!

Kawasan yang kami tuju untuk ke kedai ini mengambil masa 35 minit perjalanan dengan JR train ke daerah Tokorazawa; kawasan yang kurang sibuk berbanding Tokyo dan macam kekampungan sedikit pun ada. Di sini ada dijual pelbagai barangan terpakai yang kalau nak buat list memang akan berjela-jela laa entry ini. So, senang kita tengok gambar jer laa kan πŸ™‚ Setelah membeli beberapa barang yang diperlukan, kami berjalan meneroka kawasan sekitar tersebut. Kelihatan susunan rumah-rumah di pekan kecil ini amat cantik dan begitu tersusun. Unik juga bila kelihatan pokok-pokok sayur yang di tanam di bahu jalan utama berdekatan dengan rumah-rumah penduduk sekitar. Segar jer nampak tumbuhnya. Terbayang dikepala ketika itu betapa sedapnya sayur segar goreng bersama ikan bilis dan sedikit belacan. Perghh! Memang konferm perut tengah lapar ketika itu.Β  Bertahan.

_DSC4710
sayuran segar..!
_DSC4701
Ulam kut, cicah dengan budu!
_DSC4724
Kawasan perumahan berdekatan
_DSC4726
Keretapi yang menuju ke daerah ini.
20160508_153352
Dalam perjalanan pulang ke stesen keretapi.

Naik train pulang ke rumah untuk berehat. Pertama kali dalam kembara kali ini kami tiba dirumah sebelum malam. Yess! Makan, Solat, Rehat. Kumpul tenaga. Malamnya kami keluar jalan-jalan di kawasan Shinjuku, sambil makan malam di Restoran Siddique yg terletak 700m di luar stesen. Sedap juga masakan Pakistan di sini, siap ada jual kuah daging cincang segera yang dalam pack (alaaa, mcm Brahim’s tu laaa..) kalau nak. Kami beli juga beberapa pack, buat stock untuk perjalanan yang masih berbaki berhari-hari lagi.

20160508_210533
Menu makan malam kami!!

Usai makan, kami bergegas menaiki train untuk ke DiverCity Tokyo Plaza yg terkenal dengan binaan patung robot Gundam yang besar amat tuh. Tempatnya berdekatan dengan Tokyo Teleport Train Station. Keluar sahaja train station, terus jalan kaki menuju ke DiverCity bangunan, kena cross street. Jika menghadap ke pintu masuk bangunan, terus jalan ke sebelah kiri luar bangunan (seolah-olah nak ke belakang bangunan tersebut), dan akan jumpa park. Di sini, memang dah boleh mampak robot Gundam tersebut. Boleh lah pergi sana posing amik gambar.

Cerita di atas adalah keadaan SEKIRANYA kami tiba awal di DiverCity. Tetapi malam tu, malangnya kami tiba di sana hampir jam 1130 malam, dan train terakhir dari sana untuk kembali semula ke Shinjuku station adalah pada pkl 1145 malam. Lebih dari itu, memang tiada dan kena naik teksi yang semestinya mahal amat..grrrr…!! Jadi, memang tak sempat lah setakat masa ada 15 minit sahaja. So, kami hanya mampu sampai di Tokyo Teleport Station dan patah balik ke Shinjuku dengan train seterusnya tanpa keluar pun dari stesen. Haha, kelakar dan meletihkan. Tiba semula di rumah hampir jam 1 pagi, hampa. Misi gagal. Tidur!

_DSC4668
Mungkin pakcik ni pun tengah termenung kerana gagal tengok Robot Gundam kut, hehe!

DAY 6: Hari ini juga misi besar buat kami, melihat puncak gunung Fuji. Dari Takadanobaba Station, kami menuju ke Shinjuku station, dan kemudianya menggunakan JR line ke Odawara Station yg terletak di daerah Hakone. Dari sana, kami menaiki train lagi ke Hakone station yg mana terletaknya jaringan bas untuk ke tempat2 menarik sekitar daerah Hakone. Keseluruhan perjalanan dari Shinjuku, Tokyo ke Hakone mengabil masa hampir 2 jam.

DSCF3610
Dari Shinjuku ke Odawara dengan menaiki train.
DSCF3613
Suasana dalam train, pelbagai ragam, pelbagai pakaian.
DSCF3614
Tiba di Odawara station.
DSCF3617
Tak ramai yang menaiki train ini.
DSCF3622
Train ke Hakone Station.
DSCF3629
Pekan Hakone, kena naik bas nak ke sana sini.
DSCF3648
Rekabentuk menarik.
DSCF3656
Sungai berhampiran Hakone city. Suasana sejuk & nyaman.

Hari ini hujan renyai, memang tipis harapan untuk melihat puncak gunung Fuji kerana kawasan sekitar memang berkabus tebal. Di sini juga terdapatnya beberapa hot spring yang cantik yg terletak di dalam taman-taman bunga dengan pepohon yang rimbun dan redup. Kami sempat singgah di satu hot spring, tetapi kerana perlu menunggu lebih sejam sebelum tiba giliran untuk masuk ke situ, jadi kami batalkan sahaja niat asal untuk merasa hot-spring di sini.

DSCF3641
Di Hot Spring; jagung kering tergantung!

Kami menaiki bas ke salah sebuah tasik terkenal yang ada di situ, iaitu Lake Ashi. Memang indah kawasan tasik ini. Alang-alang sampai, kami terus sahaja beli tiket untuk naik kapal klasik yg berlayar di sekitar tasik Ashi ini. Hujan turun renyai. Walau begitu, keindahan tasik ini masih terserlah di sebalik kabus yang meliputi puncak-puncak banjaran gunung Hakone ini. Keseluruhan perjalanan dalam kapal klasik mengambil masa hampir sejam.

DSCF3672
Cruise pelayaran di Tasik Ashi.
_DSC4770
Cantik binaan nya….
_DSC4784
Berjalan ke jeti selepas belayar sekitar tasik.
DSCF3675
Menunggu bas tiba untuk kembali ke pekan Hakone.
DSCF3681
Perjalanan untuk kembali ke Tokyo.

Setelah turun di pelabuhan, bersiar-siar seketika melihat keindahan sekitar sebelum menaiki bas untuk kembali ke pekan Hakone. Dari sana, kami ke Odarawa station, dan seterusnya ke Shinjuku station, tempat di mana kami menyimpan bag kami. Tiba kembali di Shinjuku hampir jam 8.30 malam. Terasa untuk ‘repeat’ kembali misi mencari Gundam di Diver City yang gagal semalam. Adakah akan bejaya? Tadaaaa……berjaya juga bergambar dengan patung Gundam besar ini. Haha, senyuman kepuasan akhirnya terukir jua. Pengubat duka kegagalan melihat puncak gunung Fuji hari ini kerana cuaca yang berkabus sepanjang hari.

DSCF3694
Misi yang akhirnya berjaya juga…walaupun dalam hujan renyai, senyuman kepuasan!
DSCF3705
Kembali ke Shinjuku dari Tokyo Teleport, sebelum menuju ke Haneda airport.

Selepas posing beberapa gaya yang tak menarik pun, kerana keletihan, kami kembali ke Shinijuku Station untuk mengambil bag yang ditinggalkan di loker. Terus ke JR train office bertanyakan tentang train ke Haneda Airport. Yess, terbaekk la. Train terakhir ker airport sudah lepas. Gundam punya hal. Arghhhh!! Hehe. Tapi takpe, ada option lain. Teksi HITAM. Kalau di perhatikan, teksi-teksi di Tokyo ini adalah dari jenama Toyota tetapi model klasik punya. Walau begitu, keadaan teksinya rata-rata amatlah bersih dan berkilat. Betul, berkilat! Bila kita hampir ke kereta, pintu penumpang belakang akan terbuka dengan sendiri (ada butang di kokpit driver), perghh. Kagum jap! Driver teksi turun membantu untuk memasukkan bagasi ke dalam bonet (kalau di Malaysia, mimpi jer laa driver nak tolong, pergh). Muka driver teksi ni bila ditengok kan, terasa macam pernah lihat. Biasa sangat. Lama juga try nak recall. Okey dapat. Macam muka ayah Shin Chan. Hahahaha.

DSCF3633
Teksi hitam penuh misteri…………..!

Teksi meluncur lancar ke airport, dan 40 minit kemudian kami selamat tiba di sana. Usai check-in di kaunter PEACE airline untuk penerbangan ke Seoul, kami terus ke balai berlepas dan menunggu penerbangan yang akan berlepas pada jam 2.30 pagi nanti. Semasa di balai berlepas, saya dan anak-anak masih belum tidur. Tapi bila masuk sahaja flight, semua ‘hilang’ nyenyak tidur keletihan hingga mendarat di Seoul, Korea 2 jam 30 minit kemudianya. πŸ™‚

SELAMAT TINGGAL JAPAN!

_DSC4172
Gigih mendaki tangga….perjalanan yang panjang.

_DSC43911

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

279 thoughts on “Kembara JAPAN | OSAKA – KOBE – KYOTO – NAGOYA – TOKYO”

        1. Osaka 1 or 2 day pass adalah untuk naik train sekitar Osaka termasuk bayaran masuk ke beberapa tempat menarik.

  1. Kalau dimasukkan harga tiket ke satu lokasi ke lokasi dan rumah yg disewa mungkin lebih membantu. Kos-kos itu dpt kami buat budget. Terima kasih atas perkongsian. Teruja.

    1. Terima kasih kerana sudi ke sini. Detail perbelanjaan sudah saya emailkan td. Moga bermanfaat. πŸ™‚ Selamat kembara!

        1. as salam, sy juga akan ke osaka & tokyo nanti. boleh mintak email pd sy juga psl airbnb & estimated perbelanjaan? tq in advance

          1. Maaf, saya tiada iti detail. Blog ini merupakan iti saya sebenarnya hehe. Cost lebih kurang Rm2.6k per pax ALL-IN.

        1. Wsalam, itinerary sebagaimana yg say coretkan di sini. Tiada separate template for iti. Begitu juga dengan kos. Thanks πŸ™‚

  2. Terima kasih atas perkongsian. Amazing story and journey of experience. Boleh tau berapa perbelanjaan sepanjang di sana, dan tentang rumah airbnb tu? Terima kasih!

  3. Salam nak tanya hg 1day pass tu beli di japan ye? Berapa perhead? Teruja sy membacanya bolehkah en emailkn all costing di osaka dan tokyo beserta itenary. Tq

  4. Assalamulaikum Tuan, sronok nya membawa Catalan Tuan, agak agak boleh tak saya tak Tanya itenary dan kos seorang unt pergi sana tanpa guna travel agency?

    Mohon sekiranya SUDI Tuan kongsikan.
    Terima kasih
    Surati

    1. Wsalam, kos untuk kedua-dua negara lebih kurang RM2,500 untuk 12 hari termasuk tiket flight πŸ™‚
      Thansk for visiting.

  5. Assalam… saya dan family akan ke jepun jg pd 3-10 dis 2016. Macam tuan jg terjah dan lelah… nak tahu jg berapa kos perjalanan tuan japan korea jika boleh.. nak kira budget macan iternary tuan..

    Tqvm

  6. Salam. Tuan, boleh kongsikan itenari dan detail perbelanjaan kepada saya jika tidak keberatan? Terima kasih. πŸ™‚

  7. salam tuan.. bajet utk bullet train dan universal studio untuk 3prg dewasa dgn 1kanak2 bawah 2 tahun berapa ye..?

    1. BUllet train bergantung destinasi yang kita hendak tuju. Kanak2 6 tahun ke bawah x perlu tiket.
      Universal Studio saya tka pasti, tak pergi. Boleh check di website.

  8. Salam. Boleh bagi saya detail rumah airbnb dan segala kos saudara di Osaka – Kobe – Kyoto – Tokyo. Terima kasih

  9. Salam. Boleh bagi saya detail rumah airbnb disetiap lokasi dan segala kos saudara di Osaka – Kobe – Kyoto – Nagoya – Tokyo. Terima kasih

  10. Assalamualaikum. Bila membaca pengalamn sdra di sana, terasa teruja plk sy sklrg nk ke sana..Arap dpt bgtau detail kos trmasuk harga tiket ke satu lokasi ke lokasi, rumah yg disewa dan lain2 kos agar dpt membantu sy membuat persediaan ke sana. Terima kasih atas perkongsian yang amat berguna ni.

  11. Bagus tulisan ni.. mengurangkan kerisauan saya nak bawa anak2.. utk travel jan 2017 tanpa agen. But saya yakin persediaan rapi perlu dibuat.. mohon email itinerary dan perbelanjaan ya. Tqvm

    1. Dop dang nok tulis lagi sambungan ke Korea, haha. Bajet 2 negara, 12 hari dlm RM2.5k soram..tokey mcm demer buleh ngat nok gi…sajo jah tu wat2 rilek..kan? Hehe

  12. Salam. Thank you for these tons of information. However, mind email me your total cost and budget? Thank you so much πŸ™‚

  13. Assalamualaikum, seronok membaca kembara en sekeluarga ke jepun. Kalau tak keberatan, boleh emailkan saya juga details nya?
    Terima kasih.

  14. Teringin nak ke negara matahari terbit.
    Nak tanya pasal osaka 1 day daily pass. kalau nak beli hari ini tapi nak guna kad hari lain atau lusa. Boleh beli siap2 x?

    1. Boleh sahaja. Waktu bermula kiraan 24 jam itu ialah waktu pertama kali kita guna kad tersebut untuk naik train.

  15. menarik kembara tuan satu keluarga…

    boleh kongsi kos airbnb.. tiket train.. dsb…

    boleh tahu kenapa tak beli JRpass? berbaloi atau tidak?

    1. Terima kasih kerana singgah di blog ini.
      JR pass bagi saya berbaloi jika kita berhajat dan mampu untuk cover banyak tempat dalam satu-satu hari. Since kami travel bersama anak-anak kecil, jadi paling banyak tempat yang boleh singgah pun dalam 3 tempat sahaja sehari. Itupun yang tidaklah jauh sangat dari tempat kami menginap. Jadi, kami rasa lebih baik untuk gunakan tiket beli di kaunter biasa sahaja.

  16. Salam, very insightful sharing. Kami baru beli ticket ke Osaka for 7 days Feb next year InsyaAllah. Trip Tuan nampak sangat menarik. Mohon sekiranya boleh saya dapatkan details on cost, Airbnb booking etc. Terima Kasih

  17. Saya tercari2 blog travel ke jepun ala backpack bersama keluarga (dgn anak2 kecil) & tanpa JR Pass. Alhamdulillah jumpa blog saudara. Blh bg details perbelanjaan x utk rujukan? Sy sekeluarga akan ke sana hujung November ni selama 14 hari. Tq

  18. Salam tuan..
    Assalamualaikum, seronok membaca kembara tuan sekeluarga ke jepun. Kalau tak keberatan, boleh emailkan saya juga details nya?Blh bg cost frm kl to japan sahaja? Termasuk penginapan n enterence tempat melawat n train

    Terima kasih

    1. airbnb list:

      Shinjuku Family Spacious Room_7
      2 Chome-4-21 Takadanobaba 202
      Shinjuku-ku, Tōkyō-to 169-0075
      Japan
      Hosted by Kensuke Nakanishi
      Phone: +81-80-9415-6068

      1min subway sta.comfort room KYOTO
      Higashinonakainouecho SAKIZOζ±ι‡Žγƒ“γƒ«201
      Kyoto, Kyoto Prefecture 607-8142
      Japan
      Hosted by Takeya Ichiki
      Phone: +81-80-4445-5004

      【S04】Clean Convenient/Direct OsakaοΌ†Kyoto
      Nishimiyahara Sinoosakaa-banraifu1117
      Osaka, Osaka Prefecture 532-0004
      Japan
      Hosted by ι«˜ε ‚θ£•θΌ” Yusuke Takado
      Phone: +81-90-3164-5924

      Total cost ~ RM 2,600/pax

  19. As Salam En. Boleh saya minta email costing untuk trip Japan ni. Saya akan ke Japan pada bulan Oct nanti. Terima kasih in advance. πŸ™‚

    1. Shinjuku Family Spacious Room_7
      2 Chome-4-21 Takadanobaba 202
      Shinjuku-ku, Tōkyō-to 169-0075
      Japan
      Hosted by Kensuke Nakanishi
      Phone: +81-80-9415-6068

      1min subway sta.comfort room KYOTO
      Higashinonakainouecho SAKIZOζ±ι‡Žγƒ“γƒ«201
      Kyoto, Kyoto Prefecture 607-8142
      Japan
      Hosted by Takeya Ichiki
      Phone: +81-80-4445-5004

      【S04】Clean Convenient/Direct OsakaοΌ†Kyoto
      Nishimiyahara Sinoosakaa-banraifu1117
      Osaka, Osaka Prefecture 532-0004
      Japan
      Hosted by ι«˜ε ‚θ£•θΌ” Yusuke Takado
      Phone: +81-90-3164-5924

  20. Salam. Minta bantuan saudara untuk emelkan itenary ke osaka, tokyo dan kos penginapan serta pengangkutan. Terima kasih byk.
    Very informative..

  21. Assalammualaikum tuan,

    Saya and family akan ke Osaka – Kyoto -Kobe -Nara – Tokyo pada 6 nov 2016 ni.

    6 nov = Jalan-jalan di Osaka (Osaka Amazing pass ticket for 2days)
    7 nov = Jalan-jalan di Osaka
    8 nov = Jalan-jalan di Kyoto
    9 nov = Jalan-jalan di Kobe dan Nara

    10 nov = Bergerak ke Tokyo & Jalan-jalan sekitar bandar Tokyo seperti shinjuku, shibuya, harajuku, roponggi, akasaka
    11 nov = ke Gunung Fuji
    12 nov = Disneyland
    13 nov = jalan-jalan Tokyo dan malamnya flight balik ke Malaysia

    Saya agak confius dengan tiket train di Jepun. Boleh ke Tuan berikan cadangan tiket train apa yg sesuai dan menjimatkan sepanjang saya di Jepun. Sebab terdapat pelbagai pakej tiket
    train sepeti JR ticket Kansai Wide Area Pass. Adakah saya perlu beli tiket JR tersebut utk 4hari atau 5 hari? Sebab hari ke-5 saya akan bergerak ke Tokyo. Mana lebih menjimatkan. Dan JR pass ticket tu boleh digunakan utk subway juga ke?.

    Perlu ke saya beli ICOCA card utk subway train?.

    Di tokyo pula, jenis train tiket yang mana lebih menjimatkan dan sesuai?

    Terima kasih.

    1. W’salam.

      Ini sekadar pendapat peribadi saya, mungkin ada cara lain yang lebih jimat yg saya tidak sedar.
      – untuk 2 hari di OSAKA, boleh gunakan Osaka Amazing Pass untuk pergi ketempat2 sekitar Osaka kerana train sudah termasuk dalam pass tersebut.
      – kalau dari Osaka ker Kyoto atau Nara, akan menggunakan JR pass. Begitu juga dari Osaka ke Kobe, juga memerlukan JR pass. Jadi, kalau agak2 mcm perlu banyak kali naik JR train, then better to buy yg JR line Pakej. Mungkin lebih jimat.
      – Tapi kalau hanya untuk 3 hari menggunakan JR Pass, saya tak pasti samada beli pakej itu masih berbaloi atau tidak.

      – Dari Kyoto nak ke Tokyo bercadang untuk naik apa yea? Flight?
      – Di Tokyo ada banyak train line. Sekali lagi bergantung kepada tempat mana yang kita nak pergi. Kalau jauh, tapi sekali pergi sahaja ke tempat, then better beli tiket once-off sahaja πŸ™‚

      Harap dapat membantu sedikit sebanyak. Thanks

  22. Assalamualaikum
    Sy nak tanya
    Selain dari flight
    Ada tak cara lain utk ke korea?
    Cth nye ferry ke??
    Selain tu bleh tak share airbnb yg saudara tinggal
    Kalo tak keberatan bleh emailkan sy itinerary saudara
    Terima kasih ye

    1. Wsalam. kalau nak ke Korea Selatan memang kena melalui udara la, melainkan kalau nak melalui darat, kena masuk dari China ke Korea Utara dahulu then baru cross boarder ker Korea Selatan. Tak pasti pulak ada traveller pernah buat atau tidak cara sebegini. Tapi kalau tuan berjaya buat, bleh laa share caranya bagaimana.

      Airbnb yang pernah kami guna di Korea rasanya ada saya share dalam salah satu jawapan kepada soalan yang pernah di tanya diruangan komen ini sebelum ini, cer check, raser macam ada!

  23. assalamualaikum tuan…mohon emailkan itinerari dan juga costing…sy plan nk ke jepun utk 2 dewasa + 1 infant 21 feb – 1 mac πŸ™‚

  24. assalamualaikum, tuan. terima kasih ilmu nya. Minta izin pinjam info. Nak tanya, ada masalah tak, kalau saya bawa travel rice cooker ke Jepun. Sebab kami perlu makan nasi di awal pagi. Terima kasih

    1. Wsalam. Setahu saya tiada masalah untuk membawa rice cooker semasa travel ke Jepun. Lebih baik yang bersaiz kecil, senang untuk diangkut ke sana sini. Hehe.

  25. Salam. Boleh bagi saya detail rumah airbnb disetiap lokasi dan segala kos saudara di Osaka – Kobe – Kyoto – Nagoya – Tokyo. Terima kasih

  26. Salam. Boleh saya dapatkan itinerary Tuan sepanjang ke Jepun? Sb sy plan ke sana Feb 16. Nk cover Tokyo, Kyoto, Osaka etc. 9hari.

    Terima kasih

  27. Assalamualaikum tuan,

    Mohon tuan share kos perjalanan dan accomudation tuan sepanjang berada di tokyo-seoul. Terima kasih πŸ™‚

  28. Assalamualaikum tuan sekeluarga. Blog best. Gambar cantik tertarik sangat. Saya juga plan untuk ke Jepun tahun depan. Boleh tuan share kos perjalanan dan accomudation tuan sepanjang berada di tokyo-seoul?

    Terima Kasih.

    1. Terima kasih kerana berkujung ke blog ini. Sebenarnya saya tiada maklumat detail tentang kembara ini, cuma keseluruhan bajet untuk trip ke Jepun dan Korea ini lebih kurang RM2.6K seorang. Harap dapat membantu.

  29. Sangat bagus entry ni.. sgt membantu.. next week saya nk ke osaka.. Boleh emailkan kepada saya juga segala details perjalanan dan harga kos penginapan dan tiket semua? T ksh

    1. Terima kasih kerana berkujung ke blog ini. Sebenarnya saya tiada maklumat detail tentang kembara ini, cuma keseluruhan bajet untuk trip ke Jepun dan Korea ini lebih kurang RM2.6K seorang. Harap dapat membantu.

    1. W’salam tuan. Itinerary lengkap memang tiada tuan. Semuanya sekadar yang saya coretkan dalam penulisan saya di blog ini. Harap membantu.

  30. salam tuan.. sungguh menarik. boleh emailkan itinerary dan kos beserta airbnb yg tuan rekemen. pergi nanti march tapi masih tgh pikirkan tempat2 yg wajib visit. Kalau tak keberatan harap sgt tuan rekemenkan. turun osaka dan balik pun osaka sbb tu yg termurah huhu. so cadangnye nak round 1 jepun utk 2 minggu. thanks tuan

    1. W’salam tuan.
      Maaf, saya tiada iti detail. Blog ini merupakan iti saya sebenarnya hehe. Untuk tempat yang saya tinggal tempoh hari, ada saya share di salah satu komen di sini.
      Jepun amat menarik, selamat kembara tuan!!

    1. Maaf, saya tiada iti detail. Blog ini merupakan iti saya sebenarnya hehe. Cost keselurauhan perjalanan termasuk korea dalam RM2.6k per pax ALL-IN

  31. Salam Tuan,

    Boleh share itinerary sepanjang Tuan dan family ke Osaka? Berkenaan train, adekah staff di Jepun membantu jika bertanya untuk kemana2?

    1. Maaf, saya tiada iti detail. Blog ini merupakan iti saya sebenarnya hehe. Btw, Japanese staff sangant membantu kalau kita ada masalah. Cuma kena sabar sket kerana masalah bahasa. Mereka kebanyakkan nya tidak berapa faham inggeris.

  32. bestnye baca.. pernah pergi jgk seperti ini dgn family dan kawan2.. rasa nk repeat semula plus dgn korea.. boleh bg details perbelanjaan?

  33. Assalamualaikum,

    Boleh emailkan kos tuan sepanjang berada di sana dan boleh sertakan penginapan di airnb.

    Terima kasih

  34. Mmg best percutian osaka-tokyo amily tuan. Sgt bermanfaat utk sy dan lain2….

    Boleh tuan email ittenary + kos semasa berada di osaka n tokyo. Insyaallah sy akan kesana dgn family May 2017.

  35. Assalamualaikum
    Berminat dgn Jepun. Bole tau kos utk satu fam ke Jepun termasuk itinerary. Sy bcadang pergi bulan nov bsama suami dan 3 anak. Terima kasih.

  36. Salam tuan. Teruja saya membaca penulisan tuan ke Osaka n Tokyo. InshaAllah saya akan ke sana juga May 2017.Kalau tak keberatan, boleh share itinerary tuan untuk rujukan saya? TQ in advance πŸ™‚

  37. Assalammualaikum, sy sedang membuat research utk percutian ke jepun, kalau ade kesudian mohon tuan emel itinerary tuan kpd sy. Terima kasih.

  38. Salam tuan.

    Blog yang menarik. Saya plan ke Japan in Nov 2017, boleh bagi saya detail rumah airbnb disetiap lokasi dan segala kos saudara di Osaka – Kobe – Kyoto – Nagoya – Tokyo. Terima kasih

  39. Salam. InsyaAllah, saya akan pergi ke Osaka bln Oct 2017, 6 hari 5 mlm. Saya bercadang utk bermalam di Osaka 2 mlm, day trip ke Kyoto dan besoknya ke Tokyo utk 2 mlm. Then, balik ke Osaka semula utk 1 mlm, sebab return flight saya di Osaka.
    i) Boleh tak suggest tempat tempat menarik di Osaka/Kyoto/Tokyo utk 6 hari 5 mlm
    ii) Saya bercadang utk naik Shinkansen dari Osaka/Kyoto/Osaka and Osaka/Tokyo/Osaka. Boleh tak suggest area Airbnb yang sesuai yang berdekatan dengan shinkansen dan shopping area
    iii) Boleh tak suggest, samaada i should stay more nights at Osaka or Tokyo?
    Terima Kasih

    1. i) Boleh tak suggest tempat tempat menarik di Osaka/Kyoto/Tokyo utk 6 hari 5 mlm
      Osaka – beli Osaka 2 days pass, then boleh pegi semua tempat2 menarik di Osaka dengan pass tu. Boleh try google tempat menarik yang cover with 2-day pass.

      ii) Saya bercadang utk naik Shinkansen dari Osaka/Kyoto/Osaka and Osaka/Tokyo/Osaka. Boleh tak suggest area Airbnb yang sesuai yang berdekatan dengan shinkansen dan shopping area
      Airbnb yg berdekatan dengan Shinkansen saya tak pasti, tetapi boleh jer search di Airbnb site. Last time kami hanya tinggal di area mana2 berdekatan dengan train station, since all train are integrated and no problem in going to the main station that having the Shinkansen service.

      iii) Boleh tak suggest, samaada i should stay more nights at Osaka or Tokyo?
      Kalau 5 malam, then okey dah plan ni. Cuma make sure depart early morning to Kyoto coz sana banyak juga tempat menarik especially Arashiyama. Boleh google for more detail.

      Terima Kasih πŸ™‚

  40. salam tuan,

    Saya dan kengkawan akan ke osaka-kyoto-nagoya-tokyo nov 2017. Boleh tuan bagi detail itinenary dan kos yang terlibat. kalau ada suggetion tmpt tinggal tru airbnb pun amatlah dihargai. tq.

    1. wsalam.

      Kos per pax untuk both countries is RM2.6k
      Untuk list Airbnb di Jepun pula seperti di bawah:

      Shinjuku Family Spacious Room_7
      2 Chome-4-21 Takadanobaba 202
      Shinjuku-ku, Tōkyō-to 169-0075
      Japan
      Hosted by Kensuke Nakanishi
      Phone: +81-80-9415-6068

      1min subway sta.comfort room KYOTO
      Higashinonakainouecho SAKIZOζ±ι‡Žγƒ“γƒ«201
      Kyoto, Kyoto Prefecture 607-8142
      Japan
      Hosted by Takeya Ichiki
      Phone: +81-80-4445-5004

      【S04】Clean Convenient/Direct OsakaοΌ†Kyoto
      Nishimiyahara Sinoosakaa-banraifu1117
      Osaka, Osaka Prefecture 532-0004
      Japan
      Hosted by ι«˜ε ‚θ£•θΌ” Yusuke Takado
      Phone: +81-90-3164-5924

  41. Assalamualaikum WBT.
    In Shaa Allah, bulan 7 nanti jika ada rezeki sy akan ke Jepun. Tp boleh tak emailkan pd sy detail perbelanjaan seperti guess di atas.
    terima kasih.

  42. Sy bercadang nk ke jepun dan korea ujung tahun ni boleh kongsikan itenari dan detail perbelanjaan kepada saya jika tidak keberatan? Terima kasih. πŸ™‚
    Dan tiket flight encik beli time promosi ke?

  43. Salam. Saya nak tanya detail utk transportation sepanjang dekat sana & boleh clarify sama ada booking online or on the spot purchase & dekat mana nak purchase ticket utk transportation. If
    RM 2.6K that really really good budget.

    Thank you ^^

    1. semua tiket transport semasa berada di jepun & korea kami beli di stesen. Di sana ada mesin yang boleh di gunakan, ataupun di tiket ofis yg juga di stesen.

  44. Salam
    Penulisan tuan benar2 membantu pencarian sy tntg info2 brguna utk ke jepun hjg thn ni..mohon tuan emelkn itinerary & kos stiap tmpt yg tuan pergi utk sy jadikn rujukan..trima ksh

  45. Salam, boleh tak kalau saya nak tahu harga flight ticket yg dibeli time promosi tu?

    & saya nak tnye sepanjang di sana pakai JR Pass ke untuk transportation & ada tak detail perbelanjaan untuk transportation @ dpt kalau bagi tahu saya detail perbelanjaan transportation di sana.

    1. Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini. Maaf, saya tiada rekod untuk itinerary lengkap perjalanan ini. Kebanyakan route train yang saya gunakan di sana memerlukan JR pass.

  46. Salam tuan menarik perjalanan tuan sepanjang bercuti boleh email kn sy itenarary.teringin bawak anak bercuti ke sana.semua tempat yg tuan pergi n perbelanjaan semua tq

  47. assalamualaikum Tuan,
    minta tolong emailkan kos hangus dari 1 destinasi ke destinasi.

    penginapan + transport

    terima kasih

  48. slm..sy bercadang ke japan hjg thn nie..perkongsian encik byk bagi idea utk sy n family kelak.. jika boleh sy nk encik share ttg penginapan apa yg sesuai di airbnb, berapa perbelanjaan sepanjang di japan dan tips bersesuaian? Terima kasih!

  49. Assalammualaikum en.farris..
    Bila baca entry ni…nampak mcm sng betul en. memahami keadaan di stesen keretapi di sana? Adakah mmg mudah atau ada tips tak utk memahami sistem dan keadaan di setiap stesen2 tu?

    Lagi satu…mudah ke nak berurusan menggunakan airbnb sbb tak penah buat lagi. Selalu ngan agoda jer tapi agoda tak banyak pilihan..

    Timakasih πŸ™‚

    1. Wsalam,
      Stesen keretapi kat sana sistem nya bagi saya tidaklah rumit, bila sampai sana Insya Allah boleh jer faham. Just tengok route train yang ada di sana, info nya juga lengkap dan kalau tak pasti boleh jer bertanya kepada petugas. Diorang walaupun susah nak cakap Inggeris, tapi mereka memang akan berusaha untuk membantu kita. Jgn risau πŸ™‚

      Airbnb amat mudah, cuba lah dahulu register dan install apps di phone. Nanti bila dah biasa guna Airbnb, mmg malas dah nak cari hotel, hehe. Lagipun harganya lebih murah.:)

    1. Wsalam & Thanks. Sorry, no detail itinerary, but the overall cost of the trip is aroung RM2.6K ALL-In per person. TQ

    1. TERIMA KASIH, saya ada listkan penginapan dalam antara komen2 di atas, boleh refer di situ yea… πŸ™‚
      JR pass tu bergantung pada route, kalau banyak pakai route JR line, better beli.

      Saya beli tiket once off jer bila perlu.

  50. Assalamualaikum.. menarik dan tertarik. InsyaAllah berharap jua akan smpai ke Jepun satu hari nanti. Gambar cantik..boleh share guna kamera apa.

    10q.

    1. W’salam. Terima kasih kerana melawat blog ini. Saya guna kamera DSLR Nikon D610 & Nikkor 16-35mm F4.0 lens

  51. Salam
    Banyak maklumat yg bileh didapati dalam blog tuan. terima kasih kerana berkongsi.

    saya ingin bertanya berapa harga tiket Shinkansen per person yang tuan ambil daripada Kyoto ke Nagoya dan Nagoya ke Tokya.

    Terima kasih

    1. W’salam.

      Nagoya – Tokyo = JPY 20,720 (RM 797)
      Kyoto – Nagoya = JPY 10,000 (RM 384)

      Harga adalah jumlah total untuk 2 dewasa dan 3 kanak2 (9, 6 dan 4 tahun)

      1. Salam

        Travel ke Osaka/Tokyo nie pada Bulan June ke? Nak tanya skit, cuaca hujan lebat ke dan hari-hari ke? Saya terbaca mid-Jun sampai July adalah musim hujan?

        terima kasih

  52. Salam, boleh tuan share itinerary ke sana dan total cost. Terima kasihhh πŸ™‚ entry tuan sangat menarik. Insyallah akan ke sana februari 2018.

  53. Assalamualaikum tuan, saya dan suami bercadang untuk ke Osaka-tokyo, seperti perjalanan tuan. Saya ingin mendapatkan Itinery penuh bole? Sebagai rujukan kami.

    Terima kasijh

  54. Salam bang.. abg pergi osaka ni pada bulan berapa bila ya? Kira waktu ni mmg sesuai berjalan-jalan dgn anak ye dak.. tq in advance

  55. Saya dan suami akan ke jepun hari khamis nanti utk trip 8d7n dan sudah tempah hotel di ginza line utk 4 hari. Boleh tuan cadangkan dlm tempoh 4hari tempat yg sya boleh lawati beserta train. Juga boleh bg detail ttg airbnb. Mohom tuan email sy.Terima kasih.

    1. Di Ginza line saya tak pasti. Lagipun kalau puan dah booked tiket dan hotel, mesti dah ada tempat yang nak dituju kan πŸ™‚
      Takkan lah pergi jauh2 sampai jepun, tapi tiada list tempat yang berminat nak pergi kan..hehe

    1. Bergantung kepada tempat yang kita nak pergi. Osaka pass ialah pass yang menggabungkan fee utk laluan2 dalam bandar di Osaka, juga fee untuk masuk ke tempat2 menarik sebagaimana yang telah termasuk dalam pakej OSAKA PASS tersebut. Manakala JR Pass pula ialah kad transport untuk train yang lalu melalui JR pass sahaja.

  56. Terima kasih info…kami sekeluarga nk ke jepun jumaat nanti..dgn anak2 lebih kurang sebaya anak encik…
    Nak tanya…mmg banyak sgt jalan kaki ke kat station2 keretapi jepun ni..inti encik ni mcm padat sgt…macamana dengan anak2 encik ye…saya risau gak ni..dpt ke tidak diorg ni…
    Jauh tak jalan kalau transfer dr line ke line yg lain…?..

    1. Anak2 saya okey berjalan, cuma bila seharian berada di luar, biasanya yg kecil akan mudah terasa penat dan sometimes diorang nak rehat & tido, sedangkan kita nak kena teruskan perjalanan juga. Jadi, bagi saya stroller yang ada memang amat membantu sekali, lebih produktif dan jimat masa.

      Selamat mengembara ke Jepun!

  57. Salam En. Farris

    Terima kasih atas perkongsian trip ke japan.. perkongsian encik sangat membantu saya untuk merancang percutian kami next year. Boleh en farris emailkan kat saya details perbelanjaannyer.
    Terima kasih

  58. asalam tuan, boleh ke share itinerary tuan di jepun? saya akan ke sana pada bulan depan. saya perlukn sedikit rujukan. terima kasih

  59. Tnye lagi bang.. Saya plan dr kl ke osaka-kyoto-nagoya-tokyo-osaka.. berbaloi tak beli jrpass utk shinkasen? Jr rail tu mcm mana pulak ye?

  60. Assalam. Rm2.6k per pax all in trmasuk korea? Saya hanya nk ke osaka,kobe,kyoto dan tokyo march 2018 10 hari. Boleh email saya hp utk saya hubungi. Ada byk pertanyaan…tkasih

  61. Hebat Tuan. Tuan saya nak tanya kawasan solat sekitar jepun. Contohnya kita boleh ker solat di tepi2 kaki lima atau ada kawasan yg sesuai utk solat. Saya akan ke osaka dalam bulan 1 ni dan masih tercari2 tempat utk di lawati dan tempat tinggal

    1. Boleh sahaja, cari tempat2 yang sesuai untuk solat yg tidak mengganggu orang2 disekeliling. Atau cari dahulu samada di kawasan yang kita nak pergi tu samada ada masjid atau tidak.

  62. Hello , boleh tak kalau nk thu rapid train dri osaka ke tokyo brp RM untuk seorang . Dan apekah train yang terbaik untuk pergi ke destinasi selain kereta api skyline and nozomi . saya sedang mencari train yang hargs berpatutan

  63. Assalamulaikum.. Enfarrisn.. Kami 1fmly 6org akan berada diosaka dr 19/1-24/1/18 homesty yg kami sewa di momodani.. Jdi kena Naik nankai airport… Sapa dr kl -kixx dah pkul 4pm.. Kermh yg sewa mgambil masa 1jam 5mnit.. Disini perlu lah Saya mbeli .. Kansai pass or apa cdngan en buat kami skluarga msa diosaka.. Tq

    1. wsalam.

      Boleh sahaja naik train dari airport, kena dalam RM 42-45 seorang. Tapi kalau 6 orang dah dekat RM250 total. Boleh laa check harga teksi dari airport berapa. Kalau lebih kurang range dengan kos naik keretapi, bagi saya baik naik teksi sebab barang banyak dan dapat terus sampai ke destinasi.

      Anyway, selamat travel!

  64. Hi. Nak tanye Klw beli Jr Pass boleh naik Shinkansen dari Osaka ke Tokyo kan? Price dah termasuk sekali kan? N boleh naik byk Kali ke utk kegunaan Shinkansen? Tq

  65. Salam.
    Saya juga bercadang untuk bercuti ke Japan. Boleh share kan kos dan detail ke sana. First time nak travel tanpa tour guide.

  66. Assalammualaikum…
    menarik sungguh perjalanan tuan. saya akan ke osaka pada pertengahan bln april 2018…mohon jasa baik tn share kos dan itenerary untuk saya dan kelauarga buat perbandiangan dan rujukan. terima kasih. travel main redah je ni..

    1. Bergantung kepada route yang akan dilalui. Bukan semua route untuk ke tempat tersebut menggunakan laluan keretapi yang sama.

      Terima kasih…

  67. Hi, thank you for sharing. Will be going to Osaka early next year. I nak tahu your itinerary and cost transportation, food etc etc. thank you in advance

    1. Hi, thanks for visiting. Sorry that I did not have the detail breakdown, but this family trip cost us around RM2.6K per person!

  68. Salam Tuan, kalau Tuan masih ingat lagi, boleh saya tahu area air bnb yg Tuan book di Osaka, Nagoya dan Tokyo? kalau ada nama dan contact number owner boleh share?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *