Kembara Lombok INDONESIA | Itinerary + Budget

LOMBOK!! Dengar sahaja nama tempat ini, pasti kita akan terbayang pulau-pulau kecil yang indah, gunung Rinjani yang memukau, air terjun yang mempersonakan, dan pelbagai lagi tarikan alam semulajadi yang ada di sini. Semua bayangan itu begitu sinonim dengan tempatnya.

Lombok, akhirnya kami tiba jua!!

ITINERARY

Di sini, saya ingin berkongsi itinerary kami yang boleh lah dianggap ‘terjah’ kerana tiada perancangan rapi dan hanya ‘cemas’ tatkala hari untuk terbang ke sana berbaki sehari-dua sahaja. Tetapi, Alhamdulillah, Allah SWT telah mempermudahkan segalanya . Walau tanpa perancangan yang ‘detail’, kami berjaya menjelajah hampir tiga suku pulau Lombok dalam masa 5 hari 4 malam.

Day 1 : Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa LOMBOK pada waktu pagi. Kecil sahaja airportnya. Terus ambi teksi menuju ke Kuta (Selatan Lombok). Di sana, kami menginap di Lara Homestay yang terletak kurang 1 km ke pantai. Lokasinya berdekatan dengan kedai-kedai, dan pemiliknya Lara amatlah banyak membantu kami sepanjang kami menginap di sana.

Tiba lebih kurang jam 12.30 pm. Rehat. Pinjam motor, bungkus nasi padang di restoran berdekatan. Mintak Lara tolong carikan kereta sewa pandu sendiri untuk bawa famili jalan-jalan sekitar area Kuta. Berjaya. Harga? RM30 jer. Terus menuju ke Tanjung A’an. Tempat cantik amat, pasirnya gebu putih, orang tak ramai. Pantainya landai, dan jernih. Terbaekkk…! Lepak sampai terbenam matahari, enjoy the sunset. Indah. Mempersona!!

_DSC2679
Air surut di pantai Seger, Kuta Lombok
_DSC2846
Pokok unik di pantai Seger. Perlu menyeberang jambatan untuk ke sini.
_DSC2822
Kawasan ‘surfing’ di pantai Seger.
_DSC2725-3
Lumut dan hidupan laut berwarna hijau, banyak di atas batu-batu.

Malamnya lepas Isyak, kami ke kedai seafood berdekatan. Ada bermacam-macam haiwan laut kat sini, ready untuk dibakar. Mula-mula niat nak makan di kedai, tapi since kawasan pantai Kuta ni memang banyak sungguh anjing berkeliaran (jinak macam kucing gitu..), dan duk melepak2 dekat2 dengan meja makan, jadi kami pun decided untuk tapau sahaja.

_DSC2817-2
Begitu jernih air di sini, tanpa pencemaran.
_DSC2840-2
Jernih airnya, Biru lautnya.
_DSC2830
Anjing pun nak pergi surfing, tapi surf board tak bawa.

Day 2: Esok paginya kami bersarapan di Lara Homestay. Tuan rumah masak mee dan roti juga telur. Sedap. Lepak makan santai di kawasan luar rumah, beralaskan meja buatan dari buluh. Layannn…

Lepas breakfast, kami meronda lagi sekitar Kuta. Kali ini ke Pantai Seger. Kawasan nya memang cantik, pantainya landai dan amat sesuai untuk ‘surfing’. Memang kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini pun adalah untuk ‘surfing’. Kami datang untuk menikmati keindahan, di samping melihat gelagat ‘kaki’ surfing yg tergolek sana sini dipukul ombak. Hehe. Selepas Seger, kami singgah seketika di Pantai Kuta. Cantik juga, tapi agak kormesial. Jika nak kan keindahan yang lebih ‘semulajadi’, Tanjung A’an adalah lebih baik.

_DSC2793
Waktu pagi di pantai Kuta.
_DSC2774
Air yang surut di pantai Kuta.
_DSC2883-2
Kelihatan tulisan di atas bukit; Pantai Seger!!

Tengah harinya, kami kembali ke hotel, check out dan menuju ke Senggigi di Barat Lombok dengan menggunakan teksi. Kami singgah untuk makan tengah hari di Mataram, di sebuah kedai yang menghidangkan masakan terkenal Lombok, iaitu AYAM Teliwang. Kalau datang ke sini, kena try masakan tempatan ini. Ianya ayam muda atau ‘baby’ ayam yang dibakar dan di makan dengan nasi putih. Lauk pauk lain boleh lah di tambah mengikut citarasa masing-masing.

_DSC2802
Posing di pantai Kuta, Lombok.

Usai makan, kami terus menuju ke area Senggigi. Kami sengaja memilih kawasan ini kerana esoknya kami berhajat samada untuk ke Gili Trawangan ataupun ke Utara Lombok meredah air terjun. Kebetulan pak supir menawarkan harga yg menarik jika kami menginap di Kila Senggigi Beach, iaitu RM240 semalam berbanding harga di booking.com iaitu RM380 semalam. Memandangkan hotel tersebut amat bagus dan berdekatan dengan pantai, kami sekeluarga pun bersetuju untuk menginap di situ. Nyata, ianya tidak mengecewakan.Β  Selesai check in, kami rehat seketika, dan petang nya kami membawa anak-anak ke pantai Senggigi untuk bermain. Walaupun pantainya cantik juga, namun bagi kami, ianya tidak dapat menandingi keindahan pantai di Tanjung A’an dan pantai Seger di daerah Kuta. Tapi di sini yang uniknya, banyak boat-boat nelayan yang berlabuh, menghasilkan satu pemandangan yang nyata berbeza dan menarik perhatian saya.

_DSC2897-2
Hari mendung, petang di Senggigi.
_DSC2902-2
Pokok SERIBU kegunaan.

Di sini juga saya sempat bersembang dengan salah seorang pekerja di Kila Hotel tersebut dan kebetulan dia ada ‘contact’ untuk menyewa kereta pandu sendiri. Tanpa berlengah lagi, terus sahaja ‘nego’ dengan pakcik tu. Harga? RM90 sehari-semalam. Cantekk…kira dah murah dah tu, kereta pula jenis Avanza (manual, huhu!)..memang sesuai untuk bawa family pusing-pusing pulau. Perjanjian termeterai. Esok pagi tuan kereta akan hantar kunci di lobi. Beres! Hehe.

Malamnya kami keluar berjalan kaki ke kedai makan berhampiran. Lauknya pelbagai. Masakan nya sedap. Lupa pula nama kedai, tapi memang luar pagar hotel sahaja, lebih kurang 5 minit menapak untuk ke jalan besar.

_DSC2749
Kulit kerang-kerangan yang banyak dijumpai di persisiran pantai Senggigi.
_DSC2672
Pemandangan salah sebuah kampung yg kami lalui di waktu pagi.

Day 3: Sebelum breakfast, saya meninjau tuan kereta di area lobi hotel. Ada. Terus amik kunci, sign apa2 yang patut dan bayar. Lepas breakfast di hotel, kami terus manuju ke utara lombok, iaitu ke air terjun terkenal, Sendang Gile. Bila set sahaja lokasi di aplikasi mobile , google map, perjalanan yang bakal di tempuhi ialah hampir 2 jam. Lama juga…hmmm…takpe, kita redah sahaja.

_DSC2919-2
Sawah pagi yg terbentang luas di kiri-kanan jalan.
_DSC2923-2
Banyak kawasan penanaman padi, terutamanya di UTARA dan TENGAH lombok.

Kami melalui jalan yang agak sempit dan berbukit bukau (kalau di Malaysia, seperti jalan lama nak naik ke Cameron Highland dari Tapah, ataupun jalan lama nak ke Sabak Bernam dari KL). Apa yang berbeza dengan Malaysia ialah kualiti jalan raya di Lombok adalah amat rata sekali, dan masih kelihatan baru. Memandu di Lombok cabaranya bukanlah jem, tetapi jalan nya yang tidaklah selebar jalan-jalan di Malaysia. Jadi, agak mencabar juga bila ingin ‘berselisih’ atau memotong kenderaan seperti motor, apatah lagi kereta. Tetapi bila sudah biasa, ianya tidaklah begitu sukar. Dan jangan lupa untuk ringankan tangan menekan ‘hon’. Di sini mmg kena hon untuk memberitahu yang kita akan lalu atau memotong supaya orang sekitar ‘aware’.

_DSC2932-2
Pemandangan indah dari look-out point di sebuah kedai makan di Sembalun.
_DSC2945-2
Pemandangan indah dari look-out point di sebuah kedai makan di Sembalun.

Dua jam kemudian, kami tiba di perkampungan Sembalun. Sebelum tiba, kami banyak melintasi kawasan penanaman padi di kaki-kaki bukit dan gunung, termasuk lah gunung yang terkenal iaitu Rinjani. Ye betul. Ianya kelihatan begitu dekat dengan kami, seolah-olah jalanya mengelilingi kaki gunung tersebut. Pemandangan di kiri-kanan begitu mempersonakan. Untuk menuju ‘ENTRANCE’ ke air terjun, kami perlu melalui kawasan-kawasan kampung yang mana jalanraya di sini walaupun rata, tetapi dalam keadaan mendaki. Di kiri kanan jalan kelihatan banyak rumah-rumah penduduk tempatan, sekolah, masjid dan juga ‘port’ untuk mengambil pakej tour untuk ke air terjun ataupun mendaki gunung Rinjani.

_DSC2959-2
Indahnya ciptaan Allah SWT untuk kita tatapi dan syukuri.

Sebenarnya, kami terlepas (tak perasan) tempat masuk utama (yang disediakan oleh pemerintah setempat) ke kawasan air terjun Sendang Gile, dan telah masuk melalui entrance yang disediakan sendiri oleh penduduk setempat. Ianya lebih atas dari ENTRANCE rasmi, tetapi keadaan trek yang disediakan melalui ENTRANCE ini amatlah teruk dan agak curam juga. Disamping itu, tangganya juga banyak yang sudah pecah dan amat bahaya jika tidak berhati-hati semasa menuruni anak tangga. Bayaran masuk setiap seorang ialah IDR10,000, manakala kanak2 adalah percuma. Lebih kurang 20 minit ‘menapak’ kami sekeluarga akhirnya tiba jua di kawasan air terjun Sendang Gile. Masya Allah! Memang cantik dan memukau sekali pemandangan di kawasan air terjun ini. Walaupun tiada tempat untuk mandi di sini, tetapi penat lelah ‘menapak’ ke sini terus sahaja hilang tatkala melihat keindahan air terjun tersebut. Sebenarnya jika ingin mandi, pengunjung boleh meneruskan lagi perjalanan selama 25 minit untuk ke air terjun seterusnya, iaitu Tiu Kelep yang mana di sana, ada kawasan yang sesuai untuk mandi manda. Namun, kami tidak meneruskan perjalanan untuk ke air terjun seterusnya, kerana langit pada masa itu kelihatan semakin mendung seakan akan hujan. Jadi, setelah berada di sana hampir 40 minit, kami kembali ke tempat parking kereta dan meneruskan perjalanan ke lokasi berikutnya. Ke mana?

_DSC3026-2
Suasana indah dan damaidi sekitar Lombok.

Ketika inilah, saya berfikir untuk mencuba sesuatu yang mungkin tak ramai yang pernah buat. Saya tidak berpatah balik melalui laluan yang sama semasa datang tadi, sebaliknya, saya mengambil laluan baru menuju ke Lombok Timur, dan seterusnya menuju ke lombok Tengah, sebelum sampai ke Mataram dan seterusnya tiba di Senggigi malamnya. Keseluruhan perjalanan pulang mengambil masa 3 jam. Cemas juga kerana memandu di kawasan yang agak sunyi, di kawasan lombok timur dan permukaan bumi yang berbukit dan jalan yang sempit. Amat jarang sekali kelihatan perkampungan di kiri-kanan jalan sepanjang perjalan di lombok timur sehinggalah tiba di persimpangan untuk menuju ke bandar Mataram melintasi lombok tengah. Sepanjang berada di laluan timur juga, signal telefon memang tiada. Kedai makan juga amat jarang kelihatan. Jika ada pun, mungkin berfikir 18 kali untuk berhenti kerana keadaan nya yang agak lengang dan sunyi. Huhu!

peta2
Kawasan yg bertanda merah: Jalan sunyi, signal telefon tak available, jalan naik-turun bukit, tiada kedai makan dikiri-kanan
_DSC3018-2
Boat-boat nelayan yg biasa terdapat di persisiran pantai.
_DSC3024-2
Kayak..ada berani??

Alhamdulillah, kami selamat tiba kembali di hotel hampir Isyak. setelah mengharungi perjalanan sejauh hampir 250 km. Sebelumnya kami singgah di sebuah kedai makan yang sedap juga masakanya, untuk makan malam. Kedai tersebut terletak di laluan ke Senggigi dari Mataram.

Day 4: Check out hotel paginya dan selepas breakfast, terus mengambil teksi untuk ke jeti boat untuk ke Gili Trawangan. Plan asal untuk ke Bangsal, menaiki boat umum yang dinaiki orang ramai untuk ke gili, namun setelah berbincang dengan supir, dan juga dari pembacaan sebelum ini (yang tak seberapa..huhu), kami ‘decide’ untuk menggunakan perkhidmatan boat laju untuk ke gili trawangan. Boat laju hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai, manakala boat umum biasanya sejam barulah sampai ke Trawangan. Juga, bayaran boat laju sudah termasuk untuk pergi dan balik. Perkhidmatan ini dijalankan oleh masyarakat tempatan, dan kami menggunakan servis boat laju dari Hj Dani. Memang laju dan selesa. Boleh di atur waktu untuk kembali ke pulau besar lombok. Tidak kisah jam berapa, mereka pasti datang πŸ™‚ Senang kan..hehe.

_DSC3056-2
Boat-boat yang berlabuh di persisiran pantai di Gili Trawangan.
_DSC3058-2
Menunggu penumpang untuk ke tempat seterusnya.

Kami tiba di Gili Trawangan hampir jam 2 petang. Berjalan seketika mencari hotel berdekatan dengan pantai. Jumpa, berhadapan dengan TURTLE SANCTUARY. BIG BUBBLE HOTEL. Hotel ni memang selesa, biliknya besar dan boleh memuatkan 5 orang. Harganya pun amat berpatutan (RM160), dan apa yang penting, ianya terletak amat dekat dengan masjid. Lepas check in, kami rehat seketika, dan keluar untuk makan tengah hari di gerai berhampiran. Habis lunch, saya dan Faheem ke masjid untuk solat Jumaat. Jemaah padat, walaupun lokasi masjidnya di pulau. Lepas solat, kami jalan-jalan kawasan sekitar. Sewa basikal 3 buah. Dua basikal dewasa, dan satu saiz kanak-kanak. Kondisi basikal masih baru dan selesa. Harga IDR 50,000 sebuah untuk 24 jam. Apa lagi, kami terus menjelajah sekitar pulau dengan basikal. Sempat juga sampai sehingga ke ‘Ombak Sunset’ layan buai dalam laut yang glamer tuh. Isk, isk…..tapi bukan time ‘sunset’ laa….malas laa nak bersesak-sesak masa sunset. Jadi kami tiba awal sket. Senang nak amik gambar etc. Orang tak ramai, hehe.

_DSC3063-2
Di bawah langit yg biru….
_DSC3076-2
Jom snorkling…

Malam nya, kami keluar lagi (juga dengan basikal) untuk dinner. Kali ini kami dinner di sebuah restoran berdekatan Villa Ombak. Ianya berkonsepkan buffet, dan setiap dewasa kena pilih sekor ikan bakar, berharga minimum IDR150,000 untuk melayakkan hidangan buffet percuma. Kanak-kanak ‘gratis’ ajer ye,,,,yes2x!! Selesai dinner (memang best sini, masakan superbb!!) kami kembali ke hotel dan mata pun mulalah terasa berat semacam. Selebihnya, tinggal kenangan..haha.

_DSC3092-2
Suasana di hadapan hotel OMBAK SUNSET!

Day 5: Hari ini kami perlu check-out awal dari hotel. Semalam saya sudah bagitahu kepada petugas hotel untuk menyediakan breakfast kami seawal jam 7 pagi kerana kemi perlu bertolak pulang ke pulau lombok sebelum jam 8 pagi. Ini kerana, flight kami pulang ke Msia adalah pada jam 1200 tgh hari, dan perjalanan dari Senggigi untuk ke Airport bakal mengambil masa hampir 2 jam juga.

_DSC3120
Gambar sunrise, pagi pertama di Gili Trawangan.

Harapan palsu rupanya. Jam 7 pagi, breakfast nya masih belum siap, tapi baru nak start panaskan dapur nak masak. Jemm…argghh. Terus tukar menu. Roti bakar dan telur rebus sahaja. Pasti cepat bukan? Okeylah, cepat juga lah diorang masak. Pemandu boat laju sudah terpacak, senyum. Sabar menunggu. Dalam hati nya, ntah apa laa yang di kata. Takpe, dah bayarkan. So layan jer la. Selesai bfast, kami terus ke boat dan tanpa di sedari Gili Trawangan sudah jauh berada di belakang kami. Masa suntuk. Sehari tak cukup di sini. Namun, tiket pulang sudah di beli. Mungkin lain kali…!

Alhamdulillah, kami sempat tiba di airport, kurang 2 jam sebelum waktu berlepas. Fuuhhh…..Sempat lagi lepak di cafe airport untuk lunch, dan menyelesaikan urusan check-in di kaunter AA. Syukur, semuanya berjalan lancar. Pukul 12 tgh hari kami berlepas pulang ke M’sia dan selamat tiba di KLIA 2 tiga jam kemudian.

BAJET

Berapakah anggaran yang telah di belanjakan untuk trip ‘membeli’ pegalaman di Lombok (Indahhh..!), Indonesia pada kali ini?

Kebiasaanya, saya akan merekodkan hampir keseluruhan perbelanjaan semasa mengembara dengan menggunakan aplikasi ‘ANDROMONEY’. Apps ini boleh di muat turun secara percuma di Google Play apps untuk telefon yang menggunakan platform android. Untuk iphone saya tidak pasti. Mungkin ada. Bagi saya, apps ini begitu mudah untuk digunakan dan amat menarik bila kita ingin melihat kembali rekod perbelanjaan sesuatu trip tersebut.

Screenshot_2016-04-17-08-02-22
Pecahan dalam bentuk Pie Chart
Screenshot_2016-04-17-08-02-41
Pecahan kategori perbelanjaan

JIKA DITELITI, PERBELANJAAN KESELURUHAN (GROUND COST ONLY) DI LOMBOK ADALAH RM1,804 UNTUK 5 HARI 4 MALAM.

Kos ini tidak termasuk kos flight tiket kerana bagi saya ianya adalah subjektif dan tidak tetap (kalau dapat tiket flight masa promo lagi murah kan?). Untuk trip ini, tiket return per pax yang kami dapat adalah RM350. πŸ™‚

Jika kos yang sama di ambil kira, untuk 5 orang, jadi purata seorang hanya sekitar RM360 (*ground kos) manakala tiket flight adalah RM350. Jadi total kos perbelanjaan di sini lebih kurang RM720 seorang. Walau begitu, seperti yang saya nyatakan pada awalnya, kos adalah suatu perkara yg amat subjektif dan ianya bergantung kepada setakat mana kita mampu untuk ‘bertoleransi’ dengan keselesaan untuk mendapat kos yang lebih murah semasa travel.

Lain orang, lain caranya. Lain orang, lain gaya nya!! Yang penting, anda menikmati perjalanan yang dilalui dan kutiplah sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman berguna sepanjang pengembaraan. πŸ™‚

DJI_0028-2
Gambar sunrise ini dirakam menggunakan kamera dari Phantom 3 dari pesisir pantai di Gili Trawangan.

One’s destination is never a place, but a new way of seeing things. |Β Henry Miller

Akhir kata, saksikan video yang telah saya hasilkan daripada trip pengembaraan ke Lombok INDONESIA pada kali ini. Kali ini, ariel footage ada di masuk kan sekali di dalam klip. Ianya dirakam menggunakan 2.7K DJI kamera dari Phantom 3.

Sekian πŸ™‚ Terima kasih dan GO TRAVEL !!!

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

16 thoughts on “Kembara Lombok INDONESIA | Itinerary + Budget”

  1. Salam,
    Blog you membantu saya nak plan trip saya ke Lombok. Saya beli tiket untuk 7 hari 6 malam. Kami berempat. Cadangnya nak pergi gili trawangan, pulau kenawa dan tiu kelep tu.
    Kalau you tak kisah, boleh bagi nombor supir dan boat ke gili tu tak?
    Boleh email ke: amynadiaaziz@gmail.com

    Terima kasih!
    And your pictures are amazing!

    1. Wsalam, terima kasih kerana sudi membaca coretan saya yang tidak seberapa ini.
      Maaf sesangat, kerana saya tidak simpan pula nombor supir dan tempat bot tersebut.
      Apa-apapun moga enjoy trip ke Lombok.

      LOMBOK ITU INDAH πŸ™‚

  2. Terbaik la sharing ni! Cantik semuanya.. tak pernah terfikir nak ke lombok. Tapi nampak menarik n sesuai utk anak2. Mungkin boleh pertimbangkan utk next trip πŸ™‚

    1. W’salam,
      Kalau tak silap saya dalam IDR400,000 utk perjalanan pergi balik…untuk 1 boat.
      Kalau nak jimat, boleh share2 dengan orang lain kalau ada kebetulan yang nak ke pulau yang gili yang sama..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *