Di sini saya ingin kongsikan DUA klip video yang telah saya hasilkan setelah pulang dari mengembara ke ARTIK pada bulan Februari yang lepas. Video ini adalah hasil daripada gabungan klip-klip pendek yang dirakam sepanjang perjalanan kami di sana dengan menggunakan aplikasi Window Movie Maker sahaja (maklumlah, amatur laa katakan, hehe!). Semasa di sana, kami menggunakan pelbagai ‘device’ untuk rakaman, seperti Samsung Note 4 & 5, dan juga dari kamera DSLR model Nikon D610.
Cabaran utama untuk merakam klip semasa berada di sana ialah kerana suhu nya yang begitu sejuk (-15 to 0 degree celcius) yg menyukarkan jari kami untuk memetik butang shutter (lagi-lagi bila menggunakan handphone) kerana kami perlu menanggalkan glove kami setiap kali ingin menekan butang ‘RECORD’ di HP.
Untuk kemudahan, kami syorkan untuk menggunakan glove yang dapat memindahkan haba jari semasa menekan skrin HP tanpa perlu menanggalkan glove. Ianya ada di jual di kedai2 pakaian sejuk, dan juga di kedai2 barangan pelbagai yang murah2 dari Jepun. Satu cara lagi ialah dengan menggunakan glove yang hujung jarinya boleh dibuka untuk memudahkan sebarang pergerakan menggunakan hujung jari anda.

Salah satu faktor lagi yang perlu dititik beratkan ialah bekalan bateri yang mencukupi sepanjang aktiviti rakaman. Ini kerana, bateri alatan elektronik akan begitu cepat habis apabila beroperasi dalam suhu sejuk (-15 to 0 degree celcius). Ini termasuklah smartphone dan juga kamera. Jadi, pastikan bateri anda sudah ‘fully charged’ sebelum keluar berjalan-jalan, dan jika selalu terlupa, eloklah untuk membawa bateri tambahan sebagai ‘back-up’ kepada yang sedia ada.
Baiklah, rasanya itu sahaja yang boleh di kongsikan buat masa ini. Jangan segan untuk bertanya jika ada sebarang isu berkenaan dengan ‘travel’ ke negara artik ini, Insya Allah, saya cuba untuk membantu sedaya yang mampu. Moga bermanfaat.
Selamat menonton!!





