Kembara Artik | Stockholm – Sweden

Setelah dua hari berada di Bjorkliden, perjalanan seterusnya ialah ke Stockholm, bandar utama negara Sweden yang terletak jauh ke selatan. Sekali lagi kami menggunakan SJ Arctic Circle Train, untuk menempuh perjalanan sejauh 1,300 km yang mengambil masa selama 18 jam 30 minit. Train berlepas dari Bjorkliden Station pada jam 12 tgh hari dan tiba di stesen seterusnya, Boden C pada jam 5.20 ptg. Di sini, kami perlu menukar train yang mempunyai gerabak untuk bermalam (overnight train) yang kemudianya berlepas menuju ke Stockholm Central pda pukul 5.39 ptg. Walaupun jam menunjukkan petang, tetapi keadaan sekeliling sudah pun gelap, kerana waktu maghrib di sini sekitar jam 4.30 petang 🙂 Semasa membeli tiket secara online, kami memilih cabin paling hujung dan hampir dengan tandas. Memudahkan urusan.

_DSC1608
SJ Arctic Circle Train tiba di Boden C station
_DSC1614
Menunggu ketibaan train seterusnya ke Stockholm.

Dalam setiap kabin, ada disediakan enam katil, yang di susun berhadapan, bermakna 3 katil setiap bahagian. Berbeza dengan overnight train di Vietnam yang hanya 4 katil. Walaupun dengan setup enam katil, keadaan nampak kemas, tersusun dan moden. Bila tiba masa untuk tidur, kami hanya perlu menaikkan tempat bersandar yg asalnya untuk setup kerusi di bawah, naik ke atas. Jadilah ia sebagai katil tengah manakala tempat duduk asal kerusi akan menjadi katil lapisan bawah. Jangan risau, keadaan nya jauh lebih selesa dari overnight train di Vietnam. Setiap katil ada dibekalkan sekali dengan bantal, selimut dan cadar.

_DSC1616
Salah sebuah restoren di Boden C station.

Semasa menaiki train tersebut, sudah ada seorang penumpang lelaki di dalam kabin yang sama. Dia sudah menetap di Sweden selama 12 tahun, dan berasal dari Cameroon dan bekerja sebagai mekanik di syarikat servis train. Mula-mula nampak macam tak berapa friendly dan risau juga hendak mula sembang. Tapi bila sudah bertegur sapa, dan dia mengetahui yang kami dari Malaysia, terus jadi peramah pula mamat tuh. Menurutnya dia ada kawan baik di Indonesia. Walaupun dari Cameroon, dia begitu fasih berbahasa local, french dan inggeris. Senang nak berbicara, mudah faham. Seterusnya, layan borak sepanjang perjalanan. Dia banyak berkongsi tentang kehidupan di Sweden, dan dari situ juga kami tahu yang bukan mudah untuk golongan bukan orang tempatan untuk memulakan hidup di Sweden. Bukan semuanya indah & mudah sebagaimana khabar berita. Namun itulah kehidupan. Cabaran dan dugaan di mana-mana. Hampir jam 10 mlm, masing-masing menyusur ke katil masing-masing. Mata memang mengantuk, melayani seharian perjalanan, sel-sel otak yg makin lemah, mata semakin berat. Train terus bergerak lancar sahaja, tak banyak bergoyang. Merenung ke luar tingkap, hanya kegelapan yang kelihatan, dan kadangkala cahaya dari lampu di landasan. Suasana sunyi. Tidur. Jam 12 mlm, terjaga semula. Tidak pasti di stesen mana, ada seorang lagi penumpang yg masuk ke kabin kami. Saya memerhati. Berhati-hati mamat tu meletakkan bag, membuka kasut, memanjat tangga terus ke katil paling atas. Segalanya dilakukan se-senyap mungkin. Takut mengganggu kami yang sedang tidur barangkali. Sambung tidur.

_DSC1623
Stockholm Central Station

Kami tiba di Stockholm Central Station jam 6.30 pagi sebagaimana yang dijadualkan. Keadaan sekeliling masih gelap. Kami terus menuju ke public toilet, untuk ‘menyegarkan diri dan berwudhuk. Owh, di sini kena bayar untuk masuk toilet, RM 5 per person. Uhukk!! Tapi toilet nya memang luas, bersih dan moden. Ada juga kawasan khas (yang berasingan – bilik khas tertutup) untuk keluarga yang mempunyai anak2 kecil siap dengan sofa dalam bilik menyusu. Memang cantik, sesuai untuk port solat subuh. Tiada gangguan. Selesai urusan, kami bfast di stesen tersebut dengan kopi panas dan croissant, sekadarnya. Cukup untuk mengalas perut dan tenaga untuk jelajah sekitar bandar Stockholm nanti. Selesai breakfast, kami menuju ke kawasan simpanan bag di tingkat bawah stesen. Bayaran sebanyak RM40 untuk 5 jam di kenakan untuk sebuah loker besar.

sweden route
Laluan berjalan kaki sekitar bandar lama Stockholm.
_DSC1635
Dalam perjalanan ‘menapak’ ke stockholm old town.

Tempat utama yang di tuju ialah bandar lama Stockholm yang terletak tidak jauh dari train station tadi, hanya 10 minit berjalan kaki. Kami menyusuri jalan-jalan di bandar yang masih dilitupi salji, namun tidaklah setebal di Bjorkliden atau Abisko di utara Sweden.   Cuaca mendung dan gloomy, susah untuk nampak sinar matahari. Hanya awan tebal yang melitupi kebanyakkan kawasan di bandar Stockholm ini. Di bandar lama, kami sempat sampai ke sekitar bangunan Royal Palace, Bonde Palace, Riddarhuset (the 17th century house), Brantingtorget, Liberala Kvinnor, Parade Square, dan juga kawasan sekitar waterfront / bay di sekitar jalan Skeppsbron. Di situ juga terdapatnya Kapal Teaterskappet berwarna putih, yang sedang berlabuh (atau memang berlabuh di situ sepanjang masa. Begitu indah pemandangan di bandar Stockholm ini. Antara yang menarik perhatian di bandar ini ialah rekabentuk bangunan dan warna yang digunakan. Begitu kelasik, dan pada masa yang sama, padanan warna menyerlahkan lagi ciri-ciri negara Scandinavia itu sendiri.

_DSC1636
Deretan lampu isyarat di jalan utama, kerata tidak lah banyak dan sibuk pun 🙂
_DSC1641
Bangku yang kosong berhampiran sungai. Mungkin tiada siapa yang ingin melepak di luar dalam cuaca yang sejuk begini.

Semasa kami tiba di hadapan Royal Palace, kelihatan beberapa penduduk tempatan yang berjalan dengan membawa ski set masing-masing. Rupanya, ramai yang bermain ski di hadapan Royal Palace, yang mana mereka akan mendaki di bahagian laluan kiri istana ke atas, dan seterusnya meluncur ke bawah di sebelah kanan istana (kedua-dua bahagian mempunyai ketinggian / cerun yang sesuai untuk bermain ski, bila kawasan sekitar dipenuhi dengan salji). Menarik sekali, bermain ski di dalam bandar, seumpama jika di Malaysia, rakyat boleh bermain ski di ruang legar Istana Kehakiman Putrajaya mungkin? Haha.

_DSC1694
Royal Palace di bandar lama Stockholm.

Kebetulan pada ketika itu, ada sebuah khemah berwarna oren yang baru sahaja didirikan dan kelihatan beberapa pekerja sedang mengeluarkan peralatan ski dari sebuah van berwarna hitam untuk disusun di bawah khemah tersebut. Kami berjalan-jalan di kawasan sekitar, dan apabila kelihatan urusan di khemah agak reda, kami terus ke sana bertanyakan tentang harga sewa peralatan ski tersebut.  Apa yang best nya, mereka menyediakan alatan ski tersebut secara percuma sahaja, untuk digunakan selama lebih kurang 20 minit seorang. Haha, rezeki boleh main ski percuma laa nampaknya. Jika kami bermain ski di Bjorkliden tempoh hari, kena laa sewa RM150 seorang. Kebetulan hari ini adalah hari terakhir syarikat ini mengadakan promosi bermain ski percuma sempena Winter Sport event yang sedang berlangsung di Stockholm. Jadi apalagi, sempatlah kami bermain ski hampr 30 minit juga. Campur berjalan perlahan pada mulanya, termasuk ‘tergolek’ 2-3- kali juga semasa mendaki bahagian kiri di depan Royal Palace dan akhirnya boleh laaa juga meluncur walaupun tidak laju mana. Puas hati. Rasa macam nak main sampai sejam jerk..hehe!

_DSC1659
Antara bangunan yang menarik perhatian semasa berada di sini.
_DSC1663
Bangunan bersejarah banyak terdapat di sini.
_DSC1686
Toilet; berbayar tuu!!

Kami berjalan lagi sekitar badar lama Stockholm sambil menikmati keindahan bandar tersebut sehingga hampir tengah hari. Hampir jam 12 tgh hari, seterusnya, kami menaiki bas dari Stockholm Central Station untuk ke Arlanda Airport sebelum menempuh 13 jam perjalanan pulang ke Bangkok, dan seterusnya 2 jam lagi sebelum tiba di Kuala Lumpur.

_DSC1709
Parliament House
_DSC1728
Strompaterren
_DSC1760
Sebuah keluarga yang sedang bermain ski di depan Royal Palace
_DSC1763
Bangunan lama & bersejarah
_DSC1773
Salah satu lorong yang terdapat di bandar lama ini.
_DSC1778
Kapal Teaterskappet
_DSC1807
Bergrummet
_DSC1837
Grand Hotel, Stockholm
_DSC1845
Grand Hotel, Stockholm
_DSC1865
Tasik Lilla Vartan
_DSC1874
Tasik Lilla Vartan; ikan yang terdapat di sini, boleh memancing!!
_DSC1875
Tasik Lilla Vartan; spesis itik, dan burung yang ada di sini.
_DSC1882
Lagi bangunan-bangunan lama yang tersergam indah di kota ini.
_DSC1898
Simbol ‘M’ yang membosankan, ada di mana-mana.
_DSC1923
Dalam perjalanan menuju kembali ke Stockholm Central Station.
_DSC1930
Tiba di Arlanda, Stockholm Airport. Terminal No. 5 (Norwegian Airline ke Bangkok yang akan berlepas jam 2.30 ptg)

Setibanya di Survanarbhumi Airport, Bangkok, kami sempat juga menjelajah sekitar bandar Bangkok sementara menunggu penerbangan seterusnya untuk ke Kuala Lumpur yang hanya akan berlepas pada pukul 10 mlm. Jadi, sempatlah juga melawat kawasan sekitar Petchaburi Road, di mana terdapatnya Platinum Mall, Central World, Siam Paragon dll. Namun, kerana kekangan masa, kami tidak sempat untuk menjelajah bandar Bangkok ke kawasan yang lebih jauh, kerana hanya ber’transit’ sahaja di sini. Mungkin lain kali 🙂

Kami tiba di Kuala Lumpur lewat malam menandakan berakhirlah pengembaraan kami ke bumi artik. Walau begitu, segala pengalaman dan pengetahuan yang kami kutip sepanjang perjalanan ini akan senantiasa segar bersama kami, tidak sebagaimana material ataupun benda yang pastinya akan lusuh di telan zaman.

“The world is a book, and those who do not travel read only one page.” – Saint Augustine

 

_DSC1950
Jalan utama di hadapan Platinum Mall.
_DSC1973
Tempat shopping sekitar kawasan yang sama.
_DSC1977
Pemandangan biasa di bandar-bandar besar; sesak dan berasap. Tak best!
_DSC1980
Motor yang banyak di gunakan di sini, untuk mengelakkan kesesakan.
_DSC2016
Siam Paragon, tempat jualan barang-barang ‘branded’ dan pastinya tidak murah. Kami jalan-jalan dan melihat-lihat sahaja.
_DSC2023
Stesen LRT berhadapan dengan Siam Paragon. Kebetulan dua keretapi berhenti serentak pada stesen yang sama, tetapi di landasan yang berlainan.
_DSC2054
Menunggu penerbangan pulang ke tanah air. Malaysia, kami kembali!! #savemalaysia

 

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *