Kembara Artik | Oslo – Norway

Artik adalah rantau sekitar Kutub Utara, bertentangan dengan rantau Antartika sekitar Kutub Selatan. Di hemisfera utara, Artik termasuklah Lautan Artik (yang bertindih dengan Kutub Utara) dan bahagian-bahagian Kanada, Greenland (sebuah wilayah Denmark), Rusia, Amerika Syarikat (Alaska), Iceland, Norway, Sweden dan Finland. Negara-negara yang berada dalam lingkungan artik (arctic circle) ini kebiasaanya mengalami musim panas yang singkat pada suhu yang tidak melebihi 10 degree celcius. Manakala pada musim sejuknya pula, negara-negara ini boleh mencecah suhu sehingga -25C hingga -30C dan matahari juga amat jarang akan kelihatan.

GISP2map
Garisan artik (Arctic Circle) yang terletak jauh ke utara bumi.

Terdapat juga fenomena di mana matahari tidak langsung terbenam (dikenali sebagai midnight sun) yang berlaku dari bulan April hingga August di kawasan-kawasan yang jauh ke utara dari garisan artik. Ketika ini, walaupun waktu sudah menunjukkan tengah malam, namun matahari masih kekal bersinar di kaki langit. Fenomena alam yang lain yang amat terkenal di sini ialah cahaya Aurora Borealis atau dikenali juga sebagai Cahaya Utara (Northen Light) yang biasanya muncul bermula dari bulan October hingga March. Cahaya ini akan jelas kelihatan di kawasan-kawasan yang jauh ke utara garisan artik, ketika langit cerah dan tidak berawan. Cahaya     berwarna merah, ungu dan hijau yang amat memukau ini akan muncul di malam-malam tertentu dan seolah-olah menari-nari di angkasa mengikut alunan nya yang tersendiri. Kejadian inilah yang banyak menarik minat ahli sains, pencinta alam, jurugambar professional, dan sesiapa sahaja untuk datang ke negara-negara ini untuk menyaksikan sendiri keajaiban alam ini.

2000px-Arctic_circle.svg
Pandangan atas, negara-negara yang termasuk dalam bulatan artik.

Alhamdulillah, saya dan isteri telah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk melalui sendiri pengembaraan dan pengalaman melihat Aurora Borealis ini pada awal bulan Februari 2016 baru-baru ini. Syukur yang tidak terhingga kami panjatkan kepada Allah SWT, yang menciptakan keindahan cahaya hebat ini untuk tatapan makhluknya, supaya kita berfikir dan mengagungkan kebesaran-Nya.

Perjalanan kami bermula dari Kota Bharu ke KLIA 2 pada tengah hari, 6 Feb 2016. Flight kami seterusnya menuju ke Bangkok dan kami tiba di sana sekitar pukul 8 malam waktu tempatan. Pesawat Air Asia mendarat di airport Don Mueang, dan kami menaiki shutter bus ke Survanabhumi airport yg disediakan percuma kepada mereka yang akan menaiki pesawat berikutnya dari sana. Walaupun flight kami ke Oslo, Norway di jadualkan pada pukul 9 pagi esoknya, namun kami masih dibenarkan untuk menggunakan shuttle bus tersebut dengan hanya menunjukkan booking dokumen untuk flight tersebut. Kalau tidak, pasti kami kena naik bas bandar, ataupun teksi yang pastinya bukanlah murah kerana jarak antara dua airport tersebut adalah hampir 40 minit. Malam tersebut kami menginap di Plai Garden Hotel yang terletak 2 km dari Suvarnabhumi airport. Lokasi hotel ini amat memudahkan kami untuk tiba awal keesokan harinya di samping pihak hotel juga turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma dari / ke airport. Jika dari Survanabhumi airport, kita hanya perlu ke gate no 3 di balai ketibaan untuk menunggu airport shuttle membawa kita ke hotel. Di situ akan ada wakil pihak hotel yang menunggu, bersama wakil-wakil hotel yang lain yang berkumpul di satu tempat yg sama antara entrance 3 dan entrance 4 balai ketibaan.

20160207_081436_001
Kedai makan yang di label HALAL di kawasan International Departure Gate di Suvarnabhumi airport
20160207_081804
Pelbagai masakan ada di sediakan, dengan purata harga satu hidangan sekitar RM20-25.

Sebagaimana yang dirancang, kami berlepas dengan pesawat Norwegian Airline, 787 Dreamliner pukul 0900 hrs dan dijangkan tiba di Oslo, Norway lebih kurang pukul 1730 hrs waktu tempatan. Sebelum menaiki pesawat, kami sempat sarapan pagi terlebih dahulu di dalam Suvarnabhumi airport, yang mana terdapatnya sebuah kedai makan muslim yang berlabel Halal di situ. Selain makan, kami juga sempat ‘tapau’ sekali dua bungkus nasi untuk di bawa menaiki flight buat persediaan mengharungi penerbangan selama 13 jam. Walaupun ‘muslim meal’ boleh di book semasa pembelian tiket online, namun harganya membuatkan kami menangguhkan terus hajat tersebut (Satu meal berharga 33 euro ~ RM 150). Kedua-dua bungkus nasi tersebut ‘berjaya’ kami kerjakan semasa kebanyakkan penumpang pesawat lena dengan suasana ‘malam’ di dalam pesawat. Jika menaiki pesawat Norwegian ini, di sarankan untuk membawa sendiri earphone untuk melayan movie2 di IFE yang amat canggih ini. Ini kerana, earpohone tidak di sediakan, tetapi boleh di beli dengan harga USD 3 satu set. Pembelian boleh di buat menggunakan kad kredit dan di ‘swipe’ di IFE masing-masing. Canggih bukan? 🙂

_DSC0342
Stesen keretapi sentral di Oslo, train dari airport akan tiba di sini.
_DSC0343
Mesin untuk membeli tiket train ada di sediakan di stesen. Kad kredit & debit diterima.

Setengah jam sebelum mendarat, menerusi tingkap pesawat, kelihatan bumi Oslo memutih dilitupi dengan salji tebal. Suatu perasaan bercampur baur. Teruja ada, risau pun ada. Teruja kerana belum pernah melihat begitu tebal salji melitupi bumi. Risau kerana memikirkan kesejukan yang bakal ditempuhi sepanjang perjalanan di Norway ini. Walaupun begitu, hati masih berkobar-kobar untuk meneruskan kembara di bumi Scandinavia ini. Ianya pasti menjanjikan suatu pengalaman yang berbeza.

_DSC0350
Sepanjang jalan dari Oslo Central ke Hotel; Karl Johan Street!!
_DSC0352
Deretan bangunan yang cantik dan klasik sepanjang Karl Johan street.
_DSC0357
Singgah dinner di kedai di sekitar Karl Johan street.
_DSC0358
Antara kedai Halal yang terdapat berdekatan kawasan ini, tetapi harganya agak mahal
_DSC0361
Street at Night; Karl Johan Street!!
_DSC0366
Bangunan berdekatan laluan utama ke Royal Palace di jalan yang sama.
_DSC0373
Lorong menuju ke hote HTL.
_DSC0374
Lobi hotel, simpel, moden dan menarik. Malam jer datang sini untuk ambil air panas dan bancuh kopi sendiri (bawa dari Malaysia, Kopi Tenom)
_DSC0375
Reception table; simple & small. Staff yang sama juga akan layan pelanggan yg berada di lobi seperti mengambil air dll. Produktif!

Ketika di Oslo, kami menginap di HTL KARL JOHAN Budget Hotel selama 2 malam. Hotel ini terletak di Karl Johan Gate Street di tengah2 bandar Oslo, dan hanya 15 minit berjalan kaki ke Oslo Central Station. Tinggal di hotel ini memudahkan kami untuk menjelajah tempat-tempat menarik sekitar Oslo city yang mana kebanyakkanya dalam lingkungan 2-3 km antara satu tempat dengan yang lain. Dan berjalan kaki dalam cuaca sejuk tidaklah begitu memenatkan (jika cukup ‘fit’ ler kan..hehe) dan dirasakan lebih praktikal untuk kami menjelajah di jalan-jalan sekitarnya sambil merakam ‘moment’ menarik sekitar bandar Oslo.

_DSC0397
Berjalan kaki ke Oslo Royal Palace dari hotel, malam pertama tiba. Ada pengawal yang berkawad kiri dan kanan di depan istana, walaupun tiada siapa yang melihat, di waktu malam.
_DSC0409
Jalan dari Oslo Royal Palace ke hotel.
_DSC0414
Hard Rock yang terletak 5 minit berjalan kaki dari hotel.

Kami memperuntukkan masa sehari untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Royale Palace Oslo & National Theatre (15 minit berjalan kaki dari hotel, pada malam pertama kami tiba di Oslo), manakala Akershus Fortress, Opera House, Gronlandsparken (taman awam), Central Jam-E Mosque, Toyen Hovedguard (taman botani), ICC Islamic Cultural Central (masjid), dan Bogata dengan berjalan kaki pada hari berikutnya.

oslo route
Laluan perjalanan kami dari hotel yang bertanda biru. Makanan halal banyak terdapat di kawasan berpetak merah, kerana di sinilah antara pusat komuniti masyarakat Islam Oslo ini.
_DSC0420
Salah satu tugu yg terdapat berdekatan laluan ke Akershus Fortress.
_DSC0427
Muzium kecil yang terdapat dalam kawasan Akershus Fortress.
_DSC0437
Meriam yang tersusun rapi di atas kubu Akershus Fortress
_DSC0442
Pemandangan bandar Oslo dari atas Akershus Fortress
_DSC0451
Bangunan dalaman kubu Akershus Fortress
_DSC0456
Laluan susur tepi ke persisiran pantai di dalam Akershus Fortress
_DSC047411
Deretan kereta di kawasan parking berhampiran jalan di luar Akershus Fortress. Setiap petak parking ada di sediakan sekali kabel untuk cas kereta jenis elektrik.

Dari Bogata, kami menaiki bas ke tempat seterusnya yang terletak agak jauh sedikit, iaitu Vigeland Sculpture Park. Di sini terdapatnya pelbagai ukiran manusia yang tidak berbaju dalam pelbagai aksi yang pelik dipamerkan bagi tujuan yang tidak dapat di pastikan. Mungkin untuk mempamerkan kerja seni dari artis ukiran terkenal mereka (Gustav Vigeland – 1920s dan 1943), sebagaimana yang kita sedia maklum, minat penduduk negera-negara sebegini terhadap ukiran dan patung-patung amatlah tinggi.

oslo route2
Laluan bas dari Brogata ke Vigeland Park sejauh 4.3 km.

Hampir maghrib, kami berjalan pulang ke hotel sambil menyusuri laluan lembab dan basah dibasahi hujan yang turun renyai sepanjang hari, di selang seli dengan turunya salji halus yang turut membasahi bumi. Suasana malam di kota Oslo ini begitu indah sekali, dengan pelbagai cahaya dari lampu-lampu jalan dan bangunan sekitar, ianya menambahkan lagi kombinasi warna terang gemerlapan menyinari jalan dan bangunan sekitar bandar. Jari masih memetik ‘shutter’ kamera dengan sisa tenaga yang masih berbaki. Sehari suntuk menapak sekitar bandar, memang memenatkan. Tetapi pengalaman yang dilalui dari melihat sendiri kehidupan manusia yang berbeza di bumi asing, mampu membuatkan diri tersenyum sendiri.

_DSC0478
Oslo Opera House, kelihatan tasik yang membeku.
_DSC0481
Salah sebuah bangunan menarik di tepi waterfront.
_DSC0492
Turkish Restaurant, tempat makan tengah hari.
_DSC0494
Kebab bersama Turkish tea; nyaman!
_DSC0498111
E-Jam Mosque; semasa kami tiba, ianya tertutup. Mungkin baru selepas selesai solat zuhur. Hanya akan dibuka semula bila waktu hampir masuk Asar.
_DSC0502
Kedai manisan dari Turki, banyak kedai sebegini terdapat di jalan Toyengata.
_DSC0507
Antara salah satu taman awam yang terkenal, Toyen Hovedgard.
_DSC0515111
Hasil seni kreatif yang dibuat dari tumbuh-tumbuhan.
_DSC0519111
Pokok-pokok sepanjang laluan mendaki di dalam taman.
_DSC0527111
Jalan-jalan sekitar kota Oslo, tidaklah berapa sibuk dengan kenderaan.
_DSC0528111
Walaupun hujan, kegiatan harian berjalan seperti biasa untuk penduduk kota Oslo ini.
_DSC0538
Menunggu bas ke tempat seterusnya ke utara kota.
_DSC0542
Bangunan-bangunan menarik sekitar bandar Oslo.
_DSC0546
Ukiran batu dan arca yang terdapat di Vigeland Sculpture Park.
_DSC0559
Vigeland Sculpture Park, lagi arca tidak berbaju dan seluar 🙂
_DSC0566
Patung kanak-kanak tengah kerumun apa pun tak pasti. Mungkin BR1M kut :p
_DSC0570
Menunggu derma baju dari yang sudi, atau kalau ak derma RM2.6 billion pun boleh juga.
_DSC0572
Kalau manusia betul, agak2 boleh tak susun sampai tinggi macam ni?
_DSC0581
Lagi aksi sambut budak…huhu!
_DSC0591
Bangunan sekitar bandar Oslo.
_DSC0598
University of Oslo
_DSC0602
Jalan pulang menuju hotel dari Vigeland Sculpture Park.
_DSC060311
Oslo National Theater
_DSC0612
Cahaya dari lampu2 di pokok tepian jalan menyinari jalan sekitar
_DSC0616
TGIF OSLO
_DSC0624111
Grand Hotel dan lain-lain hotel yang terletak di sekitar Karl John street.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

7 thoughts on “Kembara Artik | Oslo – Norway”

  1. Sumpah..seronok sgt saya baca kronologi kembara tuan.dgn gambar2 yg cantik dan olahan cerita yg tak boring. Rasanya dgn pengalaman yg ada..dah bole jd travel agen ni..saya pun nk join under tuan.utk sapa2 yg nk ke scandinavia utk tgk sndiri nothern light..hehehe.by the way..tahniah..

    1. Terima kasih tuan kerana sudi melawat blog saya. Insya Allah, dalam perancangan juga untuk buat pakej bajet untuk kembara ke artik ni.

  2. Best!
    plan to go norway tp x jumpa byk blog yg menarik. This post is good and interesting. saya in particular berminat dengan pic2 yg dikongsi. kalau x keberatan, boleh kongsi x pakai kamera & lens apa utk gambar2 ni. TQ.

    1. Norway memang best, especially to those yang into nature and yang nak melihat Northern Light.
      Btw, semasa kembara ke Norway ni saya gunakan kamera Nikon D610 + 16-35mm Nikon lens.

Leave a Reply to farrisn Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *