Kembara Indonesia : Jakarta | Puncak Bogor

JAKARTA!! Nampak sahaja perkataan ini, sudah terbayang di kepala sebuah kota yang amat padat, sibuk, sesak dengan kenderaan dan udara yang bercampur asap di sekitar kota. Namun, mengapa masih ramai yang memilih kota ini untuk dilawati. Ternyata ianya pasti mempunyai ciri yang istimewa yang mampu menarik umum datang ke sini.

Kami sekeluarga berkelana ke kota ini pada awal November lepas. Ianya bukan perjalanan yang betul-betul dirancang rapi. Namun ianya terlaksana juga, dengan tiket ‘return’ penerbangan KLM berharga RM360 seorang yang kami tempah dua hari sebelum tarikh perjalanan. Alhamdulillah, servis dan fasiliti KLM jauh lebih baik berbanding syarikat tambang murah terkenal, Air Asia. Harga tiket memang sudah termasuk ‘meal’ dan juga IFE (in-flight entertainment). Harga ini jauh lebih rendah berbanding tiket AA yg pada tarikh yg sama berharga lebih kurang RM460. Perjalanan selama 2 jam bermula pkl 5 petang dari KLIA dan tiba di Jakarta pukul 7 malam. Waktu di Jakarta adalah lewat 1 jam berbanding waktu di Malaysia.

DSCF3168
Sedang menunggu ERL ke KLIA di Putrajaya Sentral. Kereta parking di sini, murah!
DSCF3196
Masakan padang sebagai hidangan makan tengahari. Restoran terletak seberang jalan dengan Masjid Istiqlal.
_DSC8253
Setentang dengan pintu utama Masjid Istiqlal adalah gereja ini.
_DSC8257
Pintu utama atau gate utama ke kawasan masjid.
_DSC8258
Pelbagai gerai bergerak di luar pagar masjid
_DSC8259
Macam-macam makanan yang ada. Jika tabah, boleh jer lepak makan sini.
_DSC8261
Lagi pelbagai gerai jualan di perkarangan masjid
_DSC8262
Antara jenis cenderamata yang ada di jual di sekitar sini.
_DSC8266
Bangunan Petronas…ehh silap, bangunan Petamina yang terletak berhampiran masjid.
_DSC8267
Ada terusan air disekeliling masjid. Tapi warnanya sudah bertukar hitam, dan agak pekat kelihatan. Tidak lagi nampak indah, tapi sebaliknya.
_DSC8268
Lagi pelbagai gerai di luar pagar masjid, dan kita boleh melihat orang terbaring begitu sahaja di tepi-tepi jalan.
_DSC8269-2
Lagi jualan pelbagai barangan di luar pagar masjid.
_DSC8273
Kreatif kedai ini, ada patung kuda yang diperbuat dari kayu-kayu terbuang.
_DSC8274
Kelihatan patung kerbau tergantung di atas bumbung kedai yang sama.
_DSC8275
Posing bergambar dengan burung helang kataya!

Untuk dua malam berada di Jakarta, kami menginap di Hotel Best Western Mangga 2. Kawasan Mangga 2 ini sebenarnya terkenal dengan pusat membeli belah yang banyak menjual pelbagai produk pakaian, kain-kain dan sebagainya pada harga yang amat murah. Rasanya ramai kaki ‘shopping’ dari Malaysia terutamanya golongan wanita memang mengenali tempat ini. Puas kami pusing-pusing sekitar itu, dan wife sempat ler ‘terambil’ dua-tiga ‘handbag’ dari situ, kami kembali ke hotel untuk meletakkan barang yang ‘terambil’ dari shopping kompleks tadi. Kami terus menuju ke pusat bandar, untuk lunch di salah sebuah restoran nasi padang berdekatan dengan masjid Istiqlal. Usai makan, kami singgah di Masjid Istiqlal untuk solat, sambil melawat masjid yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara. Memang saiz masjid ini begitu besar, dan ianya layak mendapat pengiktirafan antara masjid yang terbesar yang mana mampu menampung jumlah jemaah hingga seratus ribu orang pada satu-satu masa.

_DSC8252-2
Masjid terbesar di Asia Tenggara; Masjid Istiqlal Jakarta
_DSC8290
Monumen Nasional (MONAS) yang menjadi mercu kebanggaan rakyat Indonesia.
_DSC8294-2
Tiga beradik bergambar di MONAS!!
_DSC8315
Monumen pahlawan di kawasan yang sama..
_DSC8333
Tiba-tiba rasa macam menarik untuk shoot gambar nih..
_DSC8334-2
Motor ‘pakcik’ polisi yang membuat rondaan di kawasan sekitar ini…

Dari masjid, kami berjalan perlahan menuju ke satu lagi tempat terkenal di Jakarta, iaitu MONAS (Monumen Nasional) yang terletak kurang 1km dari masjid tadi. Di kawasan ini terletaknya sebuah tugu yang berbentuk menara dan nyalaan obor yang manjulang tinggi ditengah-tengah padang. Ramai juga pengunjung disekitar kawasan ini yang rata-ratanya bukan dari penduduk local Jakarta. Kawasan ini di jaga rapi dengan anggota penguatkuasa yang sentiasa berlegar di sekitar kawasan tersebut. Kami berada di sana sehingga hampir waktu senja dan sempat merakam beberapa gambar kenangan semasa berada di sana.

DSCF3211
Cuba bermain sepatu keretapi yang terdapat di taman hotel
DSCF3242
Ikan gurame bakar sebagai ‘dinner’ malam pertama di Puncak Bogor.
DSCF3249
Pemandangan waktu pagi keesokan harinya dari Puncak Bogor.
DSCF3253
Perlu menyusuri jalan kecil ini untuk ke hotel.
DSCF3256-2
Ubi yang banyak terdapat di Puncak dan dijual merata di tepi-tepi jalan.
DSCF3261
Dari hotel untuk ke jalan besar, perlu melalui jalan kampung ini terlebih dahulu.
DSCF3262
Pemandangan di salah sebuah jalan di kampung berhampiran.
DSCF3263
Deretan kenderaan yang parking di tempat paking hotel yang kebanyakkan nya dari model yang sama.
DSCF3265
Bangunan hotel Casa Monte Rosa di Puncak Bogor.
DSCF3276
Sekitar taman di hadapan hotel
DSCF3270
Pokok pines yang banyak terdapat di kawasan ini kerana suhu nya yang sejuk amat sesuai untuk tumbuhan ini.
_DSC8339
Kami melalui jalan pintas di celah-celah kampung untuk menuju ke Taman Safari pada pagi keesokan harinya. Ini kerana kenderaan langsung tidak bergerak di jalan utama kerana telah dijadikan satu hala oleh pihak berkuasa. Mujurlah supir kami dari kalangan orang lokal yang tahu jalan-jalan pintas untuk meloloskan diri dari trafik jam tersebut.
_DSC8340
Lagi menyusuri lorong-lorong sempit di celah-celah kampung untuk lepas dari trafik jam di jalan utama.
_DSC8344
Juga melintasi kawasan penanaman teh dalam perjalanan ke Taman Safari tersebut.

Tempat lain yang sempat dilawati semasa di Jakarta ialah Puncak Bogor. Kawasan ini terletak 70km dari kota Jakarta dan merupakan kawasan peranginan terkenal di kalangan penduduk di sini terutamanya semasa hujung minggu. Tempat ini agak sejuk juga kerana ianya terletak di kawasan tanah tinggi. Jika di Malaysia, kawasan ini bolehlah dikira sebagai Cameron Highland. Namun oleh kerana secara kebetulanya kami ke sana pada hari Sabtu, maka dapatlah merasa ‘traffic jam’ yang paling agung di abad ini. Memang jam teruk yang teramat sangat. Perjalanan yang seharusnya memakan masa hanya 1 jam, akhirnya menjadi hampir 4 jam. Kami pasrah, namun tertarik juga dengan kegigihan masyarakat tempatan menjual pelbagai barangan dan makanan dari kereta ke kereta yang terperangkap dalam traffic jam tersebut. Paling menarik, ada yang memakai pelbagai ‘kostum’ dan menari di tengah-tengah kesibukan jalan raya itu sambil mengharapkan derma dari mereka yang bermurah hati sebagai salah satu cara mereka mencari rezeki. Di Puncak Bogor, kami menginap dua malam di Hotel Casa Monte Rosa. Saya amat rekomen hotel ini kerana fasilitinya yang amat bagus dan masih baru, juga harganya yang berpatutan dan murah (termasuk harga untuk in-house dinning, memang murah dan rasanya pun sedap).

_DSC8379
Berjaya masuk ke Safari pukul 9 pagi setelah mengambil jalan pintas untuk ‘escape’ dari trafik jam. Rupanya ramai yang telah tiba di sini lebih awal dari kami.
_DSC8345-2
Kumpulan gajah yang bergerak secara berkumpulan.
_DSC8352
Kelihatan Sang Kancil yang mundar mandir mencari makanan mungkin. Takdelah nampak macam cerdik sangat pun. hehe!
_DSC8355
Sekawan unta yang mendekati kereta pengunjung untuk mendapatkan makanan.
_DSC8366
Nampak macam nak pergi tengok konsert jer!!
_DSC8367
Buat aksi bergaya di celah-celah kenderaan yang lalu di sini untuk mendapatkan sedikit makanan
_DSC8372
Kat sini banyak juga binatang jenis rusa, kijang, kancil dll yang kekadang tu kita memang tak kenal pun.
_DSC8376
Memang tak kenal, nih nama apa ntah..huhu
_DSC8387
Mengambil sahaja walau makanan yang dilontar oleh pengunjung dari jauh.
_DSC8389
Menatang ni namanya Zirafah kalau tak silap. Kat mana-mana zoo pun biasa ada.
_DSC8392
Ini namanya Bison. Jarang-jarang kelihatan di Zoo negara kita. Mantap, nampak macam menatang nih hari-hari pergi gym.
_DSC8400
Memek muka yang kalau bagi makanan sayuran baru tersenyum.
_DSC8404
Ini kawasan singa. Ada kelihatan beberapa ekor yang sedang baring. Sepatutnya tingkap kereta harus ditutup bila melalui kawasan ini. Tetapi saya membukanya seketika untuk tujuan merakam gambar.
_DSC8410
Tengok muka binatang nih, kelakar pun ada. Macam tukang karut main dikir barat.
_DSC8416
Antara binatang yang agak kontrol hensem di kawasan ini. Mungkin mereka perasan yang diri mereka nampak macam ‘ohsem; kut…ciss..!
_DSC8422
Ini spesis rusa juga nih, tapi dah lupa nama apa…huhu
_DSC8424
Yang ini spesis kambing gunung kalau tak silap, yang memang jenis suka duduk kat lereng-lereng gunung ramai-ramai gitu.
_DSC8428
Ada pulak sekor yang lain spesis mari lepak sini, pastu wat muka ilek jer tanpa ada rasa bersalah langsung.
_DSC8436-2
Haaa, kan dah cakap. Bila dapat makanan jer mesti lain muka.
_DSC8448
Tayang buntut jer kat orang yang datang, haishh!
_DSC8450
Spesis kambing juga nih…

Di sini kami sempat melawat ke salah satu Taman Safari yang terbesar di Indonesia yang terletak di puncak Bogor ini. Harga tiket masuk untuk seorang dewasa adalah lebih kurang RM42, dan kanak-kanak dalam RM37. Untuk ekspedisi di Taman Safari ini, kami menyewa Avanza dengan pak supir nya sekali untuk sehari terus. Ini kerana, kawasan ini amatlah besar dan sememangnya memerlukan kenderaan untuk masuk dalam taman safari ini. Kalau berjalan kaki, bukan safari laa pulak kan, dah jadi zoo laa pulak. Huhu. Kami berada di dalam kawasan itu, seharian suntuk dan hanya tiba semula di hotel lebih kurang pukul 8 malam. Ini kerana, pada hujung minggu, jalan utama di buka satu arah sahaja pada satu-satu masa. Contoh, 3 jam jalan dijadikan satu hala untuk kenderaan dari Jakarta naik ke Puncak, kemudian untuk 3 jam seterusnya jalan yang sama akan di buka sehala untuk kenderaan dari Puncak ke Jakarta dan begitulah seterusnya. Ini untuk mengatasi isu kesesakan lalulintas semasa hujung minggu di sini yang sememangnya begitu teruk sekali. Walau pun kami berjaya keluar dari Taman Safari pukul 6 petang, namun kami terpaksa menunggu hampir 2 jam sebelum laluan ke atas (ke arah hotel) di buka semula. Sambil tunggu tu, kami singgah di salah sebuah restoran masakan sunda untuk dinner.

_DSC8457
Kalau minat nak naik kuda kecik pun boleh..
_DSC8460
Ada pertunjukan gajah juga..
_DSC8463
Kalau rasa nak seram suam-suam kuku, bleh laa try masuk sini
_DSC8464
Ini pun rumah aktiviti juga, tapi kena bayaran rasanya
_DSC8465
Kalau bawak anak-anak, bleh ajak main kereta kecik nih…mak bapak tengok sahaja tau, jangan menyibuk nak naik juga plak yea!
_DSC8468
Permainan untuk seisi keluarga.
_DSC8470
Bagi anak-anak naik kapal terbang kecik nih, langsung tak cemas…hehe
_DSC8477
Jikalau lapar, kedai menjual bahan makanan ada di sediakan.
_DSC8478
Kami tengok pertunjukkan singa laut nih, dan rasanya antara yang terbaik yang pernah kami tengok setakat ini.
_DSC8482
Burung-burung yang kena ikat disekitar kawasan ini.
_DSC8485
Surau ada disediakan dalam taman safari ini.
_DSC8489
Dah siap tukar baju mandi, nak pegi mandi di taman tema air.
_DSC8491
Lepas bayar, masuk sahaja, hujan pun turun…baik punya. Namun anak-anak tetap redah jer main air dalam hujan-hujan pun. Tak ramai pengunjung yang masuk ke sini, mungkin kerana kena bayaran tambahan untuk masuk.
_DSC8493
Berjalan sekitar taman safari, sambil menunggu pak supir datang ambil untuk melawat air terjun yang ada dalam taman ini.
_DSC8499
Kawasan hutan simpan yang adanya sebuah air terjun yang amat menarik juga.
_DSC85091
Ini dia air terjun Cerug Jaksa yang terdapat dalam taman tersebut. Perlu ‘menapak’ dalam 10 minit dari jalan besar untuk sampai ke sini.
_DSC8525
Lepas melihat air terjun, kami sambung lagi ‘explore’ kawasan sekeliling taman safari.
_DSC8530
Ini tempat persembahan gajah mungkin. Kami tidak sempat untuk melihat persembahan tersebut.
_DSC8533
Ini antara tempat yang paling best di sini. Boleh ‘feeding’ penguin samada dari tempat khas di atas kolam ataupun feeding terus secara berdepan dengan penguin tersebut. Bayaran tambahan di kenakan.
_DSC8539
Jika berpeluang, amatlah direkomen untuk cuba kerana setakat ini, hanya di Taman Safari Indonesia sahaja yang memberi kesempatan kepada pengunjung untuk ‘feeding’ sendiri penguin ini. Tempat-tempat lain seperti di Malaysia, Australia, dan New Zealan hanya sekadar di benarkan melihat dari jauh sahaja.
_DSC8540
Melawat kawasan informasi berkenaan dengan biawak komodo.
_DSC8542
Tidur sahaja, mungkin sudah kenyang kut..huhu
_DSC8544
Ular pelbagai jenis juga ada dipamerkan di sini.
_DSC8545
Pintu masuk ke tempat Penguin tadi.
_DSC8546
Pusing banyak sangat sampai lapar. Apalagi, belasah Mee Pop sahaja untuk mengalas perut dalam hujan renyai.

Setelah dua malam berada di Puncak, Bogor, kami kembali ke Jakarta untuk singgah seketika membeli ole’-ole’ di Pasar Tanah Abang sebelum berangkat pulang ke tanahair lewat petangnya. Pasar Tanah Abang amat terkenal sebagai pusat penjualan borong barang-barang tekstil yang terbesar di Jakarta. Kebanyakan kedai-kedai pakaian sekitar Jakarta akan mengambil bekalanya dari pasar ini. Apa yang menarik ialah, harganya memang tidak dapat ditandingi dari segi ‘MURAH’ nya, apalagi jika nak dibandingkan dengan harga pakaian di Malaysia. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli baju untuk diri sendiri, ataupun bisnes, memang disarangkan untuk datang sendiri melihat barang-barang yang ada di jual di sini. Anda pasti pengsan memikirkan berapakah kos pembuatan yang perlu untuk menghasilkan sehelai baju atau kain yang dijual. Haha. Usai membeli sedikit sebanyak yang perlu, kami menuju ke airport untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia yang di jadualkan berlepas malamnya.

Rasanya sampai di sini sahaja catatan ringkas pengembaraan 5 hari 4 malam kami ke Jakarta. Walaupun singkat, ianya mampu memberi kami sedikit pengalaman berharga yang mungkin tidak mampu kami alami jika tidak melalui sendiri perjalanan yang menarik ini.

Nota: Video kembara Jakarta 2015. Klip video menggunakan kamera Fuji X100, Canon S100 dan juga kamera dari HP Samsung Note 4. Selamat menonton 🙂

Sekian & TQ

@Bandar U, Perak      12 Dec 2015

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

4 thoughts on “Kembara Indonesia : Jakarta | Puncak Bogor”

  1. Salam,

    Nak tanya, saya pun berminat nk pergi taman safari, but to make day trip from jakarta takut macet n waste time atas jalan je kan. saya nk tanya u amik supir from jakarta-bogor-jakarta ke? boleh recommend tak supir tu? thanks 🙂

    1. W’salam. Aah, saya ambil supir dari Jakarta – Bogor. Then 2 hari kemudian, panggil supir yang sama, untuk balik pula, Bogor – Jakarta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *