Fotografi : Kamera apa yang di bawa?

Kamera apa yang anda bawa semasa mengembara ataupun ‘travel’?

Bagi saya, jawapan yang bisa diberikan adalah sangat subjektif. Ianya perlu dirujuk kepada ‘genre’ fotografi apakah yang bakal dilakukan tatkala sampai ke destinasi; samada fotografi jenis lanskap, jalanan, potret, macro dan lain-lain.

Antara tujuan utama semasa travel selain dari melihat keindahan alam dan mengalami dan mempelajari sendiri kehidupan masyarakat di negara asing, adalah mencari kepuasan dalam merakam gambar. Secara spesifik saya lebih cenderung untuk merakam gambar landskap atau pemandangan kerana bagi saya, jenis fotografi ini amat unik dan begitu mencabar. Setiap gambar menarik yang dirakam pada hari ini, pasti tidak dapat lagi menghasilkan gambar yang sama, walaupun kita berada dan mengambil gambar di tempat yang sama berulang kali. Ini kerana faktor gambar yang secara keseluruhanya di pengaruhi oleh cahaya yang ada pada satu-satu ketika itu. Dan cahaya ini, sifatnya sentiasa sentiasa berubah yang mana kadang-kadang kita dapat gambar yang begitu menarik ataupun ‘stunning’ imej hasil dari kesabaran menunggu hujan reda sebelumnya, mungkin.

CYMERA_20150818_231018Gambar di atas menunjukkan alatan ataupun ‘gear’ yang saya biasa gunakan untuk merakam gambar lanskap atau pemandangan. Pada awal-awal dahulu, saya cenderung untuk membawa segala alatan ini walau ke mana sahaja saya ‘travel’ kerana risau akan berlakunya kerosakan terutama body kamera yang mungkin menyebabkan saya tidak dapat mengambil foto jika hanya membawa satu body sahaja.

Namun, sejak akhir-akhir ini, saya lebih selesa travel dengan hanya membawa satu body DSLR sahaja (D610), beserta dengan wide lens Nikkor 16-35mm dan juga satu atau dua keping filter untuk tujuan merakam gambar landskap. Tidak dilupakan juga kamera tripod, yang merupakan alat terpenting yang perlu di bawa. Walaupun kita rasa tangan kita tak bergetar semasa mengambil gambar, tapi tanpa tripod maka musnahlah harapan untuk mengambil gambar teknik ‘slow shutter’ ataupun merakam gambar ‘panorama’. Percayalah. Hehe. Untuk potret atau ‘street’ photo pula saya banyak menggunakan kamera Fuji X100 yang lebih ringan dan senang di bawa.

Senari alatan kamera sebagaimana gambar di atas:-

Nikon D610 (FF body), Nikon D90 (DX body), Tamron 20-24mm (wide lens for DX body), Nikkor 16-35mm (wide lens for FF body), Nikkor 50mm, Phottix Intervalometer for D90, Canon S100 (compact camera), Benro Tripod, Fuji X100 (Crop body – tiada dlm gambar kerana kamera digunakan untuk rakam gambar di atas)

Sebuah gambar yang menarik tidak ditentukan dengan mahal atau murahnya ‘gear’ yang di gunakan. Tetapi ianya bergantung kepada teknik mengambil gambar tersebut, iaitu dengan menitikberatkan komposisi, ‘focus point’ atau kejelasan, faktor pencahayaan dan juga subjek itu sendiri. Jika semuanya telah disusun dengan betul dan cantik, Insya Allah gambar yang dihasilkan pasti manarik.

346
Dirakam menggunakan kamera Nikon D90 dengan Tamron 10-24mm lens.

Selamat berhari Jumaat,

@Bandar U, Perak – 18 Dec 2015

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *