Kembara New Zealand: Otago Peninsula | Dunedin

Hari ini perlu bersiap dan bertolak awal dari hotel ke Otago Peninsula. Sekurang-kurangnya, itulah niat yang dipasang semalam sebelum melelapkan mata di Dunedine Holiday Park ini. Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan umur hari ini bila masih mampu bangkit dari tidur. Sementara Leeni menyiapkan anak-anak, saya menyiapkan apa yang patut di dapur menyediakan breakfast sebagaimana biasa selama berada di bumi Kiwi ini. Ringkas dan mudah. Masak telur, samada goreng atau rebus; masak tuna atau sardin (bergantung kepada kreativiti tatkala berada di kitchen; sedikit kompleks dan meriah jika sel-sel otak kurang membeku di waktu pagi, manakala simple dan plain sahaja tatkala sel otak melekat antara satu sama lain kerana kesejukan di pagi hari), ianya subjektif. Selesai breakfast bersama di shared kitchen hostel, kami terus bersiap dan memasukkan barang-barang ke kereta untuk memulakan perjalanan seterusnya. Destinasi seterusnya tidaklah jauh mana. Ianya memang berada di daerah Dunedin, dan menjadi kewajipan kepada sesiapa yang berada di south island ini untuk singgah seketika di sini menikmati keindahan alam semulajadi yang semestinya tidak terdapat di tempat2 lain.

Berpandukan GPS, kami terus menyusuri jalan yang agak mendaki ke semenanjung Otago ini. Kepada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tempat tarikan ini, boleh singgah di SINI.

Pada mulanya, kami hanya meneruskan perjalanan mengikut arah yang di tetapkan oleh GPS. Ia membawa kami melalui jalan atas (menyusuri dan mendaki semenanjung otago dengan pemandangan perkampungan di kiri-kanan jalan). Setibanya kami di papan tanda yang menunjukkan simpang masuk ke Larnach Castle, barulah saya perasan yang minyak kereta hampir habis dan lampunya telah menyala dari tadi lagi. Kami berhenti seketika di pagar masuk ke Castle tersebut untuk bertanyakan lokasi stesen minyak terdekat yang ada di situ. Memang best, stesen terdekat adalah di pekan Dunedin; bermakna kami perlu turun semula dari kawasan tinggi Otago ke pekan Dunedin untuk mengisi minyak dan patah balik semula ke semenanjung Otago untuk meneruskan perjalanan. Fuhh, memang mencabar, tapi apa boleh buat. Baki minyak yang tinggal tidak memungkinkan kami untuk sampai ke semua lokasi di semenanjung Otago.

Setelah berpatah balik dan mengisi minyak sepenuhnya, kami kembali semula ke jalan menuju ke semenanjung Otago, tetapi kali ini kami menyusuri jalan bawah, persisiran semenanjung. Ianya tetap berbaloi, kerana sepanjang perjalanan tersebut kami di sajikan dengan pemandangan indah, tasik Otago yang berhubung dengan bandar Dunedin. Owh, lupa pula. Kami tak masuk pun ke Lanach Castle yang disebutkan tadi, kerana kami lebih teruja untuk explore ‘nature attraction’ yang ada kat sini berbanding bangunan-bangunan lama. Walau begitu, kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Castle ini, bleh rujuk pakcik Wiki di SINI.

_DSC7079
Posing keluarga di tepian tasik Otago Peninsula

Lebih kurang setengah jam, kami tiba di penghujung semenanjung Otago iaitu tempat yang di namakan Taiaroa Head. Di sini terdapatnya Royal Albatross Colony Centre (tempat pembiakan dan pemuliharaan burung jenis Albatross) di South Island NZ ini.ย  Di sini ada di sediakan tempat parking kereta yang agak lapang dan juga pusat ‘entry’ ke kawasan pemuliharaan burung ini. Kami tidak masuk pun ke situ, sebaliknya kami menghabiskan masa meneroka kawasan sekitar yang memang cantik dan indah, juga berkesempatan untuk melihat tempat tinggal penguin liar di sini. Ada lubang yang dikorek sendiri, dan ada juga lubang yang di sediakan oleh staff yang bekerja di sekitar sini.

_DSC7083
Entrance to Royal Albatross Centre. Sesiapa yang minat tengok burung, bleh datang sini. Masuk kena bayar, huhu!!
_DSC7090
Informasi yang banyak di sediakan di dalam centre building tadi.
_DSC7169
Tempat kami parking kereta
_DSC7162
Look out point, memandang terus ke kaki langit di hujung lautan yang terbentang luas.
_DSC7146
Kelihatan rumah api yang ada di hujung Otago ini, namun tidak bisa untuk mendekati kerana ianya terletak di dalam kawasan pemuliharaan burung Albatross.
_DSC7138
Nida buat gaya penat ‘menapak’ dari bawak (tempat penguin mendarat), hingga ke atas (ke tempat parking kereta)
_DSC7105
Kawasan berpagar yang tidak di benarkan masuk. Ada Sea Lion liar yang melepak di gigi air.
_DSC7126
Rumah penguin yang di sediakan oleh pekerja di sini. Kecil sahaja lubangnya.
_DSC7131
Kawasan pendaratan penguin. Kalau berdasarkan jumlah ‘rumah’ penguin yang ada di sini, nyata ianya lebih dari seratus ekor mungkin.
_DSC7127
Lagi rumah2 penguin yang banyak di bina di sini. Sewa bulanan saya tak pasti. Tak sempat nak tanya penguin-penguin tersebut ๐Ÿ™‚
_DSC7133
Laut dan pantai berpisah tiada.
_DSC7120
Kelihatan anjing laut liar yang sedang berehat. Best2!
_DSC7106
Kawasan di sebalik pagar. Ada seekor lagi anjing laut di sini.
_DSC7097
Inilah jenis penguin yang ada di sini; Blue Penguins.
_DSC7098
Berjalan melihat keadaan sekitar.
_DSC7087
Maklumat dan info yang terdapat di Albatross Centre.
_DSC7091
Bangunan dan pintu masuk yang memisahkan antara yang berbayar dengan yang percuma.

Selesai menjelajah kawasan sekitar, kami meneruskan perjalanan seterusnya ke satu lagi kawasan yang kami rasa agak mudah untuk ketemu dengan ‘wild sea lion’ iaitu di Allen’s Beach. Ianya terletak tidak jauh dari Albatross Centre tadi, kurang lebih 20 minit sahaja. Setibanya kami di lokasi, kereta perlu di letakkan di suatu kawasan redup berhampiran dengan pagar sebuah ladang ragut. Oleh kerana pantai ini terletak di sebalik ladang ragut tersebut, jadi pengunjung yang ingin ke pantai perlu memanjat pagar ladang tersebut terlebih dahulu. Unik bukan? Usah gusar, ianya LEGAL dan memang ada papan tanda di situ yang menulis sedikit sebanyakcara menyeberang pagar ladang tersebut.

_DSC7200
Aksi memanjat pagar berjemaah…
_DSC7196
Ladang seluas mata memandang di sebalik pagar tadi.

 

_DSC7178
Tiba di Allen’s Beach
_DSC7175
Singa Laut liar yang khusyuk tidur diulit angin sejuk (gigil..) yang bertiup dari arah pantai.
_DSC7180
Gembira dapat tengok singa laut liar dari jarak kurang dari 5 meter. Yeahh!!

Selepas puas menikmati keunikan dan kecantikan pantai Allen ini, kami meneruskan perjalanan kami kembali ke Dunedin. Ketika ini hari sudah hampir petang dan jam menunjukkan kurang lebih pukul 3 ptg. Kami singgah di sebuah kedai makan halal di Dunedin untuk makan tengahari (petang kut). Kali ini kami makan nasi bersama dengan lauk kebab istimewa masakan dari Turkey. Sebagaimana biasa, portion makanan di sini memang puas hati. Daging kambing nya amat ‘fresh’ sekali dan kuantitinya juga berbaloi-berbaloi.

_DSC7215
Adana Turkish Cafe di Dunedin, NZ.
_DSC7212
Banyak kan daging nya? Memang puas hati dan harga dlm NZD 8.
_DSC7211
Banyak juga, tak kalah. Cuma lauknya berbeza. Yang ini ayam.

Usai makan, kami menuju ke sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat dan bersiap untuk ke destinasi seterusnya iaitu Otago University. Universiti ini adalah antara universiti yang paling tua di New Zealand, dan ianya terletak di tengah-tengah bandar Dunedin ini. Kebetulan, tempat kami menginap pada malam pertama tiba di bandar ini memang terletak berdekatan dengan universiti ini. Patutlah rata-rata orang awam yang kami lihat sekitar kawasan ini adalah terdiri dari golongan muda-muda dan berjalan pantas membawa bag ke sana sini. Apa yang menarik di sini ialah rekabentuk bangunan dan fakulti di universiti ini yang menampilkan ciri-ciri senibina klasik yang menarik. Perasaan seumpama kembali ke zaman dahulu kala tatkala berada di sekitar kawasan universiti. Ada yang mengatakan bangunan nya mirip kepada bangunan universiti magic dalam cerita Harry Porter ๐Ÿ™‚ Mungkin ada benarnya juga. Apa-apa pun, layan gambar dahulu.

_DSC7230
Kebanyakan bangunan lama yang sebegini banyak terdapat dalam kawasan kampus
_DSC7237
Cantik senibina yang di gunakan. Ianya klasik amat.
_DSC7244
Terdapat juga ‘creek’ dalam kawasan universiti ini.
_DSC7262
Bangunan baru; barangkali untuk seni & sastera?
_DSC7265
Pemandangan senja di Universiti Otago, NZ
_DSC7269
Niat nak hantar borang sambung belajar – by hand. Tetapi tertinggal laa pulok
_DSC7240
Pantang jumpa bunga sket..mulalah..huhu!

Selepas maghrib, kami kembali menuju ke pusat bandar Dunedinย  untuk ‘dinner’ dan seterusnya menginap semalaman lagi di bandar Dunedin. Kali ini, kami menempah untuk bermalam di Sahara Guest & Motel dengan harga NZD 107 per night, tetapi kali ini kami ‘book’ bilik yang berkonsepkan motel, dan bukan lagi rumah. Motel ini dilengkapi dengan bilik tidur, ruang tamu, TV (masih screen cembung, huhu!), dan juga private kitchen. Untuk harga tersebut, kami rasa ianya masih berbaloi. Untuk senarai hotel / motel yang kami menginap sepanjang berada di bumi KIWI ini, boleh lah rujuk di SINI.

Keesokan paginya, kami mengambil sedikit masa untuk bersiar-siar di bandar Dunedin sebelum meneruskan perjalanan akhir kami dalam kembara kali ini, iaitu ke Christchurch.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *