Kembara New Zealand: Dunedine | Purakaunui Falls | Nugget Point

Hari hampir senja semasa kami tiba di sebuah pekan; Gore. Ia merupakan salah satu bandar kecil yang banyak terdapat sepanjang perjalanan kami dari Invercargill ke Dunedine. Kami singgah seketika di sini untuk berehat sambil anak-anak keluar bermain di taman yang terletak berhampiran dengan jalan utama. Suasana matahari terbenam ketika ini dirasakan amat indah sekali, dengan cahaya emas terang,  walaupun terlindung di sebalik pohon-pohon di sekitar taman, namun ianya tetap menggamit suasana hening dan tenang di sini. Habis terbenam matahari, kami meneruskan kembali perjalanan kami ke Dunedine. Ahh, masih ada hampir 2 jam lagi untuk tiba. Sambil memandu, kami mencari-cari hotel bajet yang masih ‘available’ untuk tidur malam ini. Kelihatan Leeni begitu tekun menggerakkan jari di ‘screen’ handphone, mencari hotel yang sesuai untuk bermalam. Alhamdulillah, akhirnya berjaya book hotel melalui aplikasi Booking.com, dengan harga kurang lebih NZD 117. GPS terus sahaja di ‘set’kan mengikut lokasi hotel untuk memudahkan pencarian.  Sepanjang perjalanan, kami banyak melintasi pekan-pekan dan bandar kecil yang terletak di sepanjang ‘highway’. Namun oleh kerana keadaan malam yang gelap, tiada apa yang dapat di lihat sekitar perjalanan. Mata hanya tertumpu ke jalanaraya, dan juga screen handphone untuk melihat arah di google map.

_DSC4992

Kami tiba di Sahara Guest House / Motel yang terletak di bandar Dunedine sekitar jam 8 malam. Mujurlah penjaga hotel masih ada dan memang menanti ketibaan kami untuk menyerahkan kunci hotel. Oleh kerana pakcik penjaga kaunter hotel itu ingin pulang awal, jadi urusan pembayaran katanya boleh sahaja di selesaikan esok pagi sebelum check-out. Mudah bukan? Haha. Bilik kami kali ini sebenarnya berada dalam sebuah rumah (design classic) dengan berkongsi ruang tamu, dapur dan bili air. Suasana hiasan semacam zaman ‘kolonial’ dan banyak cadar, langsir yang bercorak bunga-bungaan zaman dahulu kala menambahkan lagi suasana gloomy dan sometimes spooky juga. Huhu! Takpe lah, janji ada tempat bermalam. Esok kena travel jauh lagi, jadi baik rehatkan diri dahulu.

Keesokan harinya, selepas sarapan (buat sendiri dengan roti, tuna, telur, etc) menggunakan kelengkapan yang ada di shared kitchen, kami terus sahaja check-out dan memulakan perjalanan ke air terjun yang agak famous juga di south island ini, iaitu Purakaunui Waterfalls. Masa perjalanan dari bandar Dunedine kurang lebih 1 jam 45 minit. Walau nampak macam jauh, tapi kami gigihkan juga untuk ke sana demi merasai sendiri pengalaman trekking ke air terjun tersebut. Lebih kurang sejam lima belas minit melalui jalan biasa, kami seterusnya menerusnya terpaksa meneruskan perjalanan melalui jalan-jalan kampung yang tidak berturap di penghujung sebelum tibanya di kawasan parking kenderaan awam. Dari situ, kami kena berjalan kaki meredah denai melalui ‘walking trek’ berkayu yang memang di bina dan ada di situ. Ianya sedikit sebanyak memudahkan perjalanan kami ke kawasan air terjun tersebut.  Hampir 15 minit berjalan, kami akhirnya tiba jua di air terjun Purakaunui. Ahhh…memang cantik sekali. Apalagi, sesi photoshoot laa. Lagipun masa kami tiba tu, memang tiada orang di situ. Cantikk, tenang dan damai. Hampir 20 minit menikmati keindahan sekeliling, kami seterusnya meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu Nugget Point Lighthouse yang terletak lebih kurang 50 km dari sini.

_DSC6871
Purakaunui Water Falls Walk
_DSC6904
Pintu masuk ke kawasan hutan sebelum tiba di air terjun
_DSC6880
Anak-anak yang ‘menapak’ sekejap jer mula laa komplain tanya bila nak sampai..hehe
_DSC6883
Pemandangan dari anjung tinjau bila tiba di air terjun
_DSC6892
Ianya tidaklah tinggi air terjun ini, cuma airnya yang berlapis-lapis yang membuatkan ianya nampak menarik

_DSC68961122Lebih kurang 40 minit kemudian, kami tiba di salah satu lagi tempat menarik iaitu Nugget Point Lighthouse. Di sini adalah kawasan yang mana terdapatnya sebuat Lighthouse yang dikatakan antara yang terletak paling selatan di New Zealand. Untuk sampai ke sini, kami melalui jalan tidak berturap dan sempit, dan juga kena menghadapi laluan yang agak mendaki dengan keadaan cuca angin yang bertiup agak kuat juga ketika itu. Deruan angin amat kuat kedengaran tatkala tiba tempat parking kereta yang terletak hampir 800 meter dari aras laut. Kemudian, laluan seterusnya perlu di lalui dengan berjalan kaki (lagi..!!), sejauh lebih kurang 1.6km sebelum tiba di Lighthouse. Ketika ini, saya dan Faheem sahaja yang pergi meredah hingga ke Lighthouse manakala wife menunggu bersama Nuha & Nida di satu kawasan rehat tidak jauh dari tempat parking kereta tadi. Dengan keadaan angin yang kuat, dan trek untuk ke Lighhouse yang sememangnya terletak di sepanjang lereng2 bukit amatlah tidak sesuai untuk anak-anak kecil berjalan sekali. Pemandangan di sekitar Lighthouse setibanya kami di sana amatlah cantik sekali. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Dengan deruan ombak yang kuat menghempas pantai yang kita dapat saksikan dari pandangan atas, ianya begitu mengujakan sekali. Penat ‘menapak’ hampir 2 km tadi hilang begitu sahaja.

_DSC6943
Jauh kelihatan the Lighthouse
_DSC6946
Sejuk atas nih, walau dengan pakaian tebal, angin bertiup sejuk hingga ke tulang.
_DSC6952
Pepohon yang tumbuh meliar di lereng-lereng bukit sekitarnya.
_DSC6962
Kelihatan mentol lampu Lighthouse yg sama dengan yg dilihat di Marine Museum di Bluff.
_DSC6971
Berjalan pulang ke kawasan parking kenderaan
_DSC6973
Pemandangan indah dari atas
_DSC6965
Pemandangan dari look-out point di Lighthouse tadi.

Dari Lighthouse, kami memandu turun melalui kawasan lereng dan cerun bukit dengan jalan yang tidak berturap. Pernah suatu ketika sepanjang perjalanan di South Island ini, wife pernah berkata yang berbunyi seakan begini;

“kita masih belum merasa tengok biri-biri dari jarak dekat kan, walau banyak yang kelihatan di padang ragut, namun belum berkesempatan berada hampir dalam kelompok biri-biri ini”

Lebih kurang 10 minit memandu dari Nugget Point Lighthouse, kami memberhentikan kereta betul-betul di tengah jalan kerana mendapati beratus ekor biri-biri sedang berjalan dengan laju secara berkelompok menuju ke arah kami. Haha. Ketika inilah saya teringat kata-kata wife di atas. Nampaknya Allah SWT memperkenankan hajat kami untuk melihat biri-biri gebu ini dari jarak dekat. Memang dekat kerana kami seolah-olah berada di dalam lautan biri-biri yang meluru ke arah kami; barangkali untuk ke padang ragut yang lain pula. Biri-biri ini di kawal oleh seorang pakcik yang menaiki ATV bersama 2 ekor anjing nya. Dia menyapa kami sambil berborak pendek dan tergelak mungkin melihat ‘keterujaan’ kami melihat biri-biri tersebut yang mungkin hanya perkara biasa bagi dirinya. Terpegun. Itulah sahaja reaksi yang mampu di perlihatkan. Syukur. Itulah sahaja kata-kata yang mampu di ucapkan.

_DSC6996Kami meneruskan perjalanan pulang ke Dunedine dengan sisa waktu perjalanan berbaki sejam setengah lagi. Tiba di bandar Dunedine, kami melalui suatu kawasan yang mana saya terlihat ada Courier Post (perkhidmatan post) di situ. Saya terus sahaja berhenti di situ untuk bertanyakan tentang cara bagaimana untuk mengambil semula kamera tripod saya yang tertinggal di Cromwell Holiday Park tempoh hari. Syukur Allah permudahkan segala urusan. Pekerja di situ yang bernama Mike (nama pendek kut, nama panjang tak pasti laa pulak, hehe) sanggup untuk membantu. Dia terus sahaja menelefon Cromwell Holiday Park (yang saya sudah hubungi sebelum ini dan telah mendapat kepastian yang tripod saya memang ada dengan mereka) bertanyakan tentang tripod tersebut dan turut memberitahu kepada pihak hotel yang Courier Post akan menghantar orang untuk mengambil barang tersebut petang itu juga. Dia seterusnya menelefon rakanya di Cromwell, untuk pergi mengambil tripod saya di hotel tersebut dan seterusnya membuat penghantaran ke Dunedine pada malam itu juga (mungkin juga kebetulan ada trip dari Cromwell ke Dunedine petang atau malam itu, saya tidak pasti). Selesai membuat panggilan, Mike memberitahu saya yang saya boleh datang mengambil tripod saya di situ pada esok hari pukul 8.30 pagi. Terharu. Syukur. Dengan bayaran yang sama iaitu NZD 12 jika saya mengikuti prosedur biasa iaitu menggunakan system dalam internet (sepatutnya guna sistem ini), Courier Post dengan mudah membantu pelangganya untuk berurusan dan memastikan saya dapat kembali tripod saya pada keesokan harinya. Memang cemerlang dan padu. Terima kasih Mike atas pertolongan. Ianya pasti di kenang 🙂

20150828_100616_001
Bertemu kembali dengan tripod yang tertinggal di Cromwell yang mungkin terlupa akibat cuaca terlalu sejuk ketika itu dan membekukan sel-sel otak. Huhu!

Setelah urusan di Courier Post selesai, kami terus menuju ke pusat bandar untuk mencari makanan (lapar wehh..kena carik nasi juga nih). Alhamdulillah, kami berjaya jumpa kedai Halal di sini (sebenarnya banyak juga kedai-kedai halal di Dunedin) walaupun tidak berjaya jumpa nasi, namun kebab juga mampu untuk memenuhkan ‘tangki’ kami yang sememangnya agak ‘longgar’ hari ini (dari pagi hingga ke petang hanya roti sahaja menjadi menu utama, haha).

_DSC7042

Malam itu kami bermalam lagi di Dunedine kerana esoknya kami akan menjelajah ke satu lagi kawasan menarik di sini, iaitu Otago Peninsula.

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *