Lebih seminggu berada di NZ, kami masih belum berkesempatan untuk membeli sedikit ole-ole untuk keluarga dan sahabat. Mungkin kerana asyik nomad dari bandar ke bandar di south island ini, membuatkan kami asyik menangguhkan sahaja niat untuk membeli souvenir itu. Namun, hari ini kami nekad untuk singgah di bandar Dunedin seketika untuk membeli sedikit souvenir sebagai kenang-kenangan kami sekeluarga berada di NZ ini.
Usai sarapan, kami terus menuju ke pusat bandar Dunedin, yang mana di sana terdapatnya beberapa kedai souvenir untuk kami membeli belah sedikit sebanyak. Setelah selesai menjelajah 3 buah kedai menjual cenderamata, dan membeli sekadar yang mampu, kami mengambil kesempatan untuk melawat Public Art Gallery yang kebetulan ada di sekitar kawasan kami meronda tadi. Masuk adalah percuma. Di dalamnya terdapat pelbagai koleksi seni, lukisan2 dari zaman dahulu kala, yang di lukis oleh pelukis-pelukis terkenal (barangkali) di NZ ini. Menarik juga kerana memang amatlah lamanya kami tidak melawat tempat-tempat sebegini. Rasanya kali terakhir mungkin semasa zaman persekolahan dulu-dulu. Haha! Habis pusing-pusing sekitar kawasan tersebut, kami meneruskan perjalanan kami seterusnya hari ini iaitu ke Christchurch. Ianya destinasi terakhir kami dalam pengembaraan di bumi kiwi ini sebelum berlepas pulang ke tanahair (transit di Sydney semalaman sebelum berlepas pulang ke Msia).




Semasa jalan-jalan sekitar kawasan ini, kami ada terjumpa satu lorong yang terletak berhampiran dengan Puclic Art Gallery tadi yang mana lorong-lorong itu penuh dihiasi dengan lukisan seni graffiti di dinding-dinding bangunan di kiri-kanan lorong. Ianya begitu menarik perhatian kami dan tanpa segan silu kami terus sahaja mengambil gambar di kawasan tersebut. Mujurlah kawasan nya tidak sibuk dengan orang ramai, jadi kurang lah sedikit rasa janggal. Hehe.







Perjalanan tanpa henti dari Dunedin ke bandar Christchurch dengan memandu kereta sepatutnya mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah, melalui StreetHighway 1 (SH1). Namun, perjalanan kami sebagaimana biasa pasti mengambil masa sedikit lebih berbanding itu. Kami berhenti di beberapa pekan kecil sepanjang perjalanan. Biasalah, bila travel berkeluarga, pelbagai kehendak perlu di ambil kira, terutama keperluan anak-anak nak ke tandas dan juga keperluan ibu bapa nak minum kopi untuk tahan mengantuk. Pemanduan melalui jalan SH1 ini boleh dikatakan agak membosankan juga kerana jalannya yang agak lurus sepanjang perjalanan, dan tiada pemandangan bukit bukau nan indah sebagaimana yang terdapat di sepanjang kiri dan kanan perjalanan jika kita menggunakan jalan Scenic Route. Walau agak bosan, namun masa perjalanan adalah lebih jimat dengan menggunakan SH ini.
Kami berhenti di satu tempat menarik yang terletak antara bandar Dunedin dan Christchurch iaitu Moeraki Boulders. Tempat ini di kira amat menarik keranadi sini kita boleh melihat batu batu unik yang berbentuk sfera yang ada di tepian pantai di sini. Sebagaimana biasa, walau ianya pantai yang menempatkan batu-batu bulat, fasiliti yg di bina di sini amat lengkap; dengan parking, information center, tandas, cafe dan yang paling menarik, jika ingin terus ke pantai di mana batu-batu bulat itu berada (batu bulat hanya ada di sebahagian pantai, bukan sepanjang pantai), kita boleh melalui laluan khas yang di sediakan, tetapi ianya bukan percuma pasti. Bayaran sebanyak NZD 2 seorang di kenakan. Tetapi pengunjung tetap menpunyai pilihan untuk menggunakan jalan biasa, yang nyata sedikit jauh tetapi masih mampu untuk sampai ke tempat batu-batu bulat itu berada. Kami memilih laluan biasa. Ianya bukanya sukar, hanya jaraka nya sahaja yang sedikit jauh, namun dengan cuaca yang redup, sejuk dan tiupan angin pantai membuatkan perjalanan kami menggunakan laluan biasa tidaklah terasa jauh sangat.






Kami berehat seketika di sini, sambil makan tengahari dengan menu-menu biasa (roti, tuna, buahan, biskut, etc..) untuk mengalas perut sementara kami tiba ke bandar Christchurch. Usai mengalas perut, kami meneruskan perjalanan kami yang masih berbaki 4 jam lagi untuk tiba ke destinasi. Kami akhirnya tiba di bandar Christchurch hampir jam 8 malam, dan terus menuju ke hotel untuk berehat dan melelapkan mata. Tidak banyak aktiviti yang di buat di hotel, melainkan mengemaskan barang2 dan mengasingkan pakaian-pakaian kotor untuk di basuh esok pagi dengan menggunakan ‘washing machine’ hotel.
Kami bersiap awal pagi keesokan harinya, breakfast dan ‘laundry’ sekali. Hotel ada menyediakan perkhidmatan dobi layan diri, style kena masukkan duit dan sendiri basuh, sendiri keringkan. Masa men’dobi’ yang sepatutnya siap dalam masa sejam, akhirnya menjadi dua jam kerana kami terpaksa keringkan baju lebih lama kerana ‘dryer machine’ yang ada tidak begitu efektif dan panas. Tak mengapa, janji baju semua bersih dan wangi, hehe.
Setelah selesai semuanya, kami check-out daripada hotel dan menuju ke lokasi terakhir kami di NZ, iaitu International Antarctic Centre yang terletak berhampiran dengan Airport. Di sini merupakan pusat informasi dan hiburan yang berkonsepkan Antartic yg sesuai untuk aktiviti keluarga. Ianya mengandungi ruang pameran yang memaparkan pelbagai info tentang apa yang terdapat di Antarctica, kegiatan yang di jalankan di sana, haiwan yang hidup di kawasan tersebut, juga sejarah bagaimana bermulanya kegiatan manusia di kawasan antara paling sejuk di dunia itu. Bagi kami, ianya amat menarik dan sarat dengan informasi yang mana ianya di pamerkan dengan cara yangbegitu kreatif untuk tarikan pengunjung. Di sini juga ada bilik khas yang mana pengunjung boleh masuk, dan merasa sendiri keadaan kesejukan melampau dan juga ribut salji sebagaimana yang mungkin dirasakan jika berada di antarctic. Baju tebal (yg kena bertabah juga untuk pakai), glove, sarung kaki ada di sediakan kepada para pengunjung yang nak masuk ke dalam bilik ini. Kami semua masuk untuk merasai pengalaman tersebut. Memang menarik. Tapi cukup sekali sudah ler, memang sejuk amat. Huhu! Untuk maklumat lanjut tentang tempat ini, boleh klik di SINI.












Selesai berada di sini dan menikmati semua informasi dan permainan yang ada disediakan di sini, kami meneruskan ke destinasi seterusnya iaitu menghantar kereta. Sedih juga perasaan kena berpisah dengan kereta yang telah banyak berjasa kepada kami sepanjang sepuluh hari mengembara di bumi Kiwi ini. Alhamdulillah, tiada apa-apa kerosakan yang berlaku sepanjang perjalanan kami di sini. Syukur, Allah SWT permudahkan segalanya. Tiba sahaja di lokasi, kami menyerahkan kunci kereta kepada pekerja yang bertugas. Pekerja meneliti keadaan kereta sepintas lalu untuk memastikan tiada kerosakan besar yang berlaku, dan segala urusan di kira selesai.Kami seterusnya menaiki shutter untuk ke airport yang terletak lebih kurang 2 km dari tempat kami menyewa kereta tadi.

Kami bermalam di airport; di kawasna rehat yang dikhaskan untuk penumpang-penumpang yang akan menaiki pesawat pada awal pagi keesokan harinya. Bayaran sebanyak NZD 20 untuk satu keluarga dikenakan. Okeylah untuk kami rehatkan badan. Ramai juga yang datang tidur dan berehat di sini, terutama bila hari hampir lewat malam. Mungkin mereka yang menaiki ‘connecting flight’ yang memang tidak keluar dari airport langsung. Keesokan paginya, kami bertolak ke Sydney sebagaimana yang di jadualkan, pukul 0700 hrs dengan flight dari syarikat Air New Zealand. Selamat tinggal New Zealand. Pengalaman 10 hari menjelajah sekitar South Island New Zealand pastinya menjadi suatu pengalaman yang amat berharga dan tidak dapat dilupakan. 🙂
SEKIAN DAN TERIMA KASIH!
Farris Noorzali, 22:17, @Marina Island, Lumut PERAK.






Hi Farris,
tumpang bertanya if semua penginapan sepanjang perjalanan book on the spot or book earlier ?
Hi Zara,
Semua penginapan kami booking semasa berada di NZ. Biasanya sehari sebelum check-in dan kami gunakan apps Booking.com.
Terima kasih kerana melawat blog ini. 🙂
hi. saya nak tanya masuk ke international Antarctic center tu mahal tak? berbaloi tak kalau masuk?
Hi, admission fee untuk masuk bleh refer di website http://www.iceberg.co.nz/prices-bookings/tickets-booking/
Kalau masuk bersama anak-anak, bagi saya berbaloi kerana byk yang mereka boleh belajar tentang antartic di sana. Tapi kalau kita yg dah dewasa, atau orang2 tua, rasanya better save the money for other things to spend in NZ.
Paling best dalam tu naik kenderaan Hagglund dan bilik ribut salji yg pada suhu extreme sejukk..:)
Hi….cara yang jimat beli flight ticket ke christchurch
Hi, untuk cari tiket murah, bleh gunakan website / apps SKYSCANNER.
Thanks 🙂