Kembara New Zealand: Queenstown | Te Anau |Milford Sound

Cromwell adalah sebuah pekan yang terkenal dengan industri penanaman buah-buahan di South Island, NZ. Di sini memang banyak terdapat kebun2 yang terdiri dari tanaman anggur (kebanyakan nya untuk industri pembuatan wine), epal, dan pelbagai lagi buah-buahan. Cuma, berada di NZ selepas winter adalah bukan masa yang terbaik untuk menikmati buah-buahan segar di sini kerana semua ladang dan kebun memang langsung tidak berdaun, apatah lagi berbuah. Jadi kalau nak buat aktiviti petik buah, kenalah datang ke sini penguhujung musim Spring & summer. Namun kami tetap singgah di salah satu orchard berhampiran pekan Cromwell ini untuk membeli sedikit bekalan makanan / buah sebelum meneruskan perjalanan kami. Buahan ada juga yang dijual, tetapi tidaklah begitu segar kerana ianya daripada stock yang mereka simpan sebelum tibanya musim winter. Dan satu lagi, jika berkesempatan singgah di mana-mana orchard sekitar Cromwelll, kenalah cuba ‘Fresh Fruit Ice Cream’. Memang terbaekk aiskrim nih. Sedapp amat!! Percayalah, anda tidak akan menyesal dan pasti nak lagi selepas mencubanya. Hehe.

_DSC6145
Cromwell Top 10 Holiday Park
_DSC6148
Pekan Cromwell
_DSC6176
Di Jackson Orchard, pokok buah yg semuanya kering, baru start nak berbunga
_DSC6156
Antara produk dari kebun yang ada di jual di sini
_DSC6158
Kedai yg agak lengang, conveyor buahan di belakang juga kosong
_DSC6170
Gambar kebun-kebun buahan yang tak berbuah
_DSC6180
Jackson Orchard, di sini ada jual aiskrim sedapp 🙂
_DSC6164
Buahan yang masih banyak dijual
_DSC6182
Ni diaaa..tadaaa….aiskrim tebaekk..yum2
_DSC6167
Baru start berbunga

Kurang lebih 30 minit kami berada di sekitar kebun Pakcik Jackson tu, kami meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya, Old Cromwell Town. Tempat ini terletak bersebelahan dengan tasik, dan ianya adalah pekan lame Cromwell yang masih dikekalkan bangunan dan kawasan sekitar pekan tersebut, dan dijadikan sebagai tempat tarikan mereka-mereka yang berkunjung ke pekan Cromwell ini. Di sini, bangunan dan kedai-kedai masih dalam bentuk yang lama, seperti biasa yang kita lihat dalam filem ‘cowboy’. Menarik bukan?

_DSC6195 _DSC6210 _DSC6194 _DSC6200 _DSC6205

_DSC6268
Gambar-gambar semasa di Pekan Lama Cromwell

_DSC6219

Setelah melawat pekan lama Cromwell, kami meneruskan perjalanan kami ke Queenstown. Yup, rasanya ramai yang ‘familiar’ dengan nama bandar ni kan. Memang, ianya antara bandar yang famous di NZ selain dari Christchurch, Auckland, Dunedin dan lain-lain. Bandar ini agak besar juga dengan kepadatan penduduk yang lebih berbanding dengan bandar dan pekan-pekan kecil sekitar south island ini. Kami tiba di Queenstown lebih kurang pukul 1 tengah hari. Sampai sahaja, kami terus mencari kedai makan HALAL yang ada di sekitar bandar Queenstown ini. Memang ada kedai makanan halal, tetapi ianya terhad dan agak susah juga nak mencarinya, melainkan dengan merujuk ke laman web dan juga menggunakan aplikasi ‘google map’ untuk mencari lokasi. Perancangan awal, kami ingin ‘lunch’ dengan kebab sahaja. Ada sebuah kedai kebab halal di bandar tersebut, tetapi pusing 2-3 kali lokasi yang ditujunjukkan di ‘google map’ tu, tak jumpa pula. Last-last kami jumpa sebuah restoran halal masakan dari India; Restoran Bombay Palace. Bombay pun jadilah, janji ada nasik yang boleh mengalas perut yg memang dah start bunyi dari tadi since kami breakfast dengan buahan dan ‘meggi’ sahaja pagi tadi (alasan / ayat penyedap hati). Masakan di restoran ni memang sedap dan padu. Lauk kambing Masala, Kari dan Kurma (x pedas untuk anak2) memang mencengkam jiwa. Lagi2 bila dah beberapa hari tak jumpa nasi dan lauk berunsurkan daging masak kari. Kuantiti mcm biasa, kalau untuk seorang, actually bleh makan untuk 2 orang sebenarnya.

_DSC6309 _DSC6312 _DSC6314

Selesai makan, kami melawat ‘Queenstown Information Center (setiap bandar atau pekan memang ada tempat ni, biasanya dikenali dengan lambang huruf ‘i’) untuk bertanyakan aktiviti yang boleh dilakukan sekitar bandar Queenstown. Sebenarnya banyak aktiviti ‘outdoor’ yang boleh dilakukan di sini, samada yang biasa atau yg extreme. Oleh kerana hari pun hampir petang, kami hanya melawat ‘Ski Resort’ berdekatan, iaitu di Coronet Peak.

_DSC6303 _DSC6335 _DSC6341 _DSC6344 _DSC6292 _DSC6317 _DSC6319 _DSC6349 _DSC6300 _DSC6323 _DSC6338

Pusat bermain ski ini terletak berdekatan dengan bandar Queenstown, dalam 20 minit menaiki kereta sahaja. Memang berbaloi. Bila sampai ke kemuncak, pemandangan nya, Masya Allah. Memang indah sekali. Cuaca yang sejuk dan langit yg cerah memang membuatkan keadaan yang selesa untuk pengunjung berada di sana. Walaupun tidak bermain ski, atau snow boarding, tetapi sekadar bermain salji di kawasan sekitar resort, namun ianya amat menarik dan menggembirakan sekali, terutamanya anak-anak yang memang suka bermain dengan salji.

_DSC6355
Dari puncak Coronet
_DSC6433
Dari kawasan parking kereta di Coronet Peak
_DSC6357
Entrance ke Ski Resort

_DSC6354 _DSC6364 _DSC6372 _DSC6379 _DSC6385 _DSC6389 _DSC6394 _DSC6398

_DSC6399
Cafe yg terdapat di Ski Resort
_DSC6403
Suatu kemestian: Hot Choc & Coffee untuk memanaskan badan

_DSC6421 _DSC6413

Setelah berada lebih sejam di puncak Coronet, kami kembali ke bandar melalui jalan yang sama kami naik tadi. Kali ini ‘skill’ driving sambil menuruni bukit diuji dengan jalan yang agak licin juga, kerana titisan salji yang melata membasahi jalan. Saya memandu agak perlahan juga kerana tidak biasa dengan jalan yang berliku-liku di kawasan ini. Sepanjang perjalanan, di kiri kanan kami dapat melihat pemandangan kawasan pergunungan yang amat indah sekali. Tergamam & Syukur. Kurang lebih setengah jam kemudian, kami tiba semula ke kaki gunung dan seterusnya ke bandar Queenstown. Masih ada sejam waktu berbaki sebelum matahari menghilangkan diri di ufuk langit. Saya teruskan pemanduan mengelilingi tasik Wakatipu, tanpa arah tujuan. Hanya mengikut arah ‘steering’ kereta berputar menyusuri jalan-jalan kecil sekitar tepian tasik, dan seterusnya hampir ke kawasan di mana pendakian bermula kembali seolah-olah kami semakin jauh dari pinggiran tasik dan menuju ke kawasan pendalaman yang tidak di ketahui. Saya membuat ‘u-turn’ dan kembali semula ke laluan tadi menuju kembali ke bandar Queenstown. Dalam perjalanan, saya singgah di suatu kawasan perkelahan di tepi tasik Wakatipu untuk solat asar. Wudhuk terpaksa menggunakan air dari tasik yang jernih tapi sejuk ‘gigil’ amat. Kami solat di kawasan terbuka, sambil anak-anak dibiarkan asyik bermain batu-batu kecil di tepian tasik. Msa berlalu pantas. Hari hampir gelap. Masa untuk meneruskan perjalanan ke tempat penginapan seterusnya; Te Anau.

_DSC6438
Lake Wakatipu

Kami tiba di Te Anau kurang lebih pukul 8 malam dan bermalam di Te Anau Kiwi Holiday Park yang terletak berdekatan dengan Tasik Te Anau. Hotel ini memang selesa dan luas dengan dilengkapi 1 katil bersaiz ‘queen’ dan 2 ‘single’ bed memang sesuai untuk kami sekeluarga melabuhkan badan dan melelapkan mata sementari menanti hari esok untuk suatu perjalanan yang pasti menarik, ke Milford Sound.

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

6 thoughts on “Kembara New Zealand: Queenstown | Te Anau |Milford Sound”

    1. Wsalam Pakya,

      Makanan di Bombay palace nih memang sedap, memang rasa betul rempah ratus nya, cuma harganya agak mahal juga, dalam NZD25 per meal (nasi + lauk untuk seorang). Kami tak sempat nak cari kedai lain kerana nak cepat untuk sampai ke Te Anau sebelum malam, jadi kitaorang terjah jer kedai tu.

      Kalau ada masa, better pusing2 dulu bandar Queenstown tu, dan rasanya ada lagi kedai Halal yang lain.

      Selamat menjelajah 🙂

  1. salam. nak tanya, yg anak you baju biru duduk atas snow tu d coronet peak kan? kene byr tak kalau sekadar nk masuk utk main2 snow biasa je?

    1. Aah, betul. Di Coronet Peak. Untuk masuk sahaja dan bermain salji di kawasan sekitar ski resort tidak perlu sebarang bayaran. Ianya percuma sahaja.

  2. salam…bestnya tgk gmbr2 ni..u all pegi bln berapa time musim sejuk kan..saya dan family nk pergi pertengahan nov ini. Agak2 sejuk tak lagi ke dh nak masuk musim panas.

    1. Rasanya dah kurang sejuk kerana dah start masuk musim Spring kan..:) Apa2 pun, bleh try google weather di NZ untuk bulan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *