Kembara New Zealand: Milford Sound | Invercargill | Bluff

Kami memulakan perjalanan awal esok harinya. Kali ini saya hanya menyediakan breakfast ringkas di shared kitchen hotel menggunakan baki bekalan makanan yang masih tinggal. Apalagi, yang paling senang dan cepat; Meggi goreng dengan telur dan sandwich berintikan ikan tuna. Dan tak lupa juga buah-buahan yg masih ada hasil tangkapan dari pekan Cromwell. Selesai breakfast, kami terus menuju ke Milford Sound yang terletak 118 km dari Te Anau, memakan masa perjalanan hampir 2 jam.

_DSC6464
_DSC6460Hujan renyai sepanjang perjalanan. Saya memandu  pada kelajuan biasa, sekitar 100-120km/j sahaja dan kekadang kurang dari itu. Di kiri kanan jalan mata tidak jemu memerhati keindahan alam semulajadi yang tersergam indah. Gunung ganang yang puncaknya dilitupi dengan salji, pokok-pokok renek sepanjang kiri kanan jalan, dan tatkala kami turut melepasi kawasan seumpama hutan hujan tropika dengan pokok-pokok kayu yang tumbuh meninggi yang meredupkan lagi suasana perjalanan yang sememangnya sedang berkabus. Ianya tampak menarik dan mengujakan sesiapa sahaja yang memandu ke Milford Sound ini. Sebenarnya tidak banyak kereta yang kami jumpa sepanjang pemanduan ke Milford ini. Adalah, sekali-sekala terserempak dengan pengembara lain, yang ramainya menggunakan motorhome dan campervan untuk mengembara sekitar kawasan ini. Ada juga kelihatan bas-bas yang membawa pelancong ke Milford ini, barangkali melalui ‘travel agent’ yang memang banyak menawarkan pakej ke sini. Satu setengah jam kemudian, kelihatan titisan-titisan halus berwarna putih mula menghujani jalan dan cermin kereta kami.

Di hadapan kelihatan sebuah gunung yang tinggi dan hampir diseliputi salji dan banyak papan tanda ‘amaran’ di letakkan sepanjang jalan sebelum sampai ke kaki gunung tersebut. Salji turun semakin lebat. Wiper kereta di’pasang’ dengan laju untuk ‘menolak’ lapisan ais dan salji ke sisi cermin. Cermin mula berkabus dan menjadi kabur. Pada ketika ini, wife membantu dengan mengelap cermin yg kabur dari dalam manakala pada masa yang sama saya menumpukan sepenuh perhatian ke jalan raya yang semakin sempit dan selekoh-selekoh yang kian tajam, dalam keadaan mendaki. Saya tidak nafikan, ianya sukar dan mendebarkan juga. Pertama kali dalam keadaan sebegini, ianya memang menguji kesabaran dan skill memandu. Tiba terowong, kami melihat lampu menyala berwarna hijau, menandakan ianya selamat untuk di lalui. Di kiri kanan jalan kelihatan beberapa jentera khas berwarna kuning sedak ‘menolak’ lapisan-apisan salji di atas jalan ke sisi jalan untuk mengelakkan ianya menjadi semakin tebal dan membahayakan pemandu yang melalui jalan tersebut.

Kami terus memandu masuk ke terowong yang agak gelap kerana kurangnya cahaya dari lampu-lampu yang dipasang di dalamnya. Walaupun dengan menggunakan lampu kereta (HIGH BEAM), tapi suasana masih dirasakan gelap. Jalan di terowong menyusur turun, umpama dari atas bukit dan menuju kebawah. Memandu secara perlahan dan kaki sentiasa ‘standby’ di atas pedal ‘brake’. Namun, perlu mengelakkan dari membuat ‘brake’ mengejut kerana mungkin kereta boleh menggelungsur atau berpusing kerana jalan yang agak licin ketika itu. Kecerahan lampu di dalam terowong-terowong di Malaysia adalah lebih 5 kali lebih cerah berbanding terowong ini. Dan kelebaran terowong ini hanya mampu untuk memuatkan sebuah kenderaan- konsep satu hala. Jika difikirkan kembali, ianya memang mencabar dan agak menakutkan juga. Semuanya bergantung kepada sensor dan lampu isyarat di pintu masuk terowong (kedua-dua belah) samada MERAH atau HIJAU. Namun ianya tidak lama, dalam 5 minit kami akhirnya sampai di penghujung terowong. Lega dan syukur kerana selamat mengharungi laluan yang mencabar itu. Walau kami akan menempuh terowong yg sama dalam perjalanan balik nanti, namun perasaan itu kami ‘letak’ ke tepi terlebih dahulu. Hanya menumpukan kepada pemanduan ke tempat yang di tuju.

_DSC648711
Fiord dan tempat cruise berlepas dan berlabuh di Milford Sound

Setengan jam kemudian, kami tiba di Milford Sound. Kawasan sekitar kelihatan berkabus. Hujan renyai masih turun membasahi bumi. Kelihatan tiada apa yang unik di sini. Hanya ada satu petrol station (yang kecil, tanpa pekerja, hanya konsep layan diri) dan bangunan yang bertulis ‘i’ (information center) termasuk cafe yang bersaiz sederhana. Kami berhenti di stesen minyak untuk mengisi petrol kereta seketika. Harga agak mahal sedikit. Mungkin kerana tempat ini yang agak terasing dan bekalan petrol juga kos penghantaran yang sedikit tinggi di kawasan ini.

_DSC6463
Kabus dan salji

Kami terus ke ‘information counter’ untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang boleh di buat di sini. Aktiviti utama adalam menaiki cruise dan menjelajah fiord (kawasan pinggir laut yang terbentuk dari hakisan glacier yang memakan masa beribu-ribu tahun) yang indah di sekitar kawasan ini. Fiord atau sebetulnya ‘Fjord’ berasal dari perkataan Scandinavia, yang bermaksud ‘a narrow part of the sea’ yang hanya wujud di negara-negara yang mempunyai glacier seperti Iceland, Greenland & Norway. Milford Sound ini terletak di dalam kawasan taman negara Fiordland, iaitu taman negara yang terbesar antara 14 taman negara yang ada di NZ ini. Menarik bukan?

_DSC6476
Banyak pakej yang di sediakan, pilih sahaja mengikut ke sesuaian

Cuaca di luar masih berkabus dan hujan renyai. Cruise seterusnya akan berlepas pukul 12.45 pm dan penumpang berpeluang untuk meng’explore’ sekitar Milford selama 2 jam. Memikirkan masa yang agak lama, cuaca yang mendung berkabus yg memungkingkan tidak dapat menjelajah ke seluruh kawasan dan cabaran untuk menempuh perjalanan pulang nanti (terutama di kawasan terowong ‘ngeri’ dan hujan salji), kami memutuskan untuk tidak menaiki cruise dan sekadar menikmati keindahan di kawasan sekitar sahaja. Namun ianya masih meninggalkan kenangan manis buat kami sekeluarga.

_DSC6470
Abby, bercermin mata, warga Malaysia yang bekerja sambilan di sini

Salah seorang pekerja di Cafeteria Milford Sound ini adalah dari Malaysia. Namanya Abby dan berasal dari Ipoh dan sekarang sedang melalui tempoh ‘Working Holiday’ di NZ ini. Suatu pengalaman yang pasti menarik buat dirinya. Abby seorang yang peramah. Semasa kami sedang menikmati Croissant, Hot Chocolate dan Coffee di meja, dia meluangkan masa datang berborak dengan kami. Abby juga berkongsi tentang tip-tip memandu sekitar South Island, dan berkenaan cuaca sekarang yang hujan renyai yang mana terowong ‘ngeri’ itu boleh sahaja ditutup pada bila-bila masa jika salji semakin kuat dan membahayakan pemanduan. Ianya suatu perkara biasa di sini katanya. Hehe.

_DSC6481
Look-out point di Milford Sound

Setelah sejam berada di sekitar, kami kembali ke jalan untuk meneruskan pemanduan pulang dan meninggalkan Milford Sound. Walaupun tidak menaiki cruise di sini, namun bagi kami apa yang menarik di Milford Sound ini ialah bukan tempatnya. Tetapi pengalaman memandu ke sini dan merasai sendiri keindahan dan cabaran untuk sampai itulah sebenarnya tarikan sebenar Milford Sound ini. Semasa perjalanan pulang dari Milford, kami sempat singgah di satu kawasan yang begitu menarik, iaitu Mirror Lake. Ianya merupakan kawasan tasik yang airya begitu tenang sehingga jika cuca baik kita akan dapat melihat refleksi banjaran gunung dengan jelas di permukaan tasik tersebut. Mungkin sebab itulah ianya di namakan dengan nama Mirror Lake.

_DSC6506

_DSC6500111
Antara gambar yg sempat di rakam di Mirror Lake

Dua jam kemudian, kami tiba semula di pekan Te Anau. Oleh kerana anak-anak pun sudah lapar, kami berehat seketika di tepian tasik Te Anau untuk makan dan solat. Faheem, Nuha dan Nida begitu ‘excited’ sekali kerana dapat bermain dengan air di tepian tasik, dan juga memberi makan itik-itik yang ada di tasik tersebut. Pemandangan sekitar tasik Te Anau begitu indah sekali. Ianya sukar di gambarkan dengan kata-kata. Kami makan ringkas sahaja. Roti, tuna, jam strawberry dan buahan. Cukup sekadar pengalas perut untuk perjalanan seterusnya ke satu lagi bandar yang agak besar juga, Invercargill. Kami berada di tasik hampir sejam juga sebelum menempuh perjalanan seterusnya dan tiba di bandar Invercargill 3 jam setengah kemudian. Kami bermalam di Invercargill Hotel & Apartment. Detail mengenai hotel ini ada di post saya yg sebelum ini.

_DSC6537
Tasik Te Anau. Kebetulan pelangi muncul. Indah ciptaan Ilahi.

Kami check-out dari hotel seawal jam 8 pagi. Selain dari parking kereta yang dikenakan bayaran bermula jam 8 pagi dan ke atas (owh..hotel ini tiada parking khas hotel sebagaimana kebiasaan hotel2 di Malaysia. Hanya menggunakan parking awam yang banyak di tepian dan hadapan hotel), kami juga ada misi penting pagi ini; Yup, breakfast di King Fish Market di Invercargill. Memandangkan info dari internet banyak yang suggest untuk ke tempat ini, terutamanya untuk cuba masakan laut yang di masak segar di sini. Tiba di ‘fish market’ itu, kami dapati ianya tidaklah besar mana pun. Saiz kedai adalah kurang lebih saiz mini-mini market yang terdapat di Malaysia. Di bahagian depan kedai, ada di jual bahan basah mentah seperti ikan salmon, blue cod fish, udang, kerang dll. Pengunjung boleh memilih samada nak beli mentah (timbang kilo) atau nak masak di situ, kebiasaanya grill & fry. Ada salad dan potato chip sebagai pelengkap menu. Kami memilih untuk mencuba blue cod grill dan salmon grill. Hampir 20 minit juga kami menunggu untuk siap makanan kami. Dapat sahaja, terus semua meluru ke meja dan menjamu selera terutama anak-anak yang sememangnya dah lapar dari tadi. Haha, kesian. Alhamdulillah, rasanya memang ‘superb’ mantap dan padu. Memang sedap. Walau pada mulanya menyesal juga datang, ingatkan kedai besar dengan pelbagai pilihan. makanan laut untuk pilihan, tetapi yang ada sebaliknya. Namun, perasaan itu hilang sebaik sahaja menikmati kelazatan menu yang disediakan.

_DSC6602 _DSC6610 _DSC6607 _DSC6599 _DSC6614 _DSC6612

Usai breakfast, kami menuju ke suatu lagi tempat menarik yang dikenali sebagai Bluff. Ianya sebuah pekan kecil di kawasan paling selatan di south island ini. Pekan ini terkenal dengan industri laut dan penangkapan oyster menjadi industri utama di sini. Nama Oyster Bluff pasti biasa didengar oleh pencinta makanan laut ini dan mungkin ada dalam ‘bucketlist’ masing-masing. Harga oyster ini jika di beli di luar NZ pasti agak mahal juga. Namun, jika nak dibandingkan, harga jualan di sini tidaklah murah juga. Ini kerana, penangkapan oyster sudah lama di komersialkan di NZ dan ianya di monopoli oleh syarikat-syarikat gergasi yang sudah bertapak di sini turun temurun. Sistem yang tersusun dan teratur telah diwujudkan sejak sekian lama, yang mana ianya pasti memerlukan kos pengurusan yang tinggi dan bila di terjemahkan kepada harga oyster tersebut, maka ianya bukan murah sangat. Tetapi untuk sekadar mencuba rasanya, ianya tidaklah sampai membebankan. Cuma point di sini, bila di M’sia, kita dapat membeli ikan dengan harga murah jika kita membelinya di tempat nelayan ‘menaik kan’ ikan ke darat. Tetapi konsep yang sama tidak terpakai di NZ. Nelayan dilarang untuk menjual hasil tangkap terus kepada pengguna (walaupun jiran tetangga), melainkan sekadar untuk makan & untuk kegunaan sendiri sahaja. Pelik di tanahair, tapi benar di sini.

Kami singgah di Bluff Maritime Museum, antara tempat yang wajib datang jika ke Bluff. Di sini, pelbagai barang-barang bersejarah (kebanyakannya barangan industri perkapalan dan lautan – kapal pun ada – peluru berpandu pun ada) di pamerkan dengan gaya yang tersendiri. Bagi saya ianya amat menarik dan mampu membuatkan kami asyik mentelaah lambakan informasi yang ada di situ. Kebanyakan nya menceritakan sejarah perkembangan industri perkapalan, maritim dan penangkapan oyster di pekan bluff.

_DSC6700
Di atas oyster boat
_DSC6661
Model pelabuhan Bluff
_DSC6728
Bergambar di hadapan museum
_DSC6717
Torpedo sebenar yang dipamerkan
_DSC6679
Oyster boat yang didermakan oleh pemiliknya kepada muzium untuk tatapan umum
_DSC6649
Rahang ikan paus
_DSC6656
Stim enjin dari salah sebuah kapal
_DSC6673
Mentol lampu Lighthouse
_DSC6650
Tengkorak ikan paus
_DSC6727
Di hadapan pintu masuk ke muzium

_DSC6704 _DSC6664 _DSC6658 _DSC6641 _DSC6723 _DSC6670 _DSC6668 _DSC6657 _DSC6642 _DSC6691 _DSC6675 _DSC6674 _DSC6665 _DSC6662 _DSC6652 _DSC6648 _DSC6645 _DSC6639 _DSC6716 _DSC6713 _DSC6672 _DSC6669 _DSC6647 _DSC6711 _DSC6709

Di bandar ini juga ada pelabuhan untuk ke pulau terdekat, iaitu Steward Island, yang merupakan antara pulau paling selatan di dunia. Walaupun pekan ini kecil, namun tarikan yang ada amat menarik perhatian kami. Antara kawasan lain yang dilawati di sini ialah Sterling Point yang mana di sini terdapatnya tiang ‘Signboard’ bercabang yang menunjukkan arah bandar-bandar terkemuka dunia dengan jaraknya dari Stirling Point jelas terpampang di situ.

_DSC6743
Di Stirling Point
_DSC6788
Di sini bunga sudah mula tumbuh dan berkembang. Warni warni kehidupan.
_DSC6790
Lighthouse di Stirling Point
_DSC6740
Pinggir pantai di Stirling Point
_DSC6767
Banyak tumbuhan agar-agar laut yang terdampar di sekitar pantai di sini

Jika diteruskan perjalan melalui jalan yang sama dari tempat Lighthouse di Stirling Point ini, kita akan bertemu dengan signboard kuning yang glamer itu. Ianya terletak di hujung jalan dan bertentangan dengan sebuah restoran mewah, tempat penggemar oyster menjalankan hobinya. Penjelajahan di Bluff boleh dikirakan lengkap bila dah sampai di sini.

_DSC6815
Burung camar yang banyak di sini
_DSC6810
Terjumpa tangan ketam sahaja, badan entah ke mana..??
_DSC6820
Biasan rantai besar ini memang menarik perhatian
_DSC6807
SIGNBOARD kuning yang glamer. Konsep simple sahaja, tapi menarik.
_DSC6845
Signboard kuning letaknya setentang dengan bangunan ini
_DSC6842
Besar kan replika rantai nih?

Cuma tinggal satu lagi perkara yang masih belum di selesaikan. Makan oyster bluff. Yup, itulah yang sebaiknya. Alang-alang sudah sampai kan? Kami menuju ke sebuah kedai yang terletak 2 km dari tempat signboard kuning ini. Ianya sebuah kedai biasa-biasa sahaja, namun tetap menghidangkan Oyster Bluff celup tepung yang sedap amat. Wajib cuba, pasti tak menyesal. Padu!!

_DSC6848
Kami ‘lunch’ di sini dengan menu oyster bluff, chips, salmon etc.

Kami kembali menuju ke Invercargill, mancari kawasan sesuai untuk makan tengah hari (bungkus sahaja dari kedai di atas). Yup, mana lagi kalau bukan di public park. Siap ada bangku kayu dan meja, membuatkan taman ini (Queen’s Park) sesuai untuk kami berehat sambil menjamu selera. Usai makan, kami menuju ke salah sebuah masjid yang ada di bandar Invercargill ini. Berdasarkan info yang kami dapat, bangunan ini pada asalnya ialah pusat komuniti Islam di bandar ini, yang kemudianya dinaik taraf kepada masjid. Alhamdulillah, walau terpaksa menunggu lebih setengah jam di depan pintu masjid kerana ianya berkunci dengan kombinasi nombor yg memang kami tidak ketahui (sehingga ada ahli jemaah yang tiba, berkebetulan untuk bersolat juga), kami dapat juga masuk dan menunaikan solat di masjid ini. Suatu perasaan yang sukar di gambarkan. Bersolat di masjid paling selatan di dunia. Suatu pengalaman yang pasti tidak dapat di lupakan. Di sini, ada di lengkapi dengan dapur, tandas (yg memang bersih), dan juga bilik untuk aktiviti-aktiviti Islamic komuniti di sini. Selesai urusan, kami mula meneruskan perjalanan kami seterusnya iaitu ke satu lagi bandar besar; Dunedin.

_DSC6853
Pintu masuk ke masjid. Ianya berkunci jika bukan waktu solat. Mungkin atas faktor keselamatan.
_DSC6857
Keadaan dalam masjid yang bersih dengan karpet yg berwarna putih. Sejuk mata memandang.
_DSC6859
Kotak-kotak derma dan sumbangan yang diletakkan di suatu sudut di dalam masjid.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

4 thoughts on “Kembara New Zealand: Milford Sound | Invercargill | Bluff”

  1. Teringin nak pergi nz..cuma nak tanya apa keunikan yang ada di invercargill..sebab saya baca blog2 mereka yang dah pergi kebanyakannya tak letak invercargill sebagai destinasi pilihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *