Kembara New Zealand

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat kembali ke tanah air pada 31 Ogos yang lepas selepas berkelana selama 12 hari ke Australia dan New Zealand. Sebenarnya Australia hanyalah sebagai negara persinggahan untuk ke tempat tujuan iaitu New Zealand.

Kami menggunakan penerbangan tambang murah Air Asia, melalui Air AsiaGo pakej yg memerlukan kami untuk menginap minimum sehari di Sydney bagi melayakkan kami membeli tiket pakej tersebut. Penerbangan dari Sydney ke Christchurch di jadualkan kurang lebih 7 jam setelah mendarat di Sydney dengan menggunakan penerbangan Virgin Australia. Tiket flight untuk kembali dari NZ ke OZ kami menggunakan penerbangan Air New Zealand. Semua tiket dan jadual perjalanan kami aturkan menggunakan aplikasi Skyscanner. Ianya mudah kerana applikasi ini dapat mencari flight tiket paling murah pada hari-hari yang kita kehendaki yang merangkumi semua jenis syarikat penerbangan antarabangsa. Jadi, tidak perlu kita bersusah payah untuk melawati setiap web page syarikat penerbangan yang ada.

Untuk transport pula, saya hanya ‘book’ kereta melalui website yang ada. Syarikat yang saya gunakan ialah New Zealand Car Rental yang menyediakan sewa kenderaan yang bagi saya agak murah juga. Kebetulan pada masa itu, ada diskaun yang ditawarkan (potong 30%), jadi harga yang saya dapat dalam sehari hanya RM100 sahaja, termasuk ‘unlimited milage’ dan juga 100% insurance coverage. Owh…baby seat 2 bijik memang diorang bagi free jer. Ada syarikat lain yg menawarkan perkhidmatan yg sama, tetapi banyak benda tambahan yang kena bayar termasuk baby/booster seat. Kalau berminat untuk sewa Caravan, Campervan atau Motorhome pun boleh juga. Antara syarikat yang terkenal seperti JUCY,  Britz, Maui, dan banyak lagi. Cuma harganya nyata jauh lebih mahal dari sewa kereta kerana kemudahan dan kelengkapan yang ada pada kenderaan tersebut yang tidak memerlukan keperluan untuk menyewa hotel lagi. Kami memilih kereta kerana cuaca pada ketika itu masih dihujung ‘winter’ yg nyata masih sejuk (dalam 2- 10 degree) dan untuk memudahkan urusan anak-anak kecil tidur. Apapun, ianya terpulang kepada individu dan keluarga untuk memilih dan menentukan yang mana sesuai. Ianya ibarat ‘tailor’ made laa kan. Hehe. Setiap orang tidak sama keperluan dan keadaan. Janji selesa dan mudah.

Kami kembara sekitar South Island untuk 12 hari tersebut. Alhamdulillah, semasa kami tiba di sana, cuaca memang cerah (walaupun sejuk amat) dan cantik. Ianya menyerlahkan lagi keindahan bumi New Zealand (terutama di South Island yg memang terkenal dengan keadaan cuaca yang agak gloomy dan tidak menentu) di bawah pancaran matahari. Ladang-ladang yg terbentang luas sejauh mata memandang, gunung ganang yang puncaknya masih berais dilitupi salji amat memukau pandangan mata sesiapa sahaja yang memandang. Udaranya yang bersih dan nyaman, dengan dingin angin dan cuaca sejuk yg membuatkan keadaan selesa untuk berkelana dan kembara. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kami panjatkan. Keadaan ini juga memudahkan perjalanan kami sepanjang berada di sana. Tidak perlu mengharungi salji tebal (yang baru reda di jalan-jalan beberapa hari sebelum kami tiba di sana) yang pasti melambatkan perjalanan jika ianya berlaku.

Sepanjang kembara kami sekeluarga ke sana, sempat juga merakam video klip pendek terutama bila berada di tempat-tempat yang menarik di sana. Semalam, saya gabungkan semua klip-klip tersebut menjadikan travel video selama 7 minit untuk kenangan dan perkongsian buat keluarga,  sahabat dan teman2. Moga ianya memberi sedikit manfaat buat kita semua. Maaf jika ada telatah dan tarian anak-anak kecil yang dilakonkan mengguris hati yang melihat. Ianya sepontan sahaja, tiada rehearsal 🙂 Langkah pastinya sumbang. Hehe.

Nanti saya akan kongsikan juga gambar-gambar yang sempat dirakamkan di sana untuk tatapan pembaca. Masih ‘menggodek-godek’ gambar-gambar yang di rakam di sana. Banyak juga hasilnya, cuma nak kena tengok balik kerana ada yang komposisi nya okey, dan ada juga yang ke’laut’. Maklumlah, main petik jer kamera kerana view kat sana memang menarik dan kalau ikutkan hati, memang akan berada lama laa di satu-satu sempat. Tapi oleh kerana banyak lagi tempat yang perlu dilawati dan masa 9 hari di NZ memang agak ‘tight’ untuk cover semua tempat. Apapun, kami bersyukur atas kesempatan yang Allah berikan untuk kami melihat keindahan ciptaan-Nya di hujung selatan dunia. Ianya nyata begitu indah dan mendamaikan.

Okey, jumpa lagi di entry akan datang. 

_DSC581511

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

2 thoughts on “Kembara New Zealand”

  1. Assalamualaikum…

    terima kasih atas maklumat yg dikongsi… Nak tanya pasal lesen memandu… apa yg perlu disiapkan sebagai persediaan untuk memandu di new zealand tu? boleh ke guna lesen malaysia yg ada ni?

    Terima kasih… 🙂

    1. Boleh menggunakan lesen M’sia. Cuma perlu ke JPJ, dan memberitahu mereka hendak memandu di NZ. Nanti pihak JPJ akan mengeluarkan satu surat dalam English dan bayaran RM10 akan dikenakan. Nanti bila di NZ, tunjuk kan surat tersebut beserta dengan lesen asal semasa hendak mengambil kereta sewa di sana.

      Selamat memandu di NZ 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *