Kembara New Zealand : Lake Tekapo | Lake Pukaki | Twizel

Selesai sahaja urusan mengambil kereta yang di sewa di Apex Car Rental, kami memulakan kembara kami di bumi South Island NZ dengan menuju terus ke selatan. Destinasi pertama kami ialah Lake Tekapo. Ya, tasik yang ‘famous’ di kalangan penjunjung yg berkunjung ke South Island ini. Sebelum itu, kami singgah seketika di Park N Save untuk membeli bekalan makanan. Barang mentah dan kering di sini amat murah juga dan jika nak di bandingkan dengan apa yang kita biasa beli di pasaraya Malaysia (jangan convert harga ke RM yea, kerana sesiapa yang bekerja di sini, mendapat gaji dalam NZD, bukan RM, hehe) ianya lebih murah dan berbaloi (harga vs kualiti barangan/ makanan). Setelah membeli sedikit bekalan dan apa2 yang kami rasakan patut sebagai bekalan kami, kami terus memulakan perjalanan ke destinasi.

Kami memilih jalan ‘Scenic Route’ yang melalui kawasan desa, kampung dan lebih hampir dengan kaki-kaki pergunungan. Satu lagi pilihan jalan yang ada ialah melalui highway yang hampir lurus sahaja dan bagi kami ianya kurang menarik jika nak dibandingkan dengan Scenic Route. Menyusuri jalan Scenic Route, kami melintasi kawasan-kawasan lapang, ladang di perkampungan yang menghijau, dengan haiwan ternakan seperti biri-biri dan lembu berselerakan di lapangan luas meragut rumput yg tumbuh melata. Ianya suatu pemandangan yang begitu menarik dan menambah keterujaan kami untuk terus memandu sepanjang jalan tersebut. Di kaki langit, rata-rata pemandangan kami di hidangkan dengan banjaran gunung ganang yang berdiri utuh, dengan puncak yang dilitupi salji menandakan musim sekarang yang menghampiri akhir musim ‘winter’.

_DSC5749 _DSC5741Sepanjang memandu, memang tak perlu pasang penghawa dingin kerana angin luar yang bertiup memang sudah sejuk, dan yg paling penting ianya amat segar sekali di rasakan. Suhu sekitar ketika siang ialah sekitar 6-9 degree C, walau begitu, jika angin bertiup, memang rasa sejuk nya hingga ke tulang juga. Berbekalkan jaket-jaket yang di beli di kedai ‘bundle’ di Malaysia, dan pakaian ‘Thermal’ yg di beli di AEON (sekitar RM30 sepasang – pakaian anak2), Alhamdulillah, walaupun murah, ianya mampu membantu kami menahan kesejukan sepanjang kembara kami di bumi NZ ini.

_DSC5752
Antara bandar2 kecil yg dilalui sepanjang perjalanan

_DSC5750Hampir pukul 3 petang, kami akhirnya tiba di Lake Tekapo setelah mengharungi perjalanan hampir 250 km. Tasik ini terletak di kaki Mount Dobson, dan kawasan sekitarnya juga begitu indah sekali.

_DSC5758 _DSC5763Di sini juga terletaknya landmark yang terkenal iaitu ‘Church of the Good Shepherd’, antara tempat yang begitu banyak juga di fotograf oleh peminat-peminat fotografi.

_DSC5812111
Church of the Good Shepherd

Kawasan sekitar tasik ini dipenuhi oleh batu-batu, yang mana kalau kita nak ke tasik dari kawasan parking kenderaan, kena berhati-hati juga terutamanya bila membawa anak-anak kecil. Bukan apa, takut ‘terpeleot’ kaki, melekat kat celah2 batu. Naya laa pulak kan kalau jadi camnih.

_DSC5800 _DSC5801Di kawasan sekitar tasik, banyak terdapat batu-batu yang disusun sebegini rupa, pelbagai saiz dan bentuk. Mungkin ianya disusun oleh mereka-mereka yang datang ke sini, sambil menikmati keindahan tasik bersama refleksi bayangan banjaran gunung yang dilitupi salji. Sambil anak-anak sibuk bermain air dan batu sekitar tasik, saya mengambil kesempatan yang ada untuk merakam keindahan tasik Tekapo. Ramai juga pengunjung yg ada di sini semasa kami tiba. Jadi nak ambil gambar pun kena laa usaha untuk kompos agar takde watak2 tambahan dalam ‘framing’ gambar landskap yg kita rakam. Hehe.

Lake Tekapo, gambar diambil menggunakan kamera Nikon D610.
Lake Tekapo, gambar diambil menggunakan kamera Nikon D610.

Kami berada di kawasan tasik hampir 40 minit sebelum beredar ke kawasan kemudahan awam, yang mana terdapatnya kedai-kedai, stesen minyak dan tandas. Kami solat jamak Dzuhur + Asar di sekitar kawasan tasik sahaja. Mengambil wudhuk? Haha, memang mencabar. Dengan air yang sejuk amat, memang menggigil juga laa. Dan ditiup angin sepoi-sepoi, memang sejuknya sampai ke tulang..huhu!

_DSC5784Jam menunjukkan hampir pukul 5 ptg. Kami meneruskan perjalanan kami ke satu lagi kawasan tasik yang menarik yang terletak tidak jauh dari sini, iaitu Lake Pukaki. Tasik ini juga terkenal sebagai tempat persinggahan penting jika kita sudah melalui jalan ini kerana ianya berada pada route yang sama. Tiba di Tasik Pukaki tatkala hari hampir senja. Nuha dan Faheem sudah tidur lena dalam kereta, barangkali penat yang amat setelah bermain sakan semasa berada di Tasik Tekapo tadi. Jadi, hanya saya, wife dan Nuha yang turun berjalan-jalan mengambil udara segar sekitar tasik sambil memerhatikan matahari terbenam disebalik kaki bukit berhampiran tasik. Suatu suasana yang damai dan tenang menerjah sanubari. Langit yang cerah, jauh dari pencemaran membuatkan hati berbisik, “Indahnya Ciptaan Mu Ya Allah”.

_DSC5817
Tasik Pukaki tatkala senja tiba

_DSC5814

Kami seterusnya berhenti sekali lagi di kawasan berdekatan tasik yang sama. Tempat ini boleh dikira sebagai look-out point untuk Tasik Pukaki ini kerana ianya terletak lebih tinggi sedikit dan membuatkan kita dapat melihat keseluruhan kawasan tasik dari ‘view’ yang lebih tinggi. Ramai juga ‘tourist’ yang singgah di sini yang rata-ratanya memang untuk mengambil gambar 🙂

_DSC5839Alhamdulillah, syukur yang teramat kerana diberi kesempatan oleh-Nya untuk menikmati keindahan alam hari ini, dengan langit yang cerah dan suhu yang nyaman. Ianya menjadi suatu pengalaman yang pasti tak dapat dilupakan.

Hari hampir gelap, dan Maghrib juga sudah masuk rasanya. Kami terus menuju ke pekan terdekat, iaitu Twizel. Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan bilik untuk merehatkan badan dan bermalam; sebelum kami meneruskan lagi pengembaraan kami pada keesokan harinya.

Esoknya kami ke Mount Cook, yang terletak dalam kawasan National Park yang pastinya menjanjikan pemandangan yang indah dan ‘superb’. Banjaran gunung-ganang di kawasan ini juga pernah menjadi tempat ‘shooting’ untuk filem Lord of The Ring.

Berjumpa lagi di entry akan datang 🙂

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

4 thoughts on “Kembara New Zealand : Lake Tekapo | Lake Pukaki | Twizel”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *