Kembara New Zealand : Hotel

Sebagaimana yg dimaklumkan dalam entry sebelum ini, kami tidak menggunakan Motorhome / Caravan / Campervan sebagai ‘mode of transportation’ kami, tetapi sekadar menggunakan kereta Nissan tahun 2005 untuk menjelajah sekitar South Island. Oleh itu, untuk penginapan kami memilih untuk menginap di bujet-bujet hotel yang sememangnya banyak juga di sini. Cuma untuk malam pertama di South Island, kami terpaksa bermalam di hotel yg ‘rate’ nya sekitar NZD160 juga kerana kebanyakan hotel/motel di kawasan Twizel pada hari itu penuh. Pada hari2 lain, kami berjaya menginap di hotel yg kadar per malam nya sekitar NZD106 – NZD120 (lowest rate untuk hotel2 sekitar NZ untuk family – dewasa & kanak2). Di sini pemilik hotel agak ‘lurus bendul’ juga berkenaan dengan jumlah penginap. dalam satu-satu bilik. Seperti kami (2 dewasa & 3 kanak2), biasanya mereka akan cuba juga untuk mendapatkan sekurang2 nya 3 @4 katil. Padahal budak2 nih bukan nya tidur di katil sendiri pun. Huhu.

Di NZ, walaupun hotelnya nampak kecil dan ‘simple’, tetapi hampir kesemua hotel / motel yang kami sempat menginap mempunyai kelengkapan yang lengkap dan kebiasaanya pemilik hotel memang betul2 friendly dan banyak membantu kita yg menginap di situ. Kami menggunakan website Booking.com, Agoda, & Wotif untuk mencari hotel2 yg sesuai dan murah, yg biasanya akan ditempah menggunakan telefon sahaja dan bila hampir tiba di destinasi. Syukur, Allah permudahkan  urusan kami untuk menginap di tempat2 yang bagi kami sesuai dengan perjalanan kami kali ini.

Day 1:

Kami tiba di Christchurch Airport hampir pukul 12 tgh malam. So hotel pada malam ni ialah di ruang legar airport sementara menunggu pukul 8 pagi keesokan harinya untuk pergi mengambil kereta di Apex Car Rental.

20150820_223857
20150821_020119
IMG_3484Hampir pukul 4 pagi baru nak tidur semula

Day 2:

Hotel: TWIZEL Country Inn, Twizel

Rate: NZD 165

Remark: 3 katil, bilik air, wall heater, bed heater

20150822_082330

Suhu malam mencecah -1C. Esoknya kereta pun beku juga 🙂_DSC5847Selimut kena tebal, suhu mmg sejuk!

Day 3:

Hotel: Cromwell Top10 Holiday Park, Cromwell

Rate: NZD 117

Remark: 1 double bed, 3 single. Selimut & towel kena bawa sendiri. Kalau nak, boleh sewa, NZD 12 per person. Grrrrr! Kami tak sewa pun, belasah cadar untuk 3 lagi katil yg tak di gunakan uuntuk buat selimut kami. Hehe. Bilik Air ‘centralized’ dalam satu bangunan dengan ‘kitchen’ dan ‘TV room’. Pagi2 bangun  nak gi solat subuh kena keluar dari kabin, jalan dlm sejuk untuk ke bilik air. Perghh…mencabar 🙂

_DSC6139Suasana pagi dari luar kabin sebelum bertolak ke destinasi sterusnya._DSC6130Suasana dalam bilik. Heater ‘kecik kenot’ jer kat dinding atas tu. Memang tak cukup untuk panaskan bilik dalam suhu di luar sekitar 1-2 C.20150822_204208Kami tiba di hotel dlm pkl 8 mlm. Anak2 pun dah lentok dalam kereta. So letak dulu atas sofa di bilik TV.

Day 4:

Hotel: Te Anau Lakeview Holiday Park, Te Anau

Rate: NZD 116

Remark: 2 bilik dalam 1 kabin. 4 katil yg ‘best’ dengan bed heater. Wall heater juga besar. Bilik air selesa dan juga pinggan/mangkuk ada di sediakan. Toaster dan heater juga ada, memang cayalah!

20150824_095525 IMG_3487Day 5:

Hotel: Invercargill Hotel & Apartment, Invercargill

Rate: NZD 116

Remark: 2 bilik dalam 1 apartment. Bilik air yg selesa. Pinggan mangkuk disediakan. Ada microwave & heater untuk ‘masak’ air. Wall Heater yg efisien. ‘Value for money’.

_DSC6574 20150825_081737Day 6:

Hotel: Sahara Motel, Dunedine.

Rate: NZD 121

 Remark: Bilik yg agak besar, muat 3 katil. Bilik air kongsi (suasana dalam rumah). Wall heater & Bed Heater ada. Tilam agak ‘lunyai’ sedikit. Bila baring jer mcm nak tenggelam dalam tilam :). Susana ‘cozy’, style rumah lama. Owner peramah. Kitchen kongsi, dan ada tempat lepak2 (mcm ruang tamu – common area).

_DSC6861Bilik suasana mcm lama sket20150826_092813Kitchen dan tempat lepak. Kami bfast dulu paginya sebelum meneruskan perjalanan.

_DSC6865Day 7

Hotel: Dunedin Holiday Park, Dunedin

Rate: NZD 106

Remark: 1 king size bed, 2 single bed (bertingkat), ada kitchen di dalam, bilik air, dan bilik agak luas dan selesa juga. Share kitchen yg terletak ‘selang’ 3 bilik dari bilik kami. Selesa dan sesuai untuk keluarga.

_DSC7050 _DSC7042Day 8

Hotel: Sahara Motel, Dunedin

Rate: NZD 107

Remark: 4 Katil dalam 1 apartment. Bilik air selesa, lengkap dgn kitchen. TV masih ‘kanta cembung’. Wall Heater & Bed Heater ada.

_DSC7271

Day 9

Hotel: Abby’s Motor Lodge, Christchurch

Rate: NZD 120

Remark: 1 king size bed, 2 single bed. 2 rooms in 1 apartment. Bilik air dan dapur ada (lengkap dengan pinggan mangkuk etc). Microwave & heater. Wall Heater & Bed Heater available. Selesa dan sesuai untuk keluarga.

_DSC7391 _DSC7392 _DSC7393

Day 10

Hotel: AIR Lounge, Christchurch Airport

Rate: NZD 20 per family

Remark: Takde fasiliti apa pun. Setiap sorang dapat 1 Bean Bag, pastu pandai-pandai ler carik port untuk lepak & tidur. Pakcik yg jaga kawasan ni mmg dedikasi betul. Muka tekun jer jaga kaunter dan orang2 yang menginap kat sini. Tempat ni di buka dari pukul 8.30pm – 5.00 am, khas buat penumpang yang akan menaiki flight awal pagi. Flight kami pkl 7 pagi dan perlu check in dalam pukul 5 pagi. Jadi, sini jer laa kami ‘landing’ malam tu. Okey ler juga dari tidur di kerusi2 kat ruang legar airport. Cuma taklah selesa mcm tidur di katil. Hehe.

20150829_205958

Untuk pembayaran hotel, kami menggunakan kad kredit semasa membuat ‘booking’ di website yg saya ceritakan sebelum ini. Ianya mudah dan cepat. Lagipun boleh jimatkan duit ‘cash’ yg ada di tangan untuk urusan2 lain lagi kerana jika kehabisan ‘cash’, jenuh juga nak mencari ‘money changer’ atau ATM. Dengan nilai RM yg agak merosot skrg, rasanya kurang berbaloi untuk tukar duit di negara orang. Huhu. Jumlah keseluruhan yg kami belanjakan untuk hotel adalah kurang lebih NZD 988.

Okey, sehingga berjumpa lagi di lain entry. Selamat mengembara!!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

23 thoughts on “Kembara New Zealand : Hotel”

  1. terima kasih berkongsi pengalaman, boleh berikan tips tentang tempat yang perlu dielakkan kerana
    kos penginapan yang terlalu mahal atau keadaan yang kurang menyenangkan untuk bermalam di sesuatu tempat di south island.terima kasih

    1. Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya.

      Untuk penginapan, bagi saya kosnya tidaklah terlalu mahal. Cuma kena memilih sedikit. Maksudnya semasa mencari hotel menggunakan aplikasi booking.com, saya akan ‘sort’ mengikut kos yang paling rendah terlebih dahulu. Kemudian saya akan membaca review yang ditulis oleh mereka yang pernah menginap di hotel tersebut. Bila berpuas hati, barulah saya akan buat tempahan. Hotel yang kami sekeluarga menginap mostly harga di bawah RM350.

  2. Salam.maybe boleh try holiday homes juga.just google holiday homes nz, few website will be shown. Concept yg lebih kurg sama mcm homestay kt malaysia.

  3. Terima kasih berkongsi pengalaman. Nak tanya utk penginapan owner akan kira based on per head ke..contoh if bwk kids yg memang xperlu katil,still kena ambil ke katil.

    1. Terima kasih kerana melawat ke blog ini.
      Mostly owner akan kira juga, terutama anak yang 3 tahun ke atas. Bagi mereka, walaupun kanak2, perlu ada katil sendiri.
      Maybe budaya mereka tidak mengamalkan ibu bapa tidur bersama dengan anak kecil seperti kita.

      Jika nak senang, hanya bgtau bilangan anak yang besar sahaja yang perlu katil sendiri. Yang kecil kita kira kongsi ngan parent, and tak perlu bgtau. Senang begitu!

  4. Terima kasih kerana berkongsi info dan pengalaman kembara ini. Sangat bermanfaat. Siap ada entri khas utk accomodation . Senang nak review. Saya pun bercadang utk ke NZ. Masih berkira2 samada
    1) travel sendiri sewa kereta/MPV dan tidur di motel
    2) ikut trip2 tour motorhome dan tidur dlm motorhome
    3) ikut trip konvoi mpv/motorhome tapi tifur dlm motel.
    memandangkan ada anak umur 2, 5 dan 6 thn.
    Sbb budak2 ni takut boring lama travel.. tak nak dok lama dlm car seat.. kerap nk ke bilik air sbb sejuk.. dll ..
    Mgkin Tuan boleh bg tips. T.kasih

    1. 1) Sewa kereta / MPV dan sewa hotel atau Airbnb lebih sesuai jika travel dengan anak2 kecil.
      2) Bagi saya, saya tidak berapa berminat ikut tour, kerana kekangan masa (kena ikut jadual tour, tidak bebas mengatur masa sendiri), dan kena menunggu ahli tour yg lain bila nak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
      3) Pada pendapat saya, NZ amatlah senang untuk pergi sendiri tanpa ikut tour. Sewa kereta, pastikan telefon ada line internet untuk merujuk google map sepanjang perjalanan, dan terus jalan. Hotel kebanyakkan nya saya hanya buat booking semasa on the road menggunakan booking.com.

      Tips bawa anak-anak senang jer. Pastikan stock makanan dalam kereta sentiasa sepanjang perjalanan, seperti buah, biskut, jajan ker…hehe! Dia boring, dia makan. Dia kenyang, dia tidur.. 🙂

    1. Wsalam, air lounge tak perlu book, just walk-in jer. Memang biasanya tak penuh coz Christchurch bukanlah sebuah airport yang sibuk.

  5. Salam.
    Saya nak bertanya mengenai penginapan di sana. Saya travel bersama 3 orang anak 6 7 dan 12 thn. So bilik dikira mengikut kepala ke?
    Sekiranya diletakkan 3 org harg bilik akan berbeza sekiranya kita letak 5 org satu bilik. So yg mana satu nak letak. Atau masa booking just letak 2 aje..

    1. Apa yang saya buat, saya booking untuk 3 adults. So that, memang akan ada extra katil untuk anak yang paling besar. Yang kecil tuh, kalau owner hostel/apartment tanya just bagitau yang diorang akan share beds. Most of the time, diorang tak tanya pun.

  6. salam, encik farris, kalau sampai ke airport CHC sebelum 10.30PM, sebab dalam airport guides ada menyatakan, kena tunjuk bukti sampai airport lebih drpd 10.30pm dan flight by 8am. kalau sampai airport dlm pukul 8.30pm, boleh ke nak guna airport Lounge tu? saya akan travel pada august 2018.. flight 6.05 am drpd CHC. sewa kereta pun sampai dalam 8.30pm aje..

    1. W’salam. Rasanya tiada masalah untuk guna lounge tu. Sebab haritu pun kami tiba di airport sebelum jam 1030 hrs.
      Diorang hanya check waktu Outgoing Flight from CHC jer masa kitaorang dulu…

      Thanks

  7. Salam…sy akan sampai ke CHC pukul 10.35mlm…dr Gold Coast….pagi kul 8 br amik kereta…bole ke stay kat airport area……atau bole ke tdur di air lounge..sbb xdee tiket flight pg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *