Kembara Vietnam – Part 4

Jam menunjukkan hampir pukul 5 pagi. Bangun, mandi, solat subuh. Hampir pukul 6.30 pagi, kami siap untuk keluar hotel dan mencari sarapan sekitar bandar Sa Pa. Melewati lobi hotel, nampaknya kamilah antara orang yang paling awal keluar dari hotel ini. Dan kami jugalah yang tolong bukakan pintu ‘sliding’ hotel kerana pada masa ini, pemilik hotel sendiri masih belum nampak ‘batang hidung’ di kaunter reseptionist. Hari ini nampak langit seakan akan cerah, dengan awan yang tak beraa menebal sebagaimana semalam. Kami berharap moga cuaca hari ini baik untuk kami meneruskan penjelajahan kami di sekitar daerah Sa Pa ini. Semasa kami tiba di pekan Sa Pa, suasananya masih berkeadaan sunyi dan kedai-kedai makan masih banyak yang tutup. Kami terjumpa sebuah kedai yang pemiliknya baru sahaja siap membersihkan meja dan nampak baru sahaja membuka perniagaannya hari ini. Nampak pelayan pun muka masih tak mandi lagi mungkin, dari keadaan rambut yang serabai yg jika ingin dicantikkan mungkin memakan belanja lebih dari RM1,200 ๐Ÿ™‚

Kami memesan makanan apa yang ada sahaja pada pagi itu. Roti vietnam dengan telur rebus, dan kopi hitam (mana ada putih kan?)

20150730_060909Kopi ini di’brew’ kan dengan meggunakan bekas kecil yang diletakkan di atas cawan. Menarik bukan? Aromanya memang menyegarkan ๐Ÿ™‚

_DSC5009Ini pula rupa roti vietnam. Saiz nya yang agak besar, mmg berjaya membuatkan kami kenyang, walau hanya makan berintikan telur rebus dan kicap sahaja.

Usai makan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Ta Phin iaitu antara tempat yang menjadi tarikan mengunjung ke Sa Pa ini. Apa yang ada di sana? Kami pun sebenarnya tidak pasti, tetapi daripada peta yang kami dapat semalam, di situ sepatutnya ada sebuah gua untuk diterokai yang dikenali dengan Thapin Cave.

Sepanjang perjalanan ke kawasan itu, di kiri kanan kami dapat melihat kawasan penanaman padi yg menghijau, dengan gunung ganang sekeliling dan lembah yang bagitu memukau pemandangan. Naik motor hanya perlahan sahaja, kerana tidak mahu terlepas menikmati pemandangan indah ini.

_DSC5020111Kami melintasi tasik ini, yang terletak di tengah pekan Sa Pa. Ianya begitu indah dan menarik, dengan pemandangan perumahan penduduk di sini dan berlatarbelakangkan bukit bukau, ianya satu pemandangan indah yang tak mampu diabaikan begitu sahaja tanpa memetik ‘shutter’ kamera ini. ๐Ÿ™‚

_DSC5049111Kawasan yang kami tuju teletak di sebalik gunung di belakang kampung ini. Hampir 10 minit menjelajah, kami tiba di persimpangan yang menunjukkan untuk ke Ta Phin, kami perlu mengambil simpang ke kanan, manakala ke Ma Tra kami harus membelok ke kiri. Kami putuskan untuk melawat sekitar kampung Ma Tra terlebih dahulu. Nampaknya, keputusan yang di ambil tidak mengecewakan. Walau jalannya agak berliku dan sempit, namun pemandangan dan keindahan kampung ini nyata ‘luas’ dan memukau, sejauh mata mampu memandang.

_DSC5072111_DSC5064111_DSC5106111Kami meneruskan penerokaan ke kawasan kampung ini dan terus memecut perlahan motosikal menyusuri jalan-jalan kecil di kampung ini. Cuaca amat baik hari ini. Tidak hujan, walau mendung dan kekadang sinar matahari juga turut menjengah bumi Sa Pa ini.

_DSC5115111 _DSC5075111 _DSC5088111_DSC5094111Hanya gambar yang mampu menceritakan keindahan tempat ini yang nyata masih jauh dari gangguan kerosakan arus permodenan. Ia memperlihatkan keindahan sebenar sebuah kehidupan yang sederhana, terlindung di sebalik bukit bukau dan gunung ganang di sekitar daerah ini.

_DSC5105111 _DSC5117111Kami meneroka kawasan ini sehingga jam hampir menunjukkan pukul 12 tgh hari. Keasyikan menyusuri kawasan perkampungan ini hampir membuatkan kami lupa betapa lama juga kami berada di kawasan perkampungan ini. Kami kemudianya berpatah balik ke pekan Sa Pa, dan pulang ke hotel seketika untuk makan tengah hari dan berehat.

Usai makan (di restoran Cosiana Hotel lagi, huhu…rabakkk!!) dan berehat, kami meneruskan perjalanan kami ke lokasi seterusnya iaitu kawasan perkampungan yang di namakan Ta Van Village. Ia antara tempat yang memang menjadi tarikan mereka yang berkunjung ke daerah Sa Pa ini. Nyata, sepanjang perjalanan kami ke sana, ada sahaja pelancong (terutama dari barat) yang samada menaiki van, bas, bermotosikal dan berjalan kaki melintasi kawasan ini. Nampaknya kawasan ini amat terkenal kepada mereka yang meminati aktiviti ‘trekking’ dan pengembaraan. Masuk sahaja ke kawasan ini, kami terpukau dengan pemandangan yang bagitu indah yang seakan-akan mengembalikan kami ke zaman dahulu kala. Kampung yang terletak di lembah ini begitu cantik dengan anak sungai yang umpama ‘membelah’ padang tanaman menghijau dengan rumah-rumah kayu sederhana bertebaran melata di lembah pergunungan ini.

_DSC523111| Ta Van Village |

_DSC5092111| View dari jalan utama di atas lembah |

_DSC5185| wanita Sa Pa yang sentiasa ada sekitar ‘look up’ point yg menjual barang kraftangan dan cenderamata |

_DSC5253111| Kawasan penanaman padi di lembah Ta Van |
_DSC5256111| Gambar tatkala asyik menyusuri kawasan perkampungan Ta Van |

_DSC5234111| Makcik yg begitu ‘berusaha’ untuk memujuk kami membeli barangan kraf yg di buatnya. Kami tabah | ย _DSC5205 _DSC5188111| Di sini, kerbau boleh di dapati merata-rata tempat |_DSC5191111

| Basuh kain apa yang panjang sangat tu?|_DSC5218111 _DSC5223111 _DSC5231111 _DSC5245111 _DSC5263111 _DSC5275111Hampir 2 jam juga kami berpusing-pusing sekitar kampung Ta Van ini. Memang ramai pelancong yang berkunjung ke sini. Sekarang kami faham kenapa. Hampir pukul 3 petang, kami kembali ke hotel untuk memulangkan kembali motosikal yang di sewa dan bersiap-siap untuk ke stesen keretapi di Lao Chai pada pukul 4.30 ptg nanti. Kami sudah meminta pihak hotel untuk menempah van ke stesen, dengan bayaran USD 3 seorang. Untuk perjalanan hampir 40 minit, saya rasa ianya tidaklah mahal mana.

Sebelum bertolak, saya sempat singgah di kedai cenderamata sekitar pekan Sa Pa ini. Sempat juga laa beli pakaian sehelai dua untuk anak-anak nanti ๐Ÿ™‚

Kami tiba di pekan Lao Chai dalam pukul 5.30 ptg. Pemandu van menurunkan kami di depan sebuah restoran. Turun sahaja, kami di sapa oleh pekerja restoran itu bertanyakan tentang tiket keretapi kami. Kami memberitahu nya yg kami sudah menempah tiket, cuma ingin mengambil tiket itu sahaja nanti. Dia dengan sukarela meminta kami memberikan kepadanya salinan email tentang tiket yang di tempah dan meminta kami untuk menunggu di restoran sementara dia pergi mengambil tiket untuk kami di kaunter. Aaaah….pandai betul tektik berniaga orang2 di sini. Mereka sanggup berjalan membantu pelanggan, asalkan pelanggan masuk ke kedai mereka. Ianya dikira suatu usaha, Kami hanya duduk di meja luar kedai, dan memesan air untuk membasahkan tekak. Restoran ini terletak berhampiran dengan stesen keretapi Lao Chai, jadi kami tidak perlu ‘menapak’ jauh untuk ke sana nanti.

Hampir 6.30 ptg, kami terus ke stesen keretapi dan menunggu di sana sehingga waktu menaiki keretapi pada pukul 8 malam. Keretapi hanya akan berlepas pada pukul 8.40 mlm ke Hanoi. Apa yang menarik, kami sekali lagi berkongsi kabin dengan Ian (pelancong UK yang juga berkongsi kabin dgn kami semasa datang ke Sa Pa). Haha. Memang tak di sangka. Jadi, sekali lagi sesi borak-borak berlangsung. Kami bercerita berkenaan pengalaman masing2 di Sa Pa. Mereka berdua yang mengambil pakej, dan kami yang redah sahaja. Kesimpulan yg kami dapat buat ialah, lebih baik redah sahaja. Ianya nyata lebih murah, dan juga mencabar.

Saya tidur awal malam itu kerana niat inigin bangun semula pukul 1 atau 2 pagi untuk solat maghrib, jamak ke waktu isyak. Rasa lebih selesa bila bangun dan mendapati keadaan sekeliling sunyi dan koridor gerabak yang lengang dari penunmpang yang lalu lalang. Setelah berwuduk, saya mencari ‘pot’ di penjuru koridor yang muat2 sahaja untuk sembahyang secara berdiri. Alhamdulillah, selesai solat dan Allah permudahkan.

Kami tiba di stesen keretapi Hanoi sekitar jam 5.20 pagi. Kalau ikutkan perancangan asal, Tey akan kembali ke Malaysia dulu pagi ini kerana ada urusan penting ke esokan harinya, dan saya akan meneruskan perjalanan ke Ha Long Bay, dan hanya akan balik ke Malaysia selang dua hari lagi. Walau begitu, tetiba hati rasa kurang senang untuk meneruskan perjalanan ke Ha Long Bay pagi itu. Ianya suatu perasan dan getaran yang berterusan yang tidak menyenangkan. Perasaan itu semakin kuat selepas selesai solat subuh di masjid Hanoi. Saya cuba mengumpul kekuatan untuk meneruskan perjalana sebagaimana perancangan asal, namun gagal. Saya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pagi itu juga. Mujurlah tike air asia masih ada, dan walaupun harganya agak mahal berbanding tiket asal, namun saya nekad untuk terus membelinya.

Pukul 9.15 pagi, kami menaiki kepal terbang dan bersedia untuk berlepas pulang ke Malaysia. Saya dan Tey duduk di tempat duduk berasingan dalam kapal terbang. Sedang asyik layan internet terakhir menggunakan sim kad vietnam, tiba-tiba sampai masej dari Tey.

“Ha Long Bay banjir hari ini, betul laa keputusan pulang hari ini..”

SAYA DIAM, TERKEDU, & SYUKUR.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Sebenarnya Tey mengetahui tentang berita itu dari pakcik yang berada bersebelahan dengan nya di dalam flight. Pakcik tersebut adalah salah seorang dari 17 orang ย dari Terengganu yang datang melancong ke Vietnam, dan perjalan mereka juga turut di batalkan oleh ejen mereka semalam di atas sebab yang sama.ย 

ย news| Berita dari News Straits Time |

places-to-visit-in-Halong-Bay-1

vietnamflood3| Keadaan di Ha Long City yang ditenggelami banjir ; ย sumber gambar google image |

Moga Ha Long Bay kembali pulih dari banjir yang di alami dan kembali menjadi tarikan utama pelancongan di Vietnam.

Kami selamat tiba di KLIA 2 sekitar 12.30 tgh hari. Alhamdulillah. Perjalanan yang singkat ke Vietnam, namun ia telah memberi kami pengalaman yang begitu menarik, dan persepsi yang nyata berbeza tentang kehidupan di sebuah negara yang bernama Vietnam.

โ€œOneโ€™s destination is never a place, but a new way of seeing things.โ€ โ€“ Henry Miller

Sekian, dan terima kasih kerana sudi melawat blog ini.

Sebarang perkongsian, komen dan cadangan amatlah di alu-alukan.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

10 thoughts on “Kembara Vietnam – Part 4”

  1. As salamTuan,

    entry yg penuh maklumat + gambar2 ‘wide lens’ yg cantik.
    Bagus untuk rujukan
    Mohon bertanya jika tak keberatan jumlah kasar budget ground untuk trip Hanoi-Sapa ini.

    Terima kasih

    1. Wsalam tuan. Terima kasih kerana melawat ke travel blog saya.
      Bajet keseluruhan tidak lebih seribu ringgit…

  2. Untungnya tuan sudah ke Sa Pa.
    Sa Pa memang tempat yg cantik.
    Bajet tuan ke sana pun ok.
    Banyak lagi ke tempat menarik di situ? Tertarik untuk ke sanalah.

  3. Salam nak tanye
    1) kalau kita masuk lembah/kampung di Sa Pa perlu beli tiket terlebih dahulu ataupun kita boleh masuk jalan-jalan ikut suka? sebab pernah terbaca nak masuk tempat-tempat kat SaPa ni perlu ada tiket/lesen yang perlu kita dapatkan di Tourist Centre.

    2) Boleh share pendapat, duduk hotel di pekan atau ambik pakej duduk homestay bersama orang nomad?

    Terima Kasih.

    1. W’salam.
      1) Boleh jer explore kawasan2 kampung kat sana dengan motor. Ada sesetengah tempat memang ada tiket untuk masuk, tapi hanya perlu beli bila tiba di entrance tu sahaja. Tak perlu beli di Tourist Center.
      1) Untuk memudahkan urusan seperti makan minum, lebih baik duduk hostel di pekan SaPa sahaja. Kat sana ada 1 @ 2 restoran halal.

  4. assalamualaikum farrisn, kyatis nak tanya masa yang sesuai untuk ke SaPa ? kalau pergi bulan jun/jul cuaca panas sangat ke..
    nak bercuti ke hanoi, halong , sapa
    terima kasih..

    1. W,salam…
      Kalau pegi bulan Jun/July tu mmg okey and tak panas, coz kawasan ni kat tanah tinggi…
      Lagipun view lagi cantik kalau cuaca cerah…

      Best SaPa, rasa macam nak repeat lagi..hehe

  5. Assalamualaikum.izinkan bertanya.sewa motor keiling SaPa sewa dekat mana ea. Perjalanan turun air port terus ke SaPa menaiki apa? Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *