Kembara Vietnam – Part 3

Pintu kabin kami diketuk dari luar, menandakan train hampir tiba ke stesen. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Saya bangkit setengah jam sebelum. Usai membersih muka, dan mengambil wudhuk di sinki, saya terus menghampar sejadah kecil yang di bawa di koridor gerabak. Penumpang lain masih tidur barangkali kerana tiada sesiapa yang keluar ke koridor untuk ke tandas. Kerana jika ada, pasti die perlu menunggu saya selesai solat subuh terlebih dahulu kerana ruang yg ada hanya cukup-cukup sahaja untuk saya bersolat di situ. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Tiada gangguan dan diri tidak pula mengganggu penumpang lain. Selesai solat, saya mengemaskan barang2 yg sedikit berterabur di atas katil atas, sementara Tey pergi bersiap-siap. Pukul 5.30 pagi, kami tiba di stesen Lao Chai, dengan hujan renyai2 di luar dan suhu yang agak sejuk juga. Dingin angin menusuk tulang, terus saya capai jaket yang dibawa bersama untuk sedikit menghangatkan badan dan berlindung dari hujan renyai yg turun.

Tiba sahaja di stesen, kami dan Ian mengucapkan selamat tinggal dan masing-masing membawa haluan sendiri. Mereka berdua mengambil pakej lengkap melancong ke Hanoi – Sa pa – Ha Long Bay yang mana semua urusan perjalanan dan tempat tinggal, termasuk makan diuruskan sepenhnya oleh ejen. Pasti sudah ada driver yang menanti mereka di perkarangan stesen keretapi untuk membawa mereka ke Sa Pa nanti. Keluar dari stesen, memang betul. Ramai pemandu yg memegang kertas yang bertuliskan pelanggan masing-masing. Pasti nama kami tiada, kami terus sahaja ke kawasan van-van yang sedang memenuhkan penumpang untuk ke Sa Pa.

“How much to Sa Pa?”

“Three dollars..three dollars only”

Okeh setel. Kami naik van putih yg boleh memuatkan dalam 12 orang penumpang. Tapi, kami perlu menunggu dalam 15 minit juga kerana pemandu asyik memanggil penumpang-penumpang lain lagi sebelum memulakan perjalanan. Tiba masa, van bergerak menuju ke Sa Pa dengan melalui jalan-jalan yang mendaki dan bersimpang siur juga. Kalau di M’sia umpama jalan lama dari Tapah ke Cameron Highland. Ianya sempit, dan kualiti jalan memang tidak begitu baik. Disepanjang perjalanan, kami dapat melihat hampir kebanyak kan kawasan diusahakan penanaman padi bukit dan juga tanaman lain seperti jagung dan buahan. Suasana pagi yang dingin dan sejuk, menambahkan lagi kesegaran kami sambil mata melontar jau ke arah lereng-lereng bukit yang tersergam indah dengan kehijauan tumbuhan dan alam semulajadi yg begitu menakjubkan. Sedar tak sedar, kami tiba di pekan Sa Pa dalam 40 minit kemudian.

page19| Graceful Hotel di pekan Sa Pa |

Tanpa menempah sebarang hotel, kami memutuskan untuk berjalan sahaja ke kawasan sekitar dan cuba untuk walk-in sahaja ke mana-mana hotel atau hostel yang di fikirkan sesuai. Alhamdulillah, kami tiba di sebuah hotel, terletak 50 meter dari tempat kami di turunkan tadi yg nampak agak sesuai dan santai untuk kami cuba. Nama hotel tersebut ialah, Graceful Hotel. Masih tidak ramai orang di lobi. Kami terus bertanya samada bilik masih ‘available’ untuk kami. Pemilik hotel bersetuju, dan kami diberikan sebuah bilik di tingkat paling atas, dengan harga USD 18 semalam. Murah kan? Apa lagi, terus sahaja kami setuju, dan pada masa yang sama juga kami meminta pihak hotel untuk membantu kami menyewa 2 buah motosikal untuk digunakan nanti. Harga sewa motosikal hanya USD4 sebuah untuk sehari/semalam. Memang harga di sini agak berpatutan juga. Mungkin kerana terlampau banyak hotel yang menawarkan servis yang pelbagai, jadi masing-masing ingin menawarkan harga yang terbaik kepada pengunjung pekan Sa Pa ini.

Usai meletakkan barang, kami sarapan dahulu di hotel. Menu? Memang tak banyak pilihan yang boleh di makan. Yang pasti nasi lemak, roti canai atau nasi berlauk Air Dingin memang tak di jual di sini. Kami hanya memesan roti, telur goreng dan lempeng pisang untuk meng’alas’ perut. Sekali sekala kena latih diri juga untuk lari dari ‘sumpahan’ nasi yg begitu mencengkam untuk sarapan terutama dikalangan rakyat Kelantan. Rakan saya Tey tiada masalah. Dia kan warga UK. Haha!

page20| Bersarapan dahulu di hotel |

Selesai sarapan, masa untuk test motor yang di sewa. Ketika ini lobi hotel agak sesak dengan pengunjung yang hendak menempah bilik, dan mungkin yang ingin check-out juga. Famous juga hotel ini rupanya. Apa yang pasti, saya perasan yang ada pelekat ‘Trip Advisor’ di dinding belakang receptionist. Jelas, patut pun.

Destinasi pertama kami, isi minyak motor dahulu. Ramai juga yang beratur untuk mengisi minyak. Lupa pulak berapa harga petrol di sini. Tapi yang saya perasan, ianya agak mahal sedikit berbanding Malaysia kerana satu tangki penuh motor tu saya perlu membayar dalam RM10 juga. Lepas isi minyak, kami menuju ke pasar berdekatan untuk melihat-melihat keadaan dan barang-barang yang dijual di sana. Pasar ni dalam 1 km sahaja dari tempat kami menginap. Tiba di sana, kami perasan yang kawasan persekitaran pasar boleh dikatakan bersih juga. Ada kawasan yang menjual barangan kering, iaitu dalam bangunan putih sebagaimana gambar di bawah. Barang2 basah pula di jual diluar bangunan putih tadi, tetapi hanya bersebelahan nya sahaja. Kebanyakkan daging yang di jual di sini ialah daging babi (makanan asas puok Vietnam laa kut, pasal banyak sangat), lembu ada jua tetapi hanya 1 kedai yg saya perasan ada. Yang lain, barang basah biasa seperti ikan, sayur, ulat (haha!), burung merpati (ada juga, jinak pulak tu, tak lari) dll. Kami pusing sekejap sahaja di sini, sekadar mengambil beberapa keping gambar.

page22

page21Di dalam kawasan barangan kering, ada pelbagai barangan yang turut di jual seperti herba-herba kering yang siap di bungkus. Barangkali untuk di buat ubat, dan benda yang sama ini banyak juga di jual di kedai2 dalam pasar kering tersebut. Yang lain kebanyakkan nya baju2 buatan Vietnam, hasil2 kraftangan dan cenderamata.

Seterusnya kami menuju ke Cat-Cat Village. Ini antara lokasi yang menjadi tarikan pengunjung yang berkunjung ke pekan Sa Pa ini. Pada mulanya, agak ‘blur’ juga untuk kami tuju ke lokasi ini kerana masih belum biasa dengan jalan-jalan kecil sekitar pekan ini yang agak memeningkan juga lah kepada orang baru macam kami. Owh, perlu di ingat, di sini memandu harus di ‘lane’ kanan, berbeza dengan negara kita yang memandu di sebelah ‘lane’ kiri. Jadi, walaupun menaiki motor, perlu sentiasa peka di lorong mana kira berada. Kerana pada mula-mula menaiki motor di sekitar pekan ini, ramai juga penunggang lain yang membunyikan ‘hon’ bertalu-talu kepada saya kerana saya berada di lorong mereka dan memandu dari arah yang bertentangan. Haha. Baru perasan yang tersilap lorong rupanya. Tapi jgn risau, sekejap sahaja untuk ‘adjust’ lorong pemanduan jika anda biasa memandu. Ianya bukan perkara yang begitu sukar. Steadyyy..hehe!

_DSC4876

| Pekan Sa Pa di lereng bukit, bersebelahan dengan gunung Fansipan |

Seterusnya, kami menuju ke Cat-Cat Village. Tempat ini agak terkenal juga di kalangan pengunjung, di mana kita boleh menyusuri kawasan pendalaman sepanjang kampung sambil melihat keindahan kawasan yang dihiasi dengan pelbagai tanaman, terutamanya padi bukit. Memang menarik, walau hujan renyai, ianya tidak menghalang kami untuk terus meredah kawasan pendalaman ini. Suasana dan landskap kampung amat menarik perhatian membuatkan jari tidak berhenti memetik butang kamera ini.

IMG-20150730-WA0005_DSC4888_DSC4891  _DSC4955 _DSC4887 _DSC4893Hampir 40 minit meneroka kawasan kampung Cat-Cat Village, hujan mula turun semakin lebat. Kami tiada pilihan kecuali mencari tempat berteduh. Kami melewati sebuah kedai runcit, dan kelihatan dari luar ada kawasan berkerusi-meja untuk minum-minum mungkin, Kami terus berhenti untuk singgah minum kopi panas sambil menunggu hujan reda. Memang sedap kopi di sini. Ditemani cuaca sejuk, dingin dan basah di luar, ianya menggamit suasana damai dan hening di tengah lembah bersama aroma kopi panas yang enak rasanya.

_DSC4922 _DSC4914

| Kedai tempat kami singgah minum kopi |

Sambil minum, saya lihat di dalam kedai ada dua kanak-kanak perempuan yang comel sedang bermain. Nyata, bereka berdua anak tuan kedai tersebut. Anak-anak ini nampaknya agak mesra dengan kamera juga. Tidak susah untuk mengambil gambar mereka kerana meraka begitu suka bergambar. Hehe, senang kerja saya.

_DSC4913111Asyik mengambil gambar anak-anak ini, saya perasan ada 3 orang kanak-kanak masuk ke kedai. Mereka terus memilih barang2 makanan (jajan…) dan terus beredar keluar. Keadaan mereka bertiga agak comot, dan sekejap sahaja mereka bertiga hilang di sebalik jalan-jalan kecil dan pepohon di sekitar kampung. ‘Tokey’ kedai hanya memerhati. Nampak bersahaja sahaja tanpa meminta duit sebagai bayaran. Mungkin baginya ‘jajan’ yang diambil sebagai sedekah kepada kanak-kanak susah di kampung itu. Terpegun.

_DSC4918111Hujan di luar kian reda. Kami membayar lebih kurang RM5 untuk dua cawan kopi yang mantap, dan terus beredar meneruskan perjalanan. Kami jelajah lagi 15 minit ke hujung kampung, sebelum berpatah balik melalui jalan yg sama untuk keluar dari kawasan tersebut. Nampaknya, menjelajahan kami ke sekitar kampung ini sudah sampai ke penghujung. Tiada lagi tempat yang boleh di teroka dengan motosikal, kecuali dengan jalan kaki kerana ‘access’ yang agak terhad. Kami memecut keluar, mendaki bukit dan laluan kecil menuju semula ke pekan Sa Pa.

Ianya satu pengalaman yang menarik dan sukar di lupakan. Menyaksikan sendiri kehidupan ”tegar’ di pendalaman daerah Sa Pa sungguh membuatkan diri memahami betapa kehidupan penduduk di sini bukan semuanya tersusun rapi. Ianya penuh dengan cabaran; dari segi kemudahan pengangkutan, ‘access’ jalanraya ke kampung, infrastruktur perndidikan dll. Namun, apa yang pasti, semua itu tidak menghilangkan senyum dan tawa pada wajah mereka. Ianya sebuah kehidupan yang sederhana.

_DSC4939Tiba di pekan, kami terus ke restoran di Cosiana Hotel. Di sini menghidangkan juadah makanan halal, iaitu satu-satunya restoran yang kami jumpa menyediakan makanan halal muslim di pekan Sa Pa ini. Namun, kami sendiri pun masih berhati-hati walau makan di sini. Kami hanya makan nasi putih dengan masakan sea food sahaja. Masih tak berani untuk makan ayam atau daging. Hehe.

halal_certificateHotel ini terletak berdekatan dengan hotel tempat kami menginap. Alamat nya seperti berikut.

Cosiana Sapa : 57 Fansipan Str., Market Area, Sapa Town, Lao Cai, Vietnam. Tel: ++84 20 387 2220

(saya hanya mampu bersangka baik, dan berharap yang makanan yang disediakan menepati garis panduan halal. Moga Allah lindungi kita semua)

Usai makan, kami pulang ke hotel untuk merehatkan badan. Hujan berterusan turun hingga ke petang. Kami hanya berjalan sekitar pekan Sa Pa petang itu dan sempat singgah di Tourist Information Center, membeli peta Sa Pa (kena beli tu, isk..isk..mujur RM 5 sahaja) dan bertanyakan tempat-tempat menarik untuk dilawati esok hari memandangkan hari sudah lewat petang pada ketika itu.

Malamnya kami sekadar dinner ringan, dengan roti dan telur goreng. Sempat juga belasah meggi kari yang dibawa untuk mengalas perut pada malam tersebut.

Moga esok cuaca terang dan baik untuk meneruskan kembara seterusnya di daerah Sa Pa ini, Insya Allah.

_DSC4900| Sekolah di Cat-Cat Village |

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

2 thoughts on “Kembara Vietnam – Part 3”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *