Kembara Vietnam – Part 2

Kami tiba di Hanoi International Airport hampir pukul 9 pagi waktu tempatan. Waktu di Hanoi kurang sejam berbanding dengan waktu di Malaysia.  Usai urusan cop passport di imegresen, kami keluar di pintu tempat ‘arrival’ airport untuk mencari teksi ke bandar Hanoi.  Berdasarkan kepada info yang diperolehi dari blog-blog kembara, teksi di luar airport mmg mengenakan tambang yg tidak masuk akal (mahal). Walau begitu, kami tak punya banyak pilihan, kerana pada masa itu, itu sahaja teksi yang ada di sekitar airport. Kami terus bertanyakan tambang untuk ke Old Quarter (Pekan Lama Hanoi). Jawapan yg mmg tak disangka, VND 700,000!! Mahal amat. Bila minta kurang, pemandu teksi hanya menjawab – “Standard price, standard price”. Tapi apa boleh buat, hentam saje laa. Mujurlah trip kali ini saya travel bersama seorang kawan lama. Nama gelaran susah juga untuk ditulis kerana ianya sama dengan nama sebuah pekan di Terengganu. Tapi untuk senang berbicara sepanjang penulisan ini, saya kenalkan dirinya sebagai Tey. Bunyinya terpulang kepada yang menyebut. Cuma apa yang saya nak bagitahu, Tey ni tiada kaitan dengan penyanyi Hong Kong atau Korea. Rupa paras seratus peratus rakyat Msia tempatan. Hehe. 20150728_093442Perjalanan dari airport ke Old Quarter mengambil masa kurang lebih 40 minit. Sepanjang perjalanan dari airport ke bandar Hanoi, kami melihat di kiri kanan jalan kebanyakkan nya adalah sawah padi. Hampir ke bandar, barulah kelihatan deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Jalan di sekitar kota Hanoi ini agak kecil, di tambah lagi dengan jumlah motosikal yang begitu banyak, membuatkan sesiapa yang tidak biasa akan berfikir banyak kali sebelum mengambil keputusan untuk memandu di sekitar kota ini. Masuk sahaja ke kawasan bandar, kami di hujani dengan bunyi hon kenderaan yang umpama sahutan antara satu sama lain. Kebanyakkan nya daripada motosikal. Di sini, penggunaan hon amat penting kerana jalan-jalan nya amat jarang yg dilengkapi dengan lampu isyarat terutama di simpang empat. Jadi para pemandu akan terus memandu sahaja melewati simpang, dan masing-masing akan mengelak dari berlanggar antara satu dengan yang lain. Percayalah, pemandu di bandar Hanoi ini cukup mahir dalam hal ini.

Kami tiba di Old Quarter sekitar jam 10.30 pagi dan terus ‘menapak’ ke Museum Ho Chi Minh yang terkenal di sini. Tiket masuk dikenakan VND 25,000 seorang. Pada waktu itu, ramai juga pelancong yang berkunjung ke museum ini. Rata2 adalah pelancong berkulit putih yang mungkin kebanyakannya dari barat. Kami pusing-pusing sekitar dalam musium, melihat kesan-kesan sejarah kemerdekaan Vietnam yang banyak di pamerkan di sini. Saya agak teruja dengan kreativiti yang diterapkan dalam usaha mempamerkan barang2 atau dokumen lama yang bagi saya agak unik dan moden. Segi hiasan dalaman juga amat menarik, cuma sedikit mengecewakan apabila kebanyakan maklumat tentang pameran ditulis dalam bahasa Vietnam. Jika ada maklumat dalam bahasa inggeris, ianya nyata amat sedikit sekali. Gambar- gambar yang sempat dirakam semasa berada dalam musium ini.

page1 page2 page3 page4Kami keluar dari museum shampir jam 11.30 pagi. Destinasi seterusnya adalah ke dataran Ho Chi Minh yang terletak berhampiran dengan museum tadi. Cuaca agak panas ketika ini. Saya tidak singgah lama di sini, sekadar melihat keadaan sekeliling dan mengambil beberapa keping gambar.

page5Kedai cenderamata sepanjang jalan keluar dari museum

page6Seterusnya kami menuju ke restoran di bandar Hanoi untuk makan tengah hari. Maklumlah, perut hanya berlapikkan Burger King sebelum berlepas dari KLIA2 pagi tadi, pasti ‘bergolak’ juga lah minta di isi. Kami terus mengambil teksi menuju ke kawasan bandar, mencari restoran halal yang begitu glamer di bandar Hanoi ini iaitu Restoran Nisa. Berpandukan alamat yang diperolehi daripada internet, nyata lokasi yang kami sampai memang betul dan soheh. Tetapi kedai tersebut bukanlah Restoran Nisa lagi, ianya sudah berubah ke restoran lain yang namanya ‘Little India’. Walau begitu, restoran ini masih mengekalkan ciri2 pengesahan HALAL dengan logo halal yang terpampang besar di pintu masuk. Masuk sahaja, kami dapati ada dua orang pelanggan dari Malaysia mungkin kerana mereka berdua duk senyum-senyum sahaja bila nampak kami masuk ke kedai tersebut. Menu di sini turut menghidangkan menu masakan dari Malaysia seperti nasi goreng ada satey, dan lain2 masakan melayu juga. Sempat bertanya kepada pemilik kedai, kenapa nama restoran telah di ubah. Katanya, pemilik asal restoran nisa sudah pulang ke Malaysia. Yang ada sekarang adalah bekas pekerja restoran nisa dahulu (muslim) yang meneruskan perniagaan. Betul atau tidak cerita tersebut, saya pun kurang pasti. Tetapi bersangka baik sahaja lah. Janji makanan yang di sediakan di ‘claim’ sebagai halal.

page7Makanan di sini agak mahal sedikit harganya. Kami masing2 pesan nasi goreng seafood dan juga teh tarik. Sedap juga masakanya, kira boleh tahan lah memandangkan sekarang bukan di M’sia. Harge hampir RM50 juga termasuk air. Huhu.

Usai makan, kami meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu Maison Centrale. Ianya merupakan sebuah penjara lama di Hanoi yang digunakan suatu ketika dahulu untuk memenjarakan tahanan politik semasa zaman kebangkitan rakyat  menentang pemerintah. Kini ianya tidak lagi digunakan dan dijadika sebagai slah satu tarikan pelancong yang berkunjung ke sini.

page15 page14 page13 page12 page11 page10 page9 page8Terasa suatu yang tidak menarik sepanjang melawat penjara tersebut. Mungkin kerana ianya pernah digunakan sebagai tempat siksaan kepada mereka2 yang di dapati bersalah pada ketika itu. Melihat tinggalan barang2 lama, pakaian, dan alatan yang di gunakan membuatkan diri terfikir betapa manusia boleh menjadi begitu kejam dalam menghukum sesama manusia. Mungkin yang berbeza hanyalah dari segi ideologi dan perjuangan, tetapi itulah realiti yang berlaku di mana-mana negara jua, termasuklah M’sia. Ianya sinonim bila mana pada masa kami berada di sini, nun jauh di tanah air, kabinet kerajaan berlaku rombakan besar-besaran. Bukan untuk kebaikan negara, tetapi untuk mengukuhkan lagi kedudukan PM yang tercalit dengan begitu banyak skandal penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa yang tak mampu dirungkai oleh akal rakyat yang waras.

Jam menunjukkan hampir 2.00 ptg. Kami menaiki teksi menuju ke Masjid Hanoi yang terletak hampir 1.5km dari penjara tadi. Sampai sahaja di Masjid, pemandu teksi meminta VND320,000sebagai tambang. Memang melampau, dan pada tika itu juga kami bertegas tidak mahu bayar. Mamat driver tu masih mendesak kami untuk membayar jumlah tersebut, sedangkan di meter hanya menunjukkan VND 32,000. Tektik yang digunakan adalah membuatkan bahagian meter itu sedikit kabur kononya untuk membuatkan penumpang ragu. Saya keluarkan VND 50,000 dan meletakan dalam teksi tersebut dan mengugutnya yang kami akan melaporkan perkara tersebut kepada polis jika dia masih mendesak kami untuk membayar jumlah tersebut. Ketika itu juga driver itu terus senyap dan berlalu dari situ sambil membuka bonet belakang kereta mereka kononya supaya pelanggan tak dapat melihat nombor plate kereta kerana bonet yang telah terbuka dan terangkat ke atas. Memang licik. Tektik penipu handalan. Kami pun malas nak layan dah, janji sampai ke tempat yang dituju.

20150728_150640_DSC4730Usai solat, kami singgah makan di kedai makanan halal yang terletak bersebelahan dengan masjid ini. Sambil tu, bungkus sekali mee goreng seafood untuk buat bekal makanan malam nanti. Pasti dalam train ke Sa Pa nanti tiada makanan halal yang disediakan. page17| Gambar bersama pemilik kedai halal sebelah masjid |

Selepas itu, kami menuju ke lokasi tarikan seterusnya iaitu ke Hanoi Opera House. Tak pasti apa yang ada di sana, sekadar ingin melihat sahaja kawasan nya bagaimana. Sampai di Opera House, kami mendapati yang ianya hanyalah sebuah bangunan lama yang menjalankan aktiviti-aktiviti persembahan teater masyarakat setempat. Waktu kami tiba, tiada persembahan apapun yang berlangsung. So kami just pusing kawasan tersebut dan meneruskan perjalanan ke tasik berhampiran. Jam menunjukkan hampir 4.30 petang, dan kami masih ada beberapa jam lagi sebelum berlepas ke Sa Pa malam ini dengan menaiki train pada pukul 9.30 malam.

page16Kawasan sekitar Opera House ini kelihatan agak moden dan bangunan-bangunan di sini juga bercirikan Perancis. Jalan sekitar juga agak lebar dan banyak hotel-hotel ternama dan mewah sekitar ini. Kami manyusuri jalan sekitar bandar ini menuju je tasik terkenal di bandar ini iaitu Hoàn Kiếm Lake. Saiz tasik ini agak besar juga, lebih satu kilometer untuk sekali pusing. Pelbagai aktiviti yang dapat dilihat di sekitar tasik ini, dan pelbagai ragam manusia juga yang sempat dirakam lensa kamera saya. Ada yang sekadar berehat, ada yang jogging, ada yang ‘exercise’ angkat berat bersama kawan-kawan pun ada (dan mereka ialah warga emas..hehe) dan lain2 lagi.

page26 page25 page24| Pemandangan sekitar bandar Hanoi semasa berjalan ke tasik berdekatan |

Setibanya di tasik, Tey terus lepak di bangku di tepi tasik tersebut sambil menenung ‘handphone’ nya. Barangkali sedang mengikuti rapat perkembangan yang berlaku di tanah air melalui laman sosial. Saya lebih berminat dengan keindahan tasik. Sementara dia berehat, saya mengambil keputusan untuk berjalan pusing satu tasik sambil melihat kehidupan dan keadaan sekitarnya.

page27 page28 page29

Lama juga saya berada sekitar tasik tersebut. Apa tidaknya, memang menarik merakam pelbagai aksi masyarakat tempatan mengisi masa petang mereka sekitar ini. Tanpa di sedari, jam hampir menunjukkan 7.30 mlm dan kami pun mula menuju ke Stesen Keretapi Hanoi yang terletak kurang lebih 2km dari tasik ini.

Kali ini kami mencuba untuk menaiki teksi yg bersaiz kecil utk ke stesen keretapi. Mula masuk kereta, kami melihat meter bermula pada harga VND 5,000. Ok jugalah kerana agak murah juga kalau nak di bandingkan dengan teksi bersaiz sedan yang bermula dgn VND 8,000 hngga VND 10,000. Kebiasaayan saya akan melihat arah di telefon dengan applikasi ‘Google Map’ untuk memastikan jalan yang digunakan oleh pemandu teksi adalah betul. Dua perkara yang mengecewakan bila menaiki teksi ini.

1- Meter teksi begitu pantas ‘bertukar’ walhal jarak perjalanan tidak lah sejauh mana. Tak ‘kalibret’ atau sengaja dilajukan pergerakanya.

2- Jalan yang dilalui sedikit jauh dari yang sepatutnya. Mungkin satu lagi tektik supaya dapat ‘charge’ lebih kepada penumpang.

Setelah berpusing-pusing (macam tempat yang sama), kami akhirnya tiba di stesen keretapi Hanoi. Jumlah teksi yang kena bayar? VND 120,000. Padahal jarak hanya 2.5km dari tasik tadi. Memang penipu besar. Pada masa itu jugalah saya nekad yang majoriti pemandu teksi di Hanoi ini memang kaki penipu. Mereka akan cuba buat pelbagai helah untuk tipu pelanggan dengan muka selamba ‘deekk’ jer dan buat-buat bebal bila kita bercakap dalam bahasa inggeris kononya tak faham. Memang hampeh..! Tapi bayar, tetap kena bayar.

_DSC4824Sampai sahaja di stesen, kami terus ke kaunter untuk mengambil tiket yang telah ditempah melalui website. Setelah pekerja kaunter membelek-belek kertas yang dicetak dari email, dia memberitahu yang tempat mengambil tiket tersebut adalah di luar bangunan sebelah belakang. Kami hanya mengikut sahaja dan terus keluar menuju ke tempat yang di maksudkan.

_DSC4828Haaa, inilah dia tempat untuk mengambil tiket kami. Macam kedai dobi segera jer. Masa kami tiba, ada seorang pekerja yang sedang menyusun kain cadar yang telah siap di basuh. Kami menunjukkan kertas kami, dan setelah dia membaca lebih kurang, kami di minta untuk tunggu sebentar sementara dia membuat panggilan, mungkin kepada ejen yang berkaitan. Kami di minta untuk menunggu dalam 20 minit, kerana menurutnya ejen yang membawa tiket itu belum tiba lagi. Jadi kami melepak (lagi…) di kedai berdekatatan sambil minum2 dan berbicara tentang isu2 yang tidak releven dengan keadaan kami yang masih belum ada tiket pada ketika itu. Setengah jam kemudian, kami pergi kembali ke kedai (dobi..) tersebut dan berjaya berjumpa dengan ejen dan mendapatkan tiket kami. Yeahh..! Ejen itu siap bawa kami lagi, tunjuk jalan untuk ke platform train yang akan berlepas dan memastikan yangn kami faham akan cara nak naik train nanti (macamlah kita ni ‘jakun’ sangat)..

_DSC4833Jam hampir menunjukkan pukul 9 malam. Tiba masanya untuk menuju ke platform train kami. Untuk trip ke Sa Pa, kami menggunakan perkhidmatan gerabak Livitrans Express yang mempunyai kemudahan katil untuk tidur. Setiap gerabak ada 8 bilik, yang mana setiap bilik menempatkan 4 biji katil (atas & bawah). Majoriti yang menaiki gerabak ini adalah pelancong berkulit putih (dari barat mungkin..) dan kami berkongsi bilik dengan traveller dari United Kingdom. Okeylah juga, jenis peramah dan boleh borak-borak sementara menunggu train berlepas. Dalam tu ada disediakan sebotol air mineral tiap seorang, biskut dan pisang untuk alas perut. Kami tak risau sangat pasal dah ada makanan yang di bungkus dari kedai sebelah masjid petang tadi. Cuma bila nak start buka bungkusan tu yang agak mencabar sket. Baunya boleh menusuk kalbu mereka yang tinggal sebilik ngan kita kerana ianya dilengkapi dengan aircond. Apalagi ‘mat saleh’ nih jenis memang sensitif dengan bau. Ahh..pedulik. Jalan jer..hehe.

Kami dijangka tiba di stesen keretapi di pekan Lao Chai, pada pukul 5.30 pagi esok. Dari Lao Chai kami perlu menaiki van selama 40 minit lagi sebelum sampai ke bandar Sa Pa. So, panjang lagi perjalanan, jadi baik rehat dan tidur dahulu. Pengalaman pertama saya bermalam dalam train; menarik dan membuahkan pengalaman unik buat diri.

page18| Stesen keretapi di bandar Hanoi |

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *