Kembara Vietnam – Part 1

VIETNAM, sebuah negara yg dahulunya terbahagi kepada dua bahagian besar, iaitu UTARA dan SELATAN. Perang di Vietnam dahulunya tercetus antara kedua daerah besar ini, yang mana bahagian selatan didokong oleh Amerika, Korea Selatan dan Australia, manakala bahagian utara pula di dokong oleh Russia dan Tiongkok. Perang yang tercetus dari tahun 1957 hingga 1975 telah mengorbankan hampir 1,000,000 jiwa penduduk vietnam utara dan 280,000 jiwa penduduk vietnam selatan. Kedua-dua puak akhirnya bersatu kembali setelah tamat perang pada tahun 1976.

Kali ini, saya berkesempatan untuk menjelajah bumi Vietnam, secara spesifiknya di daerah Vietnam utara selama 4 hari yg meliputi Hanoi dan Sa Pa. Sebagai peminat tegar fotografi landskap, saya begitu teruja untuk melawat kawasan vietnam utara ini yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi, terutamanya di daerah Sa Pa. Kawasan ini amat terkenal dengan industri penanaman padi bukit yg mana bukit2 sekitar di’tarah’ mengikut ‘kontur’ yang menarik yang menjadikanya berlapis-lapis yang memukau pemandangan sesiapa sahaja yg berkunjung  ke sana.

Perjalanan saya bermula sehari selepas tiba di rumah di Perak setelah seminggu menyambut hari raya puasa di kampung halaman di Kelantan. Hari Isnin, 27 Julai 2015 saya bertolak ke KLIA 2 dengan menaiki ETS dari stesen Batu Gajah ke KL Sentral dan seterusnya ERL dari KL Sentral ke KLIA 2. Tiba di KLIA 2, saya terus menuju ke level bawah (tempat teksi dan bas berlepas), untuk cuba menginap di Capsule – By Container Hotel. Mujurlah bilik masih ada dan saya mengambil pakej rehat 6 jam dengan kos RM80. Esok seawal jam 5 pagi saya perlu check-in di kaunter Air Asia untuk penerbangan ke Hanoi yang akan berlepas pada pukul 6.30 pagi. Awal bukan? Huhu. Bilik di hotel ni agak selesa juga untuk merehatkan badan untuk masa yang singkat. Saya dibekalkan sekali dengan toiletries, tuala dan air mineral bila check-in. Ok juga. Boleh tgk keadaan hotel ini di website mereka seperti di bawah ni.

http://www.capsulecontainer.com/

20150728_044620 20150728_044624 20150728_001506 20150728_001823Saya lelap waktu hampir jam 1.15 pagi dan bangun pada pukul 4.30 pagi. Bersiap apa yang patut, saya terus check-out (smooth jer, psl xde org pun chk out pagi2 buta..hehe) dan terus ke kaunter untuk check in flight ke Hanoi pagi ini.

20150728_050629Perjalanan ke Hanoi mengambil masa hampir 3 jam. Saya tiba di Hanoi airport sekitar jam 8.30 pagi (waktu Hanoi) dan terus mengambil teksi ke Old Quarter di bandar Hanoi.

Pengembaraan bermula.

20150728_094307

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WordPress spam blocked by CleanTalk.