Switzerland Part 8

Hari terkahir berada di bumi Switz akhirnya tiba jua. Kami bersiap awal, dan memulakan perjalanan ke Morges train station seawal jam 7.30 pagi. Kami menaiki train yg bertolak pukul 8.10 pagi ke Geneva Airport dan tiba di sana 10 minit kemudian. Kami terpaksa berjalan ke kaunter Etihad untuk check-in dan kami adalah penumpang pertama yang tiba di kaunter. Hehe. Punyalah semangat nak balik. Waktu itu, pekerja kaunter masih belum memulakan tugas dan kami hanya dipanggil untuk check-in setelah kaunter dibuka 15 minit kemudian.

Urusan check-in berjalan lancar. Kami ketingkat atas untuk sarapan pagi di food court airport. Masih perlu memilih dari segi makanan kerana kami masih berada di Switz, yg mana kebanyakan makanan di kedai adalah non-halal. Seperti biasa, kami beli beberapa croissants beserta jus buah untuk alas perut sebelum menaiki penerbangan ke Abu Dhabi (transit) dan seterusnya ke M’sia. Faheem, Nuha dan Nida agak berselera juga semasa makan tadi. Harapnya dapat bertahan sahingga dalam flight nanti. Flight dari Geneva berlepas pukul 11.15 pagi dan tiba di Abu Dhabi pukul 7.40 mlm (waktu Abu Dhabi). Kami terpaksa berada di sini (transit) sebelum menaiki pesawat seterusnya pulang ke M’sia yang hanya akan berlepas pada pukul 2.30 pagi (waktu Abu Dhabi).

38
Menunggu train untuk ke Geneva Airport

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT yang memudahkan perjalanan kami pulang ke M’sia. Kami tiba di KLIA pada 13 hb June 2013, hampir pukul 2 petang. Seterusnya kami menuju ke LCCT untuk menaiki pesawat pulang ke Kota Bharu (Air-Asia) dan tiba di KB Airport lebih kurang pukul 6 ptg. Syukur kehadrat Allah SWT kerana memudahkan segalan urusan perjalanan kami ke sana, juga di atas kemudahan dan kesihatan diri dan keluarga sepanjang kami berada di Switz. Ianya suatu anugerah dan nikmat yg tak terhingga. Hanya pada-Mu kami memanjatkan kesyukuran Ya Allah.

39
Airport Abu Dhabi

Sememangnya, banyak yg dipelajari sepanjang percutian kami kali ini. Ianya menjadi sebuah pengalaman manis, dalam kehidupan kami sekeluarga. Kami berharap pengalaman yang ditimba ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan mematangkan kami dalam kami menjalani kehidupan di dunia ini.

Nota: Walaupun percutian kami kali ini membawa kami ke sebuah negara yg terkenal dengan kecantikan dan keindahan alamnya, namun jauh di sudut hati saya ianya masih tidak dapat menandingi perasaan dan keterujaan kami semasa berada di bumi paling barakah, Makkah dan Madinah pada tahun 2010 yang lalu. Ianya suatu keyakinan yg hakiki bahawasanya tiada tempat di dunia ini yang setanding dengan keduaya. Rindu kian terasa, untuk berada lagi di sana. Insya Allah.

~END~

**Travelog Switzerland bersama keluarga berlaku pada bulan July 2013. Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca yang merancang untuk ke sana nanti. Terima Kasih.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

13 thoughts on “Switzerland Part 8”

    1. W’salam. Terima kasih kerana berjunjung ke blog ini. Kos keseluruhan untuk trip ke Swiss ni dalam RM18K untuk 5 orang (termasuk 1 infant).

    1. Wa’salam Tuan Rodie,

      Berkenaan dengan VISA, untuk kita rakyat M’sia tidak perlu apply VISA terlebih dahulu untuk masuk ke Swiss. Hanya perlu menggunakan passport sahaja, dan kita akan diberi VISA semasa tiba di airport SWISS (VISA ON ARRIVAL) untuk masuk ke negara mereka.

      Untuk bahasa, boleh redah jer guna bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara. Penduduk di Swiss bercakap banyak bahasa bergantung kepada lokasi mereka (paling dekat dengan negara mana). Kalau kita berada di kawasan yg hampir dengan sempadan German, rata2 penduduknya akan bercakap bahasa German.

      Swiss memang menarik dan cantik, selamat mengembara 🙂

      1. Terima Kasih tuan atas maklumat yg disampaikan.
        Boleh saya tahu, kalau untuk telefon, mana yang patut saya pilih, samada buat roaming utk talian saya sekarang ataupun beli talian telefon yang disediakan disana? Ada apa-apa cadangan x utk talian telefon yang sy boleh beli semasa disana?

        1. Lebih jimat beli sim kad prepaid bila tiba di sana. Di airport banyak kedai telefon yang kita boleh beli kad ini.
          Kos roaming dan guna data lebih tinggi bila berada di luar negara. 🙂

  1. Salam tuan. Nak tnya pasal tiket swiss travel pass. Dia dikira ikut hari diguna atau hari berturut2. Contoh kalau 3 hari start isnin selasa dan rabu tamat. Atau dikira bila digunakan shj.

    1. Ada pilihan 3, 4, 8 dan 15 hari dgn harga berbeza. Kami gunakan yg 3 hari (tidak berturut dlm masa sebulan), dan swiss travel pass flate yg kitaorng beli ni free for children. Untung bg mereka yg travel bersama anak2 kecil 🙂

      Thanks for dropping-by..

  2. Salam. Boleh bagitahu tambang train, bas dll yg menggunakan swiss pas.
    Insha Allah, saya dn rakan akan ke sana Feb INI.

    Shukran wassalaam

    1. Swiss pass untuk digunakan menaiki train dan cruise/boat (dalam kes ini, kami guna untuk naik cruise merentasi tasik Turn di Interlaken). Pass ini kami fully utilize untuk perjalanan jauh2 sahaja, yang jika beli tiket manual akan menjadi mahal. Contoh, kami gunakan dari Interlaken ke Zurich yang memang perjalanan yang hampir 2 jam. Jadi, untung di situ. Untuk bas, kami dapat free rides coupon dari hotel tempat kami menginap. Dengan coupon ini, naik sahaja mana2 bas di Interlaken West / Ost adalah percuma 🙂

      Waahh, selamat ke Swiss tuan. Negara yg memang cantikk…

  3. As Salam WBT Saudara.
    Moon dapat sedikit perkongsian berkaitan traveling ke Swiss. In Shaa ALLAH, kami dijangka berangkat ke Zurich akhir bulan Mei 2016. Antara cadangan tempat untuk dilawati ialah JungFraujoch, Geneva. Kami bercadang untuk mengambil penginapan di Zurich sahaja dan mengambil public transport (trains) untuk ke tempat2 yang tertera di atas.
    Adakah Swiss Trail Pass boleh digunapakai dalam semua public transport di sana..?
    Terima kasih.
    W’Salam WBT.

    1. Berdasarkan pengalaman saya, pass tersebut boleh digunakan untuk semua public transport. Ianya bergantung kepada berapa hari pass yg kita beli, contoh, 4 hari, 7 hari etc…etc.
      Saya cadangkan, jika nak ke JungFroujoch dan kawasan menarik dan cantik yang lain, lebih baik mencari penginapan di area Interlaken kerana ianya di tengah SWISS dan senang untuk ke bahagian2 lain di negara tersebut.
      Jika di Zurich, tempat nya lebih ke utara, sedangkan Geneva airport terletak di selatan. Sekadar pandangan saya sahaja 🙂

      Selamat mengembara dan menikmati keindahan bumi Swiss 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *