Switzerland Part 7

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Interlaken. Sebagaimana yg dirancang, kami bertolak ke Boat Ride Jetty yg terletak bersebelahan dengan train station Interlaken West untuk menaiki boat merentasi tasik Thun. Rugi jika tidak naik kerana ianya percuma kepada pemegang tiket Swiss Flexi Pass dan kami mengaktifkan tiket 1 hari yg berbaki tersebut hari ini. Kalau nak dikira perjalanan untuk ke Morges agak jauh juga. Mujurlah kami tidak terus menghabiskan kuota empat hari untuk menggunakan Flexi Pass lebih awal. Kalau tak, mahunya ‘rabak’ lagi poket nak bayar tiket boat dan train untuk perjalanan hari ini.

Seperti kebiasaan di sini, boat tiba 10 minit sebelum waktu berlepas dari jeti, pukul 8.10 pagi. Melihat boat tersebut, teruja juga untuk naik kerana bentuk nya yg cantik, serba putih. Tanpe berlengah, kami menaiki bot tersebut dan mencari tempat sesuai untuk duduk. Suasana di atas bot tidaklah bergoyang mana, kerana alunan air tasik agak tenang sahaja. Kami duduk di bahagian belakang (Stern) yg mana di situ ada disediakan bangku-bangku kayu panjang sebagai tempat duduk penumpang. Aturan bangku yg sama juga ada terdapat dibahagian hadapan (Forward) boat. Kami menyusun bag-bag kami (yup, kali ini kami perlu bawa bersama semua bag-bag besar tuh..huhu) di satu sudut bahagian belakang boat. Harap tak bergolek kesana sini semasa perjalanan nanti.

27
Atas boat, menyusuri lake Thun

Seruan angin sejuk & dingin menerjah ke pipi sebaik sahaja perjalanan bermula. Kami menyusuri laluan tasik yg tidaklah luas, seakan terusan untuk keluar dari jeti sebelum tiba di tasik yang lebih besar. Sepanjang perjalanan, kam dapat melihat pelbagai pemandangan yg indah dan menarik, yang tidak akan dapat ditatapi jika menaiki kenderaan darat. Ianya sungguh mengujakan perasaan. Leeni duduk di bangku sambil meriba Nida yang tidur sepanjang perjalanan dari hotel hingga lah kami menaiki boat tadi. Barangkali, letih semalam masih belum ‘recover’. Faheem dan Nuha pula asyik kesana-sini, berlari sekitar kawasan boat. Memang nampak sangat ‘excited’ dengan pengalaman yg sebelum ini belum pernah mereka alami. Lagipun, suasana cuaca yg cerah, tetapi sejuk dan pemandangan gunung ganang di sekeliling, melengkapkan lagi sebuah perjalanan yang selesa dan bermakna buat kami.

28Boat ini akan singgah di beberapa buah bandar yg terletak sekitar tasik, dan persinggahan terakhir ialah di Thun. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 2 jam. Kami pernah tiba di bandar Thun (dalam perjalanan pulang dari Rhine Falls, di mana kami menukar train di sana utk ke Interlaken West) sebelum ini, dan memang nampak jetinya hanya terletak setentang dengan train station di sana. Jadi, kami ambil keputusan untuk turun dari boat di satu station sebelum Thun, iaitu di bandar Spiez. Lagipun kelihatan bandar ini sangat cantik jika di lihat dari boat. Setelah satu setengah jam perjalanan, kami tiba di Spiez. Di sinilah pengembaraan yang mencabar bermula. Setibanya di jeti, kami bertanya kepada penjaga di jeti tersebut tentang lokasi train station di sini. Menurutnya, kami perlu berjalan melalui kawasan perumahan dan akan tiba di sana kurang lebih 15 minit. Ermm..dekat laa tu kalau 15 minit. Tapi yg kami tak sedar ialah jalan yg akan dilalui adalah berbukit dan sebaik sahaja memulakan perjalanan, memang terasa ‘mantap’ juga otot-otot kaki dan pinggang. Tambahan lagi dengan membawa bag-bag besar yg berisi pakaian kami. Haha, memang terkena nampaknya. Ingatkan hari ni perjalanan santai sahaja. Rupanya sebaliknya. Mujurlah bag-bag kami mmg ada tayar, dan Nuha saya letak sahaja atas salah sebuah bag tersebut dan tolak, jadi tidak perlu dukung. Nida diletakkan dalam stroller, dan Faheem berjalan kaki bersama kami sambil gilir-gilir tolak bag-bag yg lain. Haha, memang menguji stamina. Kami jalan pun perlahan-lahan sahaja, sambil menikmati kawasan sekitar. Mujur sepanjang laluan tersebut, kami ‘di pertontonkan’ dengan pemandangan indah daripada rumah-rumah penduduk di sini yang tersusun kemas, rapi dan kebanyakannya dihiasi dengan bunga-bunga yg tumbuh cantik. Pekan Spiez ini juga agak sunyi dan langsung tidak sibuk dengan trafik. Kadang-kadang ada juga terfikir ke mana semua penduduknya pergi kerana ianya sunyi bagai baru lepas kena serangan bom nuklear, hehe.

29
Bandar Spiez

Setengah jam kemudian, kami tiba di salah satu roundabout di pekan tersebut, dan train station terletak tidak jauh dari situ. Memandangkan hari sudah terik, kami berehat di situ sambil menjamu selera makan tgh hari. Kami lepak di kawasan yg ada tempat duduk, berhadapan dengan sebuah bank. Tapi bank ini pun, langsung tidak sibuk dan hanya kelihatan seorang dua sahaja yg masuk ke bank tersebut. Selesai makan nasi dan minum, kami meneruskan perjalanan ke train station. Kali ini kena mendaki lagi, sebelum tiba di pintu masuk ke stesen. Menoleh ke belakang, kami melihat yg kami sudah berada agak tinggi dari aras tasik atau jeti tempat kami mula-mula sampai tadi. Fuhhh..kelegaan terserlah. akhirnya tiba juga ke train station ni.

31
Berhenti rehat dan makan tgh hari di sini

30

Tiba sahaja di train station, kami terus menaiki keretapi menuju ke bandar seterusnya, Morges. Kurang lebih setengah jam, kami tiba di Morges. Bandar ini terletak hampir ke sempadan Switz-France. Bila keluar sahaja dari train station, kedengaran orang ramai yg berada di sekitar bertutur dalam bahasa Perancis. Sebelum bertolak dari hotel, saya ada buat ‘screenshot’ dari google map untuk ‘walking direction’ dari train station ke hotel yang kami book di Morges ini. Tapi bila check balik, peta tu tak penuh. Aduss, jadi terpaksalah bertanya dengan sorang pakcik yang duk melepak kat depan pintu masuk strain station tuh. Mujurlah dia boleh berbahasa Inggeris, dan dari arah yg ditunjukkan, hotel ini tidak jauh dari train station. Jadi kami pun terus berjalan ke hotel, berdasarkan peta ‘screenshot’ saya & arah yg ditunjukkan oleh pakcik tadi.

32
Penat ‘menapak’ dari bawah hingga ke atas untuk sampai di station ini

Hampir tiba di kawasan hotel, kami agak pening juga kerana lorong2 disitu yg kecil dan ada halangan ‘construction’ di jalan-jalan yg boleh di lalui. Mujur ada sorang makcik yg ama membantu, dengan berjalan bersama kami menunjukkan arah ke hotel tersebut. Tak sia-sia Leeni bertanya kepadanya tadi. Ianya sungguh membantu. Pintu masuk ke hotel seakan-akan memasuki restoran. Ermm…pelik juga, dan kaunter check-in nyer hanya sebesar kaunter bayaran kedai ‘mamak’ di M’sia. Lepas chk-in, kami terus kebilik. Jam menunjukkan hampir 4.30 petang. Lif untuk naik ke bilik memang kecil. Muat-muat sorang dan 3 buah bag sahaja. Tapi bila diperhatikan, hotel mcm baru lepas renovate bahagian dalaman. So, ok juga lah. Nampaknya tekaan kami betul, bila masuk sahaja ke bilik, ianya bilik 3-orang yang dihiasi dengan citarasa moden.

33Kami amat berpuas hati dengan bilik hotel ini, walau luarannya nampak biasa sahaja, tetapi dalaman bilik memang menarik. Cuma yang lecehnya ‘cerek eletrik’ tidak disediakan. Yang ada hanya ‘coffee maker’ saja. Takper, pandailah nanti guna untuk dapatkan air panas nak masak meggi. Hehe, kekadang bila keadaan terdesak, sel kreatif akan cepat trigger. Tapi buat masa sekarang, lupakan dulu bab makan. Selesai berehat dan solat, kami keluar semula ke pekan Morges untuk berjalan-jalan dan melihat keadaan sekitar. Sambil itu juga, kami ambil kesempatan untuk ‘shopping’ barang cenderamata untuk di bawa pulang ke M’sia. Kelakar juga bila difikirkan, punyalah banyak hari berada di Interlaken, tapi kat sini juga kami berjaya beli cenderamata. Walaupun mahal sedikit, tetapi di sini sahaja masa yang ada untuk shopping. Nak kata borong tidak juga, tetapi sekadar cukup untuk buat kenangan sebagai tanda ingatan yg kami sudah sampai di bumi Switz ini. Selesai shopping, kami ke supermarket yg berdekatan untuk membeli beberapa barang makanan seperti roti, chocolate, dan buah untuk dinner nanti. Budak-budak nih sampai sahaja di pekan ni, tak habis-habis mintak roti. Lapar barangkali. Selesai shopping sedikit sebanyak, kami kembali semula ke hotel.

34 35Anak-anak masih excited bermain dalam bilik hotel. Mami baring di katil, dan nampaknya mcm akan tertidur sekejap nanti. Hehe. Leeni pula ‘melekat’ dengan Nida yang asyik nak menyusu sahaja. Mungkin lapar dan penat kut. Hampir maghrib, saya turun dari hotel semula dan keluar berjalan-jalan untuk mengambil gambar di kawasan tasik berhampiran. Rupanya hotel ni hanya terletak selang 1 deretan bangunan dengan tasik. Cantik juga kawasan tasik ini, ada taman dan ditepi jalan terdapat kedai-kedai minum untuk penduduk setempat berehat santai. Di sini juga, banyak bot-bot persendirian yang berlabuh. Nampak seperti kawasan orang elit juga kerana untuk memiliki bot rasanya bukan murah mcm basikal kan 🙂 Saya pusing-pusing kawasan sekitar, ambil beberapa keping gambar lagi sebelum maghrib. Ianya suatu pemandangan yang menarik dan ‘rare’. Kembali ke hotel, perut terasa lapar. Maklumlah sudah malam. Nampaknya, masa untuk memasak meggi dah tiba (nasi-nasi dan makanan lain yg seangkatan denganya sudah habis semalam), lagipun itu sahaja yg ada. Pengalaman memasak kali ini berbeza, kerana kali ini terpaksa menggunakan air panas dari ‘coffe maker’. Ianya agak perlahan dan halus, jadi memang kena tadah lama laa sket. Tak bleh masak, hanya menggunakan teknik rendam sahaja. Haha, lama dah tak buat camnih. Teringat masa zaman belajar di asrama dulu. Huhu. Apapun, objektif tercapai, meggi berjaya di masak dan cukup untuk menjamu selera pada malam itu. Suatu pengalaman manis yang berharga bersama keluarga yg tidak dapat dilupakan. Esok, kami akan menempuh satu lagi perjalanan yg panjang. Yess, ianya perjalanan pulang ke M’sia.

36
Pemandangn sekitar tasik berhampiran Hotel di Morges
37
Banyak bot persendirian di sini
Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *