Switzerland Part 6

Hari ke-5 di teruskan dengan perjalanan ke tempat menarik seterusnya; Trummelbach Falls yang terletak di lembah Lauterbrunnen. Kawasan lembah ini amat terkenal kerana di sini ada beberapa air terjun yang terbentuk daripada ais yang mencair dari pergunungan Jungfrau dan mengalir dengan kelajuan 20,000 liter sesaat. Untuk sampai ke sana, kami perlu menaiki train ke kawasan pendalaman Lauterbrunnen sebelum menaiki bas yang akan membawa kami sampai ke Trummelbach Falls. Perjalanana kami bermula awal pagi. Semestinya rutin biasa kami di sini, memasak nasi dan menyediakan makanan-makanan lain untuk dibuat bekal tgh hari nanti.

18
Pagi yang mendung, sejuk dengan hujan renyai.

Perjalanan ke Lauterbrunnen mengambil masa kurang lebih 25 minit, bermula dengan menaiki train dari Interlaken West (pekan tempat kami tinggal) ke Interlaken Ost sebelum menaiki train lagi ke Lauterbrunnen. Tiba di sana, kami menaiki bas yang membawa kami ke Trummelbach Fall dan mengambil masa lebih kurang 10 minit.

Pemandangan sepanjang perjalanan sunggu indah, dengan pokok-pokok yg menghijau, kawasan ladang dan gunung-ganang yang tersergam indah membuatkan perasaan teruja dan tidak sabar untuk sampai ke lokasi. Hari ini hujan renyai dan kabus kelihatan melitupi puncak-puncak gunung. Apabila hampir tiba di lokasi, kami dapat melihat beberapa air terjun yg begitu tinggi di lereng-lereng gunung menghiasi ‘background’ perkampungan penduduk di kawasan tersebut. Ianya sungguh cantik dan indah sekali. Seakan berada dalam penggambaran cerita-cerita epik eropah, ataupun yang lebih senang nak di gambarkan seakan berada di pekan ‘Hobbit’ dalam cerita ‘Lord of The Ring’. Hehe!

19
Pemandangan dan suasana yg tenang, indah dan menarik

Kami terus menyusuri jalan ke kawasan air terjun sambil mengambil gambar di kawasan sekitar. Memang menarik. Siapa yang suka aksi hindustan boleh lah buat aksi bergolek-golek dalam kawasan bunga-bunga renek yg tumbuh meliar. Mujurlah tiada yang buat aksi tersebut. Kalau ada, mmg layak kena terajang atas tengkuk. Hehe. Hampir 5 minit berjalana, kami tiba di kawasan pagar masuk ke tempat air terjun. Dewasa dikenakan bayaran CHF 7 dan kanak-kanak CHF 4 sahaja. Sampai di situ, penjaga pintu memberitahu yang anak-anak kecil dan bayi tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan gua. Ini kerana bunyi yg terhasil dari air terjun di dalam gua amat bising dan tidak sesuai untuk pendengaran anak-anak kecil. Nampaknya, saya dan Faheem sahaja lah yang masuk. Leeni dan Mami mengambil keputusan untuk tunggu di luar bersama Nida dan Nuha. Saya cadangkan mereka menunggu kami di kawasan rehat dekat dengan restoran tempat kami mula-mula sampai tadi.

20

Selepas melalui pintu masuk, 50 meter kemudian kami tiba di pintu lif untuk naik ke atas ke dalam gua. Lif ini agak besar juga, dan kawasan sekeliling kelihatan amat licin dan kedengaran bunyi gema sayup-sayup (mungkin deruan air terjun dlm gua tersebut) yg mendebarkan kami. Lif bergerak ke atas, dan seterusnya kami tiba di kawasan terbuka dan dapat melihat sebahagian deruan air yg deras menerjah di celah-celah batuan dlm gua tersebut. Saya dan Faheem berjalan perlahan, kerana kawasan tersebut agak licin hasil dari percikan air terjun yg menderu turun di kawasan sekitar. Perjalanan amat menarik, dengan pemandangan yang berbeza sepanjang kami menyusuri terowong dlm gua tersebut. Kesejukan amat terasa. Mujurlah kami memakai baju yg tebal juga hari ini, kalau tidak, konferm ‘gigil’. Kami mendaki lagi ke atas, dan setiap tingkat yang kami sampai, memang memaparkan pemandangan menarik yang berbeza. Ianya suatu pengalaman yang menarik dan tidak akan dilupakan. Saya juga merakam video sepanjang pengembaraan kami dalam gua tersebut dengan menggunakan compact camera Canon S100 saya. Nanti boleh juga Leeni & Mami lihat suasana di dalam gua ini..hehe.

21 22 Lebih kurang 30 minit pengembaraan di dalam gua, kami tiba di laluan turun ke bawah. Pengunjung boleh memilih untuk turun dengan lif (yang kami naik tadi) atau menuruni anak-anak tangga kecil di lereng bukit sambil menikmati pemandangan persekitaran. Kami mengambil jalan melalui anak tangga turun ke bawah. Sambil berjalan turun, kami dapat melihat kawasan perkampungan berhampiran, dengan rumah yg tersusun kemas dan kawasan persekitaran yg bersih. Dari situ kami dapat melihat suatu kehidupan yang ringkas, tenang dan bebas dari hiruk pikuk kesibukan kota. Ianya refleksi perasaan damai kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.

23Air terjun yang tinggi menjunam dari gunung dan bukit berhampiran

 Tiba di bawah, kami terus ke tempat Leeni & Mami menunggu. Dari jauh sudah kedengaran suara Nuha yang duk menjerit-jerit, mungkin sedang berlari-lari di kawasan sekitar. Kami berehat dulu di kawasan ini, sambil manjamu selera (makan tgh hari) setelah penat ‘menapak’ dalam gua dan naik-turun bukit tadi. Usai berehat dan amik gambar di kawasan sekitar, kami terus menuju ke tempat menunggu bas untuk pulang. Kelihatan ramai juga pengunjung yg turut berada di situ menantikan bas yang sama. Aduhh, mencabar nih. Konferm penuh bas nanti. Dan seperti yg diduga, kami terpaksa berhimpit-himpit juga untuk menaiki bas pulang. Saya terpaksa ‘lipat’ stroller dan menahan dengan tangan sambil berdiri sepanjang perjalanan ke pekan Lauterbrunnen. Tiba di sana, kami menaiki train ke Interlaken Ost, dan seterusnya ke Interlaken West sebelum sampai di hotel.

24 25Waktu menunjukkan sudah lewat petang. Nampaknya, hari terakhir penjelajahan kami di Interlaken tiba jua akhirnya. Esok kami bercadang untuk check-out dari hotel kami, dan akan menaiki bot menyusuri ‘Lake Thun, turun di Spiez sebelum mengambil train ke bandar seterusnya. Memandangkan penerbangan pulang ke M’sia pada lusa, jadi esok kami bercadang untuk menginap satu malam di bandar berdekatan dengan Geneva airport supaya pagi lusanya tidaklah kami kelam kabut untuk tiba di airport. Jika kami terus berada di Interlaken, kami terpaksa mangambil train pada jam 6.30 pagi ke Bern, dan menaiki satu lagi train ke Geneva. Jumlah masa perjalanan hampir 3 jam dan jika terlepas 1 train sahaja, kami tidak akan sempat untuk menaiki penerbangan pulang. Arghh..tidak. Ianya terlalu berisiko untuk dicuba. Lebih baik tinggal di satu tempat yang hampir, tetapi pastinya bukan di Geneva. Ini kerana harga hotel di sana amatlah mahal. Takpe, kita search di internet dulu yea..!

25 26Note kaki: Pencarian hotel untuk esok hari berhasil. Malam itu, setelah melawati beberapa website, kami putuskan untuk menginap satu malam di Hotel De La Savoi, di bandar yg bernama Morges. Ianya terletak 20 minit perjalanan dengan menaiki train dari Geneva Airport. Dan yg penting, harga bilik untuk 3 org amat berpatutan. Bagaimana keadaan bandar tersebut? Kami pun tak pasti, tapi tunggu esok sahajalah bila kami tiba nanti. Selamat malam…zzz!

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *